Apr 30, 2012

BEKAS MENTERI DALAM 3.0

NILAI SENDIRI MANGSA DI PUKUL BERSIH 3.0

Anak Perempuan Menghilang Ke Lombok




PASIR GUDANG – Akibat tidak tertahan menanggung rindu kerana anak perempuan yang dua tahun disangka hilang akhirnya Mariam Sarian, 47, mengadu kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas untuk tindakan selanjutnya.


Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, pihaknya akan mengusahakan maklumat berkaitan prosedur, kaedah dan cara bagi membawa pulang Faizada Aldam, 23, yang dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata berusia tujuh bulan.

Katanya lagi, dalam soal yang melibatkan kos pengurusan untuk membawa pulang Faizada bukan penghalang terbesar kerana ia boleh diikhtiarkan.

Beliau berkata demikian kepada media di pejabat PAR Permas dekat sini, baru-baru ini.

Difahamkan, Faizada yang menghilang sejak 2009, hanya dapat dihubungi pada awal tahun ini setelah mendakwa dia ditahan imegresen dan dihantar ke Indonesia kerana salinan sijil kelahiran yang dimiliki dikatakan palsu.

”Ketika menumpang di Masjid Tanjung Pinang, seorang makcik telah membawanya pulang ke Lombok dan mengahwinkan Ida dengan anak lelakinya,.

”Sembilan anak yang berumur 11 sehingga 25 tahun memiliki sijil kelahiran dan Mykad, tetapi hanya Ida berdepan masalah walaupun sudah tujuh kali berulang-alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah.

”Setiap hari Ida hubungi saya dan merayu supaya dibawa pulang.

”Salinan Kelahiran yang dipegang Ida bukan palsu kerana saya mempunyai sijil kelahiran asli, masih menyimpan kad rawatan klinik semasa mengandungkannya,” kata Mariam dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, mana-mana yang berkaitan diminta tampil membantu.
Posted on Sunday, April 29 @ 19:28:46 MYT by ibn_bacoks






 

BERSIH 3.0 TAHNIAH MASYARAKAT CINA

Apr 25, 2012

RUMAH MAZALAN DI SIMBAH CAT

Oleh Suhaizan Kaiat

Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)  cukup kesal  dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam dengan menyimbah cat berwarna merah di rumah Pengerusi TANAH yang juga Presiden (Persatuan Anak-anak Peneroka Generasi Kedua) ANAK, Sdr Mazlan Aliman. Kejadian ini disedari oleh isteri Sdr Mazlan pada jam 3.30 pagi selepas beliau balik daripada suatu program ceramah di Parit Sulong. Isteri beliau terhidu bau cat minyak di bekalang rumahnya di Felda Bukit Ramon, Kulai Johor.

Kejadian ini merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh masa 1 minggu di Negeri Johor. Pertama berlaku pada 19hb April di Markaz PAS Air Merah, Mersing dan keduanya pada 22hb April 2012 di kedai makan Setiausaha Persatuan Anak Pengerang(PAP), Saudara Azhar Mansor dan kejadian ketiga berlaku di rumah Sdr Mazlan Aliman pada awal pagi 24hb April 2012.

Perbuatan tidak bermoral ini berkemungkinan ada kaitan dengan cadangan TANAH yang akan menganjurkan suatu Himpunan Tanah Rakyat pada 5-5-2012 jam 2.00 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru. Antara tuntutan TANAH adalah menuntut kembali Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, menyiasat penyerahan tanah KTM Tg. Pagar, menghentikan pengurniaan Tanah kepada KPRJ/Kroni dan merampas tanah penyeleweng.

Semalam Sdr Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada media akan menurunkan 10 ribu ahli dan penyokong-penyokong TANAH ke Dataran Merdeka pada sabtu 28hb April 2012 sebagai tanda sokongan TANAH kepada Himpunan Bersih 3.0. TANAH akan bekumpul di Menara Maybank jam 1.30 petang kemudian berarak secara beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

TANAH mendesak kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap motif kejadian dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini. Ini bagi mengelakkan kejadian tidak di ingini berlaku selepas ini.


Yang Benar


SUHAIZAN BIN KAIAT
SETIAUSAHA
GABUNGAN TANAH RAKYAT (TANAH)
019-7285174



Apr 23, 2012

KEBAJIKAN GERUNKAN UMNO


PONTIAN – Slogan Negara Berkebajikan nyata meningkatkan tahap kegerunan kepada UMNO kerana PAS telah menterjemahkannya tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurut Syed Othman Syed Abdullah, ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, suatu ketika Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor pernah menyebut bahawa Johor yang berstigma kubu kuat Barisan Nasional sudah tidak boleh lagi dibanggakan.


Hal ini dakwanya kerana, gerakan Islam PAS telah mendahului UMNO dalam menggerakkan aktiviti kebajikan dan menyantuni rakyat terbanyak.

“UMNO tidak mampu sebagaimana kita buat. kita telah lahirkan tokoh-tokoh yang boleh bagi sumbangan secara ikhlas. kalau ada RM10 boleh bagi RM5 untuk perjuangan.

“Saya ada seorang kawan di Kedah. Dia cerita hasil menoreh getah. Sekeping getah boleh dibagi dua kerana kita telah jalani proses tarbiah. Ini beza UMNO dengan PAS,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian pada majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pontian kali ke 25 di Dewan Pusat Tarbiah PAS Pontian, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.

Sementara itu, beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas berkata kejayaan PAS menyantuni rakyat dengan aktiviti kebajikan di negeri ini kerana memanfaatkan pengaruh media.

Tambahnya lagi, rakyat sebenarnya ingin tahu perkembangan terkini parti Islam itu maka peluang menyebar-luaskan penerangan berkenaan aktiviti tersebut wajar difikirkan dan digerakkan secara maksimum.

“Saya ikut perkembangan gerak kerja PAS Pontian melalui (facebook) Mtd Pas Benut. Rakyat lihat  dan orang kenal PAS (melalui media alternatif). Kalau dulu susah nak lihat orang Cina bersama PAS. Tapi hari ini, PAS Pontian mampu menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) seperti hari ini,” katanya lagi.

Tinjauan turut mendapati, kira-kira 30 orang ahli DHPP telah menyarungkan baju berwarna kuning pada majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijadualkan pada 28 April ini.

Apr 13, 2012

Himpunan TANAH Akan Dilancarkan Di Parlimen

SIMPANG RENGGAM – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) akan mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran dalam satu majlis yang dipanggil pelancaran Himpunan Tanah Rakyat Johor di lobi Parlimen Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 16 April depan.
Menurut Pengarah Sekretariatnya, Suhaizan Kaiat, selain kehadiran sejumlah 40 orang daripada rombongan TANAH, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan turut berada di majlis pelancaran itu bagi mengumumkan satu perhimpunan TANAH yang akan diadakan pada 5 Mei depan di pusat beli belah terkenal Plaza Angsana Johor Bahru.
”Rombongan sekitar 40 orang yang kebanyakannya penduduk Pengerang akan berada di Parlimen Malaysia awal minggu depan,” ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Khas Sekretariat TANAH di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.
Sementara itu, beliau berkata, kain lilitan berukuran 3 inci dengan berlogokan TANAH akan diikat sebagai gimik pelancaran majlis tersebut disamping memperkenalkan badge TANAH kepada umum.
Malah, pihaknya mendakwa TANAH turut menerima sokongan daripada 18 badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh berpengaruh serta kalangan rakan Pakatan pembangkang lain yang bersimpati dengan masalah tanah di Johor.
Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berkata, jelajah penerangan berkenaan TANAH akan digerakkan ke seluruh negara sebagai satu usaha menarik perhatian umum untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.
”Kita sasarkan bermula dari 21 April ini sesi majlis penerangan akan digerakkan ke setiap kawasan (daerah) di bawah (anjuran) pemuda (DPPNJ) dengan melibatkan individu-individu yang berkaitan seperti YB Salahuddin dan Mazlan Aliman yang bertindak sebagai Pengerusi Gabungan TANAH.
”Selain itu, kami akan bergerak ke seluruh negara dengan menyasarkan negeri-negeri seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan bagi menyampaikan penerangan mengenai TANAH.
”Malah kita akan aturkan satu program konvoi anak muda yang akan berjelajah bermula di Muar hinggalah ke Johor Bahru dengan aktiviti seperti edaran risalah dan sebagainya,” katanya lagi.

Apr 1, 2012

TANAH : 30,000 Bakal Berhimpun 5 Mei Di Angsana

 
JOHOR BAHRU – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH)  yang berjaya dibentuk pada majlis Dialog Masalah Tanah di Hotel Good Hope, dekat sini, semalam, telah merangka satu perhimpunan yang dijadualkan penganjurannya 5 Mei ini di pekarangan pusat membeli belah terkenal Angsana akan digerakkan secara besar-besaran.
Menurut Pengerusinya, Mazlan Aliman, tujuan penganjurannya adalah untuk mengumpulkan 30,000 rakyat Johor bagi menyatakan sokongan terhadap mereka yang mempunyai masalah pemilikan tanah.
Katanya lagi, Datuk A Samad Said, sastrawan negara yang bertindak sebagai Penasihat kepada TANAH akan turut serta dalam perhimpunan tersebut.
”5 Mei, 30,000 akan sertai himpunan di Johor Bahru. Tolong kempen di media seperti facebook, blog. Semua warga Malaysia akan turun.
”Kalau menang, kita akan buat tranformasi isu tanah di Johor. Wujudkan satu gelombang isu tanah seterusnya ia boleh membawa kejatuhan BN di Johor,” tegas beliau lagi.
Semalam, organisasi induk TANAH yang berjaya dibentuk itu telah diketuai sendiri oleh Mazlan bersama nama-nama besar seperti Hj Dzulkefly Ahmad, Perunding Hartanah, Hasan Karim, Peguam, Syed Othman Syed Abdullah, Aktivis Kemasyarakatan, Suhaizan Kaiat, Ustaz Azam Abdul Razak, Che Mat dan Hasnol.
Difahamkan, majlis Dialog tersebut berjaya membongkar dan menerima aduan kira-kira 30 kes dari seluruh negeri ini dengan kehadirannya lebih 150 orang nyata melebihi dari sasaran awal pihak penganjur.
Seperti yang dijangka, isu pengambilan tanah di tujuh buah perkampungan nelayan Pengerang untuk projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid) sekali lagi memperlihatkan kekecewaan wakilnya yang bangkit membantah pembinaannya atas alasan pembangunan itu telah menarik perhatian peserta dialog yang lain.
”Tanah kami hendak dirampas, semua hendak dipindahkan, masjid hendak dipindah, rumah, tanah, malah kuburpun hendak dipindahkan.
”Yang hidup teraniaya, yang sudah matipun menjadi mangsa,” tegas Hasnol wakil nelayan Pengerang yang bersuara serak akibat kerap berucap kerana mempertahankan hak.
Pada majlis yang sama, Pak Samad telah mendeklamasikan sebuah sajak yang berjudul Melelong Rimba itu turut bersetuju supaya satu perhimpunan dibuat sebagai salah satu cara menyelesaikan isu ini disamping menyeru rakyat bangkit dengan mengundi Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang.
”Kalau kita menjerit dan berteriak tapi tak buang undi untuk oposisi, tak sampai ke mana. Saya setuju di adakan perhimpunan besar-besaran,” ujarnya beliau lagi.