Nov 29, 2010

Kita Jangan Terlalu Leka Berpolitik - Selangor Bakal Tumbang !

Tokoh DAP Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin hilang Selangor jika pemimpinnya terlalu bangga dan tidak mengambilkira dengan sebarang kemungkinan.



Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambilkira amaran itu dan belajar dari sejarah.



PAS, katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya.



"Apa yang berlaku di Terengganu boleh terjadi di Selangor, iaitu tidak menjangka menang sebelum pilihanraya umum 2008 dan kalah dalam pilihanraya berikutnya walaupun mereka tidak menjangkanya?



"Siapa kata ini tidak akan berlaku," katanya.



Menurut Lim, konvensyen DAP Selangor penting untuk DAP Pakatan Rakyat supaya tidak mengulangi apa yang berlaku di Terengganu pada 2004.



"Konvensyen ini boleh membantu mengakhiri krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat.



Pengerusi DAP Selangor chairman Ean Yong Hian Wah berkata beliau kesal ada yang berkata, rombakan perlu terhadap wakil rakyat sekarang.



Katanya beliau sangat kesal kerana ia boleh memecahkan pasukan sedia ada.



"Adakah kamu mahu memusnahkan diri kamu dalam proses ini. Jangan gunakan parti untuk kepentingan peribadi tetapi untuk umum dan negara," tambahnya.



Ketika berita ini ditulis, 812 dari 1,016 perwakilan tiba untuk mengundi bagi 15 jawatankuasa negeri.



Terdahulu dalam pengumuman awal tujuh dari 50 calon telah menarik diri - Gan Eu Eng, Gan Siah Tong, Lee Sek Wun, Ong Kian Chye, R Rajiv, S Selvadurai dan Sow Kim Tar @ Sow Kim Ling.

Nov 22, 2010

Kertas undi hari terakhir pemilihan dicuri, PKR dakwa unsur sabotaj - Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas undi bagi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), yang disebelum ini tercalar dengan dakwaan kepincangan, telah dicuri semasa proses penghantaran ke cabang-cabang yang terlibat dalam pemilihan, semalam.



Bagaimanapun menurut Saifuddin, hanya dua kertas undi melibatkan dua cabang sahaja yang hilang. “Kita telah mengesan dua kertas undi bagi pemilihan MPP hilang semasa proses penghantaran dari ibu pejabat ke cabang-cabang. “Daripada dua kertas undi itu, salah satu melibatkan cabang Pandan, kedua-dua kertas undi kita kesan hilang semasa proses penghantaran.



“Bila kita sedari bahawa dua kertas undi telah hilang, kita telah memaklumkan kepada pengawas bertugas supaya tidak membenarkan kertas undi yang sama nombor siri dengan kertas undi yang hilang itu digunakan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau berkata, proses pengundian kedua-dua cabang tersebut berjalan dengan lancar dan kertas undi baru digunakan bagi menggantikan kertas undi yang hilang itu.



“Jadi pemilihan hari ini (semalam) di dua cabang itu berjalan dengan lancar dan kertas undi tersebut tidak digunakan dan ia tidak sah kerana telah dicuri. “Kita juga sekarang sedang menyiasat siapa indivdu yang terlibat dalam kehilangan dua kertas undi ini. “Perkara ini kita juga sudah jelaskan kepada ahli dan tiada bantahan daripada mereka,” katanya. Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang percaya misteri kehilangan kertas undi itu mungkin dibuat oleh individu yang tidak senang dengan PKR dengan niat untuk mensabotaj perjalanan pemilihan parti itu.



“Malah kita percaya ia merupakan taktik untuk sabotaj perjalanan pemilihan parti, apa-apa pun kita masih menyiasat perkara ini. “Kita juga bernasib baik kerana kehilangan dua kertas undi itu tidak menjejaskan perjalanan pemilihan hari ini (semalam). Ia juga tidak mengubah keputusan pemilihan yang berlangsung.



“Kita juga percaya kertas undi itu telah dicuri dengan niat untuk menjatuhkan imej PKR dan membayangkan bahawa pemilihan PKR ini berlaku dalam keadaan kucar-kacir. Tapi apa yang jadi persoalan bagaimana penulis blog tersebut boleh menerima kertas undi tersebut, kalau dia terima maknanya dia terima daripada individu yang mungkin terlibat dalam kehilangan dua kertas undi itu,” katanya.



Tambah Saifuddin, perjalanan pemilihan PKR hari terakhir semalam secara keseluruhan berjalan dengan lancar. Blog People’s Parliament, yang dua minggu lalu mempersoalkan kertas undi boleh dijual beli, semalam melaporkan borang pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sepatutnya diserahkan kepada ahli untuk mengundi pada pukul 10 pagi tetapi diperoleh terlebih awal.



Menurut blog tersebut berkata telah menerima e-mel dan gambar yang mengandungi borang pemilihan PKR. Dalam blog tersebut turut dilampirkan borang pemilihan untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden. Ini merupakan kali pertama PKR mengadakan pemilihan secara langsung berdasarkan konsep satu ahli, satu undi. Menurut penghantar e-mel tersebut, borang pemilihan berwarna merah jambu itu sepatutnya hanya boleh dibuka secara rasmi pada pukul 10 pagi.



Semalam adalah hari terakhir cabang-cabang PKR mengadakan proses pengundian. Sebanyak 37 cabang melangsungkan proses pengundian iaitu 13 di Johor, tujuh di Selangor, satu di Sabah dan 16 lagi di Sarawak. Proses pengundian yang bermula 10 pagi berakhir 4 petang. Ketika ditanya mengenai Cabang Ayer Hitam, Johor yang terpaksa membatalkan proses pemilihan kerana mendakwa tidak menerima notis mengadakan pemilihan daripada ibu pejabat, Saifuddin bagaimanapun menafikan perkara tersebut.



“Mengenai cabang Ayer Hitam, sebenarnya di sana tidak mempunyai jawatankuasa PKR lagi, ketua penaja pun tidak ada lagi, malah rekod kita juga menunjukkan tiada penaja dan komuniti di sana. “Sebab itu kita tidak hantar notis pemilihan di sana. Jadi ibu pejabat telah berhubung dengan JPP untuk mengadakan pemilihan di Ayer Hitam dengan kerjasama PKR Johor. “Jadi dakwaan yang dibuat adalah tidak benar, kita memang tidak jalankan persiapan untuk jalankan proses pemilihan di cabang Ayer Hitam. Selain itu, Zaid Mohd Yusof yang mendakwa sebagai ketua penaja cabang juga tidak benar, dia hanya ahli biasa sahaja,” katanya.



Zaid ketika dihubungi The Malaysian Insider petang semalam berkata, cabang Ayer Hitam terpaksa membatalkan proses pemilihan kerana mendakwa tidak menerima notis mengadakan pemilihan daripada ibu pejabat. Tambah Zaid, seramai 116 ahli PKR di kawasan itu tidak dapat menjalankan proses pemilihan kerana kegagalan pengurusan pentadbiran. Dalam pada itu, Bernama melaporkan, pemilihan MPP PKR bagi cabang Kuala Langat di Dewan Rakan Muda di Kuala Langat semalam dibatalkan. Walaupun berlaku pembatalan, masih ada insiden yang tidak diingini berlaku sehingga ada anggota parti yang tercedera dan membuat laporan polis.



Laporan polis itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritenden Nordin Manan ketika dihubungi Bernama. Bernama difahamkan pemilihan tersebut sepatutnya berlangsung pada 13 November lalu dan ditunda ke 20 November dan kemudiannya semalam. Menurut Ketua Pengawas MPP PKR, cabang Kuala Langat, Zainol Ahmad, pemilihan itu terpaksa dihentikan akibat ada pihak tidak berpuas hati terhadap proses pengundian.



Beliau berkata, pihaknya telah menerima arahan lebih kurang pukul 1.30 tengah hari untuk membatal dan menutup proses pemilihan. Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati pemilihan MPP PKR bagi cabang Tanjong Karang dan Kuala Selangor berjalan lancar. Lebih 300 anggota dari kedua-dua cabang hadir untuk mengundi calon. Posted sumber Budak_Perak at 9:03 AM 

Nov 21, 2010

200 Ahli PKR Merusuh Dan Ada Yang Parah..

Kira-kira 200 orang yang mendakwa anggota PKR berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya bagi membantah proses pemilihan langsungnya yang didakwa tidak telus.



Diketuai bekas timbalan setiausaha agung P Jenapala, penyokongnya daripada 14 buah seluruh selangor hadir untuk protes ringkas selama 45 minit.



Mereka yang membawa kira-kira 20 kain rentang, antaranya berbunyi "Jenapala The Hero", "Keadilan yang tidak adil" dan "Shame on you Anwar". sumber





Jenapala di dalam ucapannya menuntut supaya pemilihan diadakan dengan telus dan pemilihan ini tidak dapat diterima oleh ahli akar umbi.



"Jalankan pemilihan dengan telus. Parti (ini) cakap mengamalkan demokrasi dalam pemilihan, tetapi di mana perkataan itu lagi," katanya sambil mendakwa ahli PKR sudah ditipu dengan janji-janji kosong.



Beliau juga turut mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mementingkan calon timbalan presiden Azmin Ali daripada anggota parti.



"Kalau hendak (Azmin) simpanlah untuk selama-lamanya," katanya menyindir.



Jenapala sebelum ini pernah mengadakan perhimpunan yang sama, dengan motif yang serupa di tempat itu.



Bagaimapun, ketika itu, jumlahnya hanya separuh daripada yang hadir hari ini.

ziarah dan sumbangan sempena Aidil Adha yang lepas




PAS Cawangan Taman Cendana Pasir Gudang tidak ketinggalan dalam mengejar kelebihan sempena Aidil Adha yang lepas apabila seramai 11 keluarga faqir miskin telah menerima sumbangan, di sini baru-baru ini.
Sumbangan yang dilakukan dari rumah ke rumah setiap penerima sumbangan itu, telah disempurnakan oleh Ketua PAS Cawangan, serta saya sendiri di Taman Cendana

" Walaupun sumbangan yang kami berikan tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit bebanan golongan penerima ini, "

" Kami cuba melaksanakan lagi progran , sekiranya mendapat sumbangan daripada golongan yang cakna terhadap golongan yang memerlukan, kami akan selaraskan sumbangan untuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan, demikian menurut saudara Kelana selaku Ketua cawangan.

Nov 20, 2010

Pemimpin-pemimpin parti perlu berpendirian teguh memikul amanat


SHAH ALAM 20 NOV: Pemimpin-pemimpin parti perlu berpendirian teguh memikul amanat rakyat dengan tidak berpaling tadah menghentam benteng demokrasi utuh perjuangan parti tegas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.


Anwar membidas sikap pengkhianatan individu yang bertalu-talu menyerang kepimpinan dan perlembagaan PKR dari dalam menggunakan media milik Umno-Barisan Nasional sebagai platform mengugat fokus keutamaan parti itu.



"Saya tidak boleh terima orang yang menyerang parti berulang kali guna media Umno dan hina sahabat perjuangan termasuk Syed Husin Ali," tegas beliau.



Dalam ucapan Rapat Umum bersama negeri Selangor di Auditorium MBSA, Shah Alam, beliau tidak mahu memberi komen negatif, Datuk Zaid Ibrahim yang baru mengumumkan keluar parti menjadi subjek keraguan halatuju PKR justeru terus memberi tumpuan kepada prinsip menegakkan keadilan.



"Bukan kerja saya mahu ulas kenyataan Zaid tapi kerja saya hendak mengangkat PR.

"Saya tidak mahu dalam pertarungan ini, kita beri kata-kata kesat kepada beliau (Zaid). Biar sahaja," kata beliau di hadapan lebih 2000 ahli PKR di negeri Selangor yang memenuhi auditorium itu.



Bertemakan 'Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman', Anwar mengakui beliau tidak pernah neutral dalam perjuangan parti dan turut optimis akan berjaya memperoleh keadilan di negara ini melalui rombakan sistem kerangka PKR.



Menyifatkan PKR bukan sebagai parti biasa, ketua pembangkang itu mengingatkan anggota bahawa kewujudan PKR merupakan rentetan kebangkitan golongan kelas bawahan yang menuntut perubahan dan bukan perjuangan untuk dirinya.



"Parti ini bukan parti politi biasa, ini parti kebangkitan rakyat. Saya berani kata, parti ini didukung kelas bawahan. Orang bawahan yang tertindas bangkit menuntut perubahan," jelas beliau disambut tepukan gemuruh anggota-anggota yang hadir.



Anwar menyeru anggota-anggota PKR bersedia menghadapi perubahan sekiranya mahukan kematangan dan menyelamatkan parti.



Selain itu beliau berkata, pemilihan kepimpinan PKR tidak perlu dijadikan isu kepincangan masalah dalam parti membuka ruang serangan pihak lawan sebaliknya terus mengingatkan fokus menggugurkan kedudukan Umno sebagai kerajaan.



Justeru beliau menyeru pemimpin-pemimpin yang dipilih anggota parti untuk mengangkat daya kepimpinan dalam PKR

"Dalam kepimpinan saya tidak peduli menang, kalah. Buat apa mahu jadi 'jaguh kampung'. Yang hendak dilawan Umno.



"Kalau pemimpin bersikap macam orang bawah, baik turun bawah dan beri peluang orang buat naik atas untuk berucap," ujar beliau.



Pemilihan PKR yang hanya tinggal dua hari, Anwar turut menyeru anggota-anggota untuk keluar memilih calon kepimpinan parti itu selain tidak mengiktiraf pemimpin yang menang dengan jumlah undi yang kecil.



Dalam pada itu, Anwar berpendapat Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai ruang untuk menyerang PKR sebaliknya menggandakan usaha mencuri ahli-ahli yang kurang pendirian dalam parti.



Tambahnya lagi, Umno-BN telah lama terputus hubungan dengan kehendak rakyat seraya memberi kepada PKR untuk membuktikan perjuangan telus menuntut demokrasi mutlak di negara ini.



"Mereka (Umno) hanya boleh ganggu dari dalam. kerana itu kita sibuk dengan masalah dalaman.

Anwar mengambil contoh aduan yang diterima berhubung pemilihan pucuk pimpinan PKR di cabang-cabang bukan penghalang parti itu berlaku terus sebaliknya beliau menyatakan keengganan mempertahan kesilapan dalaman parti justeru bertegas mengemukakan bukti dan fakta agar tindakan dapat dilaksanakan.



Anwar menasihati menghentikan masalah dalaman parti sebaik berlangsungnya kongress PKR 27 November nanti. Beliau menyarankan agar Senator Syed Husin Ali terus membantu mengemudi PKR.



Sementara itu, Anwar turut memuji prestasi cemerlang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang berjaya mengangkat martabat negeri Selangor memberi keselesaan kepada rakyat dalam pemerintahan selain menyeru agar Pakatan Rakyat mempertahankan kubu kuat parti itu.



"Selangor kubu terpenting PR. Semua orang mahu rampas Selangor, Khir Toyo, Noh Omar. Tapi kita berjaya tangkis serangan," katanya.



Rapat Umum anjuran PKR negeri Selangor yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi mendapat sambutan meriah anggota-anggota parti dan berakhir pada jam 12 malam tadi .sumber

Nov 15, 2010

RM1.3 Trilion Wang Rayat Dibazirkan Kerajaan BN

SHAH ALAM 15 NOV : Ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa sebanyak RM 1.3 trilion wang negara telah dibazirkan berikutan berlaku ketirisan akibat penyalahanguna kuasa dan pentadbiran yang tidak telus.




Menurut beliau, ketirisan termasuk rasuah, salah tadbir, kehilangan, disembunyikan, pelbagai pengurusan yang tidak cekap dan salah laku lain di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional tambah ketara dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini.



"Saya menjangka, jumlah yang terkikis, tertiris, hilang, tidak tahu kemana,dibazirkan,disembunyikan,dicampur dengan sumber alam, pengurusan yang tidak cekap sehingga defisit,keseluruhannya dalam tempoh BN memerintah, RM 1.3 trilion.



Masalah utama dalam isu pengurusan ekonomi negara dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini memang sah, isu pertama ialah ketirisan, kebocoran besar-besaran sekaligusmenyaksikan ekonomi kita tidak dapat dikawal dengan baik dari segi pembaziran," kata Azan kepada TV Selangor.



Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah ketika ditemuramah agensi berita Blooberg Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, kerajaan akan meminta bantuan daripada Bank Dunia bagi mengurangkan perbelanjaan perbendaharaan negara yang mencatatkan defisit tertinggi sejak 22 tahun.



Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lembab iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh sedekat terakhir berbanding 7.2 peratus pada tahun 1990-an, ketika di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Justeru menurut Azan, tindakan meminta bantuan dari luar hanya akan mengakibatkan defisit negara semakin tinggi dan hutang semakin meningkat.



Sehubungan itu katanya,timbul juga persoalan, apakah Bank Dunia yang berpangkalan di Wanshington itu mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia sehingga sudi memberikan bantuan yang diminta.



"Apabila kerajaan kata kita terpaksa bergantung kepada pinjaman daripada Bank Dunia ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan pinjaman dari luar, pertama, adakah ia akan menyebabkan pihak luar merasa yakin kepada kedudukan kita?



"Kalau setakat hendak mengharapkan kepada pinjaman luar sedangkan orang luar tidak ada keyakinan kepada kedudukan ekonomi, jawapnya kita akan bermimpilah," tambah Azan.



Menurut Azan terdapat lima faktor yang mengakibatkan ketirisan wang negara seperti rasuah, ketidakcekapan pengurusan, tidak ada pengawalan dari segi pengauditan, kenaikan kos yang mendadak akibat dari kejatuhan ekonomi dan kedudukan pasaran negara yang terpaksa menghimpit peranan sektor swasta yang dianggap mendatangkan pendapatan besar kepada negara tetapi itu tidak berlaku.



Namun ironinya kata Azan, bagaimanana perkara seumpama ini boleh berlaku kepada negara yang kaya hasil buminya seperti Malaysia.



"Sepatutnya kita mempunyai rezab dua kali ganda, maknanya kita dalam keadaan lebihan dua kali ganda. Bukan defisit. Itu lebihan pertama...lebihan kedua, kita ada banyak tambahan dari sumber alam. Tetapi keduanya kita kikis habis.



" Kita antara negara yang mempunyai sumber alam yang besar yang tinggi di dunia. Kenapa boleh kita kehilangan dana negara yang besar?" katanya lagi.



Beliau menambah setiap rakyat sepatutnya bertindak sebagai ketua juru audit negara mempertikaikan masalah berkenaan memandangkan Ketua Audit Negara juga secara terang-terang mempertikaikan mengenai penyalahgunaan wang rakyat .

Nov 13, 2010

Gobalakrishan kembali sokong Azmin...?

Sabtu, 2010 November 13 - Kemunculan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishan ketika sidang media di rumah Datuk Zaid Ibrahim beberapa minggu lalu waktu belum lagi beliau umum nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR…mencetuskan andaian beliaulah ‘Panglima Zaid’.



Apa lagi lepas itu Gobala terang-terang menghentam Azmin Ali kerana mendakwa pernah panggilnya ‘pariah’ semasa satu mesyuarat PKR.



Terbaru Selasa lalu beliau muncul seketika di rumah Zaid tetapi tidak menyertai sidang akhbar dimana bekas calon Timbalan Presiden PKR itu belasah sakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin. Namun, pagi Rabu ketika sekumpulan wartawan yang bertugas di Parlimen mahu mendapatkan komen Gobala berhubung kenyataan Zaid yang mahu Anwar dan Azmin berundur daripada PKR, beliau agak berat mulut mengulas. Dengan muka agak cemas beliau antara lain hanya kata tiada Anwar bermakna tidak ada PKR.



Perubahan sikap Gobala yang tiba-tiba mempertahankan Anwar disedari beberapa orang wartawan termasuk Agendadaily. Kenapa Gobala tiba-tiba ‘korner baring’ daripada menyokong Zahid kepada tiba-tiba mempertahankan Anwar? Jawapannya, Gobala mungkin sudah tahu, karier politik Zaid diakhir hayat dalam PKR ekoran keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu bersama Azmin dan Mustafa Kamil Ayub.



Cara terbaik, Gobala kena ‘rujuk’ semula dengan PKR dan Agendadaily difahamkan, beliau sudah berjumpa Azmin pada malam Rabu untuk berdamai. Pertemuan hampir 45 minit di tepi Lebuh raya Persekutuan menghala ke Klang itu berlaku selepas beliau menghubungi Azmin dan merayu untuk bertemu dengannya. Barangkali selepas pertemuan itu dan ‘mengakui kesilapannya menyokong Zaid’, Gobala keesokannya kembali memuja Anwar dengan kenyataan tanpa Anwar tiadalah PKR.



Itu adalah sebahagian contoh bagaimana pemimpin PKR yang menyokong Zaid sebelum ini terpaksa berpatah ke belakang kerana bimbang kedudukan mereka dalam parti atau pilihan raya akan datang terjejas.



Pada Khamis, Biro politik PKR telah menerima keputusan bekas pengerusi Wilayah Persekutuan, itu menarik diri daripada persaingan jawatan timbalan presiden. Maka dengan itu sahlah nama Zaid dikeluarkan dari senarai calon yang bertanding. Perkara itu disahkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan pusat PKR, Dr Molly Cheah. Keputusan itu, terus bermakna Zaid kini hanya ahli biasa PKR dan sebagai ahli, siapa lagi mahu menyokong beliau.



Apa yang tidak kurang menarik perhatian ialah Mustafa juga sudah menjelaskan pendirian agar orang tidak keliru tentang isu beliau mahu pemilihan dibatalkan dalam 48 jam masa cakap di sidang akhbafr bersama Zaid. Katanya Khamis,”saya ingin menyatakan bahawa sokongan penuh saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden Keadilan tidak pernah berubah. "Pendirian tersebut memang sedia diakui oleh kebanyakan ahli parti berdasarkan rekod saya yang sentiasa konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 12 tahun saya terlibat dalam perjuangan reformasi.

PUSAT ADUAN RAKYAT AMANAH