Feb 24, 2013

UMNO PASIR GUDANG JADIKAN MAJLIS PENYERAHAN BR1M DIDEWAN SERBAGUNA PLENTONG SEBAGAI MEDAN MENABUR FITNAH DAN MENGAIH UNDI!!!!!!


Pagi tadi diadakan majlis menyampaian BR1M kepada Masyarakat marhaen sekitar Dun Johor jaya di dewan serbaguna plentong.Dikatakan hampir 3 ribu penerima telah diraikan dan berbagai acara telah diadakan seperti pemeriksaan kesihatan,pertandingan melukis untuk kanak-kanak dan booth-booth dari kolej serta hospital swasta selain gerai menjual pakaian juga didirikan di perkarangan dewan.









Dalam kesibukan itu Jentera UMNO BN  pasir gudang mengambil kesempatan berkempen sepanjang majlis berkenaan.Bendera besar dacing telah dipasang dihadapan pintu masuk dewan seolah-olah mengambarkan duit BR1M itu hasil dari kantong parti UMNO BN bukan dari duit rakyat sendiri.




Selain itu risalah janji ditepati UMNO pasir gudang juga diedarkan bagi memaklumkan apa yang selama ini Umno Bn berjaya lakukan terhadap masyarakat di pasir gudang.Apa yang menarik isu  hak milik tanah Melayu setinggan  pasir gudang juga dimuatkan didalamnya dengan ditulis masih dalam proses untuk diselesaikan walaupun sudah hampir 45 tahun dan 4 kali PRU tidak diselesaikan lagi dan yang lainnya kononnya sudah  berjaya ditepati.



Satu risalah menburukkan pas dan pakatan rakyat bertajuk 'SEBELUM DAN SELEPAS"juga diedarkan kepada penerima BR1M.Ada juga pertugas UMNO kelihatan semacam peraih undi meminta penerima BR1M mengundi UMNO dan BN pada PRU13.

Nyata segerombolan pencacai UMNO BN dimana saja seantero Malaya mengunakan kesempatan seperti ini untuk meraih undi.Nampak terlalu terdesak pelakuan  UMNO BN  hingga sanggup mengunakan jentera kerajaan,harta kerajaan maupun wang kerajaan untuk kepentingan mereka.Mereka umpama tidak boleh membezakan mana menjadi hak rakyat dan menjadi hak mereka.

Majlis seumpama ini juga tidak seharusnya menjadi medan untuk mengaih undi kerena wang yang diagihkan itu adalah wang rakyat sendiri bukan dari kantong UMNO BN.Sekiranya wang yang diberi itu datangnya dari kantong UMNO BN maka mereka boleh anjur apa saja cara mengikut citarasa mereka,tiada siapa nak ambil peduli!!!Kalau ia datang dari pembayar cukai.....sudah pasti ia milik semua orang termasuk penyokong pakatan rakyat!!!!

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Feb 22, 2013

SAMBUTAN HANGAT MASYARAKAT CINA DI MAJLIS MAKAN MALAM DAP JOHOR JAYA ...TANDA TERGUGATNYA MCA DUN JOHOR JAYA


Majlis makan malam untuk kutipan Dana PRU13 DAP Johor jaya telah diadakan di restaurant Cathay taman molek semalam.Majlis yang dihadiri oleh kepimpinan tertinggi pusat parti itu diserikan lagi dengan kehadiran pengerusi Dap pusat lim kit siang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat cina.






Setiap ruang dan sudut di dewan makan yang boleh memuatkan seribu orang hadiri dipenuhi dengan penyokong dap maupun pakatan rakyat hingga terpaksa meja dibuka diruang legar restaurant.Ramai anak-anak  muda masyarakat cina hingga ke wargaemas kelihatan menghadiri majlis yang dianjurkan ini.






Nyata mood masyarakat cina terutama di Johor jaya dan  pasir gudang amnya, ingin melihat perubahan  langskap  pemerintahan kepada yang lebih baik dan terjamin.Menarik pada majlis semalam apabila sekumpulan kepimpinan MCA pasir gudang  telah mengisytiharkan keluar parti untuk memberi sokongan kepada  DAP dan pakatan rakyat.Mereka juga telah ditemuramah oleh pihak media akhbar bebahasa cina dalam majlis tersebut.


Pas yang diwakili oleh bakal calon dun permas Tuan syed Othman turut berceramah dalam majlis tersebut selain pimpinan Pkr Steven chong dan kepimpinan Dap yang lain.

Senario dari sambuatan majlis yang diadakan itu,boleh dirumuskan dengan jelas menunjukkan masyarakat cina sudah menolak UMNO BN dan inginkan perubahan dengan menyokong bakal kerajaan baru dari pakatan rakyat.

Salah seorang pemimpin MCA yang mengisytiharkan keluar parti memberitahu penulis sebelum berakhirnya majis bahawa pakatan rakyat harus berusaha untuk menang bagi menyelamatkan Malaysia dari kerajaan UMNO BN yang korup.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Feb 20, 2013

ISU PENYAMARAN PESERTA DEMO DI MASJID JAMEK TAMAN CENDANA...PAS PASIR GUDANG MENAMAKAN SEORANG INDIVIDUL DALAM LAPORAN POLISNYA



Satu laporan polis telah dibuat pagi tadi di Ibupejabat polis daerah (IPD) sri alam masai oleh PAS kawasan pasir gudang terhadap sekumpulan individul yang tidak dikenali yang menyamar sebagai ahli pas dan  telah berdemotrasi diperkarangan masjid jamek taman cendana sabtu lepas.





Selepas laporan dibuat satu sidang media telah diadakan di luar perkarangan ibupejabat polis yang dihadiri oleh kesemua kepimpinan pas kawasan pasir gudang dan rakan-rakan dari pakatan rakyat termasuk saudara Jimmy puah (PKR) dan Liow cai tung (DAP).


Laporan polis oleh saudara Syed Othman Abdullah selaku Ajk pas kawasan pasir gudang yang juga penyelia pusat aduan rakyat (PAR) permas telah menamakan seorang individul yang dikenali sebagai Razak bin mansur dan 19 yang lain didalam laporan polis yang dibuat itu.











             KENYATAAN SIDANG MEDIA SAUDARA SYED OTHMAN ABDULLAH

                                          SELASA 19HB FEBRUARI 2013

                                                          JAM 11 PAGI

       PERKARANGAN IBUPEJABAT POLIS DAERAH (IPD) SRI ALAM MASAI



1.Cawangan Pas Taman cendana yang disebut oleh individul di dalam laporan   berita cetak maupun eletronik  yang disiarkan  tidak pernah wujud dan individul tersebut juga mengunakan istilah Pas bahagian pasir gudang.Pas tidak mengunakan istilah bahagian tetapi  pas mengunakan istilah kawasan.   

2.Semakan keahlian individul yang bernama Razak bin mansur yang mengakui dirinya ahli pas tiada dalam data keahlian mana-mana cawangan pas di pasir gudang maupun cawangan didalam Malaysia.

3.Isu Kalimah Allah yang dibantah itu yang menjadi isu hangat muktahir ini telah diselesaikan diperingkat tertinggi.

4. Bantahan dan penyamaran mereka ini berniat jahat bagi merosakkan reputasi Pas pasir gudang dan ingin memecahbelahkan muafakatan parti dalam gabungan pakatan rakyat.

5. Pas pasir gudang melihat angkara ini sebagai sebotaj kepada parti pas khususnya pakatan rakyat dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada kesemua individul terbabit sebagai pengajaran atas tindakan yang tidak bertanggungjawap ini.

6. Pas pasir gudang meminta agar pihak polis menyiasat kes ini dan dapat  menyelesaikan dengan segera kerana bimbang ia boleh mencetuskan pengaduhan antara penyokong-penyokong parti terlibat.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Feb 18, 2013

WAJAH MAMAT SKINHEAD YANG MENGETUAI DEMO DI MASJID JAMEK TAMAN CENDANA...MARI TENGOK WAJAHNYA!!!!!ADAKAH BELIAU KENALAN ANDA???











Inilah wajah seorang musang berjangut yang memegang watak utama berdemo di Masjid Jamek taman cendana pasir gudang sabtu lepas...Kononnya ahli pas cawangan taman cendana..

Mamat ini sudah klentong 1Malaysia...akhirnya terkantoi!!!!tak usul periksa tembak sebrono hingga Pas cawangan taman cendana tak wujud pun tak tahu!!

Mamat skinhead ini cuba nak jadi warak!!!cuba mempertahankan kalimah Allah yang diri sendiri pun tak tahu hujung pangkal serta mendesak PAS keluar pakatan rakyat!!!

Apa barang mamat nie!!!cakap macam mabuk todi!!!!sendiri pun x betul....lupa tengok diri sendiri tuh atau lupa yang diri sendiri pengikut tegar ajaran freemason sesat skinhead.

kalau dah tak ada cermin kat rumah...gua boleh sponsor beb...FOC!!!

kalau diamati gambar2 diatas,sah mamat ini dari puak2 tegar gerombolan ..Mungkin juga mahu  mendapatkan habuan lumayan .... yang penting matlamat mamat ini,janji ada fulus!!!!jalan terus,yang lain belakang kira!!!!

Jelas lagi ketara,Mamat ini sah penyokong UMNO dan skinhead tegar...menjalankan apa yang disuruh!!!!

kalau anda nak tahu apa itu budaya SKINHEAD  yang malaon ini anuti!!! ...lihat gambar ini...dan nilailah sendiri!!!!!

Adakah manusia seperti ini boleh dipercayai?????




















abusiraj almuner

ISU DEMO KALIMAH ALLAH DI MASJID JAMEK TAMAN CENDANA..MAMAT SKINHEAD KANTOI MENGAKU DARI CAWANGAN PAS YANG TIDAK PERNAH WUJUD



PAS kawasan pasir gudang digemparkan dengan lakonlayar segerombolan anak muda yang mengaku diri mereka ahli PAS cawangan Taman cendana dengan berhimpun kononnya membantah kalimah Allah di perkarangan masjid jamek taman cendana pagi sabtu lepas.Himpunan oleh segerombolan anak muda yang tidak dikenali itu  memegang sepanduk dan banner dengan ayat-ayat mengutuk pimpinan DAP dan Keadilan dan mendesak agar pas keluar dari pakatan rakyat.


Kelihatan jelas diraub wajah mereka yang berhimpun itu tidak sedikitpun mengambarkan mereka ini ahli pas kerana tingkahlaku yang memalukan.Menurut saksi yang berada di lokasi himpunan tersebut,Pemuda yang hadir dalam himpuan tersebut ada yang berambut terpacak,ada skinhead tetapi dipakaikan dengan songkok supaya tidak jelas kelihatannya.

kelakuan dan berpakaian pula mirip pemuda parti gerombolan.sekali imbas jelas ketara mengambarkan mereka ini langsung tidak berimejkan ahli pas tetapi ketara gayanya lebih dari segerombolan yang diupah. Himpunan tersebut mendapat liputan meluas dari media cetak dan juga turut disiarkan temuramah salah seorang daripada mereka yang bernama Razak Mansur dalam berita buletin utama TV3.

Penyamaran serta penipuan mengaku sebagai ahli pas menunjukkan terdesaknya mereka ini dalam usaha memburukkan Pas khususnya pakatan rakyat.malah penyamaran mereka sebagai ahli pas cawangan taman cendana terkantoi kerana pas cawangan taman cendana tidak pernah wujud. Mungkin dalam kotak pemikiran mereka mudah untuk mengakui serta menyamar sebagai ahli pas sepertimana mudahnya menjadi ahli umno.

Pas sebagai jemaah Islam sejak dulu lagi ada peraturanya sendiri bagi mencorakkan ahlinya.Kekuatan ahli PAS dibina melalui Usrah dimana ilmu Islam itu diterapkan sebagai matlamat perjuangan dan juga dalam kehidupan bersiyasah.Ia juga bagi memantapkan ukhuwah hingga boleh menjadi satu ikatan kekeluargaan.Mustahil bagi ahli pas yang sekian ramai dipasir gudang tidak mengenali antara satu dengan yang lain hatta anak-anak dikalangan ahlipun sudah dikenali dan dicam.

Oleh kerana itu,apabila penyamaran berlaku seperti ini, amat mudah dikenalpasti siapa dalangnya.Permainan politik murahan mengundang banyak presepsi buruk terhadap pelakunya bukan terhadap pas.Pas melihat pembuatan mereka semata-mata sebagai ingin memecahbelahkan keharmonian  pakatan rakyat.Rakyat sudah dapat menilai walauapapun penyamaran maupun tindakan menjual nama pas.ia tidak akan memerangkap pas dari terus berjuang bersama gabungan dalam pakatan rakyat.

Apabila nyawa sudah dihujung hayat maka berbagai tektik kotor dipersembahkan demi untuk mengekalkan kuasa.Peristiwa yang berlaku ini tidak akan mengugat pas pasir gudang dalam misinya untuk menawan dun permas khususnya untuk membantu pakatan rakyat dalam cita-citanya untuk menawan nusajaya.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Feb 8, 2013

KHALID NORDIN DALAM MISI MENGEJAR KERUSI MENTERI BESAR JOHOR



Teka-teki bertebaran dikalangan rakyat Johor,siapa yang akan mengantikan Ghani Othman sebagai menteri Besar Johor setelah tamatnya PRU13 nanti.Beberapa nama pimpinan UMNO Johor di peringkat pusat yang sedang memegang jawatan menteri kabinet telah dinamakan sebagai calon penganti kepada Ghani othman yang telah menjawat jawatan tersebut sejak 1995.

Dikhabarkan Jawatan Menteri Besar Johor tidak sama dengan jawatan menteri Besar yang lain di Malaysia.Ia sukar dan paling mencabar kerana ia harus menjaga hubungan dengan ramai pihak.Antaranya hubungan dengan Singapura,pelabur asing dan yang paling mencabar sekali menjaga hubungan dengan Sultan Johor.

Abdul Ghani, yang dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu. Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatan menteri besar itu.Umun mengetahui sebelum pru12 yang lalu,nama khalid Nordin telah dihebahkan oleh media tempatan sebagai calon untuk mengantikan Ghani malah namanya sudah terpapar di muka depan akhbar setiap hari ketika itu sebagai calon yang berpotensi.

Untuk merelisasikan cita-cita sebagai menteri besar beliau harus turun bertanding di dun dan melepaskan kerusi parlimennya.Desas-desus dari Umno bahagian pasir gudang,khalid akan diturunkan bertanding di kerusi pilihan di dun permas.Ini membolehkan beliau untuk ditabal sebagai menteri besar jika is memenangi kerusi tersebut.Tetapi beliau harus berdepan dengan  pencabar utama beliau dari PAS.Syed Othman Abdullah aktivis masyarakat yang sudah dikenali dan senonim dengan masyarakat berbilang bangsa di pasir gudang malah di negeri Johor.

Dun permas secara trdisinya adalah kerusi milik MIC sekian lama.Adakah akan berlaku pertukaran kerusi dengan MIC.Diantara yang disebut selain dari khalid,Yb Nur Jazlan Muhammad,Anak kepada mantan menteri penerangan dato muhammad rahmat.Beliau adalah ahli parlimen pulai tetapi yb Nur jazlan tidak mempunyai  peluang yang cerah kerana beliau terpalit dengan banyak skandal.selain dari itu juga nama ahli parlimen mersing dr abdul latif ahmad juga disebut tetapi dato abdul latif sejak awal-awal lagi  tidak menunjukkan minat untuk jawatan menteri besar.

Sekiranya khalid berhasrat untuk menjadi menteri besar adakah beliau sanggup mengambil risiko untuk bertanding di dun dan melepaskan kerusi parlimennya.Adakah beliau amat yakin untuk menang  serta ditabalkan sebagai menteri besar yang baru.Sekiranya beliau memenangi kerusi apa pun di dun tetapi tidak dilantik sebagai menteri besar beliau akan  menjadi wakil rakyat biasa.Adakah beliau sanggup menerima risiko ini?

Dalam perebutan kerusi dun permas tersebut,sudah tidak menjadi rahsia kerana kerusi permas itu adalah kerusi idaman UMNO sejak dulu.sanggupakah MIC memberi kerusi permas kepada UMNO?kalau sudah diserah kepada UMNO bermakna jangan harap untuk mendapatkannya kembali.MIC juga sedang memikir langkah seterusnya samada menimbang tawaran kerana mereka  pasti mengetahui sekiranya kerusi itu diserahkan kepada UMNO,tindakan mereka akan membuatkan penyokong tegar mereka akan berubah arah.

Walauapapun gimmik yang dipersembahkan,kerusi menteri besar Johor tidak akan berubah dan akan terus disandang oleh  Ghani sepertimana yang berlaku pada pru12 lalu dan ini hanyalah sebagai gimmik UMNO  untuk menghiburkan rakyat menjelang dekatnya pru13.

Apapun pertukaran berlaku,ia tiada membawa apa-apa makna untuk rakyat.Apa yang rakyat mahu dan kehendaki ialah kerajaan UMNO harus ditukar demi untuk masa depan rakyat.

abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas

Feb 4, 2013

PEMIMPIN UMNO PASIR GUDANG KAKI KENCING


Episod terakhir sinetron lakonan pencacai-pencacai PARTI keramat Melayu pasir gudang yang bangkit memperjuangkan nasib melayu setinggan bagaikan pahlawan Melayu terakhir.lakonlayar dicipta bagi mengaburi mata penduduk setinggan serta macai bawahan yang jiwa serta mata hati mereka sudah digelapkan oleh parti setan ini.Lakonan mantap yang cuba ditayangkan untuk dijadikan bukti mereka wira kepada bangsa melayu serta mengangkat diri mereka sebagai hulubalang yang membela kedudukan dan nasib melayu.


Umum mengetahui tipu helah parti setan ini dulu,kini dan selama-lamanya,tindakan dilakukan hanyalah untuk menyelamatkan diri mereka yang tersepit.Sinopsis jalan cerita yang sama sentiasa ditayangkan berulangkali oleh watak-watak pengampu bila hampirnya dengan PRU.kemelut KETUA CAWANGAN UMNO di pasir gudang yang memgugut untuk memboikot dari membuka bilik gerakan pilihanraya mendapat liputan meluas oleh pihak media.Tindakan mereka itu mendapat respon kepimpinan tertinggi syura parti setan lantas ketua propaganda parti itu Ahmad Maslan yang memberi amaran agar mereka akan dikenakan tindakan kerana menyifatkan perbuatan mereka umpama sebotaj kepada parti.


Muncul hulubalun anak muda awang hitam,Rohazam selaku ketua pemuda UMNO pasir gudang yang menyokong tindakan para pencacai ini menutup bilik gerakan dan membidas kenyataan Ahmad maslan.Dalam kekecohan di media itu Ketua bahagian umno yang juga menteri kabinet Malaysia Khalid Nordin hanya senyap membisu.Beberapa ketika kemudian barulah beliau bersuara menjelaskan kedudukan dan perkara sebenar nasib 9 kampung setinggan itu.


Amat memeranjatkan apabila beliau menyebut dalam  kenyataannya penyelesaian kemelut permasalahan kini diperingkat akhir untuk dimuktamadkan kerana tanah yang dijanjikan sudah dikenalpasti tapak bagi mengantikan tanah yang sama nilainya.Dalam kenyataan itu juga beliau berkata permasalahan kini sudah diperingkat akhir untuk dimuktamadkan dan beliau memahami penduduk mahukan kepastian jaminan secara hitam putih daripada kerajaan.

Terungkai sudah segala jawapan untuk segala persoalan,adakah penduduk  faham dengan kenyataan khalid apabila beliau menyebut tapak dikenalpasti bagi mengantikan tapak tanah? Ini maksudnya tanah sudah tergadai dan tiada peluang untuk menuntutnya kembali kecualilah dengan diganti dengan tanah lain.Mana berani si khalid ini membuat sesuatu kerana tanah yang digadai itu  sudah dalam genggaman para kapitalis yang ada sangkut paut dengan pemimpin besar mereka.

Apa maknanya majis penyampaian borang 5A yang dianjurkan oleh segerombolan UMNO pasir gudang untuk penduduk kampung setinggan yang disampaikan sendiri oleh khalid baru-baru ini padahal beliau sudah mengetahui sejak awal lagi tanah setinggan itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi.Majlis ini pastinya untuk mengaburi mata-mata penduduk melayu setinggan agar sentiasa menyokong mereka.Pembuatan ini terang-terangan satu gimmik dan sedihnya sanggup menipu melayu setinggan yang  mengharapkan pembelaan dari mereka.



Hulubalun pemuda PARTI ketuanan melayu pasir gudang..layak digelar apa ya!!!!!
Watak pelakon tambahan ketua gerombolan cawangan Umno ini yang kononya memboikot bilik gerakan sudah lama diketahui membuat onar dan taik dengan mengambil kesempatan terhadap penduduk setinggan.Penduduk mendakwa sejak sekian lama orang-orang tertentu mengutip bayaran bagi mengukur lot-lot tanah mereka bagi memohon untuk mendapatkan geran hakmilik tanah.

kenyataan terbaru khalid ini  membuatkan penduduk setinggan tersentak sejenak begitu juga mungkin para pencacai yang telah lama beronar.Penduduk mula mempersoalkan kutipan bayaran mengukur lot tanah mereka dahulu.Inilah persoalan yang sedang bermain dalam kotak fikiran penduduk melayu setinggan.

Demi untuk menutup lubang penipuan besar ini ,pencacai kian terasa bahang kepanasan dan sedang merangka untuk mencari helah maut. pencacai umpama anjing yang tersepit,terpaksalah mencari sesuatu tindakan drastik bagi melepaskan diri.Tidak logik dan masuk akal,tindakan memboikot bilik gerakan untuk PRU dibuat sebelum terbubarnya parlimen.tindakan yang tidak kena pada masanya dan hanya menunjukkan kebodohan kepala otak mereka yang memang sudah bodoh lagi bangang.

Hanya retorik dan gimmik politik UMNO pasir gudang..
Kalau bersungguh-sungguh ingin memperjuangkan nasib melayu setinggan boikotlah masa terbubarnya parlimen.kenapa tidak memperjuangkan masib melayu setinggan ini sejurus kemenangan PRU12 dulu dan kenapa dekatnya PRU13 baru mengeletar membangkitkan isu ini?.kebarangkalian mereka menganggap Melayu setinggan bodoh macam mereka.Temberang UMNO walaupun sebesar zarah sekalipun sudah dapat   dilihat tanpa mengunakan kanta mata.

Maklumat yang tersebar luas dikala ini,ketua cawangan gerombolan yang terbabit sedang kerap mengadakan  mesyuarat serta pertemuan dicawangan-cawangan yang terlibat bersama penduduk setinggan.setiap kali bermesyuarat penduduk mendakwa ketua cawangan gerombolan memberi peringatan meminta penduduk hanya memboikot bilik gerakan sahaja tetapi sokongan dan undi wajib diberi kepada UMNO.


kenyataan khalid mendesak kerajaan negeri memberi jaminan serta menyebut dalam kenyataanya juga isu tanah setinggan sebagai pembincangan terakhir hanyalah retorik dan penipuan besar abad ini.Apalagi yang boleh diharapkan kepada UMNO parti keramat melayu ini.Parti yang banyak menyusahkan melayu yang kepimpinan hapraknya hanya berebut-rebut memenuhi tembolok masing-masing.orang melayu kena sedar UMNO bukan lagi boleh dipercayai malah tidak boleh lagi membela melayu.penduduk setinggan kena ingat peristiwa kampung setinggan plentong tengah yang diranapkan rumah mereka sebabnya kerana masalah yang sama seperti yang dihadapi penduduk kampung setinggan sekarang.

Dimanakan pemimpin umno pasir gudang dikala penduduk setinggan plentong tengah dulu apabila rumah mereka sedang diranapkan??Mungkin ada segelintir penduduk setinggan plentong masih ingat bagaimana layanan UMNO pasir gudang semasa isu itu...Bukan pembelaan yang sewajarnya yang diperolehi tetapi yang dapat adalah cacian dari pemimpinnya.

Pada yang masih mempunyai peluang, gunakanlah  PRU13 ini sebagai medan mengubah kerajaan baru agar dasar yang lebih adil boleh dilaksanakan.Jangan sekali-sekali percaya dengan teman yang kencing sana sini dalam keadaan berdiri kerana mereka tidak boleh diharap hatta mempunyai agenda tersendiri.cukuplah lebih 50 tahun mereka diberi peluang memerintah tetapi telah gagal melaksanakan amanah rakyat.PRU13 yang akan datang dalam masa terdekat ini bagi UMNO BN......Ini kalilah!!!!!

abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas