Nov 25, 2012

NELAYAN MERSING DITIPU HIDUP-HIDUP



Selagi ada kuasa dalam tangan....selagi itulah kroni segerombolan buaya-buaya karat akan mencari ruang dan peluang untuk merompak serta memeras dana kepunyaan rakyat marhean.Tidak kira keadaan macam mana pun rompak tetap rompak...tipu terus menipu hatta bangsa sendiri pun...dijadikan mangsa.

Bulan awal bulan oktober lepas,Pusat aduan Rakyat (PAR) permas dan Pusat aduan rakyat (PAR) Endau pernah mengadakan Sidang media di kelab akhbar cina taman pelangi mengenai Aduan penyelewengan program Tabung khas membaikpulih perumahan nelayan Seliaan majlis pembangunan pertanian kawasan parlimen mersing.




Imbas kembali Fakta aduan yang diterima ialah program ini melibatkan membaikpulih 100 rumah keluarga nelayan yang menjadi ahli persatuan nelayan dan mereka ini digariskan dibawah taraf kemiskinan.Kos bantuan membaikpulih setiap rumah adalah RM10,000 dan kerja2 membaikpulih telah dilakukan oleh kontraktor yang dilantik bagi fasa pertama. Apa yang menjadi aduan ialah setiap rumah itu hanya dibaikpulih dengan kos hanya sekitar RM2,500 hingga RM3,000 sahaja tidak mengikut apa yang dicatitkan dalam pesanan yang dikeluarkan.

Apa yang lebih menghairankan mereka dikehendaki menandatangani akujanji yang disediakan oleh Kementerian pertanian dan industri Asas tani Malaysia bersama Lembaga kemajuan Ikan Malaysia dan juga borang AJ.Dalam surat akujanji tersebut,anatara yang tercatit,Mereka tidak dibenarkan membangkitkan sebarang perkara mengenai kos dan kompenan yang diluluskan,mempertikaikan jumlah yang diluluskan dan menpertikaikan kualiti bahan binaan yang diberi semasa membaikpulih rumah.




Pada sidang media lepas,tiada pengadu yang tampil memberikan perjelasan tetapi kali ini pengadu yang menbuat aduan telah tampil bersama dengan laporan polis yang telah dibuat olehnya dalam sidang media kali ini.Pengadu Ramli bin yusuf 71 tahun seorang nelayan sejak berusia 11 tahun itu berkata rumah beliau hanya di tukar beberapa keping papan serta beberapa keping zink sahaja.Beliau juga yang buta huruf diminta oleh pihak tertentu menandatangani satu surat akujanji tetapi beliau tidak diberi perjelasan isi kendungan akujanji tersebut.








Hadir sama dalam sidang media tersebut Tuan Syed Othman Abdullah selaku penyelia PAR permas,Ust Azam Razak penyelia PAR mersing,Tuan hj Abdul Rahman Yusuf timbalan pengerusi DAP mersing,Tuan idris Ahmad Ajk PAR Mersing dan Abusiraj Almuner setiausaha PAR permas. 

Mengulas isu tersebut PAR permas Syed Othman berkata beliau akan membawa kes ini ke SPRM minggu depan setelah melawat kesemua rumah yang terlibat.Penyelia Dun Endau Ust Azam Razak berkata pihaknya akan membantu kesemua nelayan-nelayan  yang terlibat dan menurutnya lagi masih banyak lagi isu sebegini berlaku di mersing.Dalam pada itu pengadu juga berkata beliau berani ke hadapan kerana tidak mahu rakan-rakannya yang lain diperlakukan sedemikian dan beliau berkata lagi beliau bukannya mahukan wang itu tetapi hanya mahu keselesaan rumah beliau hasil dari pembaikpulih tersebut.




Orang Melayu lagi yang teraniaya dan terkena......nasib melayu begitulah di negeri yang UMNOnya kuat didunia!!!!selagi pemerintahan tidak diubah selagi itulah terjadinya sedemikian...kerap kita dengar pencacai mengakui pemerintahan mereka terbaik kerana luas berpengalaman memerintah 53 tahun!...tetapi ini adalah salah satu bukti kegagalan mereka.

Banyak Persoalan diutarakan dalam isu nelayan ini terutama  mana perginya baki  RM7,000 hingga RM7,500 itu? kenapa bantuan itu tidak mengikut apa yang tercatit pada harga pesanan?

Apa-apa pun alasan,kerajaan harus ditukar demi menjaga wang serta rakyat....SUDAH PASTI UMNO BN harus ditukar demi menyelamatkan MALAYSIA.....



abusiraj almuner
LIHAT gambar lagi  
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.410106985724502.91718.100001756132927&type=1

Nov 24, 2012

PERSAHABATAN TIADA SEMPADAN PAR PERMAS



Penyelia PAR permas Tuan syed othman dan Penyelia PAR Endau Ust Azam sempat bergambar kenangan bersama Persatuan Jawatankuasa sekolah cina bersatu Malaysia (Dong Zong) Johor setelah usai sidang media isu nelayan mersing di perkarangan kelab media cina Johor jalan maju taman pelangi semalam.

Persatuan ini mengadakan sidang media mereka berkenaan dengan himpunan aman yang akan diadakan oleh Dong zhong minggu depan.Antara pemimpin dong zhong Johor yang sempat bergambar adalah Chai Min Soon ahli majlis MBJBT dan Jaya Tan setiausaha perikatan pengusaha iklan malaysia.


abusiraj almuner

MELAYU JOHOR DIUSIR DAN RUMAH DIROBOH...MANA UMNO!!!!!!




Nasib bangsa Melayu ternyata merempat di tanah bumi sendiri apabila orang melayu dibangsatkan oleh parti keramat UMNO....dimana UMNO memerintah disitulah kemiskinan dan kezaliman berlaku...ternyata teriakan serta laungan HIDUP MELAYU..oleh pencacai dan pemimpin parti keramat dengan membawa berbagai slogan membela serta melindungi melayu kononnya adalah omong-omong kosong,dan ia seolah-olah teriakan serta slogan hanyalah retorik dan lakonan semata-mata penuh berpura-puraan.



Apa yang lebih aula ialah mengejar kekayaan dari membela nasib melayu,biar melayu dibangsatkan tidak apa bagi mereka janji tembolok dipenuhi.bagi setan-setan yang dikenali ia adalah tiket atau kuasa untuk mengumpulkan kekayaan anak beranak.sanggup melihat bangsa melayu sendiri diusir dan dihalau demi kekayaan sementara. 




Ini yang terjadi kepada Melayu di sebuah kampong di Kahang Barat, Johor...yang mana rumah kediaman yang mereka bina diranap keseluruhannya oleh bangsa melayu sendiri kerana didakwa menceroboh tanah kerajaan.Pusat aduan rakyat permas (PAR) Syed Othman bersama Pusat aduan rakyat dun kluang Khairul faizi Ahmad Kamil dan Setiausaha PAR abusiraj almuner telah menziarah penduduk ini untuk mendengar dan mencari keadah bagi membantu masalah yang mereka hadapi.



Menurut Khani Ayop pengerusi pertubuhan peserta pertanian kelompok sepakat tiga negeri johor (PPBEST) yang mewakili 300 peserta yang juga merupakan jawatankuasa yang memohon tanah seluas 773 ekar itu untuk dijadikan kampung kediaman dan pertanian.katanya mereka telah memohon selama 4 tahun tanah tersebut daripada pejabat tanah.Segala proses permohonan  mengikut saluran yang sah dan diterima oleh pejabat tanah bersama dengan bayaran permohonan.

Selain mereka dakwanya tanah disitu juga dipohon oleh masyarakat india dan cina dan mereka telah berjaya mendapat geran tanah disitu.bagi kami permohonan tanah yang kami pohon telah diberikan kepada pihak lain.dakwanya ada pihak lain yang memohon tanah disitu dan mendapatnya dalam tempoh 3 bulan.





Seorang penduduk Makmur b.Wokimin 61 tahun ,perkerja kampung menceritakan bagaimana  seramai 40 orang termasuk pihak rela,polis dan penguatkuasa pejabat tanah telah datang meroboh rumah mereka  tanpa belas ikhsan semasa surirumah sedang menyiapkan makanan tengahari.katanya lagi pihak berkuasa tempatan hanya memberi mereka notice sahaja bukan membawa perintah mahkamah untuk meroboh rumah mereka. 

Pengerusi PAR negeri Johor Tuan syed Othman mengulas kejadian ini berkata pihak PAR negeri Johor akan mencari penyelesaian secepat mungkin agar penduduk kampung ini terbela sewajarnya.

kebanyakkan penduduk yang diusir ini adalah golongan rakyat yang tidak berkemampuan serta yang masih belum mempunyai rumah sendiri.Mereka ini juga adalah penyokong setia UMNO dulu kini dan selama-lamanya...Mereka ini mengharapkan ada pembelaan bagi mereka agar mereka dapat memiliki rumah dan harta sendiri untuk anak-anak dan cucu-cucu mereka kemudiannya.tetapi kenapa parti keramat melayu ini membiarkan mereka terus dibangsatkan jika benar mereka pembela bangsa melayu...lagi menyedihkan ahli parlimen mereka adalah Dato Hishamuddin hussein....



abusiraj almuner

Nov 14, 2012

SUNATHON PAPISMA JOHOR. SUDAH BERMULA



Manusia yang beriman akan melumba-lumba mencari peluang kebaikan untuk mendapatkan pahala sebagai saham akhirat biarpun dalam keadaan habuan dunia terbentang didepan mata.Sebahagian manusia itu walaupun telah disibukkan dengan dunia yakni kemewahan hidup didepan mata tetapi telah mengenepikan semuanya itu semata-mata ingin mengerjakan amal jariah dan berbuat kebaikan kerana niat kerana Allah.




Anugerah yang dikurniakan oleh Allah swt selain digunakan untuk menegakkan agama Allah ia juga digunakan untuk berbakti kepada golongan yang tidak kemampuan.Itulah yang telah dilakukan oleh sebahagian pertugas PAPISMA JOHOR yang berusaha untuk mengunakan kepakaran yang dianugerahkan oleh Allah untuk menabur bakti pada saudara-saudara seislam yang kurang berkemampuan.

Program berkhatan PAPISMA JOHOR tahun ini adalah kali ke 2 diadakan.seperti juga tahun lepas ada beberapa tempat dipilih sekitar negeri Johor untuk program kebajikan secara percuma untuk golongan asnaf.




Kali ini program pertama bermula  secara rasminya di Tahfiz Al-Mukhlisin Wisma Al-Umm kluang Johor,program dengan tema "BERKHATAN MARHABBAH" anjuran bersama PAPISMA JOHOR dan YAYASAN AMAL MALAYSIA negeri Johor.Sasaran Program berkhatan ini adalah anak-anak yatim-piatu dan anak-anak miskin tegar di daerah kluang dan yang berdekatan.

Ini adalah program berkhatan pertama kali diadakan dikluang  dan seramai 40 peserta telah dikhatankan oleh pasukan perubatan papisma yang diketuai oleh pakar perubatan Dr Khairulsaleh dan pengerusi papisma Johor Dr Norhaimaz.Pertugas perubatan yang terlibat dalam program ini seramai 4 orang terdiri daripada Dr Sufian,Dr Nor Ashikin dan Dr Normasrina dibantu oleh pelajar sukarelawan dari kolej perubatan bersekutu tampoi.




Salah seorang bapa kepada peserta berkhatan Mohd Zulmajdi hj jamaian 32 tahun berkata beliau amat bersyukur dan berterima kasih diatas usaha papisma mengadakan program kebajikan seperti ini memandangkan rata-rata yang terlibat adalah kalangan anak miskin tegar.Katanya harus ada program seperti ini setiap tahun kerana masih ramai yang diluar sana tidak dapat peluang seperti ini.Beliau memuji langkah yang diambil oleh penganjur kerana ia bertepatan dengan Islam itu sendiri adalah kebajikan.





Timbalan pengarah program Saudara Mahat Ismail 60 tahun berkata program seperti ini harus diteruskan setiap tahun kerana ia banyak mendatangkan maafaat kepada anak-anak yang dikhatankan dan juga ibubapa anak itu sendiri.Manakala mudir tahfiz almukhlisin yang juga pengarah program Tuan hj Faudzi berkata program ini adalah kali ke dua diadakan di tahfiz tersebut dan matlamat program seperti ini adalah untuk membantu anak para asnaf dan mengeratkan lagi ukhuwah dan silatulrahim didalam masyarakat terutama untuk mereka lebih mengenali Islam itu melalui aktiviti yang dianjurkan oleh NGO islam ini.


Program BERKHATAN PAPISMA JOHOR akan diteruskan dan akan singgah di pasti gelang patah minggu ini....Jutaan terima kasih buat Dr Khairulsaleh,Dr Norhaimaz,Dr Sufian,Dr Nor Ashikin,Dr Normasrina dan pertugas yang lain Mohd Nidzammuddin,Auzani Akramin,Mohd Khusairi,Muhammad Hibatul wari dan Muhammad Arizatul Firdaus.

Tahniah untuk semua....moga Allah saja yang akan membalasnya..


abusiraj almuner
lawati FB untuk melihat Gambar2 program
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.404810726254128.90643.100001756132927&type=1



PAPISMA BANTU MANGSA BANJIR DI KAMPUNG BUKIT CHANGGANG DUN DENGKIL SEPANG SELANGOR


Penulis mengikuti misi perubatan PAPISMA Tengah untuk memberi khidmat kesihatan mangsa banjir di kampung bukit changgang dun dengkil di parlimen Sepang,selangor.Misi yang dijalankan di penempatan banjir di sekolah kebangsaan rancangan tanah belia itu yang menempatankan seramai hampir 1000 seribu penduduk kampung sekitar kampung changgang itu.



Misi perubatan yang diketuai oleh Setiausaha Agung Papisma Pusat Dr Aman fuad dan Dr Ahmad Faizal Shamsudin itu telah merawat mangsa-mangsa yang memang telah sakit sebelum banjir dan ada yang terkena penyakit berjangkit berpunca dari air banjir tersebut.






abusiraj almuner

KEMPEN PKR TOLAK AES DI TAPAK PASAR MALAM MEGAHRIA



Kempen Tolak AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) parti Keadilan Rakyat  (PKR) yang juga disertai seramai 15 badan bukan kerajaan NGO telah diadakan serentak seluruh negara,PKR Johor menyasarkan 30,000 kutipan tandatangan seluruh negeri Johor.





Parti keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor telah memulakan kempen di Johor pada 4hb November.Menurut saudara Jimmy puah pengerusi pusat khidmat masyarakat Johor jaya kempen di negeri Johor bermula di dun Johor jaya dan sekiranya tandatangan berjaya dikutip melebihi 20,000 sehingga 2 Disember ini, PKR akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; dan Kementerian Pengangkutan.Jimmy puah yang juga selaku  Ketua Biro Guaman Negeri berkata selaras dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), pihaknya akan memberi pertolongan dan nasihat percuma kepada orang awam yang mempunyai masalah undang-undang berkaitan AES.




Pada malam sabtu lepas,kempen ini diadakan ditapak pasar malam Taman Megah Ria masai dan ia mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat setempat terutama masyarakat cina dan india yang kebanyakkan datang memberikan sokongan untuk kempen ini.



Turut hadir dalam bersama dalam kempen itu setiausaha pusat aduan rakyat pemas (PAR) Abusiraj almuner,Danny Tan Ajk pkr johor bahru dan Tom tay Ajk Amk Johor bahru.


abusiraj almuner

Nov 8, 2012

PAR PERMAS MENYAMPAIKAN SUMBANGAN UNTUK IBU TUNGGAL MEMULAKAN PERNIAGAAN KECIL KECILAN


Niat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan setelah kematian suami untuk menyara kedua anaknya yang masih kecil kini semakin menjadi kenyataan.Kisah kesusahan beliau pernah dipaparkan oleh penulis didalam FB abusiraj almuner dan blog Agenda perjuangan rakyat telah disebar luas oleh media lain seperti harakah telah mendapat maklumbalas pembaca yang budiman.

Puan Roshaini bte Abdul Rahman 37 tahun yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang berusia 8 dan 11 tahun ini telah kematian suaminya pada bulan march lepas.Beliau yang tinggal di rumah pangsa taman cendana itu tiada punca pendapatan itu bernekad untuk berniaga kecil-kecilan tetapi tiada modal untuk bermula, Puan Roshaini sebelum kematian suaminya,pernah berniaga masakan goreng bagi membantu suaminya meringankan bebanan keluarga di hadapan rumahnya tetapi sekarang terpaksa dihentikan kerana tiada modal untuk memulakan semula perniagaan kecilnya itu. 

Pagi tadi penyelia Pusat aduan rakyat (PAR) PERMAS Tuan syed Othman Abdullah dan setiausaha PAR abusiraj almuner menziarahi beliau dan sebagai wakil untuk menyampaikan sumbangan dari dermawan kepada beliau untuk memulakan perniagaan.

Puan Roshaini tidak dapat menahan sebak setelah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Penyelia PAR PERMAS tuan syed Othman.Beliau dengan berlinangan air mata mengucapkan beribuan terima kasih kepada dermawan yang menyumbang dan juga kepada PAR PERMAS kerana berusaha membantu beliau tanpa jemu.dan katanya lagi beliau amat bergembira dapat memulakan perniagaan dihadapan rumahnya sekurang-kurangnya dapat sedikit sebanyak membantu menyara anak-anak kecil nya.


Penyelia PAR permas tuan syed Othman berkata PAR berusaha membantu sedaya-upaya dan berterima kasih kepada penderma Tuan hj Ahmad dari Kuala Lumpur dan juga papisma johor yang ada menghulurkan sumbangan kepada Puan Roshaini.katanya lagi PAR senantiasa membantu dan akan terus membantu tanpa mengira fahaman politik dan bangsa.

abusiraj almuner

Nov 7, 2012

POLIS LANYAK TAHANAN SAMPAI KOMA DI IPD KUCHING




Pagi ini penulis membaca portal berita dari myMETRO kisah seorang tahanan polis IPD kuching,koma akibat dibelasah pegawai penyiasat.Ia membuatkan Penulis terfikir sejenak apa rasionalnya pembuatan polis itu???kenapa polis bertindak sedemikian atau adakah pegawai polis ini menghadapi tekanan perasan dan jiwa ketika bertugas.

myMetro melaporkan Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching,direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak.tahanan terbabit mengalami pendarahan dalam otak dipercayai ditumbuk pegawai polis berkenaan yang berang ketika proses soal siasat, Ahad lalu.



Apakah Standard of prosendur(SOP) yang diguna pakai oleh pegawai polis ini hingga tidak dipantau oleh pihak atasan??Ia amat memalukan dan jatuh integriti pasukan polis.Dalam Isu salahlaku pegawai polis telah banyak dilaporkan didalam media..Buat onar sana-sini sudah menjadi kebiasan mendengarnya.Baru Beberapa bulan lepas disebuah hotel,dibelasahnya budak hotel dengan pistol,yang melakukannya berpangkat inspector kerana marah dengan harga ais krim yang nak beliau beli...Berapa rendahnya mentaliti pegawai polis kalau benar apa yang didakwa.

UMUM mengetahui artika kerja pegawai polis amat buruk dan teruk,ada sebahagiannya langsung tidak ada toleransi dan tidak boleh ditegur kononya apa yang mereka lakukan betul belaka.Motto yang tertera kat setiap balai ...'ADIL,TEGAS DAN BERHEMAH"hanya semata-mata lebih sebagai hiasan dan Retorik.Masalah juga timbul sekiranya tiada teguran maka perangai naik toncang dan lemak...Mesti ada check and balance!!

Sahabat penulis seorang pegawai polis pernah memberitahu penulis,katanya kerja polis tension teramat sangat taraf gaban,jadi memang ler mcm itu!!!!jawapan penulis pada beliau,kalau tak nak tension cari kerja lain lah...tension macam mana pun bukan kerajaan tak beri gaji,lagipun polis lah yang banyak mendapat perlarasan dan kenaikkan gaji sekarang ini dan juga banyak mendapat pengiktirafan....itu jawapan penulis pada beliau tetapi ia hanyalah dalam kotak pemikiran penulis sahaja kerana penulis faham bahawa penulis hanya nampak diluar perkerjaan mereka dan tidak  merasainya dalam perkhidmatan seperti mereka.

Itu bukan alasannya...sebenarnya niat nak kerja dengan ikhlas itu tak ada???niat sejak awal-awal lagi dah menyimpang...maka hasilnya beginilah???

Berbalik kepada kes tadi,Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kesalahan dan memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci.

“Polis tidak akan menyembunyikan sebarang kesalahan dilakukan anggota dan pegawai, bahkan mereka akan didakwa seperti orang awam,” katanya sambil menjelaskan kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Diharap pihak polis segera mengambil tindakan atas pembuatan yang dilakukan untuk mengembalikan maruah dan integriti pasukan.Cadangan kepada pihak pengurusan PDRM sekiranya merekrut pegawai baru,salah satu daripada kritirianya adalah wajib melalui pemeriksaan mental....

Ingat polis adalah milik rakyat dan duit rakyat digunakkan untuk membayar gaji pasukan polis.Rakyat juga berhak untuk dilayan sama rata dan mahu keadilan dilaksanakan dan Janganlah kes ini disapu bawah carpet...

abusiraj almuner

Nov 5, 2012

UMNO PASIR GUDANG BACUL


Tindakan segerombolan pemuda Umno pasir gudang memasang loud speaker bagi tujuan untuk menganggu ceramah anjuran pakatan rakyat yang diadakan di Pusat Asuhan tunas Islam (Pasti) Jalan Suria Bandar Sri Alam minggu lepas merupakan perbuatan yang tidak bertamadun dan bacul.Antara jemputan yang berceramah dalam majlis penerangan PR yang dianjurkan Oleh DAP Johor jaya malam itu ialah YB Salauddin Ayup dan Chegubard.

Dalam kejadian tersebut,pemuda UMNO memasang PA system di bilik gerakan Umno cawangan sri alam yang berdekatan,jaraknya 3 meter dari tapak ceramah serta memasang CD ceramah pemimpin mereka berulangkali ketika pemimpin pakatan rakyat berceramah.Membuka volume yang tinggi hingga menganggu para hadiri yang hadir untuk mendengar penerangan dari pemimpin PR.Ada diantara pemimpin PR setempat cuba merunding agar mereka memberhentikan tindakan mereka kerana ceramah pakatan sudah diberi permit oleh pihak polis tetapi mereka tetap berkeras dan tidak mahu bertolak ansur.Apa yang menyedihkan pihak polis yang hadir pada ceramah itu tidak berani mengambil apa-apa tindakan dan membiarkan sahaja kelakuan biadap mereka.

Teringat dengan keadaan yang serupa terjadi di Melaka,agaknya UMNO pasir gudang belajar dari sang mahaguru pak Ali Rustam.Budaya yang diamalkan di Melaka kini meresap dan cuba diamalkan oleh sang samseng sarif dol pasir gudang.Di melaka pula di setiap ceramah PAS pasti sebelahnya akan ada ceramah segerombolan  tetapi bezanya Segerombolan melaka tidak bacul,sebangang-bangang pak Ali rupannya bangang lagi Pemuda Umno pasir gudang,pak ali masih mampu menghantar penceramah untuk menyaingi penceramah PR.Pemuda Umno pasir gudang hanya mampu hantar cd.Ini contoh bangang taraf gaban.Di Melaka pula,ia satu trend dan sudah menjadi budaya segerombolan Pak Ali dan dijadikan lawak jenaka PR lagipun tiada ceramah segerombolan disebelah maka tidak lengkaplah sepenuhnya majlis ceramah PR di negeri Hang tuah itu.

Ini bukan kali pertama pemuda UMNO pasir gudang bertindak menggangu ceramah penerangan PR.Sebelum itu setiap ceramah PR di pasir gudang,segerombolan pemuda lasak yang dipimpin sarif dol berkumpul beramai-ramai dan menjerit bagaikan orang meroyan sehingga satu ketika ceramah Timbalan presiden Pas Mohammad sabu di Air biru juga diganggu hingga samseng kampung dusun ini telah dipukul oleh orang ramai yang hadir dan mendapat jahitan dikepala kerana didapati cuba melakukan provokasi.Upah yang dapat khabarnya hanya Rm20 dan makan roti canai selepas itu,yang untungnya pemimpin mereka selesa dikerusi empuk dapat pula jutaan ringgit.Perangai budak-budak hingusan yang ditaja parti setan ini umpama siput babi  yang bersembunyi didalam kerang dan akan tumbuh tanduk sekira dalam kumpulan yang ramai.
Pemuda Umno cawangan plentong jamil hussain dipukul kerana melakukan provokasi kepada hadiri yang hadir  pada ceramah Mat Sabu di Pasti Air Biru pada 12 November tahun lepas

Apakah sebenarnya hasil yang mereka dapat dengan menganggu ceramah PR yang ada permit ini?Dengan tindakan tersebut boleh menakutkan rakyat untuk datang program ceramah PR?Adakah dalam kotak pemikiran mereka dengan tindakan sedemikian maka rakyat akan menyokong dan bersama mereka.

Maaf Umno ini bukan zaman 60 an ataupun 80 an,Rakyat dah berani dan boleh mendapat maklumat hanya dihujung jari!!langkah tidak cerdik memakan diri sendiri,ia umpama meludah ke langit terpecik di muka sendiri..Penulis Masih ingat dengan kata-kata bapak UMNO Tun Mahathir,beliau pernah berkata dalam UMNO sekarang hanya tinggal pemimpin yang tidak cerdik dengan erti kata dan maksud lain,yang tinggal hanyalah yang  BODOH dan mangkuk hayun.Inikan pula mentaliti  pemuda cawangan dan bahagian UMNO yang melakukan tindakan bodoh ini lagilah mentaliti nya haprak.

Dalam insiden tersebut,Sedar atau tidak,tindakan mereka telah disaksikan oleh berbagai lapisan Masyarakat India,cina,Iban dan masyarakat sabah yang mendiami sekitar pasir gudang yang sudah tentu pengundi atas pagar.Tindakan biadap UMNO dan pemimpinnya menanamkan budaya samseng ala-ala setan dan kelakuan tidak senonoh serta melampau ini terselah.bila bapak berkelakuan sedemikian ia akan diikuti oleh anaknya. umpama kata Hishamuddin rais (tukar tiub) bapak burit anak rintik.

Bagi PR ia adalah satu kelebihan kerana ia menunjukkan sikap dan sifat sebenar siapa itu UMNO tunjang kepada Barisan Nasional.Hinggakan seorang  jurutera berbangsa cina yang hadir untuk mendengar penerangan berkata apa yang  umno telah lakukan malam ini amat melampau dan tidak memterjemahkan asas demokrasi yang mereka laung-laungkan.Tindakan Terdesak ini menunjukkan tanda-tanda UMNO pasir gudang serta BN khususnya sudah terbukti tidak relevan lagi pada masyarakat setempat.kalau benar apa yang dicanang JOHOR lubuk UMNO kenapa harus diganggu ceramah itu?Adakah takut rakyat tahu kebenaran yang telah lama disembunyikan??

Menurut kata penyelia pusat aduan rakyat permas (par) Syed Othman Syed Abdullah yang turut berceramah hasil provokasi dan biadap yang ditunjukkan ini akan dinilai sendiri oleh rakyat dan ia memberikan impak yang besar kepada PR dengan tindakan bodoh mereka itu.selepas ceramah yang diadakan itu beberapa orang masyarakat india dan cina serta warga sabah dan sarawak menyatakan hasrat untuk menyertai PAS,keadilan dan DAP.insyallah katanya dalam masa terdekat ini, seramai 120 orang warga sabah dan 70 orang warga sarawak kan menyertai Pas dan akan membuka cawangan baru disekitar pasir gudang.

Syed othman juga menegaskan sekiranya UMNO pasir gudang sememangnya kuat macam badang serta anak jantan,kenapa tidak dihantarkan seorang penceramah,kenapa harus memainkan cd.Kalau tidak pun,kenapa tak diadakan ceramah mereka untuk menbidas balik atau mejawap segala tohmahan dari pemimpin PR,biar memberi ruang serta peluang rakyat mendengar pula penjelasan mereka.kenapa harus diganggu ceramah yang mempunyai permit?Ini menunjukkan secara dasarnya UMNO pasir gudang bacul dan ia juga tanda-tanda UMNO di Johor secara UMUMnya sudah gonyang.

Ingat pencacai dan penyokong tegar UMNO,tidak semestinya jiran depan maupun belakang rumah anda atau teman-teman kerja anda ataupun menantu serta anak-anak anda akan terus menyokong UMNO,Sekarang zaman kebangkitan rakyat serta anak muda untuk melakukan perubahan!!!...UMNO harus ingat jangka hayat anda mungkin di penghujung,Anda jangan perasan bahawa anda akan berkuasa sampai kiamat,firaun pun boleh tumbang,Hosni mubarak pun boleh jatuh,...Inikan pula UMNO syaitan yang dikenali!!!


abusiraj almuner

Nov 3, 2012

PAR PERMAS MELAWAT IBU TUNGGAL YANG DHAIF


Dalam negara yang sudah merdeka selama 53 tahun dan matlamat ingin menjadikan malaysia negara maju masih ada segelintir rakyatnya masih menghadapi kesukaran dalam menempuhi kehidupan seharian.Adakah definasi negara maju kerajaan UMNO, rakyat dibiarkan hidup papa kedana dalam kemiskinan dan pemimpin hidup mewah dan kaya raya?dalam mengecapi kemerdekaan inilah sepatuhnya rakyat tidak ada lagi yang susah kerana UMNO BN yang sudah memerintah sekian lama itu sudah pakar dalam mengatasi permasalah rakyat akar umbi ini.

Berbalik kisah di rumah pangsa Taman cendana,PAR permas telah menziarahi penduduk di blok 45,yang senang dan yang susah.Ziarah-menziarahi amalan dan sunnah nabi..sesiapa yang melakukannya mendapat pahala.Dalam program ziarah itu kami dimaklumkan oleh salah seorang penduduk bahawa seorang penghuni berbangsa india yang hidup amat dhaif di tingkat 4.kami terus ke rumahnya menziarahi untuk melihat keadaannya.

Uthayakumar a/p s.komarasamy 42 tahun seorang ibu tunggal yang kematian suaminya setahun yang lalu.Ibu kepada 8 orang anak ini berkata sejak suaminya meninggal dunia akibat sakit TB beliau pernah berkerja di singapura tetapi terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan.Beliau yang menghadapi masalah usus itu telah menjalani pembedahan pada bulan januari lepas dan sejak itu beliau tidak mampu lagi untuk berkerja.Anak-anaknya seramai 4 orang yang berusia dalam lingkungan 15 ke 13 tahun sudah tidak bersekolah dan berkerja mencari barang lusuh untuk menyara mereka sekeluarga.beliau yang menerima bantuan JKM itu juga sudah tidak menerima bantuan JKM lagi,dakwa beliau Pihak JKM memaklumkan kepadanya JKM sedang memproses semula bantuan mereka.Hingga kini dakwanya sudah hampir 5 bulan beliau tidak menerima bantuan JKM.

Menurut kata Saodah bte Abd samad 50 tahun,seorang peniaga jiran terdekat yang sering membantu beliau, Uthayakumar kerap mengambil air untuk kegunaan harian daripada rumah jiranya kerana bekalan air dirumahnya telah diputuskan kerana gagal membayar bill air begitu juga dengan bekalan letrik.Keluarga ini sudah hidup bergelap sekian lama.Makanan pula kadang-kadang hasil belas ihsan jiran terdekat.

Berat mata memandang  berat lagi bahu memikul...itulah istilah yang mampu terkata apabila melihat penderitaan yang dihadapi oleh Uthayakumar ini.PAR PERMAS amat bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh uthayakumar,mengulas mengenainya penyelia PAR PERMAS syed othman abdullah berkata beliau akan menghubungi JKM dan agenci yang berkaitan yang boleh membantu meringankan beban yang ditanggung Uthayakumar ini,apa masa yang sama PAR PERMAS akan memyumbangkan keperluan asas untuk uthayakumar.


abusiraj almuner




PAR PERMAS PERIHATIN


Nasib seorang lelaki setelah kilangnya ditutup hampir 7 tahun lepas merubah kehidupan beliau sekeluarga.Kehidupannya yang dulunya mampu seadanya serta-merta berubah dan kesukaran mendapat kerja tetap membuatkan hari-hari yang dilalui amat sukar tambahan pula ahli keluarga yang ramai yang perlu ditanggung.

Penyelia PAR PERMAS Syed Othman Abdullah bersama Timbalan PAR Ust Kelana bakri dan Setiausaha PAR abusiraj almuner menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada PAPISMA JOHOR kepada Razali B.khalid 35 tahun dari blok 24,rumah pangsa tmn cendana pagi semalam.

Razali b.khalid 35 tahun terpaksa diberhentikan kerja kerana kilangnya ditutup.Beliau mempunyai 7 orang anak dan seorang ibu mertua berusia 74 tahun yang mengidap penyakit hilang ingatan dan perlu diberi perhatian sepenuh masa yang perlu disara.katanya setelah kilangnya ditutup pada tahun 2007,beliau ada berkerja selama 2 tahun kontrak bersama syarikat swasta dan hingga kontraknya tamat pada pertengahan tahun 2009 dan tidak disambung semula.Sejak 2009 itu beliau memohon banyak perkerjaan tetap tetapi gagal.kadang-kadang katanya beliau mengambil upah memasang saluran paip dan berkerja sementara dengan gaji yang tidak mampu untuk menyara 9 orang tanggunganya itu.

Halipah bte Talib 37 tahun isteri Razali berkata bill leterik dan air sudah tidak dibayar hampir setahun lebih dan mereka sekeluarga terpaksa bergelap di malam hari,ini menyebabkan sukar untuk anank-anak mereka untuk mengulangkaji pelajaran..Makanan untuk seharian juga katanya seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Ada juga jiran yang simpati yang menghantar makanan untuk mereka.


abusiraj almuner

Nov 1, 2012

UMNO BUAYA YANG MENUNGGU HABUAN


Tindakan kerajaan memperkenalkan Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES), ke atas kenderaan yang dipandu melebihi had laju, tanpa kajian dan penilaian yang teliti merupakan tindakan yang tidak masuk akal dan mendapat bantahan keras dari segenap pelusuk rakyat.Pelaksanan AES ini juga pada awalnya dibantah oleh pemimpin pakatan rakyat tetapi kini ia dibantah oleh ahli parlimen UMNO ia mahukan perlaksanan AES ini ditangguh.

Media semalam telah melaporkan ketua pemuda umno khairy jamaluddin mengesa kerajaan  agar  menangguhkan sementara pemasangan AES agar kajian menyeluruh dilakukan dan dibawa dalam mesyuarat kabinet.Setelah komentar dari khairy,disiarkan pula akhbar hari ini,pemimpin serta ahli parlimen umno menyokong kenyataan khairy.

Rata-rata Ahli parlimen UMNO menunjukkan tanda tidak setuju dengan menyatakan bahawa pelaksanan AES tidak sesuai dilakukan pada masa sekarang memandangkan PRU13 semakin hampir dan boleh menjejaskan kemenangan Barisan Nasional untuk menang.Kenapa hanya ahli parlimen umno yang bantah?Mana dia rakan karib mereka MCA?Sebelum itu  Menteri Pengakutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata walaupun mendapat bantahan AES ia tetap akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Syarikat Beta tegap dan Ates sdn bhd adalah syarikat yang dilantik untuk menguruskan kamera AES ini.Adakah rakyat mengetahui apa hubungan syarikat ini kepada MCA?Apa yang difahamkan  seorang pengarah syarikat Beta Tegap Sdn Bhd mempunyai hubungan dengan pemimpin MCA dan pernah diberikan kontrak yang besar pada tahun 2005 daripada Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

Kenapa UMNO beriya-riya turut membantah AES ini?Adakah projek AES ini adalah projek MCA?Adakah pemimpin umno tidak ada bahagian atau share dalam projek ini hinggakan mereka turut membantah?Apa yang nyata pada zahirnya tiada seorangpun ahli parlimen MCAyang turut serta membantah.ia memberi gambaran bahawa projek ini semenangnya projek MCA dan kronie.Umum juga mengetahui sekiranya Projek Aes ada kaitan dengan UMNO sudah pasti mereka akan diam terlentang seperti saudagar bisu. 


Teringat dengan binatang bernama Buaya.BUAYA diketahui umum sebagai binatang ganas dan buas yang sering mencari mangsa untuk dijadikan habuan hidangan makanan tetapi buaya diketahui habitnya apabila selesai membahang mangsanya ia akan hilang dan sepi seribu bayangan.Adakah UMNO juga seperti buaya setelah mendapat habuan ia akan senyap seribu bahasa.Sekiranya PRU13 UMNO masih berkuasa,adakah AES ini akan dilaksanankan?
Jawapan itu akan ditentukan oleh anda.....


JOM UBAH...SELAMATKAN MALAYSIA.


abusiraj almuner






Warga emas 58 tahun belum miliki MyKad


LAI SENG (tengah) dan Bah Bee (kiri) meminta bantuan Syed Othman (kanan) bagi menyelesaikan masalah Ah Seng di Pasir Gudang semalam.


PASIR GUDANG – Seorang warga emas orang kelainan upaya (OKU) di sini bukan sahaja tidak dapat menikmati keindahan hidup seperti orang lain malah ketiadaan MyKad telah menyulitkan lagi kehidupannya.
Menurut abangnya, Ong Lai Seng, 61, penderitaan adiknya, Ong Ah Seng, 58, bermula sejak dia mengalami demam panas sewaktu berusia dua tahun menyebabkan dia lumpuh.
“Kehidupan kami sekeluarga miskin dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila bapa kami meninggal dunia beberapa tahun selepas adik saya dilahirkan.
“Sejak itu, ibu saya terpaksa menjaga kami tujuh beradik dan kesilapan bermula apabila ibu meminta bantuan rakannya untuk membuat surat beranak dan MyKad Ah Seng, tetapi rakannya hilang begitu sahaja,” katanya yang bekerja sebagai tukang kayu ketika ditemui di Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Negeri Johor di sini semalam.