May 17, 2011

Akhirnya berjaya ujian mengampu Kimma demi habuan dari BN

Betapa terdesaknya presiden Kimma mengharapkan sesuatu daripada Barisan Nasional (BN) namun dilihat usaha presiden Kimma itu belum cukup lagi tahap ampunya untuk diangkat.


Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader
Sudah menjadi adat, sesiapa yang sanggup serang Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpinnya, Najib akan ambil kira untuk diangkat untuk jadi menteri, timbalan menteri atau senator. Bukan benda pelik pun jika ada yang terlalu terdesak mahu jawatan, sudah pasti PR akan dijadikan mangsa belasahan.

Dilaporkan minggu lalu, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader telah dinobatkan sebagai senator oleh Najib selepas ujian mengampunya telah berjaya mendapat perhatian Najib.

Menurut The Malaysian Insider, Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu.

“Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.

“Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu,” kata sumber ketika dihubungi.

Syed Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas sambil meminta agar menunggu sehingga tarikh angkat sumpah.

Jelas sumber itu, Syed Ibrahim hanya akan membuat kenyataan berhubung pelantikan itu selepas mengangkat sumpah.

Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.

Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

Selain itu Syed Ibrahim berkata, Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.

Kimma yang mendakwa ada 80,000 ahli negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN semenjak 1984 tetapi gagal ekoran bantahan komponennya termasuk oleh MIC.

Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan.

Sebelum itu, presiden Kimma telah menuduh PR telah menyogoknya agar menyertai pakatan itu. Konon beliau disogok RM55 juta dan jawatan dalam PR jika mengajak Kimma menyertai pakatan itu. Baca seterusnya di sini.

Semua orang sedia maklum kenapa sampai begitu terdesak puak Kimma menyerang PR sambil menyatakan kesetiaan kepada BN. Semuanya kerana mahu menjadi Melayu, mahu hak yang sama dengan orang Melayu.

Akhirnya, dengan pelantikan itu, berjayalah ujian mengampu Kimma terhadap Najib dan BN selama ini.

Tak peliklah selepas ini, Kimma akan dinobat pula sebagai kaum bumiputera atau Melayu di negara ini.

Sudah pasti 'kedai mamak' makin bertambah di negara ini selepas ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.


Source: http://warkahdaily.blogspot.com/2011/05/akhirnya-berjaya-ujian-mengampu-kimma.html#ixzz1MGSJIPTI

Konvensyen PAS Johor 2011 - PAS Teraju Johor



PAS Teraju Johor adalah tema Konvensyen PAS Johor kali ini. Di dunia ini tidak apapun yang mustahil kerana adat hidup kita di dunia ini adalah menunggu giliran. Ada masa kita di bawah, ada masanya kita ke atas. Suara-suara sumbang yang mengatakan Johor adalah kubu kuat Umno dalam dunia sudah hampir tidak kedengaran lagi.

Itulah dia perjuangan, bersusur galur dari perjuangan para nabi dan rasul langsung di sambung pula para alim ulama dibantu mujahidin yang sanggup mati kerana Allah yang kini di gelar tentera Allah sepanjang zaman. Kebejatan dan kebobrokkan politik sempit kini menuju jalan mati. Islam akan menang walaupun disekat dan dihalang jalan dakwah. Dalam ucap tama Dato Dr Mahfodz Mohamed selaku Pesuruhjaya PAS Johor, beliau mengingatkan peserta konvonsyen tentang agenda TAWAN JOHOR sebagai kriteria penting kerajaan yang bakal dibentuk kelak dengan menyatakan secara terbuka PAS bersedia menggantikan Umno dengan bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menerajui Johor selepas PRU ke-13 nanti, InsyaAllah.
Isu melayu merempat angkara Umno, isu keselamatan negara dan isu pengundi bukan melayu yang menjadi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menjadi topik utama perbahasan peserta konvensyen kali ini. Majlis ini akhirnya ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan beberapa ingatan tentang persiapan menjelang pilihnaraya umum ke-13.
Konvensyen diadakan dalam suasana agak meriah biarpun sederhana bertempat di IOI Palm Villa Golf & Country Resort, Kulaijaya dengan dihadiri beberapa pimpinan PKR, DAP dan beberapa NGO termasuk sayap parti yang baru Dewan Himpunan Penyokong PAS Johor.


Perasmian sesi pagi oleh Dato Dr Mahfozd Mohammed(Pesuruhjaya PAS Johor)
Kepimpinan mantap PAS Johor
 
Pemuda-Pemuda harapan Islam dengan gimik menolak politik fitnah

Banner yang bakal di pijak, simbolik perjuangan

 
Syed Othman membawa isu melayu terpinggir di Johor Bahru
 

May 16, 2011

Pas Johor Setia Bersama Pakatan

Semasa sidang Media di Pulai  Datuk Mahfus Mohamad  selaku Pesuruh Jaya Negeri Johor mempertegaskan bahawa PAS tidak akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun ada usaha yang sedang dimainkan Umnno/BN dan media arus perdana untuk melaga lagakan PAS dan DAP."PAS tidak akan mengkhianati rakan rakan dalam Pakatan Rakyat,"  Sempena   Konvensyen  Pas Johor yang diadakan d Pulai pada 15.05.2011[Image]Beliau mengingatkan ahli ahli,penyokong penyokong serta pemimpin pemimpin DAP dan PKR agar tidak bimbang dan  ragu dengan kesetiaan PAS sebagai rakan PKR kerana PAS tetap setia sebagai rakan. Datuk Chua Ju Meng mengulas Pekara yang sama "Kita tetap bersama Pakatan Rakyat
Menurut beliau, Rakyat  jangan takut dan bimbang apabila Pakatan Rakyat memerintah negara ini Pakatan Rakyat akan berlaku adil kepada semua rakyat termasuk ahli ahli Umno.  

May 14, 2011

Saya kenal siapa suami saya", Azizah pertahan Anwar

SAHAH ALAM, 14 Mei — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi melahirkan kekecewaan kerana masih ada pihak yang terus mengaitkan lelaki dalam video seks, yang didedahkan trio “Datuk T” Mac lalu adalah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga memberitahu beliau dikecam oleh pelbagai pihak sehingga ada yang menyuruhnya agar mencari suami lain.

“Saya kenal siapa suami saya... tengok badan pun saya tahu. Takkanlah saya tak kenal dia. Itu (lelaki dalam video) bukan suami saya.

“Ada yang suruh saya cari suami lain dan bercerai dengan Anwar. Cerai itu memang dibolehkan tetapi ia tidak disukai Allah dan saya sendiri tidak suka,” kata beliau lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata rakaman video seks itu adalah tulen setelah mendapat input pakar pengimejan video Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa si pelaku dalam video itu.

Dr Wan Azizah menambah, “banyak yang telah saya lalui bersama Anwar dalam perkahwinan saya.”

“Lagipun atas alasan apa saya mahu tinggalkan dia,” kata beliau pada satu ceramah di Jalan Kebun dekat sini malam tadi.

Selain itu, beliau juga berkata, video seks yang disebarkan itu, yang difahamkan kini boleh didapati dalam benuk CD merupakan satu penipuan dan suatu fitnah.

Malah, sedutan rakaman itu disebarkan menerusi Internet sebelum ini.

“Datuk T” mempertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

“Ini satu penipuan. Ini Fitnah. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh. Fitnah ini, kita akan tanggung dosa sampai bila-bila... jangan main-main dengan fitnah. Cukup-cukuplah kata dekat Anwar,” kata Dr Wan Azizah yang telah beberapa kali menafikan si pelaku dalam rakaman video seks adalah Anwar.

Bagi membuktikan lelaki dalam video tersebut bukan suaminya, Dr Wan Azizah turut menceritakan rutin harian Anwar ketika beliau dipenjarakan selama enam tahun.

“Semasa enam tahun dipenjarakan, dia (Anwar) berpuasa Isnin-Khamis dengan makan makanan yang dalam kuantiti yang sedikit.

“Dia akan makan setengah untuk sahur dan setengah lagi untuk berbuka. Jadi lelaki dalam video itu bukan suami saya, tengok perut pun tau. Dia tak ada perut macam itu,” seloroh Dr Wan Azizah.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut mengecam tindakan individu yang menghantar mesej SMS ugutan terhadap anaknya Nurul Izzah Anwar yang mengugut mahu menculik anak sulungnya.

“Semalam ada orang hantar SMS kepada Nurul Izzah untuk apa-apakan cucu saya. Apa jenis manusia ini?” tegas beliau.

Semalam, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau menerima mesej SMS yang mengugut anak perempuan berusia tiga tahun akan diculik jika beliau terus memberi sokongan kepada Anwar.

Dalam ceramahnya Dr Wan Azizah juga berkata, pihak musuh kini lebih menumpukan usaha untuk menjatuhkan Anwar berbanding isu lain yang lebih penting.

“Berapa banyak pelajar kita yang habis belajar tidak bekerja, isu gula... tetapi apa isu di negara kita? (Tapi hanya) pasal Anwar.

“Negara kita perlu diselamatkan. Saya tak boleh buat seorang... tak menjadi tak apa. Sekurang-kurangnya kita boleh jawab di akhirat nanti,” ujarnya.

May 12, 2011

Benarkah UMNO hendak laksanakan Islam ?

Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?-TGHH

PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman

Kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Ia tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.

Soalan Cepu emas :
siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?

Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?

Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?

Manakah pergi nilai saham khas bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion?

Kemanakah pergi tanah rizab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar?

May 11, 2011

Sukan Pasti Pasir Gudang Meriah




Hari Ahad 08.05.2011 bertempat di Bukit Layang layang Pasir Gudang berlangsung sukan PASTI KawasanPasir Gudang  Meriah tidak terkata suasana kanak-kanak berumur dari empat ,lima dan enam tahun bermain bermain bermacam macam aktivit.
Bermula jam 8.30pagi, pelajar PASTI dari seluruhKawasan Pasir Gudang yang ada 10 pasti  hadir mendaftar diri. . pelajar duduk di khemah yang disediakan. Ada juga ibu bapa yang mengiringi anak kesayangan mereka,tempat ibu dan Bapa pun di sedia kan

Perasmian ringkas yang dilaksanakan oleh  saya sendiri Syed othman syed abdullah. Aku melahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan penganjuran sukan pada tahun ini. "Guru-guru PASTI disanjung tinggi pengorbanan mereka dan juga terima kasih kepada ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada Parti Islam Se-Malaysia PAS mendidikan anak mereka, dan terima kasih juga kepada Ketua Pemuda saudara Mohd Rozi

Suasana meriah dari pagi hingga ke petang walaupun cuaca agak panas terik sehingga 1.00petang. Latihan yang diberikan oleh PASTI menjadikan pelajarnya bersemangat waja dan mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi. Ini terbukti dengan tiada pelajar yang pengsan atau cedera yang teruk walau pun bermain dari pagi hingga ke petang.


Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh saya sendiri Syed othman syed abdullah . Harapan yang sangat besar aku kepada anak-anak PASTI inilah yang akan menjadi penolong-penolong agama Allah pada masa akan datang.,Terima kasih semua yang menjayakan sukan ini pemimpin Kawasan .Muslimat ,Pemuda ,dan Guru guru.

MAHATHIR MASIH BERCAKAP PERKARA BASI !!


Tak ada modal lain!  Itu sajalah modalnya. Si Kuda tua ini tak sudah-sudah menuduh PAS menjadi alat kepada  DAP, PAS menggadaikan maruah Islam semata-mata kerana DAP,  satu tuduhan yang melulu dan jauh dari fakta sebenar.

Walhal dalam Pakatan Rakyat, tiada satu parti pun yang mengusai parti lain – melainkan sama-sama bermatlamat satu – iaitu membentuk sebuah kerajaan pusat yang ideal atas namaPakatan Rakyat . Bukan lagi Barisan Nasional yang semakin reput.

Tetapi hari ini, mantan Perdana Menteri yang sudah berkarat, masih sedaya upaya cuba bermain api, membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap PAS, dan setakat ini belum berhasil. Apa yang jelas kelihatan, orang Melayu semakin meluat dan loya dengan UMNO.  Ini disebabkan PAS masih kuat berpegang dengan konsep ukhwah dan perpaduan sejagat berteraskan Islam, manakala Umno masih dengan fahaman sempit lagi menyempitkan!!

Malangnya Tun Mahathir dan UMNO sendiri tetap tidak berubah walaupun suasana politik sudah berubah.  Mereka mahu Pas menjadi parti yang boleh dicucuk hidung, mereka  mahu PAS berpendirian sama seperti di zaman kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri.

Zaman dah berubah Tun!   PAS mahu menjadi sebuah parti yang dinamik! Parti yang membela kehidupan manusia bersama Pakatan Rakyat, bukan mahu membela segelintar pemimpin Melayu Umno!.  PAS for all, Islam for all.  PAS bukan parti berfahaman kuno sebagaimana Umno. Sikap parti UMNO liat nak mampus! Keras macam batu!  Tak mahu sedar dan tak mahu berubah !

Wahai Tun Mahathir !. Berihat sajalah!. Tak usah sibuk-sibuk nak cakap hal politik. Rakyat sudah semakin matang, rakyat mahu berubah!  Rakyat sudah bosan dengan corak pemerintahan UMNOBN rakus dan zalim serta penuh dengan semangat perkauman! Rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu tak mahu lagi diperbodohkan!  Cukuplah!

Bersedialah Umno untuk menjadi pembangkang pula! Kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir empat buah negeri amat memberangsangkan. Ini menjadi bukti yang Pakatan Rakyat sememangnya mampu. Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat sudah cukup bersedia untuk memerintah.

May 5, 2011

PERLU PEMBELAAN

Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas mengambil inisiatif mengumpulkan keseluruhan 11 kanak-kanak yang mengalami masalah surat beranak daripada aduan yang dikemukakan kepada pihak mereka sebelum ini.

Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah berkata, keseluruhan 11 kanak-kanak daripada empat keluarga dari Taman Cendana itu sebelum ini pernah membuat aduan kepada PAR kerana anak-anak tidak dapat bersekolah.

Menurutnya, bimbang dengan masa depan kanak-kanak yang sepatutnya mendapat pelajaran yang sempurna, pihaknya berusaha mengumpul keseluruhan yang terlibat bagi membantu mencari jalan penyelesaian.

“Kita dapati keseluruhannya mempunyai dokumen lengkap dan kita sudah panjangkan masalah itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pasir Gudang yang mana mereka bersetuju untuk mengadakan perbincangan bersama.

“Kita berharap ada pertimbangan dalam perkara ini kerana ada dalam kalangan ibu bapa yang takut untuk ke JPN kerana risau tidak mendapat kerjasama baik,” katanya.

Syed Othman berkata, tiga kategori yang dikenal pasti menjadi punca ibu bapa gagal mendapatkan surat beranak anak-anak antaranya status dokumen tertinggal di Sabah atau Sarawak.

Menurutnya, masalah juga timbul apabila anak tidak sah taraf dan perkahwinan campur antara warga tempatan dan warga asing, sedangkan anak dilahirkan di sini.

“Kita akan berusaha membawa kanak-kanak itu secara berperingkat-peringkat ke JPN dengan harapan dapat membantu mereka terutama dalam mendapatkan pendidikan.

“Kita tidak mahu kerana kesilapan ibu bapa, anak-anak yang menjadi mangsa sehingga tercicir dalam pelajaran dalam usia yang sepatutnya berada dibangku sekolah,” katanya.

PUSAT ADUAN RAKYAT AMANAH