Jan 14, 2011

Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki Anjuran Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang







Perbezaan ideologi dan menjadi musuh dalam kancah dunia politik tidak seharusnya di jadikan penghalang kepada masyarakat di negara ini untuk melakunkan aktiviti secara bersama.suasana ini dapat dilihat mrenerusi pengajuran Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki Anjuran Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang Yang Berjaya Menarik penyertaan pasukan dari Pergerakan Pemuda UMNO .Yang di sertai oleh 32 pasukan, Pada Kejohanan itu Pasukan Pegerakan Pemuda UMNO Bahgian Pasir Gudang Menjadi Juara ,memmbawa pulang wang Rm 1000 serta medal tempat kedua Rm 500 dan ketiga Rm 300.

PENDEDAHAN XCLUSIF!!! FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M !!

Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod

Pegawai Khas



Saleha binti Mohd Rabani

Pembantu Peribadi



G. Vimala

Pen. Pegawai Tugas Khas



Siti Zaiton binti Abdul Ghani

Pembantu Peribadi



Rizal bin Mansor

Pen. Pegawai Tugas Khas



Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed

Pen. Pegawai Tugas Khas





FIRST LADY oF MALAYSIA - F.L.O.M

Kegilaan ini harus ditamatkan segera!!



Siapakah sebenarnya 'First Lady' dalam negara sistem raja berpelembagaan? Bukankah ianya hak milik kepada YTM Permaisuri Agong??



Satu persoalan yang kerap ditanya-tanya dan jawapan sebenar masih kelabu. Tetapi sejauh mana kelabunya jawapan kepada persoalan siapakah Wanita Pertama Negara, ia tidak pernah menjadi satu kebenaran untuk digunakan samada secara rasmi ataupun tidak rasmi ke atas sesiapa sahaja dalam negara ini waima isteri kepada Perdana Menteri.

Apabila istilah 'First Lady' ini digunakan walaupun secara tidak rasmi, ia satu pengkhianatan ke atas institusi Agong. Apatah lagi jika istilah tersebut digunakan secara rasmi, pasti si 'pencuri' istilah diraja itu harus dihukum dan dibuang negeri!



F.L.O.M Divisyen - Apakah fungsinya bahagian ini apabila ia diletakkan sebaris dengan bahagian lain dalam carta organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah ianya untuk 'menjaga' kebajikan isteri kepada Perdana Menteri?



Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.



Ia termasuklah mengurus untuk mendapatkan bajet-bajet yang tidak masuk akal seperti berlangsungnya Sidang Kemuncak "First Ladies" yang diadakan pada 11 hingga 13 Oktober tahun lalu di sebuah hotel terkemuka negara. Apabila konvensyen yang dihadiri oleh kebanyakkan Wanita Pertama negara-negara Afrika itu menelan belanja RM4.5 juta untuk period 3 hari, apakah ia masuk dek akal?



Tidak cukup dengan PERMATA, peruntukan besar sebanyak RM111 juta kepada Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isteri perdana menteri juga disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia didakwa hanya melibatkan segelintir pihak. Apakah ianya berkait rapat dengan penubuhan FLOM dan menjadi jalan kepada apa jua bentuk 'perniagaan'. Hapuskan kegilaan ini segera!!



Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri.



Hari ini, ketika Najib mengarahkan rakyat marhein mengubah cara hidup dengan mengurangkan pelbagai jenis subsidi sebagai isyarat, sepatutnya berasa malu kerana membenarkan tertubuhnya sebuah pejabat Isteri Perdana Menteri. Penubuhan FLOM Divisyen ini juga menunjukkan betapa urusan pentadbiran negara sedikit sebanyak telah bercampur-aduk dengan perihal rumah tangga. Adalah lebih baik Najib mengumumkan satu jawatan menteri khas untuk isterinya.



Bilakah FLOM ditubuhkan? Untuk pengetahuan semua, nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh cukup terkenal kerana terlibat dalam perjumpaan Saiful Bukhari untuk memohon biasiswa di Pejabat Perdana Menteri. Anda melihat nama Khairil Anas sebagai salah seorang pegawai tertinggi dalam carta laman web JPM, tetapi adalah menjadi pelik apabila tidak seorang pun perasan kewujudan FLOM yang cartanya sedikit atas dari kedudukan nama Prof. Dato' Hj. Khairil Annas bin Jusoh sedangkan nama Khairil Anas merupakan satu nama yang mempunyai kekerapan tinggi dalam enjin carian ketika namanya meletup satu masa dulu.



Sehingga hari ini, berapakah bajet yang telah dibelanjakan oleh FLOM tidak diketahui. Untuk apa bajet dikeluarkan? Apa yang dibelanjakan? Adakah ianya perlu dan berkepentingan? Sekadar mana keperluan Bahagian FLOM ini relevan? Apakah penubuhan Bahagian FLOM ini menjadi punca akan perbelanjaan dan peruntukkan untuk JPM jauh meningkat pada tahun ini ??



Justeru, kita sebagai rakyat harus mendesak agar bahagian yang tidak perlu seperti FLOM ini dibubarkan segera kerana tidak nampak akan keperluannya untuk kepentingan negara, selain daripada suatu pembaziran yang nyata. Kerajaan terpaksa menanggung pembayaran gaji yang lumayan terhadap setiap staf-staf yang bekerja di bawah pentadbiran bahagian FLOM. Ia termasuk juga gaji untuk pegawai-pegawai tertingginya yang pasti ada yang mencecah belasan ribu. Semua pembayaran ini untuk apa jika tidak untuk isteri Perdana Menteri dan kroninya?



Kepada wartawan, sila jalankan tugas anda untuk membuat terjahan ke Pejabat Bahagian FLOM di bawah Jabatan Perdana Menteri ini. Cuba tanya Najib apakah fungsinya Department First Lady of Malaysia dan tanya sama Rosmah, betulkah bajet FLOM melebihi bajet untuk pembangunan orang asli dan pembangunan Islam di negara ini? Sedikit keberanian pasti mengubah segala-galanya. Saya menunggu wartawan berani untuk memecah kebuntuan FLOM!!



Last but not least, mungkin ada yang bertanya, apakah kaitnya FLOM dengan isteri Perdana Menteri? Mungkin ada yang mempersoalkan, benarkah FLOM ini benar-benar ditubuhkan untuk Rosmah?



Harap sedikit lagi bersabar, akan saya bentangkan dalam satu lagi sesi pendedahan Divisyen First Lady of Malaysia! FLOM belum berakhir di sini dan akan diteruskan sehingga Department FLOM dibubarkan !!



Lihat Laman Rasmi JPM di Sini - http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947 Sumber,.

Debat Anwar Najib Mesti Diteruskan !!

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Khamis sebulat suara bersetuju meneruskan cabaran debat terbuka Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai dasar 100 hari jika mereka menang pilihan raya umum akan datang.



Keputusan tersebut diputuskan majlis berkenaan yang bermesyuarat hari ini.

Anwar menegaskan beliau tidak akan menerima cabaran untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.



"Khairy hanya cuba untuk menyelamatkan Perdana Menteri.

"Cabarannya adalah kepada Perdana Menteri dan tuduhan yang mengatakan Malaysia akan muflis sekiranya melaksanakan dasar 100 hari PR itu dibuat oleh Perdana Menteri. Kita hanya mahu respons Perdana Menteri," katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan majlis itu di sini pada Khamis.



Pagi tadi, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menghantar surat rasmi mempelawa Anwar berdebat dengannya berhubung dasar 100 hari Pakatan Rakyat memerintah.

Sementara itu, mengenai pilihan raya kecil Tenang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tidak menafikan seorang calon wanita tersenarai dalam senarai calon yang akan diputuskan oleh Majlis Syura.

"Kita ada tiga nama calon akhir termasuk seorang wanita," katanya yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS kawasan Tenang.

Jan 8, 2011

Masyarakat India Johor dan Ngo akan berkempen di Tenang




Kami akan bantu Pas berkempen di Tenang kata salah seorang peserta ,dengan sebulat suara mereka akan turun ke Tenang membantu calon Pas .

Jan 7, 2011

VIDEO bukti Pengarah Pendidikan Johor berkempen untuk Umno!!

Part part macam gini, mana perginya pemimpin umno ni. Mengaku tak yang kou orang sendiri menghianati undang undang yang kamu cipta sndiri.

Jan 6, 2011

Ketua Menteri PP saman Utusan




Ketua Menteri Pulau Pinang memfaikan saman terhadap Utusan Malaysia hari ini berhubung satu artikel bulan lalu mendakwa beliau seorang anti-Melayu.



Lim menggambarkan artikel yang disiarkan 20 Disember lalu, bertajuk “Kebiadaban Guan Eng” sebagai fitnah dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai ahli politik dan ketua kerajaan negeri.



Dalam samannya beliau memohon mahkamah memutuskan satu jumlah ganti rugi am termasuk ganti rugi teruk dan ataupun teladan untuk fitnah bertulis berkenaaan.



Artikel itu dikeluarkan sehari selepas konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.



Dalam rencana itu, Lim didakwa tidak membenarkan perarakan Maulidur Rasul, tidak membenarkan Pasar Ramadan di Komtar dan juga bahawa telah memrobohkan kampung-kampung Melayu.



Rencana itu antara lain berkata, “jika ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kepala Batas, semalam diambil kira, Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh marahkan sesiapa kalau beliau dianggap bersikap rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu.



“Tindakan biadab beliau yang menuduh pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar dengan tafsiran akhbar ini mengamalkan ekstremisme sudah menunjukkan siapa Guan Eng.



“Tidak cukup dengan itu Guan Eng juga menyerang Barisan Nasional (BN) dengan tuduhan yang sama dengan mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.



“Gambaran yang cuba diberikan oleh Guan Eng secara tersirat ialah apa sahaja perjuangan yang berkaitan dengan Melayu tidak harus dibiarkan dan harus ditentang oleh pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat dan PAS.



“Kedua-dua parti berkenaan sememangnya diketuai oleh orang Melayu tetapi apabila Guan Eng menyerang orang Melayu dan institusi Melayu mereka hanya menyokong.



“Persoalannya baik sangatkah insan bernama (Lim) Guan Eng ini yang baru sepenggal memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?”



Lim menafikan kesemua dakwaan yang dibuat oleh Utusan Malaysia.



Selain Utusan Malaysia, pentadbiran Lim juga berhadapan dengan serangan berterusan daripada pertubuhan-pertubuhan yang pro-Umno dengan mendakwa beliau bertindak bertentangan dengan masyarakat Melayu.- TMI

Jan 5, 2011

UMNO JOHOR GUNA POLIS HALANG ANWAR CERAMAH

Di sebalik reputasi sebagai kubu kuat BN, kehadiran ketua umum PKR untuk kempen pilihan raya kecil Tenang menimbulkan peluh dingin di kalangan pemimpin BN.

Di dua ceramah pada 4hb malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.

Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.

“Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya.

“Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri,” kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya.

Menurut orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300 orang hadir.

Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.
Meriam air

Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin - kali ini sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang tetap ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.

Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mazlan.

Sebaik sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan ketua pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga dirampas.

Tanpa menghiraukan larangan itu, Anwar meneruskan ceramah menggunakan hailer. Namun hanya mereka yang berada berdekatan dapat mendengar.

Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma antarabangsa yang diupah oleh pentadbiran Najib.

“Apabila Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa menamatkan ceramah itu,” kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen pilihan raya kecil PAS bagi kerusi Tenang.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang dijadualkan pada 22 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 30 Januari jika ada pertandingan.

Jan 4, 2011

FELDA CEMPELAK, TENANG, JOHOR SUDAH MENJADI ZON PERANG MALAM TADI ?





Suasana Ceramah Pakatan Rakyat Di Felda Chempelak, Tenang, Malam Tadi!-Kehadiran rombongan pemimpin Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Felda Chempelak, Tenang, Labis Johor malam tadi disambut dengan "kemeriahan kereta merah" berderet-deret seolah-olah memasuki zon perang lagaknya!



Penakut sungguh Ghani Othman!

Jan 3, 2011

saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor: MB


Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.



DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).



Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.



DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.



Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.



Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.



Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.



Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Pas akan lawan secara gentleman

Umno jangan kata lagi Johor kubu kuat mereka ,kita dah buktikan semasa pilihanraya 2008 Pas menang 2 kursi ,semua petugas di gesa berkerja keras untuk menangkan Dun Tenang .

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) diminta bersikap adil

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) diminta bersikap adil dan mengambil tindakan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah pun melanggar arahannya supaya tidak berkempen di luar waktu.


Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman mendedahkan beliau telah menerima aduan daripada penduduk Felda setempat bahawa Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan telah pun masuk ke kawasan Felda untuk berkempen.

"Saya telah menerima aduan, (Datuk) Ahmad Maslan (Ketua Penerangan Umno) telah masuk berkempen dalam kawasan Felda, saya baru menerima SMS, esok beliau akan berkempen di Felda Tenang,"kata Mazlan dalam Majlis Pelancaran Gerakkerja PAS dekat sini semalam.


Program yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Johor semalam adalah secara rasminya meruapakan acara sulung 'pemanas badan' bagi jentera PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil N.05 Tenang.

Lebih 3,000 orang hadir dalam Majlis tersebut, yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut berucap dalam Majlis itu adalah Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jentera PAS bagi PRK Tenang yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob, Bendahari Dr Mohd Hatta Ramli serta wakil-wakil parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Jan 2, 2011

‎Presiden Melawat Bilik Operasi Dun Tenang



‎ Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melawat dan talimat kepada Ajk operasi secara tertutup di Pekan Labis pada sebelah Petang semalam .

PUSAT ADUAN RAKYAT AMANAH