Aug 30, 2010

Bersama Penduduk Kg Tok Siak & Kg Setanggi Serah Memo ke Nusajaya






Penduduk Kg Tok Siak & Kg Setanggi mara setapak lagi, bosan dengan sikap pemaju Tebrau Teguh, Upen Johor dan pemimpin politik setempat sebahagian penduduk bertindak beramai-ramai ke Pejabat Menteri Besar Johor di Nusajaya.

Memorandum dan tandatangan beramai-ramai penduduk diserahkan bagi meminta Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman untuk campur tangan segera bagi menyelesaikan masalah banjir yang berlaku lebih 8 kali dalam masa setahun.

Walau bagaimanapun Menteri Besar Johor tidak turun dan dikhabarkan sedang mengadakan mesyuarat exco dan memorandum ini diterima dengan diwakili oleh Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Kerja Raya dan Kemudahan Awam, Yb Dato Hj Ahmad Zahri Jamil.

Terdahulu sebelum itu berberapa pemimpin politik setempat cuba mempengaruhi penduduk dan sesetengahnya diugut untuk tidak pergi beramai-ramai ke Nusajaya dengan diberikan payung dan t-shirt berlambang dacing serta diugut tidak akan menerima bantuan sebanyak RM 300.

Ramai penduduk yang berbelah bahagi dengan situasi ini, sabotaj yang dilakukan oleh pihak-pihak ini menandakan mereka sekali lagi cuba memanipulasi rakyat dengan gula-gula yang tidak seberapa seolahnya ini adalah kempen pilihanraya.

Di Nusajaya lain pula halnya, rombongan penduduk kampung disambut dengan kehadiran anggota polis berpakaian preman yang cukup ramai kira-kira 50 anggota dipercayai dari pasukan bermotor ninja, cawangan khas, polis dari balai Nusajaya juga dari IPD Johor Bahru Utara dengan dibantu pengawal keselamatan kompleks kerajaan Johor Nusajaya.

Penduduk hanya dibenarkan seramai 6 orang untuk naik keatas tetapi setelah berunding beberapa kali, semua rombongan yang hadir berjaya naik dan meluahkan sendiri hasrat dan aduan mereka kepada Yb Dato Hj Ahmad Zahri Jamil.

Bangkit demi menuntut hak

Aug 22, 2010

Pandangan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin adalah wajar diberi perhatian oleh Umno songsang

Aku rasa Asri adalah orang yang layak komennya diangkat sebagai menutup isu yang cuba dipolitikkan Umno ni. Selain dari latarbelakang agama yang luas, beliau jugak dilihat tidak berpihak pada mana mana parti siasah, setakat ni la. Jadi pandangan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin adalah wajar diberi perhatian oleh puak puak bangsa Umno songsang ni.

Isu khutbah, menjadi isu hangat di Pulau Pinang bilamana dikatakan ada beberapa masjid yang sengaja menggugurkan nama Agong ketika berdoa di khutbah kedua Jumaat dengan meletakkan nama ketua menteri Cina Lim Guan Eng sebagai ganti. Mereka telah dengan suka menuduh ini adalah arahan dari kerajaan Pulau Pinang.

Bagaimanapun ketua menteri dan timbalan ketua menteri 1 telah menafikan arahan rasmi dikeluarkan pada semua masjid masjid di Pulau Pinang dan tidak teragak agak mengambil tindakan sekiranya ada yang melanggar arahan tersebut.

Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat. Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

"Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan," kata beliau.

"Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun," kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

"Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," katanya.



Aug 21, 2010

17 laporan yang telah dibuat ke Balai Polis - Umno Johor Akan Tumbang..!!

Kenyatan seorang pengetua Hardcore"Hidup Melayu" yang mengeluarkan kenyataan perkauman sangat-sangat mendukacitakan masyarakat Cina dan India di Negara ini,Kemarahan mereka dapat dilihat apabila 17 laporan yang telah dibuat ke Balai Polis.

Kes ini memperlihatkan betapa masih ada lagi para pengetua "Hidup Melayu" yang dangkal dan jauh ketinggalan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang mana agama menginginkan kita saling hormat-menghaormati.

Mungkin inilah padahnya,apabila pemimpin umno sentiasa meniup semangat keMelayuan dikalangan para pendidik dalam setiap kursus yang mereka jalankan.Sekiranya pengetua ini mempunyai kefahaman dalam bidang agama,sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku.Tetapi,gelora semangat kebangsaan yang entah dari mana datangnya menyebabkan pengetua ini menghancurkan wawasan 1 Malaysia ketua mereka sendiri Pak Najib.

Sekiranya,parti pembangkang yang mengeluarkan kenyataan ini,sudah pasti pintu ISA terbuka luas untuk mereka. Tetapi di sebabkan pengetua ini adalah penyokong kuat Umno maka dengan lantas Datuk Alimuddin selaku Pengarah Kementrian Pendidikan mengeluarkan kenyataan bahawa isu ini sudah selesai..Mengapa terlalu mudah dan cepat selesainya..??Sedangkan kes ini dalam siasatan polis seperti yang di arahkan oleh TPM,apakah pengarah pendidikan lebih berkuasa daripada TPM..??

Kesimpulannya,isu ini telah memusnahkan kredibiliti umno itu sendiri di kalangan masyarakt cina dan india yang kini rata-rata masyarakat cina di Kulai khasnya dan di Johor amnya tidak berpuashati dan berasa sangat terhina dengan kenyatan Pengetua "Hidup Melayu" ini.

Inilah balasan dan perancangan Allah,apabila puak-puak Umno menaikkan kain rentang yang direkacipta oleh mereka untuk memburuk dan memfitnah PR sehingga mereka berjaya membuatkan sultan murka.

Tetapi ingat,kemurkaan sultan membabitkan seorang individu,tetapi kini kebencian dan kemeluatan kaum cina dan india membabitkan beribu-ribu individu yang akan menjatuhkan kekuasaan Umno di negeri Johor,sudah pasti rakyat akan sentiasa setia menunggu dan melihat kesudahan drama ini.



Sumber: Juragan

GEMPAR TERKINI : Saiful Akan Dedahkan DALANG Sebenar Kes Fitnah Terhadap DS ANWAR !

Gempar!!! Sayfoool Insaf, Bakal Dedahkan Dalang Sebenar Kes Fitnah Anwar

Gempar: Saiful Bakal Buat Pengakuan Di Paksa Tuduh Anwar Ibrahim Liwat Dirinya !!

Berita panas lagi sensasi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah perihal "mangsa liwat", Saiful Bukhari Azlan yang kononnya sudah insaf kini. Mungkinkah di bulan Ramadhan yang mulia ini beliau akhirnya bermuhasabah dan menilai akan dirinya, lantaran itu akhirnya mengambil keputusan "drastik" dan "pasti menggemparkan"!!."pihak-pihak tertentu" untuk membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful khabarnya akan membuat pengakuan bahawa beliau dipaksa oleh

Apakah ini petanda baik yang "agenda 16 September" bakal terlaksana?. Jika Saiful mengaku beliau dipaksa maka beliau juga ada hal untuk menarik balik laporan polisnya dan pendakwaan yang dibuat terhadap Anwar juga bakal ditarik balik oleh mahkamah. Inilah saatnya yang paling mendebarkan. Siapakah yang telah memaksa Saiful? Kenapa beliau tergamak berbuat demikian? Apakah kerana tekanan ataupun kewangan?. Maruahnya kini sudah tercalar dan seandainya beliau membuat pengakuan ini, maka Saiful akan kembali pulih semula dari "lamunan". Lokasi dan waktu untuk beliau berbuat demikian masih lagi dirahsiakan demi keselamatan. Semoga berita ini bakal menjadi satu suntikan semangat buat kita untuk terus berjuang menuntut perubahan dalam masa terdekat ini.

Apa yang pasti, mungkin keinginan Saiful untuk buat pengakuan ini ada kaitannya dengan tarikh 24 September, dimana kes liwat itu akan dibaca di Mahkamah Tinggi. Saiful mungkin tahu yang Anwar tidak bersalah dan segala bukti-bukti yang bakal dikemukakan bakal menemui kegagalan lantara perkara itu adalah rekaan semata. Saiful juga mungkin melihat yang beliau juga takut akan balasan yang bakal diterimanya di akhirat kelak gara-gara membuat fitnah terhadap Anwar. Maka itulah akhirnya keputusan ini bakal diambil sedikit masa lagi. Jika perkara ini benar-benar terjadi, maka siapakah pula yang bakal berhadapan dengan hukuman selepas ini?. Sesungguhnya segala apa yang berlaku dalam kes ini nampaknya semakan "terbongkar". Imej Anwar akan kembali pulih, dan harapan untuk melihat Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin terasa kini.

[Dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya semakin tidak dapat tidur lenalah agaknya "orang-orang tertentu" yang memaksa Saiful membuat tuduhan liwat terhadap Anwar itu. Maka ini juga bererti imej dan maruah Anwar akan meningkat. Keadaan ini bakal menyaksikan lebih ramai ahli parlimen BN akhirnya mengakui bahawa Anwar adalah calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dalam masa terdekat ini] - sumber

Aug 19, 2010

Nik Aziz Berang




KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap pemimpin UMNO yang dilihat memberi bangkangan terhadap apa sahaja cadangan baik yang datang dari negeri itu.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, apa saja yang datang dari Kelantan ramai pemimpin UMNO cuba ‘menunjuk cerdik’ dengan pelbagai komen.

“Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka. Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan Pas di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi.

“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’. Akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, tindakan sama turut diambil Kerajaan Pusat terhadap pemerkasaan perbankan Islam yang turut bermula dengan langkah Kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam.

“Itu belum termasuk program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

“Sekarang apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar (emas) dan dirham (perak) pada 12 Ogos lalu, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam Kerajaan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan pimpinan Barisan Nasional enggan memulakan sesuatu, jangan pula menidakkan usaha pihak lain.

“Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem ‘barter trade’.

“Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.

“Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti,” katanya.

Beliau tertarik apabila seorang Timbalan Menteri baru-baru ini, heboh meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Dinar Emas dan Perak Dirham’ ini boleh menyebabkan kerugian.-sinar harian

Aug 18, 2010

Budaya Fitnah Dalam Umno Sampai Tahap Maksima

Budaya fitnah yang menjadi senjata politik dalam Umno telah sampai ke tahap paling maksima yang menyaksikan parti itu akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, beliau menyifatkan budaya politik dalam Umno menggunapakai prinsip politik Machiaveli meskipun terpaksa menggunakan pendekatan tidak beretika dan bermoral.

"Umno memang sebagai sebuah parti yang tak menghayati prinsip syariah dan akhlak. Mereka betul-betul mewakili prinsip Machiaveli. Itu memang merupakan permainan mereka dan telah sebati dalam perjuangan Umno.

"Itulah sebabnya kita sendiri merasa terkejut, setelah rakyat dengan tegas menolak pusingan pertama dalam tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang pusingan kedua pula dibuat.

"Ini menunjukkan Umno itu adalah Machiaveli, mereka tidak sama sekali memperhitungkan persoalan moral yang bukan sahaja dalam Islam tetapi disebut agama-agama yang lain yang memperjuangkan demokrasi," komen beliau kepada Suara Keadilan.

Menurut Dr Muhammad Nur, selepas tsunami politik pada Mac 2008 yang menyaksikan beberapa buah negeri di Semenanjung jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Umno kini semakin tertekan.

Berikutan itu, katanya, Umno-BN terpaksa menggunakan apa sahaja taktik termasuk memperalatkan agensi kerajaan bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi mengelakkan fenomena 'tsunami 8 Mac' menular ke negeri-negeri lain pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini amat merunsingkan pimpinan Umno-BN pada saat ini. Strategi pembantaian, untuk 'discredit' apa sahaja yang dilakukan kerajaan negeri, walaupun agensi kerajaan yang dinaungi oleh Umno seperti SPRM sudah menarik balik tuduhan (rasuah) terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Jelas, ini membuktikan bahawa mereka akan pergi kepada maksimum untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri Selangor dari segi pengurusan, termasuklah dalam isu pasir sedangkan isu pasir telah lama berlaku sejak Menteri Besar yang lalu," ujar beliau.

Ditanya mengenai tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang cuba mengulangi tuduhan jahat memburukkan imej Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, beliau berkata umum mengenali watak sebenar Ezam yang meninggalkan perjuangan kerana soal peribadi dan kini cuba menimbulkan keraguan dengan dakwaan yang tidak berasas.

"Sudah lama kita dengar percakapan untuk menggugat integriti Datuk Seri Anwar. Watak Ezam itu, orang tertentu memang mengenali sangatlah watak ini, dia (hanya) cuba untuk timbulkan keraguan (bagi memburukkan KEADILAN)," kata Dr Muhammad Nur.

Beliau yang mengenali Anwar sejak 1968 yakin dengan keperibadian Ketua Pembangkang dan menganggap tuduhan bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu hanya merupakan persepsi liar semata-mata.

"Saya yakin keutuhan moraliti Datuk Seri Anwar dan juga isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah," tegas bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

(Suara Keadilan)

Aug 17, 2010

Fuhh..YB Hamidah Cabar Pas Debat Di Masjid..!!

ADUN Sg Rapat,YB Hamidah Osmang menyahut cabaran Tmb. YDP Pas Kawasan Gopeng,Sdr. Radzi Zainon untuk berdebat tentang isu-isu semasa dan kepentingan rakyat.Sebelum ini. Tmb. YDP Pas itu mencabar YB Hamidah berdebat di Arena Square Batu Gajah yang tempatnya lebih terbuka dan dapat dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Namun berlaku sebaliknya,apabila YB Hamidah Osmang hanya mahu berdebat sekiranya perdebatan itu di adakan di Masjid,kerana katanya masjid pada zaman rasullullah dahulu adalah tempat pentadbiran dan penyelesaian masalah rakyat.Oleh itu katanya,masjid adalah tempat lebih afdal apatah lagi sekiranya dilakukan di bulan ramadhan,ia akan lebih jujur dan telus.

Hamida menambah lagi,sekiranya Tmb. YDP Pas Kawasan Gopeng itu berani dan sanggup menyahut cabarannya berdebat di Masjid,pihaknya akan tentukan tarikh dan di mana ia akan dia adakan.

Juragan : Fuyooo...Ada beraniii...

Aug 16, 2010

Mampukah Pakatan Rakyat buat kejutan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak?

Premis asal dan agak matang dalam menilai politik Sarawak sekarang ialah "Sarawak tetap kubu kuat Barisan Nasional (BN)." Maka tugas menumbangkan BN dalam pilihan raya negeri ke-10 nanti dijangka berdepan laluan sukar dan mencabar.

Sesungguhnya, tugas menumbang BN itu terletak di tangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dua pertiga daripadanya berada di luar bandar. Mana-mana parti atau pakatan politik menguasai majoriti DUN atau setidak-tidaknya 36 kerusi selayaknya parti itu membentuk kerajaan negeri.

Namun hasil pilihan raya negeri 2006, didapati BN memenangi 62 kerusi DUN dan parti-parti pembangkang hanya sembilan DUN. Semua kerusi dimenangi pembangkang adalah berada di sekitar bandar. Ia bermakna pengaruh BN amat tegar di kalangan 50 peratus daripada 2.5 juta penduduk yang tinggal di luar bandar.

Demografi politik perkauman

Demografi politik Sarawak adalah terdiri daripada 28 suku kaum; Iban 33 peratus, Cina 26 peratus, Melayu 21 peratus, Melanau tujuh peratus, Orang Ulu lapan peratus, dan Bidayuh lima peratus. Pengundi luar bandar adalah terdiri daripada suku Bumiputera (Iban, Melayu, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh).

Sementara pengundi bandar merupakan campuran, dengan majoritinya orang Cina. Ia bermakna, pengundi Cina lebih berpihak kepada pembangkang, khsusnya DAP. Disebabkan demikian, BN agak kuat di kawasan bandar yang majoriti pengundi Melayu.

Justeru landskap politik Sarawak kini masih dibayangi dengan gambaran penaungan dan keutuhan perkauman yang kuat. Jika landskap ini belum berubah untuk tempoh pilihan raya akan datang, maka BN kekal selamat untuk terus memerintah Sarawak.

Namun, landskap politik pasca pilihan raya kecil Sibu ada petunjuk khusus untuk membuat bacaan politik di bumi yang kuat asas perkauman ini. Tatkala keputusan di Sibu pada 16 Mei lalu telah membuktikan DAP mendapat sokongan baru 2,942 undi. Jika asas ini dianalisis seacara mudah, maka kesemua DUN yang BN menangi dengan majoriti kurang 2,500 undi adalah tidak selamat. Apa pun itu bergantung kepada kestabilan mood pengundi Cina dan faktor-faktor politik semasa.

Jangkaan pilihan raya

Namun, kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak nanti dijangka akan berlaku dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang. Jika tempoh itu memberi implikasi besar kepada perubahan mood pengundi untuk kembali kepada normal, ia akan menyebelahi BN.

Sekiranya mood itu berkekalan dan mengalami bauran (diffusion) kalangan pengundi Bumiputera, seperti mana arus penolakan terhadap BN di negeri-negeri lain, khususnya di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia pasti menggugat peluang BN mencapai majoriti selesa di Sarawak.

Nilai-nilai perubahan itu akan berlaku di Sarawak jika demografi politik mengalami transisi sosiopolitik seperti pengundi luar bandar ramai celik maklumat, penduduk di luar bandar memprotes tahap kemajuan yang mereka alami sekarang, disokong pula dengan ramainya pengundi muda mendaftar sebagai pemilih, tinggi kadar kematangan berpolitik apabila keinginan naungan mulai longgar dan tinggi pendedahan kepada maklumat melalui media alternatif.

Di samping, kesan gerakan politik PR yang menjadi fenomena semasa pilihan raya kecil Sibu mula terbaur ke kawasan luar bandar. Realiti ini cukup menghantui pemikiran politik pemimpin BN Sarawak. Lebih-lebih lagi berlaku perkembangan terbaru pihak PR di Sarawak menunjukkan pihak DAP, PAS dan KeADILan serta SNAP sudah mula mengukuhkan gerakan politik masing-masing.

Misalnya pihak PAS telah sedia tampil di Sibu, Miri dan Bandar Raya Kuching. Kesemua kawasan ini amat berpotensi bagi PR untuk menang apabila mengambil kira petunjuk pasca Sibu dan langkah-langkah penubuhan cawangan baru serta persefahaman kukuh PR mula mendapat sambutan hangat kalangan pengundi tempatan.

Walau bagaimanapun, pihak PR seharusnya dapat memperkasakan lagi beberapa pendekatan persefahamana pakatan bagi menghadapi pilihan raya nanti. Antaranya yang paling berpengaruh di dalam membina keyakinan pengundi ialah formula pembahagian kerusi yang mengutamakan keupayaan menyumbang kepada nilai kemenangan.

Mungkin di antara formula itu ialah mempersetujui kerusi-kerusi di kawasan bandar untuk semua parti dalam PR. Maksudnya semua empat parti dalam PR diberi hak untuk bertanding di Miri, Sibu, Bandar Kuching, Bintulu dan Mukah. Jika formula ini dipakai, PAS setidak-tidaknya boleh bertanding satu kerusi di semua DUN di bandar-bandar tersebut.Selain itu, tumpuan untuk bertanding di beberapa DUN di luar bandar yang dominan pengundi Melayu.

Pilihan raya 2006

Pada pilihan raya negeri 2006, daripada 71 kerusi dipertandingkan. Undi popular diraihnya BN telah merosot sebanyak 8.3 peratus (71.2 peratus pada 2001 kepada 62.9 peratus pada 2006). Rekod pencapaian BN menunjukkan PBB amat utuh apabila memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandinginya. Demikian juga SPDP memenangi kesemua lapan kerusi. Manakala SUPP kalah lapan daripada 19 kerusi dan PRS kecundang di satu daripada sembilan kerusi.

Sementara pihak pembangkang pula menguasai sembilan kerusi melalui DAP yang memenangi enam kerusi, manakala KeADILan, Bebas dan SNAP masing-masing menang satu kerusi. Apa pun perkembangan dalam pembangkang selepas itu didapati wakil SNAP yang mengalahkan SUPP di DUN Engkilili telah menjadi Bebas tidak lama selepas memenangi kerusi itu.

Begitu juga wakil Bebas, Gabriel Adit Demong yang bertanding di DUN Ngemah telah menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) pada Disember 2009.

Peluang tambahan kerusi PAS

Perubahan kedudukan parti tidak berlaku kalangan wakil rakyat DAP dan KeADILan. Ini menunjukkan semangat PR amat kukuh di Sarawak. Tinggal lagi, PAS sendiri yang hanya bertanding satu kerusi di DUN Beting Maro wajar menagih simpati rakan dalam PR untuk mendapatkan tambahan kerusi di kawasan bandar.

Harapannya, kepimpinan PAS Sarawak wajar melakukan kesepakatan mesra, terutama dengan DAP yang dominan di kawasan bandar. Peluang tambahan itu wajar bagi PAS disebabkan realitinya PAS berupaya untuk mewujudkan petugas parti di semua kawasan bandar, di samping bersedia membantu calon-calon DAP dan KeADILan di tempat-tempat PAS bertanding.

Pilihan raya yang dijangka Mac atau April tahun depan dijangka menyaksikan dua pertembungan politik permuafakatan: BN dan PR. Pihak BN sebagai pihak hegemoni dianggotai PBB, SUPP, SPDP dan PRS, dan PR sebagai pakatan pembangkang setakat ini gandingan DAP, KeADILan SNAP dan PAS. Sementara PCM belum pasti menyertai mana-mana permuafakatan, di samping terdapat satu lagi parti, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) yang baru mendaftar.

Kemunculan parti baru

Walau bagaimanapun, ketika pakatan pembangkang bersatu hati untuk mengemukakan calon di semua kawasan dalam perlawanan satu lawan satu dengan BN, PERSB dan PCM selaku parti baru muncul dengan impian masing-masing.

PERSB mempamerkan hasrat untuk bertanding di semua kawasan. Ia meletakkan PERSB sebagai pihak ketiga di dalam persaingan pilihan raya Sarawak. Manakala PCM hanya akan meletakkan calon di 10 hingga 15 kawasan, sekali gus membayangkan PCM sebagai parti baru yang bakal bergabung sama ada dengan BN atau PR.

Berdasarkan latar belakang PCM Sarawak asalnya diketuai seorang wakil Bebas, kemungkinan besar beliau akan bersendirian yang akan bertanding di kawasan popular bagi calon-calonnya.

Menilai dari segi peluang mencapai kemenangan, nyata sekali BN masih berkeyakinan besar dan selesa mempertahankan dominasi dan menguasai majoriti dua pertiga. Meskipun berlaku hambatan keyakinan berikutan mood pengundi pasca pilihan raya kecil Sibu, permasalahan pengundi Cina belum cukup menggugat nilai majoriti dua pertiga tersebut. Kerusi yang pengaruh pengundi Cina agak tinggi hanya sekitar 15 kerusi.

Jika BN kehilangan semua kerusi itu, masih ada lagi 56 kerusi. Nilai majoriti dua pertiga ialah 47 kerusi, maka keselesaan bagi BN cukup mantap ke arah kelangsungan hegemoni BN di Sarawak.

Impak pasca Sibu

Meskipun begitu, impak pasca pilihan raya kecil Sibu itu mungkin boleh menggugah keyakinan tersebut sekiranya pihak PR mampu mempamerkan persetujuan mantap dari segi isu calon, pembahagian kerusi, kerjasama petugas parti dan manifesto parti.

Misi PR di Sarawak adalah untuk memastikan tidak berlaku peluang BN berkuasa dengan dua pertiga. Sebagaimana kenyataan Haji Mohamad Sabu ketika di Miri (20 Julai lalu), pilihan raya Sarawak merupakan peluang bagi rakyat bertindak sebagai kuasa check and balance untuk menafikan kuasa dua pertiga BN.

Bagi mencapai misi ini, BN tidak akan tergugat, cuma mungkin terjejas moralnya seperti mana dihadapi di peringkat Pusat sekarang yang agak sulit menguruskan kuasa di parlimen tatkala memerlukan sokongan dua pertiga. Manakala bagi PR pula, ia cukup berat untuk dicapai kerana jumlah kerusi yang harus dimenangi ialah sebanyak 25 kerusi dan BN pula memenangi 46 kerusi. Apa pun sekiranya berkehendak, maka seribu daya harus diusahakan.

Sejauh mana keupayaan pihak PR untuk meraih tambahan kerusi akan terjawab sekiranya persiapan yang ada tinggal kira-kira enam bulan sahaja lagi. Ia satu tempoh yang singkat bagi PR untuk menjayakan sekurang-kurang lima persiapan asas: ketetapan kerusi bertanding bagi masing-masing parti, memilih bakal calon yang teruji, mengurus penyokong agar mendaftar sebagai pemilih, melatih pasukan dan petugas pilihan raya dan tidak kurang penting adalah persediaan kewangan pilihan raya yang secukupnya.

Peranan parti baru

Tidak harus juga diketepikan peranan dua parti baru (PCM dan PERSB) dalam merancakkan pilihan raya Sarawak akan datang. Ada pihak yang meramalkan PCM akan ditolak mentah-mentah oleh rakyat ekoran sikap Gabriel Adit Demong yang dianggap tokoh lompat parti kerana pernah keluar daripada KeADILan menjadi Bebas.

Justeru itu, kerusi yang dimenangi atas tiket Bebas hanya dengan majoriti kecil pada pilihan raya 2006 dijangka menghadapi lalui sukar untuk mempertahan kemenangannya. Melainkan jika berlaku persefahaman semula dengan PR atau BN melalui straight fight menghadapi lawan. Apa pun, tidak mungkin bagi BN bekerjasama dengan PCM sebagai parti yang belum dilihat berjasa kepada rakyat.

Demikian pula dengan PERSB yang diasaskan sekumpulan ahli perniagaan dan golongan professional muda. Berbekalkan komitmen untuk mengubah nasib penduduk luar bandar dijangka terlalu sukar untuk bertapak dan merubah status penaungan pengundi di luar bandar oleh BN. Ia akan menghadapi lalun sama dengan PCM kerana sebagai parti baru, sukar baginya untuk bertapak dalam waktu singkat.

Amat sesuai bagi PERSB adalah bergabung di bawah PR dan boleh menerima prinsip pembahagian kerusi yang seimbang menghadapi BN.

Misi PR membawa arus perubahan

Persoalan yang berputar kalangan penganalisis politik kini adalah sejauh mana komitmen PR yang membawa misi arus perubahan dalam senario politik Sarawak; mampukah PR menawan kerusi-kerusi panas yang dimenangi BN sekian lama?

Apa pun di sana sudah ada petunjuk, iaitu sikap penolakan pengundi Cina terhadap BN cukup jelas kepada SUPP, di samping sudah berlaku penerimaan baik dan harapan tinggi pengundi kepada misi arus perubahan yang sudah berjaya digerakkan semasa pilihan raya kecil Sibu.

Penerimaan dan harapan pengundi itu masih segar dan komitmen pemimpin PR sudah terserlah. Tinggal lagi, bagi memenuhi peluang itu adalah pengisian program mendepani pengundi dan connecting pihak kepimpinan PR dengan pengundi harus diatur secara tuntas.

Sungguh pun begitu, BN negeri Sarawak di bawah kepimpinan Abdul Taib Mahmod cukup sedar dengan perkembangan mutakhir ini dan sedang merungkai segala permasalahan yang tertangguh selama ini kerana janji ditaburkan dalam pilihan raya lalu masih belum terlangsai.

Soalannya, apakah rakyat sekian lama terbuai dengan janji akan terus terlena dan pemimpin BN terus gebu dengan keempukan kuasa anugerah rakyat? Hanya rakyat selaku pengundi bakal memberi jawapannya dalam pilihan raya nanti.
Oleh Wan Nik Wan Yussof

120 keluarga terima sumbangan dari pada Pas Pasir gudang










Seratus dua puluh orang fakir miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas Pasir Gudang menerima bantuan dari pada Pas Kawasan Pasir Gudang yang diadakan pada Pada 15hb 08.2010 Jam 9 pagi di Dewan serba guna Taman cendana Pasir gudang.

Dengan kerjasama Pas cawangan Taman cemdana kita mengumpulkan fakir miskin dan memberikan bantuan, untuk meringankan beban mereka menghadapi bulan Ramadhan ini turut hadir Ydp kawansan ,Dewan muslimat serta Pemuda.

Taskirah oleh Ustazah fatimah... beliau mengingatkan supaya umat Islam berpegang kepada ajaran al-Quran yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.

Menurutnya, gejala yang menimpa keatas umat manusia pada hari ini adalah kerana manusia tidak mengikut apa yang terkandung dalam al-Quran.

Katanya, puasa mengajar kita supaya takut kepada Tuhan dan selepas bulan Ramadhan, kita kena bersungguh untuk menegakkan al-Quran.

”Quran mengajar jual beli, mengharamkan riba, Quran mengajar politik memerintah negara bagaimana undang-undang perlembagaan bagaimana berperang bagaimana berdamai,

”kalau tidak mengikut Quran , berlakunya macam-macam keruntuhan akhlak kerana tidak mengikut Quran,

”Puasa mengajak kita supaya takur kepada Tuhan, bertaqwa, lepas puasa ini kita kena bersungguh menegakkan al-Quran ini,”jelasnya.

Tak Kan Hampa Tak Ingat SIAPA YUSOF NOOR ?



Control macho.... Cakap besor, kata banyak duit, tetapi pinjam duit rakyat yang tersimpan dalam KWSP. Bukan sikit duit pulak tu..... main mata billion. Weh..... RM3 billion!!

Rizab tunai Felda susut sampai tinggal hanya RM1.35 billion, tapi pengerusinya gasak pendapatan sampai RM2 juta setahun. Apa yang dia buat?? Makan gaji buta... Felda semakin bangsat, hutang keliling pinggang..... dia pulak senang lenang hidup dengan duit rakyat Felda. Lepas tu besekongkol pulak denga lanun untuk menipu mereka.

Apabila kena 'telanjang'..... mula gelabah. Pengerusinya gabra.....timbalan menterinya pun macam orang kena sawan kinzir. Meracau tak tentu hala. Nak saman ler.... Suara Keadilan buat fitnah ler dan lepas tu guna kuasa politik melalui KDN untuk bisukan Suara Keadilan. Bacul betul kerana guna kuasa untuk cabul hak demokrasi akhbar yang mendedahkan pemyelewengan mereka!!

Mereka dok berulang-ulang kali dakwa yang kewangan Felda kukuh. Nothing to worry about tetapi.... apa ke jadahnya pinjam RM3 billion duit KWSP. Kalau dah banyak duit sangat apa payah berhutang?? Apa ke benggongnya....

Kalau ler Pengerusi Felda tu ada maruah... dia letak jer jawatan. Tak guna makan duit tak berkat. Makan duit berjuta, hasil titik peluh warga Felda, tetapi tak menyumbang sesuatu yang sifnifikan kepada Felda. Yang dia buat selain mentekedarah duit mereka. Haprak punya pengerusi!!

Oleh itu.... sila jawab dakwaan Dr Tan Kwee Kwong dengan fakta dan bukti yang sahih bukan dengan air liur. Jawab jangan tak jawab...... Ada berani ka?

UmNo sedara komunis?? - YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG

Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng berkata DAP bukanlah sebuah parti komunis kerana partinya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Cina sebaliknya Umnolah yang mempunyai hubungan secara rasmi dengan Parti Komunis Cina.

Lim juga menegaskan bahawa DAP bukan anti Islam atau anti Melayu sebagaimana dituduhkan oleh parti-parti komponen BN khasnya Umno.

Beliau berkata DAP mahu membuktikan bahawa parti itu bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis.

Menurutnya DAP tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China.

Umno baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Parti Komunis China bagi pertukaran pemimpin belia agar "kedua-dua negara lebih memahami pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dan China.

Untuk rekod, DAP tidak pernah membunuh orang Melayu, meruntuhkan surau dan masjid, merampas tanah orang Melayu dan sebagainya.

Tetapi siapakah yang pernah membunuh orang kampung dalam Peristiwa Memali pada 19 Nov 1965; siapa yang merobohkan surau di Kampung Berembang dan merobohkan masjid Kampung Bujal Terengganu serta beberapa tempat lagi di Selangor; siapa yang merampas tanah milik orang Melayu di Kampung Bujal dan tempat lain?????.

DAP anti Islam????Persoalannya:-Siapakah yang menaikkan bajet untuk syiar Islam di Pulau Pinang berbanding dengan Bajet Pulau Pinang sebelum 2008.???

Aug 13, 2010

Politik Murahan UMNO BN Raih Sokongan Melayu Diselar

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP PP) menganggap bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan isu peniaga melayu di Bangunan KOMTAR adalah tidak lebih sebagai politik murahan UMNO-BN dalam meraih sokongan pengundi Melayu memandangkan rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya kini sudah muak dengan perangai jijik pimpinan UMNO-BN selain cuba hendak mengalihkan isu kenaikan harga barang yang "menjerut leher" peniaga dan pembeli semasa menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yagn bakal tiba nanti.

Ini berikutan daripada laporan akhbar upahan UMNO-BN iaitu Utusan Malaysia yang mensensasikan berita ini dengan berbagai tuduhan yang kononnya Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) berlaku zalim kepada peniaga-peniaga yang rata-ratanya peniaga Melayu sedangkan setelah hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMK PP) yang mewakili Pemuda PR dengan ADUN KOMTAR dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan seperti berikut:-


1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat tiga KOMTAR meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.

2. Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat empat untuk Bazaar Ramadhan iaitu tambahan 27 lot niaga lagi.

3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya. Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya lepada PDC tetapi ini tidak diberitakan sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga-peniaga tanpa belas ikhsan.

DPP PP merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan UMNO-BN yang saban hari menyiarkan berita-berita yang sememangnya berunsurkan fitnah demi untuk "survival" politik jahat UMNO-BN. Sebelum ini Utusan Malaysia juga menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah-rumah dan kampung-kampung Melayu di roboh terutama isu Kg.Jalan Pokok Assam. Dan Utusan Malaysia juga kosisten dalam melabelkan kerajaan negeri sebagai anti Melayu.

Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media PR? Inilah demokrasi ciptaan UMNO-BN yang terus sombong walaupun sedang "nazak".

*Kenyataan media oleh Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. -MR

Aug 6, 2010

Punca Banjir Lapan Kali Banjir di Kg Setanggi & Kg Tok Siak Buat Demo








Siapa yang tidak marah, kalau dalam masa tidak sampai setahun sejak Februari 2010 sudah 8 kali Kampung Setanggi & Kampung Tok Siak banjir.

Banjir tersebut pastinya mendatangkan kerugian yang cukup banyak kepada penduduk atau diistilahkan sebagai trauma. Pantang hujan adalah sahajalah andaian dan persepsi akan timbul.

Kadak & Kadar pastinya datang dari Allah Tuhan Sekian Alam. Bukankah asbab dan kejadian yang berlaku itu ada hikmah disebalik musibah bagi makhlukNya yang mengambil peringatan dan pengajaran.

Tangan-tangan rakus manusia hasil aparat-aparat jahil dan korup menjadikan rakyat sebagai mangsa, sedar tidak sedar di sana ada ahli keluarga kita yang mesti diselamatkan. Bukan sahaja banjir kerana air bah tetapi paling malang kalau ianya bah maksiat.

Kita tinggalkan persoalan tersebut buat manusia yang mahu berfikir. Kejadian banjir ini menyebabkan penduduk kampung lebih kurang 300 orang atau kurang lebih 100 keluarga cukup bimbang bilamana hujan turun dengan lebat pada waktu malam.

Kampung ini dibuka selepas lima tahun negara ini merdeka iaitu tahun 1963 dan masih ada lagi warga penduduk awal yang membuka kampung tersebut masih hidup biarpun keadaan uzur seperti imam kampung tersebut yang sudah buta.

Hasil tinjauan kami baru-baru ini bersama penduduk satu rumusan telahpun dibuat. Punca banjir tersebut adalah disebabkan anak Sg Tampoi yang melalui kampung tersebut telah dikecilkan dan diempang menjadi kolam disempadan Kg Setanggi dan Kg Hajah Hasnah Ahmad yang menyebabkan air tidak mengalir semulajadi terus kelaut.

Sesetengah kawasan yang yang rendah ada yang mencecah paras dada sehingga banjir dan majoritinya paras pinggang. Dikampung tersebut terdapat orang-orang tua dan kurang upaya yang dikatakan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan duduk atau berdiri tidak tahu hendak kemana.

Banjir tersebut cukup cepat naik dan surut paling lama mengambil masa empat jam dan peruntukkan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak dapat dihulurkan kerana JKM mensyaratkan mestilah banjir tersebut melebihi enam jam.

Anak Sg Tampoi tersebut dikecilkan oleh pemaju Tebrau Teguh Berhad yang sedang rancak membina tapak dan struktur rumah-rumah flat untuk penempatan semula setinggan yang diberi nama Perumahan Melayu Iskandar.

Penduduk sepertinya tidak mampu untuk mengemas rumah kerana lapan kali banjir yang melanda kampung membuatkan penduduk kini semakin hilang sabar dan menuntut pemaju Tebrau Teguh Bhd dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor turun padang membayar gantirugi diatas kerugian yang ditanggung selama 8 kali banjir.TErima kasih Pas JB

PUSAT ADUAN RAKYAT AMANAH