Oct 22, 2010

RM 70 Juta lubang kubur untuk VIP satu lagi projek BN


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahi mendedahkan berdasarkan buku belanjawan negera terdapat satu projek baru yang dipanggil sebagai 'pusara negara'.

“ada projek baru nyang Ada projek baru namanya pusara negara, berapa lubang kubur (ada) 500 lubang kubur,

” 250 lubang kubur untuk VIP Islam dan 250 lubang kubur untuk VIP bukan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah mpena sambutan Kelantan Membangun Bersama Islam di sini semalam.

Menurutnya, projek pusara negara tersebut akan dibangunkan dikawasan tanah bersebelahan Tugu Negara Kuala Lumpur.

Pembinaan pusara negera khusus untuk pembesar-pembear negara itu kata neliau akan menelan perbelanjaan dari wang cukai rakyat sebanyak RM70 juta.

" jumlah peruntukkan untuk buat pusara bagi pembesar-pembesar ini (adalah) RM70 juta, maknanya satu orang (pembesar) mati, harga kuburnya RM140,000,"ujatrnya.

Oleh itu menurutnya, untuk meneruskan hidupnya, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak membelanjakan RM65 juta bagi membaik pulih kediaman perdana menteri di Putrajaya.

Manakala apabila matinya pemimpin-pemimpin negara, diperuntukkan pula sebanyak RM70 juta untuk membina kubur-kubur mereka.

"(pemimpin BN) hidup menyusahkan rakyat bila mati pun menyusahkan rakyat,"katanya

Namun begitu, jika dibandingkan dengan peruntukan untuk membangunkan seluruh masjid dan surau seluruh negara, kata Anwar, hanyalah RM14.3 juta.

Diakhir Majlis sambutan 20 tahun Kelantan Membangun Bersama Islam tersebut, Mursyidul Am telah mengumumkan calon PAS yang dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat bagi bertanding ddalam PRK DUN Galas

Pegawai JKM Johor Kurang sopan





Pada Hari selasa 19.10.2010 yang lepas saya telah menjemput Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor untuk bersama dengan penduduk Taman cendana Pasir gudang untuk daftar di kalangan mereka yang tidak berkemampuan dan kurang upaya. Dalam laporan yang saya terima daripada Ajk Saudara Kelana terdapat 30 orang termasuk 5 OKU yang hadir pada sebelah pagi,tetapi apa yang saya kesal layanan salah seorang pegawai wanita JKM yang kasar dan tidak ada budi bahasa terhadap warga emas, mana budi bicara terhadap warga emas ,mana slogan JKM Kami Penyayang .warga emas yang di dalam gambar ini adalah pasangan OKU yang dilayan secara kasar oleh pihak JKM dan di atas rasa simpati maka Pas cawangan Tamn Cendana sampaikan sedikit sumbangan kepada pasangan OKU tersebut,terima kasih juga kepada Sinar yang turut siar isu yang sama .

Umno Lesapkan Wang, Saham Melayu

Umno Lesapkan Wang, Saham Melayu : Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, saranan Presiden Umno yang menuntut semua pihak untuk tidak mempersoalkan kontrak sosial, tidak mencerminkan ketelusan dalam tindakan oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN).



"Kontrak sosial menerusi tanggapan apa?.Adakah kontrak sosial membenarkan seseorang untuk makan rasuah?



"(Kalau) kerajaan nak cakap tentang kontrak sosial, kita nak tanya apa sudah jadi dengan saham berjumlah RM52 bilion yang sepatutnya diberikan kepada orang Melayu dan orang bumiputera miskin," soalnya.



Beliau mengulas konsep kontrak sosial yang diungkapkan oleh Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno, hari ini.



Dalam teks ucapan Najib tersebut, dipetik menyorot peristiwa berkaitan perbalahan yang membabitkan perkauman pada abad ke-20 yang menyaksikan paparan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.



Najib turut dikatakan menyeru kepada generasi rakyat Malaysia yang mengambil pendirian untuk mempersoalkan kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.



Dalam pada itu, Guan Eng turut mempertikaikan parti tunjang Barisan Nasional itu, apabila tidak menunjukkan sebarang langkah atau inisiatif yang proaktif diambil untuk membela nasib golongan miskin Melayu dan bumiputera.



"Mengapa tidak ada Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti siapa yang melesapkan wang ini. RM52 bilion sudah kena 'kebas'. Takkanlah mereka tak ambil peduli langsung. Itu yang jadi tanda tanya dan persoalan utama. Kontrak sosial untuk siapa. Untuk diri sendiri atau untuk rakyat?



"Kalau untuk diri sendiri, itu yang kita tentang, kerana kalau kita cakap tentang RM52 bilion, dia (Umno-BN) sendiri akui RM54 bilion yang diberikan tinggal RM2 bilion. Siapa yang ambil," soalnya.



Oleh kerana itu, Guan Eng mempersoalkan tindakan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menghukum mereka yang didapati menyeleweng dan khianat kepada amanah yang diberikan.



"Kita tahu ini semua pemimpin dan kroni BN dan Umno yang dapat. Adakah kerana itu mereka tak mahu buat sebarang siasatan," dakwanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Oct 13, 2010

Isu Banjir - Pesuruhjaya Suhakam Turun Kg Setanggi & Kg Tok Siak







Isu hak asasi manusia kini menjadi isu hangat di negeri Johor sekarang ini dan paling menerima kesan tersebut ialah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Setanggi, Kampung Tok Siak dan Kampung Hajah Hasnah.

Penduduk yang sebelum ini kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolahnya memandang sebelah mata isu banjir di kampung-kampung tersebut kini sedikit terubat dengan kehadiran Pesuruhjaya Suhakam sendiri iaitu Tuan Muhammad Sha'ani Abdullah yang sanggup turun padang mendengar sendiri masalah penduduk dan menggunakan kuasa yang Suhakam ada dengan memanggil beberapa agensi kerajaan yang terlibat untuk memberi penjelasan.

Pesuruhjaya Suhakam turun padang mendengar penjelasan dari unit saliran Majlis Bandaraya Johor Bahru & Jabatan Pengairan Saliran Johor

Kehadiran beliau disambut oleh beberapa orang wakil penduduk dari jawatankuasa bertindak kampung dan turut hadir penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Tanjung Puteri dan Zon Permas.

Pesuruhjaya Suhakam meminta penduduk menunjukkan sendiri kesan dari banjir yang berlaku di kampung tersebut dan meninjau sendiri projek perumahan flet penempatan semula setinggan yang menjadi punca utama banjir berlaku di kampung tersebut lebih dari 8 kali dalam masa tidak sampai setahun.

Tidak lama selepas itu En Mustaffa yang mewakili Jabatan Pengairan Saliran Johor hadir dan memberikan maklum balas projek tersebut bukan di bawah seliaan dan kelulusan JPS Johor dan katanya beliau boleh memberikan komen supaya pemaju projek dan MBJB mengusulkan projek tersebut kepada JPS untuk diberikan komen dan maklum balas.

Tidak ketinggalan selepas itu beberapa orang pegawai dari Unit Saliran Majlis Bandaraya Johor Bahru yang diketuai sendiri oleh Puan Mazlifah Isa hadir memberikan penjelasan tentang kelulusan projek tersebut termasuklah perkembangan projek yang melibatkan kolam takungan air yang dikatakan tempat penduduk kampung tinggal sekarang ini.

Beliau mengatakan punca asal banjir tersebut adalah dari kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak MRCB selaku pemaju lebuhraya EDL di kampung tersebut bila mana anak sungai di empang dan seterusnya pemaju Tebrau Teguh Berhad yang membangunkan projek perumahan flet penempatan semula setinggan telahpun mengecilkan anak sungai dengan mengempang dan menukar laluan semulajadi anak sungai tersebut.

Timbul keraguan dalam projek tersebut kerana seolahnya kerajaan negeri Johor melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor yang menganugerahkan projek perumahan tersebut kepada Tebrau Teguh bertindak sambil lewa dengan tidak mengambil kira keselamatan nyawa dan harta benda penduduk di sekitar kampung tersebut. Persoalannya sekarang adakah ada agenda tersembunyi kerajaan negeri Johor untuk menghalau beberapa penempatan setinggan di kampung tersebut.

Pesuruhjaya Suhakam dalam sidang medianya mengatakan rakyat mesti berani menyatakan bantahan tentang projek pembangunan yang merugikan rakyat dan penduduk kerana ianya adalah hak asasi manusia tambahan lagi sekiranya ianya melibatkan nyawa dan harta benda. Beliau mengatakan akan turun sekali lagi dan akan memanggil UPEN Johor untuk memberikan penjelasan kepada penduduk.

Isu Banjir Kg Tok Siak & Kg Setanggi ke Suhakam & Parlimen









Penduduk dua buah kampung dari Kampung Setanggi & Kampung Setanggi Tok Siak akhirnya sepakat naik pihak atasan untuk mengadukan isu banjir di kampung mereka ke Suhakam dan Parlimen pada Khamis 07 Oktober 2010 yang lalu. Sedia maklum penduduk telah menuntut gantirugi kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor yang menganugerahkan projek penempatan semula setinggan lapan buah kampung kepada Tebrau Teguh Sdn Bhd yang telah mengecilkan dan mengubah laluan anak Sungai Tampoi sejak projek bermula menyebabkan penduduk kampung mengalami trauma banjir lebih lapan kali dalam masa tidak sampai setahun.

Rombongan penduduk kampung bertolak kira-kira jam 6.30 pagi setelah solat subuh ditemani oleh Saudara Rosli Kemin, Saudara Mohd Shahrizal Aliman & Saudara Syed Othman Syed Abdullah masing-masing dari Pusat Aduan Rakyat Tanjung Puteri dan Pusat Aduan Rakyat Permas.

Rombongan penduduk sampai di Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi dan di sambut sendiri oleh Pesuruhjayanya Tuan Muhammad Sha'ani Bin Abdullah. Sesi aduan dimulakan dengan pengenalan peranan Suhakam yang ditubuhkan 11 tahun yang lalu sebagai alternatif rakyat untuk berani tampil kehadapan mengadu masalah semasa berurusan dengan agensi kerajaan.

Saudara Syed Othman & Saudara Rosli Kemin seterusnya menceritakan kronologi peristiwa banjir yang berlaku di kampung tersebut sejak bulan Februari 2010 diikuti Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung En Mustapha Mohamed menceritakan kesusahan, kepayahan dan kerugian yang ditanggung oleh penduduk semasa dan selepas banjir melanda kampung-kampung tersebut.

Pesuruhjaya Suhakam respon dengan bertanyakan bagaimana usaha yang telah dilakukan oleh penduduk dengan demonstrasi aman, sidang media, laporan polis dan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Johor adakah menerima respon positif dari agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Jawapannya kesatuan penduduk telahpun dipecah belahkan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab yang menghasut penduduk untuk berpada dengan apa yang berlaku, ada penduduk yang di suruh pindah, jawatankuasa bertindak penduduk dituduh sesat dan sebagainya dan terakhir sekali sumbangan wang ihsan dari Pejabat Daerah Johor Bahru yang diserahkan sendiri oleh wakil rakyat Parlimen Dato Shahrir Abd Samad.

Setelah berdiskusi panjang Pesuruhjaya Suhakam berjanji dengan memberi jaminan akan turun kedua-dua kampung tersebut kerana katanya isu ini melibatkan kepayahan dan kesusahan penduduk yang dikira sebagai hak asasi manusia yang perlu dibela. Isu banjir bukan kecil kerana ianya melibatkan nyawa dan kerugian harta benda penduduk. Beliau juga berjanji akan memanggil semua agensi-agensi kerajaan yang terlibat untuk memberikan penjelasan dan gambaran sebenar kepada Suhakam dan penduduk kampung itu sendiri.

Kemudiaannya penduduk di bawa ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk bertemu pula dengan Yb Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk membuat sidang media dan beliau sendiri akan membangkitkan isu masalah penduduk kampung ke Parlimen untuk dibahaskan dan meminta jawapan dari agensi kerajaan yang terlibat.

Oct 9, 2010

Apa ke halnya Rosmah dapat Datuk Seri Utama


Apa ke halnya Rosmah dapat Datuk Seri Utama. Dia bukannya orang yang berjasa pada negara, jauh sekali pada negeri Melaka. Memang bangan si Khalil Yaakob. Perendahkan darjat gelaran datuk. Kalau zaman Hang Tuah dulu, nak dapat datuk bukan main susahnya. Sekarang, si betina yang habiskan duit rakyat pun dianugerah Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) iaitu darjah tertinggi kerajaan Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Dan Rosmah merupakan satu-satunya penerima anugerah darjah berkenaan pada tahun ini.



Memang istimewa betul Rosmah ini..

Nah padan muka rakyat diperbodohkan oleh UMNO ini. Mereka lebih pentingkan gelaran daripada nasib rakyat. Mungkin sebab Ali Rustam nak berkawan dengan Rosmah yang sama-sama seendapat nak tubuh sekolah mengandung peringkat nasional. Projek yang melawan ALLAH dan menghabiskan duit rakyat.



Mungkin juga Ali Rustam nak ambil hati Najib dan pada masa sama, meroswah Najib. Bukankah Rosmah kontrol segala aktiviti Najib. Ali Rustam sebenarnya nak bertanding Timbalan Presiden dalam pemilihan UMNO tahun hadapan. Jadi mungkin gelaran ini buat isteri Najib, boleh menjadi sandaran buat Ali Rustam untuk beregu dengan Najib singkirkan si Muhyiddin Yassin.



Memang Melaka dah jadi badut sarkas. Sesiapa pun boleh dapat gelaran Datuk. Tentu kita masih ingat bagaimana Shah Rukh Khan dapat Datuk. Memang bahlol Khalil Yaakob dan Ali Rustam ini. Si Shah Rukh tu, nak cakap melayu pun tak pandai. Nak sebut Datuk pun kekok. Tapi kerana UMNO bodoh piang, maka dibaginya gelaran kat hero hindustan itu...



Dan jangan terkejut juga. Dalam senarai penerima anugerah darjah pada tahun ini, banyak juga orang UMNO yang dapat. Sampaikan Ketua Bahagian UMNO Rantau Panjang, Kelantan pun dapat. Apa punya senget kerajaan Melaka ini..memang geram betul kita pada mereka semua ini. Kerana politik dan roswah, mereka mengiktiraf orang yang tidak sepatutnya. Baik bagi gelaran itu kat anjing daripada mereka semua ini...



Anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk :



Ketua Umno Hulu Langat, Johan Abd Aziz

Penolong Setiausaha Wanita Umno, Rosni Sohar

Ketua Umno Rantau Panjang, Abdullah Mat Yasim

Bendahari Umno Rompin, Mohamed Hambali Abdul Aziz

Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk :

Timbalan Ketua Umno Sekijang, Ayub Rahmat

Pegawai Menteri Besar Perak, Azhar Ahmad.

Setiausaha Barisan Nasional Perlis, Mat Rawi Kassim.

Timbalan Ketua Umno Kota Kinabalu, Seruji Nawawi

Exco Wanita Umno, Fatimah Hamat

Setiausaha Umno Kelana Jaya, Abdul Halim Samad

Naib Ketua Umno Gopeng, Abd Mukti Abd Rahman.

Timbalan Ketua Umno Kuala Selangor, Mohd Isa Abu Kasim

Timbalan Ketua Umno Tumpat, Mohd Rosdi Ab Aziz

Timbalan Ketua Umno Kuala Terengganu, Mohd Sabri Alwi

Timbalan Pengerusi Sekretariat Umno, Rosli Sulaiman

Timbalan Ketua Umno Gombak, Said Anuar Said Ahmad

Setiausaha Umno Tangga Batu, Samsudin Mehat



Ini semua dapat gelaran Datuk. Itu belum lagi pingat lain seperti Darjah Seri Melaka; Jaksa Pendamai (47); Bintang Cemerlang Melaka (97), Bintang Khidmat Terpuji (154), Pingat Jasa Kebaktian (250), Pingat Bakti Masyarakat (206); Pingat Khidmat Lama (50). Sudah tentu orang UMNO paling ramai dapat pingat ini. Memang jahanam betul kerajaan bollywood Ali Rustam ini. Semuanya demi laba politik Ali Rustam.



Dan sampai mengampunya dia kat Najib, semua staf Najib dapat gelaran Datuk. Antaranya ialah

Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira : Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Ab Aziz Kasim

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Aminudin Md Hanafiah



Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Akmar Hisham Mohd Yusof @ Mokhles

Pegawai Khas Perdana Menteri, Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail



Yang hairannya, kenapa kakitangan Muhyiddin tak dapat gelaran daripada kerajaan Melaka. Ini yang musykilnya..Jaga-jaga Muhyiddin, nampaknya Ali Rustam sudah mula mencatur untuk duduk kerusi no.2 dalam UMNO. Pada masa yang sama akan singkirkan Muhyiddin dari jawatan TPM. Nampaknya pemilihan agung UMNO tahun hadapan tentu akan menjadi panas. Gara-gara sikap cah keting yang ada dalam diri pemimpin UMNO..



Oct 1, 2010

UMNO SUDAH DAPAT 70 UNDI ? DI GALAS

ari Kiraan Matematik, UMNO Dah Dapat 70 Undi Dari Pengundi Galas



Tulisan ini cuba menganalisis secara matematik, adakah PAS mampu pertahankan kerusi Galas dalam PRK nanti atau UMNO akan rampas kerusi itu daripada PAS.



Secara faktanya, kerusi Dun Galas adalah antara 3 kerusi untuk parlimen Gua Musang yang dipegang oleh Ku Li sejak 1969 hingga sekarang. Maknanya dah 10 kali PRU, tapi Ku Li masih bertahan di kerusi parlimen ini.



2 Dun di dalam Parlimen Gua Musang, Nenggiri dan Paloh dimenangi oleh UMNO. Apa yang saya nak timbulkan disini ialah, wujud 70 pengundi yang mengundi PAS di Dun Galas, tapi di peringkat Parlimen, mereka mengundi Ku Li atau UMNO. Ini kiraan matematiknya :



Undi BN di Dun Nenggiri : Mat Yusoff Abdul Ghani (BN) (4,543)

Undi BN di Dun Paloh : Datuk Norzula Mat Diah (BN) (5,697)



Undi BN di Dun Galas : Mohamad Saufi Deraman (BN) (3,753)




JUMLAH : 13,993 undi

Tolak Dengan Jumlah Undi Ku Li Di : 14,063

JUMLAH BAKI : Baki 70 undi.



Maknanya ada 70 pengundi di Dun Galas yang mengundi PAS di peringkat dun tapi memilih mengundi BN di kawasan Parlimen. Ini yang membimbangkan. Adakah trend di PRK Kuala Terengganu akan berlaku. Dalam PRU tersebut, PAS menang 3 dun tapi tewas di peringkat Parlimen kerana ada pengundi PAS yang sokong calon BN. Tapi bila PRK diadakan, pengundi itu kembali mengundi PAS dan PAS menang dalam PRK tersebut.



Senarionya sama mungkin berlaku di Dun Galas ini. Mereka dulu mengundi PAS semasa 2008 tapi mungkin mereka adalah penyokong tegar BN kerana mengundi Ku Li bagi kerusi Parlimen Gua Musang. Jadi jika 70 pengundi ini menyokong BN dalam PRK akan datang, maka agak sukar sebenarnya laluan buat PAS. Majoriti 646 undi adalah terlalu sedikit dan mungkin telah berkurangan kepada 576 (646 tolak dengan 70). Jadi PAS perlu berwaspada dengan kiraan ini.



Apapun faktor Ku Li tidaklah terlalu besar ketika ini. Kerana mood Ku Li masih lagi memihak kepada PAS. Lagipun Ku Li bukannya dewa yang perlu dilaung-laungkan. Walaupun pernah menjadi Pengerusi Petronas dan Menteri kanan sendiri, pembangunan Gua Musang masih di takuk lama. Bahkan nak cari stesen minyak Petronas pun agak sukar. Jadi faktor Ku Li tak perlulah diperbesarkan. Lagipun dia bukannya Tuhan yang boleh tentukan pihak mana menang dan pihak mana yang kalah.



P32 GUA MUSANG



Jumlah Pengundi: 28,986

Peratusan Kaum: M: 83.11% C: 8.03% I: 0.71% L: 8.13%

1. Tengku Razaleigh Hamzah (BN) (14,063)

2. Zulkefli Mohamed (Pas) (9,669)

Majoriti: 4,394

Jumlah undi: 24,221

Peratus mengundi: 83.56%

Undi rosak: 489

Penyandang: Tengku Razaleigh Hamzah (BN)

(Majoriti: 6,548 undi)



N43 NENGGIRI



Jumlah Pengundi: 8,611

Peratusan Kaum: M:85.78% C:0.39% I:0.16% L:13.65%



1. Mat Yusoff Abdul Ghani (BN) (4,543)

2. Mohd. Zuki Ibrahim (PKR) (2,453)

Majoriti: 2,090

Jumlah undi: 7,200

Peratus mengundi: 83.61%

Undi rosak: 204

Penyandang: Mat Yusoff Abdul Ghani (BN)

(Majoriti: 2,685 undi)



N44 PALOH



Jumlah Pengundi: 10,045

Peratusan Kaum: M:98.60% C:0.19% I:0.03% L:1.15%



1. Datuk Norzula Mat Diah (BN) (5,697)

2. Riezal Abdul Rahim (PKR) (2,864)

Majoriti: 2,833

Jumlah undi: 8,696

Peratus mengundi: 86.57%

Undi rosak: 135

Penyandang: Datuk Norzula Mat Diah (BN)

(Majoriti: 2,880 undi)



N45 GALAS



Jumlah Pengundi: 10,330

Peratusan Kaum: M:65.81% C:22.03% I:1.81% L:10.32%



1. Che Hashim Sulaima (Pas) (4,399)

2. Mohamad Saufi Deraman (BN) (3,753)

Majoriti: 646

Jumlah undi: 8,323

Peratus mengundi: 80.57%

Undi rosak: 171

Penyandang: Mohamad Saufi Deraman (BN)

(Majoriti: 1,729 undi)