Sep 29, 2010

Bersama dengan anak anak yatim dan yatim piatu serta Ibu tunggal




Bersama dengan anak anak yatim dan yatim piatu serta Ibu tunggal dalam jamuan baru baru ini,terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan sumbangan untuk menjayakan program ini yang dibuat di rumah saya .

Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas Kaya Raya Rezal Merican



Tolong Siasat, Dari Mana Mamak Rezal Kaya Luarbiasa, Kahwin 2, Satu Dengan Artis

Nah mamak. Haritu syok sangat serang Kerajaan Pulau Pinang, sekarang tolong jawab juga isu ini...



Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.



Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.

Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.



Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.



Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.



Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.-rakyat marhaen

Saya pun nak tambah. Memang kaya betul si mamak nih..siap pasang dua orang bini. Dan bini mudanya adalah seorang artis terkenal iaitu, Sharifah Norhazleenda atau lebih dikenali Lin. Mereka telah berkahwin pada 20 Mac 2005 lalu dalam satu majlis ringkas yang diadakan dekat Cheras.Lin,33 adalah bekas isteri penyanyi Yantzen.Mereka berdua bercerai pada tahun 2004. Ini gambar isteri Rezal Naina nih..



Dan ini pula isteri tuanyalengkap ada kat sini) (biodata l. Dan ada 3 orang anak pun. Yang hairannya, banyak betul duit mamak nih..buat kerja haram ke.



Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.



Sep 26, 2010

Naib Presiden PAS Rasmikan Bangunan PAS Pasir Gudang






PAS Pasir Gudang adalah kawasan parlimen yang berjiran dengan PAS Kawasan Johor Bahru yang bersempadan diantara Dun Stulang dengan Dun Permas dan Dun Tanjung Puteri dengan Dun Johor Jaya.

Jumaat 24 September 2010 bertempat di Taman Mawar Pasir Gudang bersempena dengan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pasir Gudang satu majlis perasmian Bangunan PAS Pasir Gudang telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang.

Bangunan setinggi tiga tingkat ini dibeli dengan harga RM 270,000 hasil sumbangan dari penyokong-penyokong dan dermawan yang cintakan Islam dan PAS.

Bangunan ini menempatkan dewan kuliah dan mesyuarat, juga terdapatnya Pusat Aduan Rakyat yang diseliakan oleh En Syed Othman yang pernah beberapa kali menjadi calon PAS bertanding di Dun Permas dan dibawahnya adalah ruang perniagaan restoran yang disewakan sebagai dana ekonomi PAS Pasir Gudang.

Yb Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian telah dijemput untuk merasmikan bangunan PAS Pasir Gudang sekaligus menjadi batu asas dan mercu tanda di Pasir Gudang betapa PAS kini semakin kehadapan dalam menempuh dan memenuhi impian dan mimpi soleh dalam harapan untuk menawan Nusajaya dan Putrajaya.

Apapun tahniah kepada PAS Pasir Gudang, AllahuAkbar! Sumber Pas Johor Baharu

Sep 20, 2010

UMNO Paya Besar Hina Sultan Pahang


Kontroversi: UMNO Paya Besar Hina Sultan Pahang, Hanya Memaparkan Gambar Pemimpin Parti Itu Pada Kain Rentang Program Raja Bersa

PAYA BESAR, 20 Sept - Orang ramai kecewa dengan tindakan UMNO Bahagian Paya Besar yang telah "Menghina Sultan Pahang" menerusi program Majlis Raja Bersama Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran parti itu. Difahamkan ia berkaitan tindakan parti itu memasang kain rentang berkaitan program yang dipercayai berunsur penghinaan terhadap Sultan Pahang.



Difahamkan program terbabit diadakan hari ini di Padang Kompleks Belia Felda Bukit Goh dekat sini. Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati khemah-khemah telah pun didirikan. Malah khemah diraja berwarna kuning juga telah didirikan. Ini membukitkan bahwa sememangnya program tersebut akan dihadiri oleh "Tuanku Sultan Pahang". Apa yang menimbulkan persoalannya sekarang ialah kenapa gambar Sultan Pahang tidak diletakkan pada kain rentang terbabit?.



Mengulas perkara itu, Tuan Hj.Zahari Mamat (foto), selaku Ketua PKR Cabang Paya Besar berkata bahawa tindakan UMNO itu jelas sekali satu penghinaan terhadap tuanku. "Jika sebelum ini UMNO bukan main hebat lagi mengatakan PKR menghina Sultan Johor apabila terjumpanya kain rentang yang memaparkan gambar Sultan Johor bersama Pengerusi PKR negeri itu Chua Jui Meng dan Anwar Ibrahim. Mereka membuat provokasi mengatakan PKR tidak menghormati institusi raja.



Malahan, Anwar juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat. Walhal, terdapat maklumat yang kain rentang itu dibuat sendiri oleh UMNO bagi mencetuskan keadaan tidak tenteram, kononnya PKR menyokong Chua Jui Meng menjadi Menteri Besar Johor", kata Hj. Zahari. "Persoalannya sekarang kenapa ia berlaku pula kepada UMNO itu sendiri?.



Kain rentang yang tertera program raja bersama rakyat tetapi yang dipaparkan ialah gambar Datuk Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar) dan Suhaimi Md Shah (ADUN Sg.Lembing), sedangkan gambar tuanku sultan tidak tertera langsung. Bukankah ini mengelirukan rakyat. Kenapa guna nama raja untuk menarik perhatian rakyat?. Ini jelas merupakan satu penghinaan kepada isntitusi raja itu sendiri sebenarnya", katanya.

Sep 8, 2010

KPN MUSA HASSAN SERAH TUGAS DI MES PEGAWAI BUKIT AMAN !!


KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang bakal bersara kelihatan meninggalkan Mes Pegawai di Bukit Aman selepas majlis serah tugas, di sini hari ini.

ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang bakal bersara melambai ke arah jurugambar ketika meninggalkan perkarangan Mes Pegawai di Bukit Aman selepas majlis serah tugas di sini hari ini.



Kontrak perkhidmatan Musa, 59, akan tamat pada 12 Sept. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan mengambil alih jawatan sebagai Ketua Polis Negara.

Jangan ingat kamu sudah berambus kamu akan selamat, berkerja keras lah kita untuk memenangkan Pakatan Rakyat - bila kita sudah berkuasa, kita akan seret dia dan konco konco yang lain ke makhamah - jika terbukti mereka bersalah, sumbatk...an merka ke Sg. Buloh - agar mereka rasa apa yang DS Anwar rasa sengsara selama hampir 7 tahun.