Sep 29, 2012

MBJB TOLONG DENGAR MASALAH KAMI


PAR permas turun padang untuk menerima aduan penduduk Permas 1/4 yg mengadu mengenai sistem perparitan kediaman mereka yg tersumbat hingga menyebabkan air parit melimpah ke  dalam rumah mereka apabila tiba musim hujan.Masalah ini sudah berlarutan
Bersama Pihak Media Meninjau Lokasi

Satu hari sebelum sidang media melihat Longkang tersumbat
selama 10 tahun yg melibatkan 20 keluarga bebilang kaum dan aduan dah dilaporkan kepada Mbjb dan juga kepada pemimpin MIC..tetapi hingga sekarang tiada tindakan yg diambil utk mengatasi masalah ini.MBJB hanya datang utk mengambil gambar sahaja.kata Pengadu kepada Penyelia PAR.menurut kata salah seorang pengadu mereka dah rugi hampir RM 15000 kerana alat perabut mereka rosak akibat kerap Banjir.

Sep 24, 2012

Penyamun acu parang ke leher



AZLINA OTHMAN
24 September 2012

Beginilah keadaan mangsa cubaan samun, Abu Sayed ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Taman Kota Puteri, semalam.
JOHOR BAHRU – “Saya sangat terkejut dan panik apabila dengan tiba-tiba leher diacu sebilah parang sebelum seorang lagi penjenayah itu menyepak hingga menyebabkan motosikal yang ditunggangi terbabas dan saya terjatuh.

“Ketika sedang menahan kesakitan, kedua-dua penjenayah itu yang berniat untuk menyamun kemudian menghampiri saya lalu memeriksa dompet dan telefon bimbit. Namun hampa kerana mendapati saya langsung tidak mempunyai wang," demikian cerita Abu Sayed Sulaiman, 23, yang disamun di Bukit Rinting, Taman Rinting, di sini, pada jam 1 pagi ketika mahu pulang ke rumahnya selepas menghantar rakan di Jalan Cendana, di sini, kelmarin.

Abu Sayed berkata, dia yang menunggang motosikal Yamaha LC secara berseorangan selepas selesai menghantar rakannya sedar diekori sebuah RXZ yang dinaiki dua individu sejauh lebih kurang dua kilometer, namun tidak menyangka perkara buruk menimpa dirinya.

“Selepas memeriksa semua barang dan mendapati dompet saya tiada wang serta telefon bimbit yang saya gunakan jenis biasa sahaja, mereka tidak berminat untuk mengambilnya dan sekadar mencampaknya semula kepada saya.

“Selepas mereka melarikan diri, saya yang kesakitan bangun juga dan menaiki motosikal pergi ke rumah rakan yang terletak berhampiran tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, lokasi kejadian dia disamun itu sememangnya sunyi ditambah waktu kejadian pada jam 1 pagi menyebabkan dia tidak dibantu oleh sesiapa.

“Saya dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) oleh rakan namun lebih memeritkan apabila diberi rawatan kecemasan selepas lebih lima jam menunggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Keluarga saya pun juga hanya dimaklumkan berhubung kejadian pada jam 9.30 pagi tadi (semalam).

“Saya juga belum sempat untuk membuat laporan polis disebabkan tidak mampu untuk bangun akibat kecederaan yang dialami kerana hampir keseluruhan badan saya mengalami kecederaan,” katanya yang menerima tujuh jahitan di kening dan lima jahitan di dagu.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membantu mangsa dan keluarga untuk membuat laporan polis berhubung kejadian secepat mungkin selain menyalurkan dari segi kewangan iaitu kos rawatan yang diperlukan mangsa.

“Kami akan bantu mangsa mengikut keperluannya terutamanya dari segi laporan polis bagi memastikan nasibnya terbela dan kes seperti ini tidak terjadi kepada individu lain.

“Saya minta pihak berkuasa mengambil perhatian tentang perkara ini dengan mempertingkatkan rondaan di kawasan berkenaan agar peristiwa tidak diingini ini berulang kembali,” katanya.

Sep 21, 2012

Curiga kematian anak, mahu penjelasan terperinci


Wartawan Sinar Harian
21 September 2012
Curiga kematian anak, mahu penjelasan terperinci
Sivarajoo (kiri) bersama Syed Othman menunjukkan gambar Sivanu dan salinan laporan polis yang telah dibuat.
PASIR GUDANG – Kematian anak lelaki yang dikatakan mati lemas di dalam kawasan air pancut di Singapura Ahad lepas menimbulkan keraguan kepada keluarga mangsa.

Bapa mangsa, N Sivarajoo, 45, berkata, pada kira-kira jam 5 pagi hari kejadian, anaknya, S Sivanu, 25,  sempat menghubungi emaknya untuk mengucapkan selamat hari lahir.

Menurutnya, Sivanu berjanji untuk pulang menyambut hari lahir emaknya di Taman Cendana, di sini selepas habis bekerja, namun mereka dikejutkan dengan berita kematian anak yang menjadi harapan keluarga itu.

“Saya diberitahu Sivanu ditemui dalam keadaan tertiarap sambil memeluk begnya di dalam kawasan air pancut yang hanya lebih kurang 100 meter dari tempatnya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sana.

“Saya tak boleh terima dan curiga dengan punca kematian Sivanu yang dikatakan mati lemas kira-kira jam 1.20 petang kerana saya diberitahu kawasan air pancut itu hanya paras lutut dewasa,” katanya pada sidang media di Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, di sini, semalam.

Sivarajoo berkata, beberapa hari sebelum ditemui mati, Sivanu pulang ke pangkuan keluarga, tetapi kelihatan seperti sedang menghadapi masalah kerana enggan ke tempat kerja.

Menurutnya, Sivanu dikenali sebagai anak yang bertanggungjawab dan tidak pernah menimbulkan masalah atau bergaul dengan kumpulan samseng.

“Biasanya dia seorang yang ceria, tapi dia pulang hari tu kelihatan agak pendiam seperti sedang menghadapi masalah.

“Bila kami tanya dia kata tak ada masalah cuma keletihan dengan kerja yang terpaksa dibuat sendirian sehingga dia nekad ponteng kerja selama tiga hari.

“Bagaimanapun dalam keadaan terpaksa dia akur ke tempat kerja dan pada pagi Khamis saya menghantarnya ke stesen bas Masai untuk ke Singapura,” katanya.

Katanya, penyelia yang juga menjadi kakak angkat anaknya ada memberitahu Sivanu sempat memaklumkannya hendak pulang ke Pasir Gudang dan memintanya supaya tidak bersedih sekiranya dia meninggal dunia.

“Saya tak berpuas hati dengan punca kematian yang diberitahu, sebaliknya saya mahu penjelasan terperinci berhubung kematian anak saya itu.

“Maklumat yang diberitahu kandungan darah anak saya tak ada alkohol, dadah dan mayat ditemui tanpa sebarang kecederaan belum cukup memuaskan hati kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, Penyelia PAR Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan memenuhi permintaan keluarga mangsa untuk menyediakan peguam bagi mengetahui punca sebenar kematian anaknya.

“Kita akan sediakan peguam untuk menghantar surat kepada pihak polis Singapura menuntut penjelasan berhubung punca sebenar kematian mangsa,” katanya.

Sep 16, 2012

Kami dah Tak Tahan Lagi


sidang media bersama penduduk jalan jelatang Taman megahria yang mengadu kepada PAR mengenai Air kumbahan yang tersumbat di tangki utama hingga menyebabkan air kumbahan didalam tandas rumah mengalir keluar ke dalam rumah.Sebanyak 200 rumah di jalan jelatang 13-27 menghadapi masalah bau busuk terutama pada hari hujan dan 7 buah rumah yang amat kritikal sekali hingga kumbahan berselerak didalam rumah.Aduan telah dibuat kepada Ahli majlis dan dikhabarkan 2 orang wakil rakyat Aduan Johor jaya dan aduan permas juga telah datang melawat 2 bulan lepas tetapi sehingga kini belum ada apa2 tindakan telah diambil.Penduduk sudah tidak tahan dengan bau busuk ini dan meminta agar pihak yang berwajib menyelesaikan masalah mereka dengan segera

Sep 15, 2012

Tanah Penduduk di ceroboh


Penyelia PAR PERMAS Tuan Syed Othman Abdullah menunjukkan tanah milik penduduk kampung parit Jorak senawi parit yani batu pahat, yang telah diceroboh digali untuk dijadikan parit yang mengalirkan air kumbahan ke kawasan kampung.Malangnya nasib

 penduduk kampung sudahlah tanah diceroboh dengan rakus, air kumbahan pulak dialirkan untuk disajikan utk mereka dikawasan rumah mereka....Ini adalah tindakan yang melampau...Persoalan sekarang, kenapa terlalu berani pihak berkaitan meroboh tanah persendirian adakah ia didalangi pihak yang amat berkuasa dan berpengaruh?

Sebab-Sebab Bekas Bendahari Umno Sabah Sertai PKR..



LABUAN 15 Sept - Amalan rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN.

“Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat.
Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.

“Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,” katanya tokoh korporat itu.

Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah itu berkata demikian ketika berucap dan mengisytihar menyertai KEADILAN di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah petang tadi.

Ibrahim menyifatkan Umno Sabah mengabai tanggungjawab mereka terhadap penduduk Labuan hingga mengakibatkan rakyat berterusan hidup dalam kepayahan.

“Contohnya, hospital di Labuan amat menyedihkan. Kos membina berpuluh-puluh juta tapi tiada doktor. Orang Labuan terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk dapatkan rawatan.

“BN juga tak mahu bina jambatan kerana tidak kos tidak efektif. Kalau jambatan dibuat, kos hidup Labuan boleh turun; orang Brunei, orang Sabah & Sarawak senang datang, barulah ekonomi Labuan maju,” katanya.

Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan pimpilan lain.

Tindakan Ibrahim itu sekaligus mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin serta Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap. ~keadilandaily

Sep 10, 2012

Ribut bersulam hujan batu

Ribut bersulam hujan batu
AZIZAN INCHE HARUN
10 September 2012
Gambar PAR...Sumbangan Kepada Mangsa Ribut
Gambar PAR Dewan Muslimat Turun Ke Padang Bantu Mangsa Ribut


Gambar PAR Demi Rakyat Pemuda Pkr Turut membantu Add caption
Zulkifli Mohd Noh

Penduduk sedang membaik pulih keadaan bumbung yang diterbangkan ribut.
PASIR GUDANG – Lebih 600 penduduk di Jalan Bayan, Taman Kota Puteri di sini panik apabila kawasan perumahan mereka dilanda ribut dan hujan batu dalam kejadian jam 3 petang semalam.
Ribut yang berlaku secara tiba-tiba menimbulkan suasana kelam-kabut dalam kalangan penduduk yang terkejut dengan kejadian yang pertama kali berlaku itu.
Mangsa, Zulkifli Mohd Noh, 54, berkata, ketika hujan turun dengan lebat dia berada di tingkat atas rumah sebelum isteri mengajaknya melihat hujan air batu.
Menurutnya, bagaimanapun dalam sekelip mata hujan air batu disusuli ribut yang kuat sehingga sebahagian besar bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang berkenaan.
Gambar PAR mangsa Ribut Terkejut PAR dan Pkr turut membantu dan beri sumbangan
“Pada mulanya isteri saya memanggil-manggil supaya datang melihat hujan air batu, tapi tak sampai seminit ribut kuat melanda sehingga isteri saya menjerit dan menangis kerana terlalu terkejut.
“Saya lihat suasana di luar rumah begitu kelam-kabut dengan keadaan jiran yang panik melihat kejadian yang tak pernah lagi berlaku sepanjang 20 tahun saya menetap di sini,” katanya kepada Sinar Harian.
Seorang lagi mangsa, K Senthil, 34, berkata, dia bersama suami terpaksa membawa empat anaknya berlari keluar rumah selepas secara tiba-tiba bumbung rumah tercabut diterbangkan  angin kencang.
Menurutnya, ketika itu hujan turun dengan lebat berserta ribut dan petir yang amat menakutkan.
“Kami menjerit lari keluar rumah bersama jiran yang lain kerana bimbang rumah runtuh selepas melihat keadaan ribut yang terlalu kuat.
“Saya rasa masih trauma kerana sepanjang hidup saya tidak pernah melihat ribut sekuat ini,” katanya.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, hasil bancian yang dibuat sebanyak 172 daripada keseluruhan 400 buah rumah di Taman Kota Puteri, di sini, mengalami kerosakan akibat dipukul ribut.
Menurutnya, bagaimanapun hanya 20 rumah yang kritikal selepas dua rumah, dua kereta dan sebuah van yang musnah di hempap pokok dalam kejadian ribut berkenaan.
“Kita bersimpati dengan mangsa yang terlibat dan mengeluarkan sedikit dana untuk membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa.
“Selain itu, kita turut mengerahkan jentera kita untuk membantu membaik pulih bumbung rumah mangsa yang tercabut dan musnah dalam kejadian secara mengejut itu,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Cawangan Cenderai, M Sani Hashim berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Datuk M Munusamy.
Menurutnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat.
“Datuk Munusamy akan turun melawat mangsa yang terlibat dalam masa terdekat.
“Kita bersyukur walaupun banyak pokok yang tumbang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, tapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa,” katanya.
Sinar Harian difahamkan lebih 30 pokok tumbang di sekitar kawasan itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk lebih 3 jam.

Sep 4, 2012

UMNO-BN kaut untung jadi broker jual tanah – Guan Eng


GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.
Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.
Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi ‘broker tanah’ bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.
Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.
Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.
“Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu”.
“Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi.” Kata Guan Eng.
“Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah”. Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.
Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.
Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.
“Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?” ujar Guan Eng. – Roketkini.com


Sep 3, 2012

Sebelum Sekat Jalan Ke Putrajaya Najib Sekat Dulu Gelombang Di Bersih sabah.