Sep 30, 2011

TIAN CHUA : PR BINCANG DASAR NEGARA ISLAM DENGAN MESRA

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, mesyuarat pemimpin PR adalah ditumpukan kepada pandangan berbeza PAS dan DAP terhadap Hukum Hudud, mesyuarat diadakan di bawah keadaan mesra dan pemimpin PR cuba mencari formula supaya tidak akan menjejas peraturan asas parti komponen PR

Sep 28, 2011

Hudud: Seluruh Dunia Tertumpu Ke Pejabat Agung PAS Malam Ini




Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuaratnya.

Walaupun tidak ada panggilan untuk sidang akhbar, adalah dijangka wakil media akan memenuhi perkarangan bangunan PAS itu bagi mendapatkan keputusan mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia selepas ini.

Harakahdaily difahamkan, pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan cadangan PAS 'untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja.'

Isu ini berbangkit ekoran cabaran bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamed agar kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir, beliau telah dianggap oleh PAS sebagai penghalang pelaksanaan hudud ekoran surat amaran yang beliau hantar kepada Menteri Besar Kelantan yang melarang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya.

Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan meminta kebenaran daripada PM sekarang, Datuk Seri Najib Razak.

Belum sempat permohonan dibuat, Najib sudah berkata, kerajaan tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan di negara ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana berlawanan dengan perlembagaan dan DAP tidak bersetuju dengannya.

Yang menjadi bertambah parah lagi apabila media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, kesemua pimpinan DAP yang ada sekarang akan meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan melalui platform Pakatan.

Walaupun ia laporan yang tidak tepat (kerana apa yang dikatakan beliau adalah kesemua pemimpin DAP akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hudud ada dalam agenda bersama Pakatan iaitu dalam buku Jingga yang telah dikeluarkan), ia telah mengelirukan banyak pihak.

Hubungan PAS dan DAP sebelum ini telah pecah pada tahun 2003 apabila berbangkit isu Negara Islam selepas dokumen negara Islam dikeluarkan PAS.

Selepas satu mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel, DAP memutuskan keluar dari Barisan Alternatif (BA) dengan meninggalkan PAS dan Keadilan.

Ekoran dari perpecahan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya, PAS dan Keadilan ketika itu telah kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004 termasuk kehilangan sebuah negeri iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang kecil (tiga kerusi yang kemudiannya menjadi satu kerusi selepas PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir).

Suasana berbeza

Kini, dengan suasana yang berbeza, isu panas antara PAS dan DAP datang lagi dan pemimpin PAS dan DAP akan bertemu lagi. Isunya adalah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang termasuk hukum hudud di dalamnya.

Tetapi kali ini, ada PKR di tengah-tengah dengan pengerusi kepada mesyuarat ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hampir semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti akan hadir dalam mesyuarat yang bermula jam 9 malam ini kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dapat hadir (mungkin keberatan untuk memberikan kebebasan perbincangan).

Bagi penganalisis politik, Profesor Bridget Welsh, hudud bukan isu utama rakyat negara ini sekarang kerana isu utamanya adalah isu ekonomi, isu bagaimana kerajaan BN telah menggunakan duit rakyat untuk mempertahankan kuasa mereka.

Namun, bagi sesetengah pihak dalam PAS, isu ini adalah kebaikan yang datang dalam masalah yang menimpa (blessing in disguise).

Bagi mereka, serangan Umno terhadap PAS kononnya 'PAS adalah kuda tunggangan DAP' akan dibuktikan dalam isu ini.

"Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP.

"Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, 'kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri', saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi.

"Tetapi, jika isu ini gagal dicapai kata sepakat malam ini, dan DAP akan mengambil tindakan yang sama sebagaimana tahun 2003 lalu, Pakatan akan hancur dan saya yakin DAP juga akan kehilangan sokongan khasnya orang Melayu," kata pemimpin PAS itu.

Bagi beliau, Kelantan dimenangi oleh PAS sejak tahun 1990 tanpa sebarang kaitan dengan DAP dan negeri itu berjaya dipertahankan oleh PAS sehingga kini.

PAS pula bersama dengan Pakatan Rakyat membentuk bersama negeri Selangor, Kedah dan juga Pulau Pinang di samping Perak sebelum ini.

Beliau dengan penuh yakin berkata, pihak yang paling rugi jika perpecahan berlaku adalah DAP kerana sudah pasti Selangor akan jatuh dan silap-silap Pulau Pinang pun akan jatuh dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan Melayu.

"PAS boleh jadi akan berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah walaupun bersendirian atau bersama PKR atas sokongan Melayu dengan isu ini dan boleh jadi akan menang juga di beberapa negeri lain," kata beliau.

Namun, bagi Bridget Welsh, andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi pengundi Cina dan India.

Namun beliau bersetuju bahawa, jika PAS benar-benar mahu melaksanakannya, ia perlu melalui proses demokrasi yang terbaik termasuk pungutan suara selepas menang agar tidak ada mana-mana pihak yang terasa dizalimi.

"Itupun akan masih ada golongan minoriti yang akan terasa dizalimi," kata beliau kepada Harakahdaily menjelang mesyuarat malam ini.

Namun, semua persoalan di atas akan dicerakinkan oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat malam ini.

Jika mereka berjaya melepasinya, bermakna jalan ke Putrajaya terbuka luas. Namun, jika ujian hasil mainan Tun Dr Mahathir ini gagal diatasi, esok tidak akan ada Pakatan Rakyat lagi.

Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dikatakan sangat yakin, soal pecah antara PAS dan DAP tidak akan berbangkit dalam mesyuarat malam ini.

Ini kerana, binaan Pakatan yang ada sudah cukup kuat untuk menempuh segala badai yang melanda dan yakin pemimpin Pakatan sudah cukup dewasa untuk mengatasinya dengan baik. SUMBER

Sep 27, 2011

20 0RANG PEMUDA UMNO KG PASIR PUTIH TEBRAU JOHOR MASUK PAKATAN




Seramai 20 Pemuda UMNO Kampung Pasir Putih Tebrau Johor menyertai Pas dan Keadilan menyerahkan borang keahlian terbabit kepada Steven Choong  selaku Timbalan Setiausaha Agong  PKR Pusat.   Wakil Pemuda UMNO berkata, penyertaannya bersama ahli yang lain merupakan satu penghijrahan yang dilakukan atas kesedaran sendiri dan ingin berjihad ke jalan yang benar.

“Inilah yang kami mahukan selama ini bagi menegakkan perjuangan yang lebih mementingkan nilai-nilai keislaman dan tidak terpesong.

“Perjuangan yang dibawa dalam UMNO kini semakin goyah dan seolah-olah seperti tidak nampak arah tujuannya hanya pandai janji sahaja ,” katanya  semasa  majlis a Rumah Terbuka Pas Cawangan Kg Pasir Putih
Sementara itu menurut Penyelia  Pusat Aduan Rakyat Syed Othman Berkata  kemasukan ahli baru dalam Pas di kawasan Tebrau akan lebih menyemarakkan lagi perjuangan parti untuk berjihad dan menegakkan syiar Islam. dan Tamparan Kepada UMNO Kg Pasir Putih yang dulu adalah kubu kuat UMNO.

DATO , SERI ANWAR IBRAHIM PAKATAN JOHOR MAMPU BUAT KEJUTAN DALAM PRU 13


Dato,Seri Anwar Ibrahim ketika Hadir di Rumah terbuka Pas Pasir Gudang ,beliau yakin Pakatan Johor mampu buat kejutan dalam Pru 13 ,yang penting kata beliau kita kena kerja kuat untuk meyakinkan Rakyat bahawa UMNO bukan lagi boleh membela rakyat.

Sep 25, 2011

DEPA INGAT JABATAN PENERANGAN TU BAPA DEPA PUNYA KA?

Jabatan Penerangan bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Denis D'Cruz.

"Jabatan Penerangan dan jentera kami sudah bersedia. Sebenarnya, ia telah menjadi amalan kami sejak sekian lama bahawa apabila satu pilihan raya umum berakhir, kami menyiapkan jentera bagi pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Kenduri Daun Pisang" di Sekolah Tamil Bestari Jaya dekat sini, Sabtu.

Program itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Selangor dengan kerjasama Komuniti Bestari Mukim Ijok. - mStar.

Inilah salahlaku yang Umno BN buat sejak merdeka lagi. menggunakan jentera kerajaan sebagai jentera pilihanraya parti.

Kalau sebelum ni kita cuma tengok aksi 'CELAKA' depa masa pilihanraya tapi kali ni Timbalan Menteri sendiri mengaku menggunakan Jabatan Penerangan sebagai jentera pilihanraya untuk Umno BN.

Mana boleh gunakan Jabatan Penerangan sebagai jentera pilihanraya. Depa-depa ni dibayar gaji guna duit rakyat bukannya duit Umno BN.

Tak kira la kerajaan nama pun, kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Tak kira kerajaan negeri yang sebelum pilihanraya ditadbir oleh BN atau PR. Sama saja, semua jentera kerajaan memang tak boleh diguna sebagai jentera parti.

Kalau setakat kakitangan Kementerian Penerangan nak buat kerja untuk Umno masa kempen pilihanraya memang takdak masalah, cumanya depa tak boleh buat kerja sebagai kakitangan kerajaan tapi kena buat kerja sebagai individu. Dan tentunya depa tak boleh berkempen masa waktu bekerja dan tentunya tak boleh gunakan segala kemudahan jabatan untuk berkempen.

Masalahnya, kerja buat macam tu memang dah lama diamalkan oleh Umno BN. Tambah-tambah masa PRK, memang sangat-sangat jelas nampak seluruh jentera kerajaan berkampung di kawasan pilihanraya buat kerja untuk Umno BN. Bukan setakat kakitangan kerajaan, kemudahan jabatan malah dana kerajaan digunakan secara terbuka tanpa berselindung.SUMBER

Sep 23, 2011

PANAS & TERKINI: SKANDAL SEKS MENTERI DENGAN WANITA CAMBODIA ?

PERDANA Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang sibuk menjaja cerita Skandal demi Skandal Seks Ketua Pembangkang tidak sedar bahawa majoriti menteri kabinetnya terpalit dengan Skandal seks yang memualkan.

Petang tadi Paparrazzi menerima maklumat bahawa seorang Menteri Kabinet Najib terbabit dengan Skandal Seks bersama Wanita Cambodia yang sering melawat menteri berkenaan di Malaysia dan menjadikan beberapa resort dan hotel sebagai tempat memadu kasih.

Menteri berkenaan pula sering melawat ke luar negara, sama ada untuk bermain golf atau melancong bersama kekasih hatinya; kerana jiwanya kosong setelah isterinya sakit dan tidak dapat melayan naluri menteri berkenaan yang semakin kemaruk seks.

Sebelum ini Menteri berkenaan terlibat dengan Skandal Seks di Australia dan merupakan salah seorang menteri yang mempunyai hubungan rapat dengan Najib.

Menurut maklumat yang Paparazzi terima, seorang berpangkat Dato’ memperkenalkan Menteri tersebut dengan Wanita Cambodia berkenaan.

Skandal seks ini dijangka akan menggemparkan Kabinet Malaysia tidak lama lagi kerana ada beberapa pihak sedang merundingkan harga dengan Paparazzi untuk menjual gambar dan rakaman video untuk membuktikan hubungan sulit menteri berkenaan./ sumber  sabahkini.net.


PUSAT ADUAN RAKYAT AMANAH