Keputusan “Seminar Fekah Perubatan
ke-9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan
14-17 Jun 1997.Menurut Al-Quran dan
Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh
membatalkan puasa: Makan, minum dan melakukan hubungan seks. Oleh yang
sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk
pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan
puasa.
Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
1- Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga.
2- Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).
3- Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh,
spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum
bersalin).
4- Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray.
5-Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan
dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut
dari prosedur tersebut.
6- Suntikan melalui kulit, otot, sendi
atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah
(seperti glukos yang mengenyangkan).
7- Penderma atau menerima pemindahan darah.
8- Oksigen dan Gas Bius.
9- Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.
10- Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
11- Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan x-ray khas jantung) atau organ lain.
12- Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.
13- Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.
14- Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya (contoh; IUCD, alat pencegah kehamilan dalam rahim).
15- Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.
Pendapat majoriti peserta menambah perkara berikut juga TIDAK MEMBATALKAN PUASA
1- Ubat titis hidung, semburan hidung (inhalers) dan
ubat sedut.
2- Suntikan ke dalam dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.
3- Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan (berniat) untuk berpuasa pada malamnya.
4- Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut.
5- Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut. TAMAT.
Alhamdulillah, dengan penjelasan ini semoga terjawab persoalan yang
sering menjadi pertanyaan dan kemusykilan bagi para muslimin dan
muslimat sekelian. Selamat menjalani ibadat puasa, semoga Allah menerima
semua amalan baik kita dan memberi kekuatan dan hidayah untuk kita
istiqamah melakukannya.
Akhukum:
Abu Anas Madani,
PSD, 5 Ramadhan 1434H, 14 Julai 2013
No comments:
Post a Comment