Jan 31, 2013

PAR JOHOR PERIHATIN


Apa yang paling menyayat hati yang menimpa 5 keluarga di kahang barat ini adalah segala perkasa rumah,pakaian serta  kelengkapan sekolah anak-anak mereka turut dimusnahkan oleh pihak berkuasa gara-gara mahu menghalau mereka berpindah daripada tapak penempatan yang telah diranapkan itu.Yang lebih malang sehingga ke hari ini mereka masih tidak mampu untuk menyekolahkan anak mereka kerana tidak mempunyai wang.




Penderitaan yang ditanggung saat ini oleh 5 keluarga di kahang barat kluang  itu mendapat perhatian PAR Negeri Johor.Hasil sumbangan NGO Islam yang perihatin maka Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor sebagai wakilnya telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah dan wang ringgit kepada anak-anak 5 keluarga malang ini.Seramai 7 orang anak-anak mereka masih belum menjejaki kaki ke sekolah lagi walaupun sekolah sudah lama bermula.Selain daripada sumbangan peralatan sekolah,5 keluarga tersebut juga menerima sumbangan berupa keperluan Asas.Majlis Simbolik penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Penyelia pusat Aduan Rakyat bukit gambir Prof Dr Mahfoz Mohammad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Johor.





Seusai majlis ringkas yang diadakan ditapak rumah mereka yang diroboh itu,anak-anak mereka telah di bawa ke bandar kluang  oleh Pengerusi PAR Negeri Johor Syed Othman Abdullah untuk membeli pakaian dan kasut sekolah.






Saudara Nordin Ali,salah seorang dari 5 keluarga itu berkata beliau amat terharu dan berterima kasih kepada PAR Negeri Johor kerana perihatin dan mengambil berat terhadap masalah yang mereka
hadapi.Beliau berkata lagi PAR Johor tidak jemu-jemu menghulurkan sumbangan sejak awal lagi.Hadir sama dalam majlis pagi tadi adalah khairul Faizi PAR Mahkota dan Oon Jaffar Setiausaha BPPNJ.

ketika ini 5 keluarga ini telah dibenarkan menumpang  sementara di dewan serbaguna kahang barat sejak seminggu lalu oleh ketua UMNO cawangan Kahang barat.Baru-baru ini mereka sudah dimaklumkan oleh UMNO supaya mengosongkan dewan sebelum 4 hb Feb ini kerana dewan tersebut akan digunakan sebagai bilik gerakan pilihanraya UMNO.

Dimanakan arah dan nasib mereka selepas ini?Mereka ini orang miskin dan tidak berkemampuan apatah lagi mengeluarkan duit muka untuk menyewa rumah. Beginilah contoh bertapa malangnya nasib Melayu merempat di tanah air sendiri tanpa pembelaan daripada parti ketuanan Melayu yang menjadi teras pemerintahan negara.Merempatnya orang melayu bereti gagalnya UMNO dalam pemerintahan.Tidak ada maknanya negara maju tetapi rakyat miskin dan derita.

Dimana Melayu merempat disitulah UMNO berkuasa.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Jan 30, 2013

MENGEDAR BUAH LIMAU BERSAMA KETUA PEMBANGKANG DUN JOHOR


Program mengedarkan buah limau sempena menyambut perayaan tahun baru cina telah diedarkan di tapak pasar malam plentong petang tadi oleh pertugas serta pemimpin Dap Johor jaya mendapat sambutan mengalakan daripada pengujung.Program yang diadakan itu turut disertai oleh ketua pembangkang dun Negeri Johor daripada Dap Dr Boo Cheng Hau bersama-sama dengan saudara Syed Othman Abdullah (pas) dan pengerusi khidmat masyarakat Dap Johor jaya Liow cai tung.



Sepanjang program yang dijalankan itu ramai pengunjung menyatakan sokongan mereka kepada pakatan rakyat malah ada yang mengadu permasalahan mereka kepada Dr boo untuk diambil perhatian.selain pasar malam di plentong ini,Dap bergerak ke lokasi seterusnya di tapak pasar malam di Sri Alam bagi mengedarkan buah limau kepada pengunjung disana.




Dari sambutan yang diterima itu, memberi sudah cukup gambaran bahawa rakyat mahu dan sedang menunggu perubahan dan menunjukan sokongan kepada pakatan rakyat pada pru13 nanti.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

DERITA SEORANG IBU TUNGGAL


Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.derita yag ditanggung hanya Allah saja yang mengetahui.begitulah pepatah yang mengambarkan betapa pilunya saat-saat kehidupan yang ditempuhi oleh seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga anaknya yang mengidap penyakit misteri.Dalam usia yang amat muda tidak seperti anak remaja yang lain,bisa aktif dengan kegiatan sukan dan pelajaran tetapi takbir sudah menentukan anaknya terlantar sakit dan perlu perhatian dan penjagaan darinya.


Hasil maklumat dari insan yang perihatin yang telah memaklumkan kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) permas mengenainya,pagi tadi penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah bersama pengerusi lujnah kebajikan PAS kawasan pasir gudang saudara Aziz Abdullah dan setiausaha PAR  abusiraj almuner turun padang melawat serta melihat sendiri remaja yang malang itu dirumah sewa mereka di Taman Mawar.


Menurut ibunya Normah Rami 40 tahun,anaknya Mohd Nor Izeham bin Abdul Hamid  yang berusia 16 tahun telah mengidap penyakit misteri semenjak 2 tahun lalu.keadaannya bertambah buruk akhir-akhir ini dan terpaksa terlantar dikatil  dan tidak mampu untuk bergerak.Sejak mula mengidap penyakit itu,beliau hanya membawa anaknya mendapat rawatan secara tradisional.setelah keadaannya bertambah teruk barulah dirujuk ke hospital pakar di pasir gudang dan pakar perubatan hospital tersebut katanya telah mengambil contoh darahnya.

Puan Normah Rami berkata anak sulung beliau juga mengidap penyakit yang sama tetapi telah meninggal dunia setahun yang lalu.Beliau seorang ibu tunggal sejak 15 tahun telah berhenti berkerja dan menumpang dirumah ibunya.katanya lagi beliau bergantung kehidupan kepada Ibunya yang  menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan hasil menjual kerepek disekitar pasir gudang.

Penyelia PAR permas Syed Othman berkata PAR amat perihatin dengan nasib yang menimpa puan Normah dan akan membantu sedaya upaya bagi memastikan mereka sekeluarga dapat dibantu seadanya.

Aziz Abdullah pengerusi lujnah kebajikan pas pasir gudang juga berkata beliau akan memberi bantuan untuk  ibu puan Normah bagi membolehkannya mengusahakan perniagaan kerepek bagi menyara mereka sekeluarga.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

UMNO TEBRAU TIDAK MAMPU BELA AHLINYA SENDIRI!!!!


Setelah sekian lama menyokong kuat tanpa berbelah bagi parti ketuanan  Melayu barulah kesedaran menjelma bahawa parti keramat melayu yang senantiasa melaungkan kalimah keramat HIDUP  MELAYU dan MEMPERTAHANKAN ISLAM sebenarnya retorik semata-mata.

Apabila penyokong tegar parti itu sendiri sudah muak dan jelik dengan janji-janji yang ditaburkan  kepimpinannya maka sudah tentu parti ini tidak berupaya untuk menbela nasib dan derita yang ditanggung oleh rakyat khususnya ahli partinya sendiri.

Bilamana disebut penyokong tegar sudah pasti  membayangkan kepada kita tingkah laku mereka ini dahulu. Pantang bila dengar nama PAS maupun PKR disebut,boleh mencetuskan pergaduhan.Mereka ini juga sudah tentu  melakukan kerja-kerja menurunkan bendera,mengoyakkan poster dan menganggu ceramah pakatan.Inilah tegar dan karatnya mereka,kalau disiyat kulitnya sudah pasti darah biru yang terpacul.

Amat malang bagi mereka ketaatan mereka pada parti keramat UMNO ini tidak dibalas dengan ganjaran setimpal malah kepimpinan mereka tidak ambil pusing masalah yang ditanggung kerana berlumba-lumba mengaut kekayaan dan mengenyangkan tembolok masing-masing.



Pusat Aduan Rakyat (PAR) permas petang tadi menerima aduan dari beberapa orang penyokong tegar UMNO termasuklah Ajk kepimpinan pemuda UMNO bahagian tebrau.Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah bersama PAR tebrau Saudara Shamsul Bakri dan Setiausaha PAR permas abusiraj almuner turun padang untuk menemui serta mendengar aduan dan rintihan masalah yang dihadapi.

Jayen@supaat bin Taros 42 tahun,ketua pemuda cawangan Taman Nora yang mewakili penduduk 9 Taman antaranya Tmn Nora,Maluri,Murni,kasih,Maju jaya, Mesra dan Bunga Raya yang kesemua taman tersebut terletak di kawasan ulu tiram.Menurutnya Masalah yang mereka hadapi adalah kenderaan dan jentera berat yang melalui taman mereka mengancam keselamatan penduduk.Kenderaan berat yang dipandu melebihi had laju  membahayakan keselamatan penduduk taman tersebut terutama kanak-kanak.Setiap hari katanya kenderaan yang melalui Taman Nora sahaja melebihi 100 buah dan kesan daripada jentera berat yang mengunakan jalan tersebut menyebabkan Jalan rosak teruk dan membawa debu yang banyak hingga menyusahkan penduduk taman tersebut.

katanya lagi,kenderaan dan jentera berat kerap mengunakan jalan  tersebut kerana ia adalah jalan pintas untuk memasuki kawasan kilang berhampiran.Terdapat sebuah kilang terletak berhampiran taman tersebut antaranya kilang membuat acuan batu bata,bengkel jentera berat dan ladang perternakan ayam mega terletak disitu.

Aduan telah diadukan sudah hampir 20 tahun.Dari Jkkk,wakil rakyat,ahli majlis,kepimpinan Umno bahagian hatta Exco kerajaan negeri pun sudah dimaklumkan tetapi semuanya gagal bertindak untuk menyelesaikannya,Wakil rakyat tiram dakwanya pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah tetapi hingga ke saat ini  tiada tanda-tanda usaha kearah itu dilakukan.

Penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah mengulas mengenai masalah ini berkata tindakan penyelesaian akan diambil segera bagi membantu penduduk 9 taman ini.beliau berkata kenderaan berat tidak melebihi satu tan sahaja dibenarkan melalui jalan taman perumahan maka dengan itu  beliau akan merujuk perkara tersebut kepada pihak berkaitan untuk diambil tindakan.

disitu UMNO memerintah...disitulah melayu merana!!!!!

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Jan 28, 2013

PAR PERMAS DAN PUSAT KHIDMAT PKR TURUN PADANG


Pemilik rumah pangsa ataupun pangsapuri kerap menghadapi masalah dengan badan penyenggaraan dan pengurusan bangunan.Akta bangunan dan harta bersama telah diperkenalkan bagi  memastikan segala kerja-kerja penyenggaraan dan pengurusan bangunan dilakukan dengan lebih sempurna malah Akta ini mencontohi model negara jiran singapura yang mengunakan akta serupa bagi penyenggaraan kediaman bertingkat di singapura.hingga ternyata berkesan pelaksananya.




Masalah yang dihadapi oleh sebahagian pemilik rumah bertingkat tetap sama dimana sahaja,masalah jerap berlaku antara Ajk badan pengurusan penduduknya,kontractor pembersihan yang dilantik maupun kepada pihak  pemaju sendiri.

Inilah yang berlaku kepada penduduk rumah pangsapuri sri okid di taman ekhsan jaya.Menurut salah seorang penduduk Norzailza bt Ismail 32 tahun keadaan sekitar kediaman mereka tidak diselenggara walaupun telah membayar yuran penyelenggaraan setiap bulan.Lampu jalan dan lampu di kaki lima juga sudah tidak dinyalakan.Rumput tidak dipotong serta sampah sarap tidak dipungut hingga mendatangkan bau yang amat meloyakan.Pengawal keselamatan  yang dilantik juga sudah tidak kelihatan.

Akibat daripada itu,kerap berlaku kegiatan jenayah seperti kecurian kereta,motor dan ragut  hingga menakutkan penduduk untuk keluar.Pejabat pengurusan katanya hanya dibuka apabila tibanya waktu menerima bayaran wang penyelenggaraan dan akan ditutup semula selepas itu.

Norhaida bte awang 38 tahun.surirumah berkata beliau  telah tinggal di pangsapuri berkenaan sejak ia siap dibina  5 tahun dahulu.Beliau mengharapkan agar pihak berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi.

Hadir dalam sidang media di kawasan pangsapuri sri orkid,Jimmy Puah pengerusi khidmat masyarakat PKR johor Jaya dan penyelia PAR permas Syed Othman Abdullah.

Mengulas mengenai masalah yang dihadapi penduduk itu,Penyelia PAR permas syed othman Abdullah berkata beliau akan meminta penduduk untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi memilih  ajk badan pengurusan bangunan yang baru mengikut akta bangunan dan harta bersama (penyenggaraan dan pengurusan)

Manakala Jimmy puah pengerusi pusat Khidmat masyarakat pkr johor jaya yang juga seorang peguam muda berkata beliau bersedia  memberi khidmat nasihat kepada penduduk bagi menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi ini.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Jan 27, 2013

34 Tahun Tunggu Air ,Najib tempat sendiri kenapa diam

#         34 Tahun Tunggu Air. Najib tolong jawab asyik salah Selangor  negeri sendiri apa cerita

Jan 26, 2013

BILA KETUA PEMUDA UMNO PASIR GUDANG NAK JADI CICAK MAN!!!



Hebohnya sudah satu sinetron bersiri yang dipersembahkan oleh watak-watak kecil parti ketuanan Melayu pasir gudang.Tindakan watak-watak kecil ini telah mengundang Amaran keras dari kepala penerangannya agar ugutan harus diberhentikan.

Jangan hairan dan pelik dihati,Sinetron yang ditayangkan ini hanyalah satu lakon layar yang sudah di scriptkan. kalau diadakan anugerah sudah pasti pemenangnya.Sinetron ini dengan sinopsis jalan cerita yang sama acapkali  ditayangkan bagi tontonan umum bila tibanya musim pilihanraya.

Dikala menerima amaran keras dari Ahmad Maslan,muncullah seorang wira perkasa Melayu terakhir bernama Rohazam  Shah Ahmad ketua pemuda umno pasir gudang yang lantang bagaikan burung wali-wali menyokong tindakan watak-watak kecil tadi.Suara lantangnya sudah pasti mendapat tepuk sorai bagaikan penglima bermata satu.beliau dengan tegasnya berkata  Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.


kata-katanya bukan main-main tetapi itulah hakikatnya.Parlimen Pasir gudang samada dun permas dan Johor jaya memang diketahui potensinya untuk melakar kejutan.Rohazam sudah pasti mengetahui semua ini tapi itu bukan persoalannya.

Tetapi rahsia disebalik percaturan ini hanya Rohazam dan ketuanya khalid sahaja tahu.Membawa isu tanah setinggan yang sudah lapuk sebagai pertaruhan untuk mengoncangkan kredility Menteri besar sudah tentu ada  perancangan besar.

Tanah setinggan yang dijanjikan semenjak 42 tahun dan telah melalui rentetan pilihanraya masih belum diselesaikan.kenapa sudah dekatnya pilihanraya baru berdegar-degar dan berapi-api mahu memperjuangkannya hak rakyat.kenapa tidak sejurus kemenangan pru12 dulu?

khalid bijak mengatur stretegi,beliau gunakan hulubalang-hulubalang suruhan terlolong dan melalak serupa dengan tindakan bengong mereka ketika menganggu ceramah pakatan,berdepan dengan Mb.khalid sehingga ke saat ini masih diam seribu bahasa.Tidak pelik Rohazam muncul bersuara seperti mahu kelihatan menjadi hero cicak man di saat genting seperti ini.Rohazam juga seakan memasang cita-cita seperti khalid.Rohazam mungkin bercita-cita nak menjadi ahli parlimen dan peluang untuk mengisi kerusi parlimen pasir gudang untuknya terbuka luas andainya khalid bertukar ke kerusi dun.begitu juga khalid idaman kerusi empuk MB masih dalam awang-awangan.

Rohazam berkata dalam kenyataannya didalam media,tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam saat-saat PRU13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti. 

“MB sudah janji nak selesai...sudah turun padang bertemu penduduk setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin.

Jangan anggap rakyat marhean tidak ada otak untuk menilai sesuatu dan jangan juga ingat semua orang akan telan apa saja berita yang dihidangkan.kalau dah nak menipu tengok-tengoklah orang keliling,takut-takut terkantoi.saat dan ketika ini memang bilik gerakan tidak beroperasi sepenuhnya lagi.kalau shahihlah Tindakan menutup bilik gerakan seperti yang dicanang,kita tunggu apabila parlimen dibubarkan barulah kita akan lihat samada apa yang dikata tu benar atau hanya rekaan cerita dongeng.

Ada kebenaran apa yang dijelaskan oleh Ahmad maslan dalam kenyataannya semalam,Beliau berkata bahawa bilik gerakan pusat daerah mengundi hanya diarahkan untuk dibuka selepas 1 Februari akan datang.Itu maksudnya bukanlah ditutup, cerita ditutup ini apabila setelah penamaan calon.Kita belum berkempen pun lagi, jadi yang ini belum dibuka sahaja.

Cerekarama BERSIRI ini akan kita saksikan siri seterusnya.tapi yang pasti amalan parti ketuanan melayu  UMNO sejak dulu,kini dan selamanya hanyalah mengejar nikmat dunia dan bila dapat apa yang dihajat penduduk setinggan akan terkontang kanting semula.

Isu ini tidak lain daripada percaturan untuk mengugat kedudukan MB hj ghani dari tahta MB tiada lain matlamat dari itu.Nak kata nak berjuang untuk hak rakyat, UMNO bukan speciesnya.

Penduduk setinggan harus ingat,kalau UMNO nak tolong kamu,dulu lagi dah selesai isu geran tanah,kenapa 42 tahun tidak selesai-selesai?untuk pengundi pasir gudang terutama penduduk kampung setinggan...Ingat tregedy kampung plentong tengah,adakah kamu RELA menjadi seperti mereka dihalau dan rumah diroboh!!!

Tepuk dada tanya selera!!!!

JOM UBAH UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK


abusiraj almuner
setiausaha par permas

Jan 24, 2013

AMARAN AHMAD MASLAN...TAKUTKAH JENTERA UMNO PASIR GUDANG DENGAN AMARANYA???

Tindakan drastik dan berani jentera UMNO pasir gudang yang memboikot dengan menutup bilik gerakan gara-gara kecewa dengan janji yang ditaburkan oleh Menteri besar Johor akhirnya mendapat amaran keras dari ketua penerangan UMNO Malaysia Ahmad maslan.


Ahmad Maslan memberi amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang sambil berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli Umno yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum.katanya lagi kepada sesiapa yang hendak buat cerita boikot ini, tidak ada tempat untuk mereka dalam Umno, pergilah cari NGO lain.

Kenyataan Ahmad Maslan ini sudah cukup mengerunkan jentera UMNO pasir gudang serta penyokong tegarnya.Penulis merasakan isu ini memang sudah dijangka dapat diselesaikan dengan mudah.sketsa wayang sebenarnya ditunjukan bagi mengaburi mata sekelian penduduk setinggan agar kelihatan parti keramat melayu tertua ini membela mereka.




lebih-lebih lagi yang bersuara lantang itu adalah pemimpin cawangan yang perlu diberi makan atau menunggu habuan atas kelantangan itu.Tunggu sahaja seketika masa lagi apabila habuan sudah dalam gengaman maka suara dalam anak tekak pun sudah kehilangan.begitulah amalan pencacai UMNO dulu,kini dan selamanya.

Walauapapun andaian penulis namun penghujung sketsa UMNO pasir gudang tetap akan kita saksikan natijahnya.Adakah mereka akan terus melakukan tindakan mereka itu tanpa menghiraukan amaran Ahmad Maslan.Pilihan bagi mereka samada bersama UMNO atau bersama 
RAkyat.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas 

PAS PASIR GUDANG KEBAJIKAN UNTUK SEMUA


Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam mengamalkan dasar "NEGARA KEBAJIKANNYA" tidak pernah menyisihkan serta meminggirkan mana-mana kaum dalam usaha kebajikan kemasyarakatannya.lantas setiap lapisan masyarakat  yang kurang kemampuan akan disantuni agar konsep "BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR" yang dibawa oleh PAS dapat diterjemahkan dalam masyarakat demi mendapat keredaan daripada Allah rabuljalil.




Bebekalkan dengan konsep itulah PAS kawasan pasir gudang melalui lujnah kebajikan kawasan sentiasa bergerak seiring dengan Pusat aduan rakyat (PAR) permas setiap waktu meredah di pelusuk ceruk pasir gudang untuk menyantuni masyarakat yang kurang bermampuan untuk dibantu semampu yang boleh.



Program yang diadakan pagi tadi anjuran bersama Lujnah kebajikan Pas kawasan pasir gudang dan Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas di penempatan orang asal kampung teluk jawa masai mendapat sambutan luar biasa dari penduduk setempat.

Program yang bermula seawal 8.30 pagi itu dimulakan dengan acara gotong royong membersihkan kawasan penempatan selain itu penyampaian sumbangan juga diadakan.Seramai 5 keluarga telah menerima sumbangan berupa keperluan asas yang disampaikan oleh penyelia PAR permas Tuan Syed Othman Abdullah.Pakaian terpakai juga diagihkan kepada masyarakat orang asal dalam program tersebut.


Wakil kepada tok batin kampung teluk jawa saudara Dell berkata beliau amat terharu dengan keikhlasan dan perihatin PAS  kerana sentiasa mengambil berat masyarakat orang asal.katanya lagi ini bukan pertama kali PAS datang menghulurkan sumbangan  malah masalah masayarakat orang asal disini pun kerap dibantu oleh PAR permas.


abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas



PEREBUTAN KERUSI EMPUK MB JOHOR SUDAH BERMULA...DENGAN TUTUPNYA SEBILANGAN BESAR BILIK GERAKAN PRU13 UMNO PASIR GUDANG


Harapan peneroka kampung setinggan sekitar pasir gudang untuk mendapatkan hak milik tanah yang dijanjikan berpuluh tahun dulu hatta telah melalui masa hampir beberapa pilihanraya umum tetapi janji yang diungkap oleh pemimpin pujaan parti keramat melayu masih gagal ditunaikan.Yang sedih dan pilunya ada sebahagian yang menunggu  sudahpun meninggal dunia gara-gara gagalnya janji dicapati.
Akhbar Sinar harian dalam beritanya hari ini melaporkan sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.





Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13,





Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,”
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.


“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut katanya kepada Sinar Harian.


Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian. Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

“Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.
Kekecewaan yang digambarkan oleh pencacai kuat UMNO pasir gudang yang diwawacara akhbar sinar harian boleh diistilahkan dengan beberapa makna.Penulis amat arif dengan pael-pael dan tarbiat pencacai yang sudah berkurun mengunakan  tipu helah yang sama bila hampirnya dengan PRU.
Masih subur  dalam ingatan penulis semasa Pru12 yang lepas perkara seumpama ini pernah terjadi hingga beberapa pemimpin utama cawangan sanggup membubarkan cawangan mereka untuk menyokong PAS kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh kepimpinan bahagian dan akhirnya semua auta belaka.

Kenapa mereka bertindak sedemikian?Perkara paling besar ialah dana yakni wang ringgit,ahli umno serta penyokong tegarnya kalau tiada wang dijanjikan,kerja sudah tentu tidak akan dibuat.Mungkin wang yang dijanjikan tidak muncul dan satu lagi ada berbalahan sesama mereka.
Beberapa bulan lalu,sinar harian pernah melaporkan di muka depan Yb khalid Nordin ahli parlimen pasir gudang menuntut geran tanah yang dijanjikan oleh MB kepada penduduk setinggan.Tindakan Khalid ini kononnya menunjukkan simpati dan ikhlas berjuang untuk penduduk setinggan di pasir gudang yang merupakan pengundi teramai  tetapi kenapa baru sekarang muncul membela nasib penduduk setinggan padahal masalah ini telah berkurun lamanya tiada jalan penyelesaian.Ini hanyalah sketsa lakon layar yang perlu dipersembahkan untuk di sajikan dikhalayak pengundi pasir gudang agar tidak tersepit ketika kempen PRU13 nanti.
Umum juga mengetahui Yb khalid Nordin adalah antara saingan calon untuk jawatan Mb baru.Jadi perebutan tahta kian sengit dan tindakan jelas salah satu faktornya untuk mengugat kedudukan Hj Ghani.

Penulis teringat satu majlis yang digembar-gemburkan oleh UMNO pasir gudang.Majlis penyampaian borang 5A yang diadakan di kampung sepakat kampung setinggan yang terletak ditengah bandar masai.Majlis penyampaian borang 5A yang disampaikan sendiri oleh khalid.Borang 5A itu hanyalah borang pemilikan sementara atas tanah kediaman  tetapi  bukan pemilikan kekal.Majlis yang dapat liputan media itu memaparkan sebilangan wargaemas yang ditemuramah menzahirkan kegembiraan mereka kepada kerajaan UMNO setelah menunggu sekian lama tanpa mengetahui apa sebenarnya mereka terima.

Hakikatnya mampukah Hj ghani menunaikan janji-janji yang telah ditaburkan kepada penduduk setinggan ini?Meminjam ayat-ayat ketua cawangan UMNO plentong...“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

Pengurniaan tanah itu bukan seluas sekangkang kera,ia melibatkan hampir 10 kampung tradisi setinggan dan melibatkan 10 ribu penduduk.Dalam jangka masa singkat untuk mendesak MB untuk mengurniakan tanah adalah satu perkara yang agak mustahil.Tapi hakikatnya isu bukan kerana janji dicapati tetapi ia adalah perebutan untuk duduk di kerusi empuk Menteri besar Johor.



abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

KARAOKE ACARA UTAMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.... HANYA ADA DI SARAWAK



Ini buka cubaan...ini betul-betul,Tersentak penulis bilamana membaca mesej poster yang dipaparkan ini.Pertandingan ini  bukan dianjurkan pada hari kemerdekaan  tetapi dianjurkan pada malam maulidur rasul.promosi pertandingan karaoke anjuran Belia 1 Malaysia Kampung Beladin Pusa Sarawak ini telah tersebar diseluruh pekan dan kampung.
Apa sudah jadi dengan belia di sarawak nie?sungguh jahil murakah.Tak pernah dibuat orang,SAMBUTAN maulidur rasul dihidangkan dengan pertandingan karaoke.Sesiapa sahaja yang waras dan mempunyai ilmu agama terbaca mesej yang terpapar pada poster ini nescaya terdetik di hati mereka betapa ceteknya pemahaman agama individual yang menganjurkannya.

Majlis menyambut Maulidur rasul sepatutnya diserikan dengan majlis marhaban,selawat dan pengisian ilmu sirah perjalanan hidup baginda Rasuluallah, bukan diadakan acara seperti ini.Mana dia pemimpin masyarakat,kenapa tidak ditegur belia-belia ini atau mereka sendiripun jahil.

Inilah dia hasilnya bila Islam ditolak dalam kehidupan.Apabila kehidupan berlandaskan dunia melebihi segalanya dan akan tercicirlah akhirat justeru akan lahirlah orang-orabg yang jahil tetapi mengaku berilmu.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Jan 23, 2013

NAJIB KE GAZA-ADA UDANG DISEBALIK MEE


Heboh lalu Tersebarlah oleh media pencacai diseluruh Seantero Malaya dan benua jajahan mengenai lawatan kemanusiaan yang penuh bersejarah kononya oleh Perdana Menteri hj Najib Razak di Gaza bagi menunjukkan tanda perpaduan dan sokongan teguh Malaysia dan rakyatnya terhadap perjuangan Palestin.

Namanya lalu tercatit sebagai salah seorang pemimpin yang melawat Gaza, wilayah Palestin yang dikuasai Hamas,sebuah gerakan Islam yang dilabelkan penganas oleh dunia barat,selepas Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah bergolak itu pada bulan Oktober lalu.




Bermacam-macam presepsi timbul mengenai lawatan tersebut apatah lagi musim pilihanraya umum ke 13 semakin hampir.Adakah ini salah satu stretegi terbaru hj najib untuk menarik undi memandangkan kalau diambil kira dari sudut politik Malaysia,lawatan itu menambahkan point politik untuk Najib, dalam persaingan panjang melibatkan sentimen palestin dalam politik Malaysia.

Pada fikiran bijak bistari hj najib rakyat baginya mudah ditipu agaknya tetapi bijaknya rakyat melebihi bijak hj najib.bukan sahaja bijak tetapi tidak mudah lupa.Masakan Rakyat lupa pendirian Kerajaan UMNO terhadap isu hamas dulu.DAP walaupun dituduh anti Islam tetapi mendesak agar keganasan ketenteraan terhadap Hamas khususnya rakyat palestin diberhentikan.

Pendirian kerajaan pimpinan UMNO dinyatakan oleh menteri di jabatan perdana menteri Nazri Aziz di parlimen Malaysia pada 14 November 2012  ketika menggulung usul mengutuk keganasan Israel terhadap Palestin menerusi kempen ketenteraan terhadap semenanjung Gaza,dengan nada bongkak Nazri Aziz berkata Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin.

Negara yang tidak mengiktiraf pembentukan sebuah negara tetapi menghulurkan serta menunjukkan simpati kepada negara tersebut.Simpatinya yang ditunjukan bukan sekadar menghantar bantuan kewangan dan kemanusiaan tetapi menyeru lebih banyak pemimpin Islam dari seluruh dunia akan melakukan tindakan yang serupanya.

Apa semua ini? Apakah permainan yang sedang dirancang oleh hj najib??Ini suatu yang pelik,TIDAK MUNGKIN semata-mata untuk memberi sokongan sahaja mesti ada helah dan tipudaya yang tersembunyi.kebarangkalian lawatan ini jelas checkmatenya adalah cuba untuk meningkatkan imej Najib berhubung dunia Islam dan pengundi melayu Islam.lebih-lebih lagi ketika lawatan bersejarah ini turut disertai oleh tokoh ulamak Islam terkemuka di Malaysia dan bekas timbalan presiden Pas Ust Nasharudin mat Isa.

Bagaikah bersorak segerembolan pencacai dan macai parti keramat melayu apabila kepalanya sudah mengorak langkah yang sangat bertepatan bagi membuktikan UMNO juga tidak terlepas dari menyokong gerakan islam tersohor yakni Hamas ini.Bangga dan megah pencacai dengan pencapaian hj najib sebagai kepala negara Malaysia malangnya tidak sampai 24 jam presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang memimpin parti Fatah yang mirip dengan perjuangan UMNO mengkritik bahkan mengecam lawatan hj najib itu.katanya Kunjunganya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin.

Laporan mengenai kunjungan Najib ditolak oleh Presiden Palestine dan dikecam oleh beliau pula dikeluarkan oleh pegawai berita WAFA.Laporan tersebut telah dipetik dan disiarkan oleh media milik Israel iaitu Israel Nation News dan juga VIVA.co Indonesia.dilaporkan berkata kunjungannya merendahkan perintahan palestin dan akamenyebabkan pepecahan serta tidak menguntungkarakyat palestin
Adakah Tindakan terbaru yang dilakukan oleh hj najib ini untuk mengambarkan UMNO menyokong gerakan Islam  bagi mengaih sokongan dan undi melayu Islam.Apa yang akan dikatakan oleh sekutu kuatnya terutama MCA yang terang-terangan menentang menubuhan negara berteraskan Islam

Presiden Mahmoud Abas yang dikenali sekutu kuat Amerika mengecam kunjungan hj najib ini,sudah pasti bapaknya Amerika pun berperasaan serupa begitu juga dengan kerabat dekatnya Isreal.

Persoalannya,Adakah ikhlas tindakan hj Najib ini menyokong perjuangan rakyat palestin hamas atau semata-mata ada udang di sebalik mee.hanya yang  pasti atas nasihat penasihat 25% misai kontot adalah tidak lari dari  ingin melonjakkan populariti Najib dan bukan UMNO sebelum menjelang  PRU13.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas.

Jan 22, 2013

JELAJAH PAKATAN RAKYAT PARLIMEN PASIR GUDANG -JELAJAH PERIHATIN RAKYAT



JELAJAH PAKATAN RAKYAT parlimen pasir gudang telah diadakan pada Ahad lepas bersama rakan-rakan dalam pakatan rakyat.Program yang dianjurkan setiap bulan ini bertujuan menyantuni golongan kurang berkemampuan.Program seumpama ini bukan semata-mata meraih undi tetapi yang lebih besarnya adalah tanggungjawap sosial terhadap masyarakat disamping mendekati dan berkongsi masalah yang kerap mereka hadapi dalam kehidupan.





Program jelajah secara konvoi berkereta ini telah dimulakan dari markaz pas taman mawar dan distinasi pertama singgah di kampung plentong kemudian ke permas jaya dan berakhir di kampung sanibong.Seramai 32 orang telah menerima sumbangan berupa keperluan asas yang telah disampaikan oleh bakal calon N43 DUN PERMAS Tuan syed Othman Abdullah.




Penyertaan dari semua dewan pas kawasan pasir gudang serta rakan-rakan dari PAKATAN RAKYAT PKR dan DAP merancakkan lagi program jelajah kali ini.Program seperti ini akan diadakan lebih kerap memandangkan PRU13 semakin hampir untuk jentera pilihanraya pakatan rakyat mendekati pengundi serta menerangkan dengan lebih dekat manifesto yang akan ditawarkan oleh pakatan rakyat dalam PRU13 nanti.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas