Jul 26, 2010

30 Pengkhianatan UMNO terhadap Melayu

Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

Sila klik disini: http://bit.ly/b8adGt

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

Sila klik disini: http://bit.ly/b8adGt

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Sila klik disini: http://bit.ly/b8adGt

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.

Admin

Jul 25, 2010

RM1000 kepada anak yang menjaga Ibu Bapanya di P.Pinang

UMNO yang ditunggangi oleh MCA dan Gerakan dalam memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, tidak pernah atau gagal memikirkan apakah bantuan sebagai kerajaan yang mereka boleh hulurkan kepada warga Pulau Pinang.
Biarpun dikalangan mereka itu terdapat ramai cerdik pandai yang berkebolehan samada bijak melakukan pentadbiran mahupun bijak dalam memikirkan bagaimana mereka boleh membina harta dari kuasa dan pangkat yang ada.

Ramai juga pemimpin UMNO yang kini menjadi pembangkang di Pulau Pinang berkemampuan dalam menjadikan Melayu Pulau Pinang merempat di Tanah Air sendiri dengan cara membeli tanah-tanah mereka dan menjualkannya pula kepada pemaju-pemaju yang hendak memajukan kawasan tersebut.

Atas nama kemajuan Melayu Pulau Pinang terpaksa berkorban atau terkorban.

Kini Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Rakyat ryang diterajui oleh DAP, dalam usia yang masih mentah mereka berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat biarpun terdapat kekangan kewangan dan waktu (pinjam ayat DSAI).

Bermula pada Mac lalu kerajaan negeri telah menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan buat semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang dengan memberi saguhati sebanyak RM100.

Biarpun kelihatan sedikit, ini lebih baik dari tidak dihargai langsung semasa UMNO ditunggangi oleh MCA dan Gerakan semasa memerintah Pulau Pinang.

Yang menarik disini ialah bila pendaftaran permulaan dijalankan ramai Warga Emas yang merupakan Penyokong Tegar UMNO enggan mendaftar kerana tidak yakin dengan janji kerajaan PR itu.. ya lah.. mereka kan biasanya mendapat habuan dari pemimpin UMNO bila pilihanraya menjelang tiba sahaja..

Dan apabila pembayaran dilaksanakan, sessi pendaftaran kedua dijalankan yang menyaksikan hampir 70% yang mendaftar itu merupakan penyokong UMNO.

Biarpun sedikit.. ada hati yang terusik dan mula sedar betapa mereka tidak dihargai langsung oleh UMNO biarpun mereka menyokong UMNO.

Insentif baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi menggalakkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka yang telah berusia 60 tahun keatas atau berstatus warga emas ialah, Apabila berlaku kematian yang melibatkan Ibu ataupun bapa yang dipelihara oleh waris atau anak-anak mereka, kerajaan negeri akan memberikan RM1,000 kepada waris atau anak-anak yang menjaga mereka.

Pemberian bagi mengurangkan beban menguruskan jenazah dan sebagai penghargaan dari kerajaan negeri buat waris.

Itu antara dua langkah membantu warga Pulau Pinang oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berikut adalah keseluruhan langkah yang telah dan akan diambil:


10 Agenda Perkayakan Rakyat

1. Negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dalam masa setahun dan memastikan setiap keluarga memperolehi bantuan RM500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) .

2. Memberi pengiktirafan dan penghargaan RM100 setahun kepada semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang, bermula pada 20 Mac 2010.

3. Memberi RM1,000 kepada waris warga emas yang menjaga orang tua mereka, bermula pada pertengahan tahun 2010.

4. Memperuntukkan RM3 juta bagi pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga jumlah maksimum sebanyak RM5,000 untuk rakyat miskin, terutamanya ibu-ibu tunggal.

5. Dalam tahun 2008-2009, memberi rebet bekalan air sebanyak RM100 sekeluarga untuk 170,000 buah keluarga susah yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17 juta.

6. Rebet bekalan air sebanyak 50% bagi semua tempat tempat ibadat di Pulau Pinang.

7. Memperuntukkan RM10 juta untuk mengadakan Pusat Latihan dan Bantuan Kerjaya (CAT) bagi membantu mereka yang telah dibuang kerja atau mencari kerja.

8. Membatalkan semua saman dan kompaun meletak kereta dan lesen penjaja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) sebelum 8 Mac 2008.

9. Diskaun bayaran lesen sebanyak 50% kepada semua penjaja dan nelayan di Pulau Pinang mulai 2010 dan

10. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam dalam tempoh 24 jam.

Jul 21, 2010

UMNO Tubuhkan 'Pasukan Khas' Untuk Pecah belahkan PAS

Rabu, 21 July 2010-Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob meminta pimpinan berwaspada dengan rancangan 'pasukan khas' yang ditubuhkan Umno untuk membangkitkan semula isu perpaduan PAS dengan parti perkauman Melayu itu..Kita juga mengharapkan YB Salahuddin akan menegaskannya pada mesyuarat ahlijawatankuasa PAS nanti.


"Awas pada satu kewujudan pasukan khas yang dicipta oleh Umno untuk memecahbelahkan PAS," ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, malam tadi.


Menurut YB Salahuddin Ayob pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya ada pemimpin tertinggi PAS bertemu dengannya untuk menyatukan PAS dengan Umno juga dipercayai sebahagian daripada rancangan pasukan khas tersebut.


"Ini adalah konspirasi rapi yang mungkin memaksa Harussani berbohong, mungkin juga ada dalang pasukan khas ini," kata Salahuddin.


Rancangan pasukan khas tersebut, katanya lagi, turut bertujuan mewujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.


"Rancangan ini memang untuk pecah belahkan PAS dan wujudkan kesangsian dalam Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum depan," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian seperti dilaporkan.


Kemudian kita pula dikhabarkan Tok Mufti pernah bertugas di Cawangan Khas seawal beliau berkhidmat dengan kerajaan.Justeru itu pandangan YB Salahudin Ayob perlu diberi perhatian.


Kita juga mengharapkan YB Khalil Idham Lim ,mendedahkan siapa yang bertemu Tok Mufti itu dan perbincangan mereka.Kita tidak mahu hajat untuk Pakatan Rakyat pergi ke Putrajaya tersekat setakat Kajang sahaja.


Nampaknya BN melalui pelbagai individu akan cuba memecah-belah perpaduan Ahli PAS ,kerana PAS parti yang bersedia untuk menggantikan UMNO.Sumber

Jul 20, 2010

PERPADUAN MELAYU - LOCENG MAUT BAGI UMNO

PERPADUAN adalah suatu perkataan yang sungguh indah dan dikehendakki oleh semua orang, Tetapi apabila perkataan "PERPADUAN" itu keluar dari pemimpin-pemimpin UMNO maka ianya menimbulkan tandatanya, Betulkah ianya perpaduan sejati atau sekali lagi merupkan satu tipu helah pemimpin-pemimpin UMNO unuk mengekalkan "Ketuanan UMNO' dinegara ini.

Itulah persoalannya. Itulah tanda tanya yang pasti timbul apabila pemimpin-pemimpin UMNO menyebut "perpaduan". Ini adalah kerana sejarah lama sebelum ini hanya mengaitkan perkataan itu dengan keinginan "UMNO mengekalkan ketuanan UMNO" dan apabila pihak lain tidak menerima konsep "superiority UMNO" maka parti-parti itu akan dipandang rendah dan diperlekehkan.

Oleh itu kebanyakkan parti komponen tidak mungkin kekal lama berada di dalam BN. Ini adalah kerana UMNo akan mengadu domba pelbagai pihak dalam parti yang tidak disukainya itu supaya timbul percakaran dan perselisihan sehingga akhirnya pihak-pihak yang terbabit meminta UMNO untuk menyelesaikan masalah dalaman parti berkenaan.
Maka dengan itu nampak jelaslah 'KETUANAN UMNO"

UMNO hanya membicarakan perpaduan Melayu apabila UMNO diserang dari segenap penjuru dan mula terasa bahang kemarahan semua lapisan masyarakat negara ini terhadap kepimpinan UMNO tak kira kaum, bangsa, agama dan parti. Begitu juga UMNO juga menimbulkan kemarahan semua lapisan masyarakat tak kira jenis pekerjaan sama ada kakitangan kerajaan ataupun swata, sama ada kumpulan sokongan ataupun golongan professional dan pengurusan.

Ini adalah kerana semua dasar yang dijalankan oleh pentadbiran Najib hanya mengutakan golongan UMNOPUTERA dan koperat. Yang lain semuanya jadi mangsa.

Pentadbiran Najib juga tidak pandai menguruskan ekonom negara dan terlalu rakus menggunakan kedudukan kewangan pelbagai agensi kerajaaan dan GLC yang kukuh dan menghasilkan keuntungan besar seolah-olah adalah haknya yang diwarisi dari arwah ayahnya.

Lihatlah berapa banyak syarikat yang selama ini boleh dikatakan sebagai "cash cow" seperti FELDA dan Sime Darby turut mengalami kerugian akibat kesilapan pelaburan yang dibuat tanpa penelitian dan penyemakan yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkaitan. Perkara ini berlaku kerana Najib menggunakan kuasa mutlak kedudukannya sebagai PM dan juga menteri kewangan. tetapi tidak mengamalkan" good monetary and investment governance policy" yang diamalkan oleh kerajaan sebelum ini.


Oleh kerana amalan pengurusan ekonomi dan kewangan negara yang tidak sihat itu, maka negara kita sejak 14 tahun lalu, beroperasi dalam defisit belanjawan dan tidak nampak tanda-tanda keadaan ini akan berubah dan sukar untuk meramalkan masa depan yang lebih baik, sekiranya tampuk kepimpinan negara dibawah UMNO dan tidak adanya pengasingan kuasa antara PM dan Menteri Kewangan.

Keadaan ekonomi yang teruk ini menyebabkan berlakunya krisis keyakinan masyarakat cina terhadap kepimpinan UMNo dan ini melumpuhkan parti-parti BN yang didokong oleh masyarakat Cina seprti MCA dan GERAKAN. Apatalh lagi dengan dasar pentadbiran Najib yamg mengarahkan segala transaksi kewangan hendaklah dilakukan melalui CIMB, yang mana beliau ada kepentingannya.

Semua perkara itu menyebabkan UMNO mula hilang keyakinan dari parti-parti komponen BN dan dengan itu UMNo terpaksa mencari jalan untuk memastikan UMNO terus berkuasa selepas PRU yang ke13 nanti.

KETAKUTAN UMNO mengenai potensi kehilangan kuasa, menyebabkan UMNo sanggup berbuat apa sahaja bagi mengekalkan kuasa.

Dan salah satu caranya ialah mendapatkan semula sokongan orang-orang melayu dengan gagasan'PERPADUAN MELAYU" sedangkan UMNO selama in telah begitu banyak menghancurkan hati orang-orang Melayu dan mengkhianati orang-orang Melayu seperti yang dipaparkan dalam http://umnopembelamelayu.blogspot.com/

Oleh itu walaupun perpaduan yang dikehendakki oleh UMNo itu adalah mustahil berdasrkan rekod pengkhianatan UMNo terhadap orang-orang Melayu, UMNo tetap berusaha untuk mendapatkan kerjasama PAS bagi membentuk perpaduan Melayu yang dicanangkan UMNo itu..

Tetapi persoalanya, mungkinkah perpaduan Melayu itu dapat dilakukan kerana kedua-dua parti itu bukanlah milik mutlak orang-orang melayu. dalam kedua-dua parti itu ada orang-orang bukan Melayu. Apatah lagi dalam PAS, ada keturunan Cina dan keturunan India yang menjadi ahli PAS bahkan sudah ada sayap khas untuk orang-orang bukan Melayu dalam PAS. Jadi ternyata perpaduan itu adalah mustahil dapat dilakuka tanpa bangkangan dar DHPP.

Tetapi oleh kerana KETAKUTAN UMNO mengenai potensi kehilangan kuasa, menyebabkan UMNo terus berusaha merealisasikan perpaduan itu walaupun ianya mustahil demi untuk mengekalkan kuasa. Bagi UMNO, walaupun gagasan perpaduan itu tidak dapat dijadikan kenyataan, tetapi ianya akan menimbulkan simpati sebahagian dari masyarakat Melayu untuk menyokong UMNO kembali. Inilah matlamatnya.

Oleh sebab itu, akhir-akhir ini UMNO mendendangkan gagasan perpaduan Melayu. apa maknanya itu kepada parti-parti komponen dalam BN. Bukankah itu bermakna ianya akan menyingkirkan parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC, gerakan, PPP , SUPP dll.

Ini adalah kerana UMNo melihat parti-parti itu bergantung sepenuhnya kepada kekuatan UMNo untuk menang ditempat masing-masing. Jadi bagi UMNO parti-parti bukan Melayu itu tidak bermakna lagi kepada UMNO apatah lagi sokongan masyarakat cina kepada BN/ UMNO makin berkurangan.

Maka dengan tindakan UMNo merencanakan perpaduan melayu itu, ianya akan menyebabkan masyarakat bukan Melayu dan parti-parti dalam BN makin menjauhi UMNO. Ini adalah kerana bagi mereka buat apa lagi nak tunggu dalam BN, buat apa lagi nak menyokong BN sekiranya itulah sifat dan sikap UMNo yang akhir-akhir ini membelakangkan masyarakat bukan melayu dan parti-parti komponen.

Kenyataan ini semakin hari semakin menjadi realiti, semakin nyata. Ini adalah kerana UMNo mengamalkan kosep ketuanan Melayu iaitu UMNo tuan kepada orang-orang Melayu juga tuan kepada orang-orang Cina dan orang-orang keturunan India. Jadi sesiapa yang menerima UMNo kenalah terima apa sahaja keputusan kepimpinan UMNO!.


Sebab itulah saya mengatakan tindakan UMNO mengutarakan perpaduan melayu itu seumpama menekan loceng maut bagi UMNO.


SUMBER

Jul 16, 2010

PELAJAR KENA SERANG NYAMUK





Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya Dua Johor Mengadu di si serang Nyamuk dan mengharpkan Puast Aduan rakyat membantu mereka untuk dedah isu ini, kerana sebelum ini Pihak sekolah sudah beberapa kali menghubungi Pihak Majlis tapi tiada tindakan,suara Pembangkang mula di hargai dan saya telah mengadakan sidang media pada hari yang sama dan juga pada esok hari saya bersama dengan Pengerusi PIBG mengadu di BIRO Pengaduan Awam.Bersama guru dan juga murid sekolah turut sama membuat bantahan mereka menurunkan tandatangan dantidak puas hati.

Jul 11, 2010

Empat minit terakhir ceramah Ketua Pembangkang

Empat minit terakhir ceramah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan 'kejelekan' produk-produk '1Malaysia' ciptaan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Najib Razak.

Anwar menepis fitnah yang menuduh beliau menggadaikan 'Melayu' demi cita-citanya untuk menjadi PM dengan membongkar kejelekan gagasan 1Malaysia ciptaan Najib.

Menurutnya, 1Malaysia Najib lah merampas dan menggadaikan tanah-tanah bersaiz mega dalam dan pinggiran bandaraya Kuala Lumpur.

Katanya, George LowTanah Kem Tentera Udara Sungai Besi , Tanah Institut Penyelidikan Getah (FRIM) Sungai Buluh dan Tanah Jalan Cohchrane Kampung Pandan tersebut kemudiannya telah diberikan 'tanpa tender' kepada seorang ahli perniagaan Cina, .

"Satu perkara yang disebut Dato' Seri Najib (dalam) Rancangan Malaysia Ke-10 yang saya (rasa) cukup bahaya,

"di Kuala Lumpur tanah yang paling besar di Sungai Besi (Kem Tentera Udara), kemudian tanah yang paling besar di Sungai Buluh (FRIM), tanah Jalan Cochrane (Kampung Pandan),

"saudara tahukah? Ini pemimpin Melayu Umno, semuanya (tanah-tanah tersebut) telah diberikan kepada Yayasan 1Malaysia, semua tanpa tender, tanah yang boleh dibangunkan (bernilai) berbilion ringgit,

"diberikan begitu saja kepada Geoge Low,"jelasnya.

Selain itu, Anwar turut menceritakan 'kebobrokan' pemimpin Melalyu Umno Menteri Wilayah Persekutuan yang telah bertindak mahu menyerahkan 40 peratus tanah rezab Melayu Kampung Baru Kuala Lumpur kepada orang Cina.

Katanya, cadangan raja Nong Chik itu telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Ahli Parlimen PAS Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali

entah berapa ramai lagi penyamun macam ni yang ada di Pahang ni gamaknya?

Ramai yang pernah menonton dan masih belum lupa pada filem lakonan dan arahan seniman Agung P.Ramlee. Sama ada yang sudah berusia atau pun yang masih kanak-kanak, semuanya meminati beliau. Antara filem P.Ramli yang kelakar tetapi penuh dengan sindiran dan kiasan adalah filem Ali Baba Dengan 40 Penyamun.

Cerita itu mengisahkan ketua penyamun bersama dengan anak-buahnya yang kesemuanya 40 orang tinggal di sebuah gua dengan pekerjaan tetapnya adalah menyamun. Segala harta-benda hasil usaha curi dan samunnya disimpan didalam gua itu. Sekali-sekala mereka bersama-sama meninggalkan gua tersebut untuk mencari hiburan. Password khusus digunakan untuk membuka dan menutup gua tersebut. Tetapi sudah tentulah bukan 'Mokhtar' yang digunakan oleh seseorang yang suka masuk melalui pintu belakang.

Yang menariknya adalah harta penyamun tersebut nyaris disamun pula oleh Kasim Baba yang kaya tetapi tamak haloba. Kasim Baba adalah abang kepada Ali Baba yang miskin yang secara kebetulan telah pergi ke hutan berhampiran gua berkenaan untuk mencari kayu seterusnya mengetahui password bagi membuka dan menutup gua tersebut.

Ali Baba hanya mengambil sebahagian kecil harta berkenaan untuk keperluan sekeluarga namun diketahui oleh Kasim Baba. Kasim Baba secara pujuk rayu telah mendapatkan pasword berkenaan dan telah hampir berjaya mengambil segala harta tersebut. Namun sebelum sempat beliau membawa lari harta itu, beliau telah ditangkap oleh penyamun-penyamun itu dan membunuhnya.

Bagaimana pun baru-baru ini ada satu versi baru cerita Ali Baba dengan 40 penyamun itu. Sebagai versi baru tentulah ada dilakukan pengubah-suaian disana sini bagi menarik minat para penonton.

Tajuk versi baru cerita berkenaan juga telah diubah dari 'Ali Baba Dengan 40 Penyamun' kepada 'Ali Baba Dengan 4 Orang Perompak'. Dalam versi ini Ali Baba adalah juga penyamun manakala 4 Perompak berkenaan adalah penyamun yang ingin merompak harta milik Ali Baba si penyamun itu. Bermakna penyamun cuba menyamun harta penyamun. Bagaimanapun ke-empat-empat perompak tersebut telah berjaya ditembak mati oleh pihak polis.

Kita tertanya-tanya, kenapa versi baru ini tidak mengikut versi asal iaitu menyimpan harta didalam gua di hutan. Atau pun simpanlah dibank tempat yang sudah pasti selamat. Mungkin juga harta berkenaan adalah didapati dari usaha 'tarik duit' yang perlu dibersihkan terlebih dahulu bimbang ianya akan hilang sendiri kerana masih belum matang.

Apapun, tuan direktornya Adnan Garfu (bukan Ahmad Nisfu dan bukan juga nama sebenarnya) tentu lebih arif dan mengetahui tentang plot dan jalan cerita versi tersebut.

Tiba-tiba saya terbaca di blog mengenai seorang exco kerajaan negeri pahang hampir dirompak RM300,000.00 wang tunai yang disimpan dirumahnya.

Posted by Azam Abd Rahman

Jul 10, 2010

ZIARAH DAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA OKU






Kesempatan saya ziarah Keluarga OKU yang kurang di ambil berat oleh masyarakat setempat ada dikalangan mereka tidak dapat bantuan dari kebajikan masyarakat, yang hanya bergantung sumbangan dari jiran jiran ... dari hasil usaha dan maklumat dari ketua Cawangan Pas Saudara Kelana ,saya dan beliau sampaikan sumbangan keluarga tersebut.

BETULKAH ANWAR MELIWAT....?



SAYA tak kata Anwar meliwat atau tidak meliwat, tetapi cubalah kalian baca catatan di bawah dan berfikirlah secara baik dan jangan terlalu berat sebelah/berfikir secara tenang dan waras dan selalu ingat ALLAH. Insyallah!


1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat."

Jul 7, 2010

Pendapatan kami terjejas :Orang Asal Teluk Jawa Masai





.Pada sebelah pagi Semalam 6.07.2010 saya telah membuat satu sidang media berkenaan dengan masalah Pencemaran di Persisiran Pantai Teluk Jawa Masai Johor.Oleh pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan alam sekitar dan sumber pendapatan orang asli di Teluk Jawa.
Beberapa nelayan membuat bantahan berhubung penerokaan tanah tebing sungai Luchu yang dilakukan pihak Pemaju.

Beberapa penduduk yang bekerja sebagai nelayan Laut di Kampung Teluk Jawa Masai mendakwa, pendapatan harian mereka mulai terjejas sejak berlaku penerokaan di sepanjang tebing sungai terbabit habis hutan hutan kayu bakau di tebang

Nelayan Deli bin Tik, mendakwa, pendapatannya kini terjejas teruk kerana di sepanjang pantai Teluk Jawa di kambus pihak berkenaan untuk tujuan pembangunan.

Kami Asal memang orang kampung di sini dan memang kerja kami nelayan sungai sejak turun temurun," katanya.

Menurutnya, jika dulu boleh dapat ketam ,udang namun kini ia agak sukar.

Sehubungan itu, dia menggesa pihak berkaitan supaya memandang serius masalah dihadapi mereka dengan adil dan telus dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

walaupun pembangunan baru bakal diwujudkan di Kawasan tersebut, namun nelayan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem sumber rezeki berteraskan udang galah, udang kertas dan pelbagai spesies ikan di situ.

Walaupun projek tersebut dikatakan dirancang antara kerajaan dan pemaju (syarikat), tetapi mereka mengharapkan pihak berkaitan dapat memikirkan nasib kebanyakan nelayan yang meraih rezeki di kawasan tersebut.

dia mendakwa, kerja-kerja menebang pokok hutan bakau menutup lubuk tempat di mana dipenuhi udang dan ketam dan pelbagai spesies lain.

“Saya memang kesal dan tidak menyangka lubuk rezeki kami ditutup. Malah langsung tiada sebarang surat hitam putih mahupun maklumat berhubung penebangan ke atas pokok hutan bakau yang sememangnya lokasi utama tumpuan nelayan mencari sumber rezeki.


Seorang lagi nelayan, berkata, menyatakan kebimbangan tentang kemusnahan yang akan berlaku ke atas batu karang yang terdapat di kawasan yang terlibat dengan operasi mengorek tanah di kawasan tersebut. ''Kawasan tangkapan nelayan tercemar kerana air laut menjadi keruh dan demi mengatasi masalah itu, ada nelayan terpaksa pergi ke kawasan lain yang agak jauh untuk menangkap ikan. ''Ini telah memberi tekanan dan menambah kesusahan kepada nelayan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk bahan diesel dan petrol," katanya

Alahai UMNO.. Dakwaan Yang Tidak Terjawab...!!!

Setelah 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan hasil perjuangan rakyat segenap lapisan, penipuan Umno dan Perikatan, kemudiannya Barisan Nasinal tidak dapat dibendung lagi. Sejarah kemerdekaan yang terhasil dari pengorbanan rakyat semua bangsa telah diolah sebegitu rupa olih pemerintah zalim regim Umno/BN dengan segala kerakusannya untuk menunjukkan kononnya hanya Umno yang memperjuangkannya..!!! Ini adalah penipuan awal Umno terhadap bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Setelah setengah abab berlalu, segala pekong dan pendustaan Umno semakin rapuh, terbongkar dan menghempap ke mukanya sendiri.

Sehingga hari ini bersusun dakwaan rakyat yang masih gagal dijawab oleh regim zalim Umno/BN. Selagi Umno/BN gagal menafikan dengan fakta ketidaklibatannya dalam peristiwa berikut, selagi itulah keyakinan rakyat bahawa Umno lah yang menjadi punca kepada semua pengkhianatan, penyiksaan, penindasan dan pendustaan ini:

- Rakyat mendakwa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah sengaja dicetuskan oleh pemimpin Umno dengan matlamat mengekalkan kuasa pemerintahannya.

- Rakyat mendakwa peristiwa menyayat hati pembunuhan beramai-ramai secara zalim pada November 1985 di Memali adalah agenda sulit pemimpin Umno yang diketuai oleh Mahathir Mohamad dan Musa Hitam.

- Rakyat mendakwa kerugian berbillion ringgit wang rakyat berkait dengan skandal BMF pada 1987 adalah angkara penyelewengan yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad dan kroninya.

- Rakyat mendakwa kematian model seksi warga Monggolia, Altantuya Shariibuu adalah sendiket yang dikepalai oleh Najib bin Razak dan isterinya Rosmah binti Mansor.

- Rakyat mendakwa berbillion ringgit wang rakyat hasil minyak di Terengganu telah diselewengkan oleh Abdullah Badawi, Khairy Jamaludin dan kroninya.

- Rakyat mendakwa dalam setiap pilihanraya, undi pos terutama dikalangan anggota tentera dan polis adalah tidak telus dan diselewengkan olih SPR atas arahan Umno.

- Rakyat mendakwa Ketua Polis Negara terlibat dalam rasuah, sendiket kongsi gelap dan along.

- Rakyat mendakwa Mahathir Mohamad, Mokhtar Hashim, Linggam, Agustine Paul, Najib Razak, Musa Hasan, Gani Patail dan Rahim Noor adalah antara manusia durjana berhati binatang yang terlibat secara langsung menfitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

- Rakyat mendakwa SPRM adalah talibarut Umno dan memutarbelitkan dalam banyak kes siasatannya untuk menutup pelakuan rasuah jutaan ringgit dikalangan pemimpin Umno.

- Rakyat mendakwa insiden pembakaran dan merosakkan gereja yang berlaku baru-baru ini adalah perlakuan yang direstui olih Umno sebagai sebahagian daripada agenda politiknya untuk menimbulkan keadaan tegang antara kaum demi matlamat politik jijik Umno seperti apa yang terjadi dalam tahun Mei 1969.

- Rakyat mendakwa tercetusnya polimik kalimah 'ALLAH' adalah skrip yang dibuat olih Umno setelah perbuatan memijak kepala lembu di Shah Alam oleh PEKIDA gagal menimbulkan ketegangan kaum.

- Rakyat mendakwa PEKIDA adalah agen samseng Melayu yang ditubuhkan dan dibiayai olih Umno untuk menimbulkan kacaubilau dan huruhara pada masa-masa tertentu demi kepentingan politik jijik dan hina mengikut acuan Umno.

- Rakyat mendakwa terlalu banyak berita dan cerita yang disiarkan olih akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, TV1 dan 2 serta TV3 berunsur fitnah jahat dan menjurus kepada niat memecahbelahkan perpaduan kaum dan kefahaman beragama.

Dan.... Kerajaan Rakyat memohon semua pembaca untuk terus menitipkan di sini dakwaan rakyat terhadap Umno/BN sebagai memperingati segala kesialan yang telah dilakukan olih regim Umno/BN untuk bacaan generasi seterusnya.

Jul 1, 2010

Umno menggunakan APCO untuk burukkan saya: Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno menggunakan isu APCO Worldwide untuk menyerangnya semasa berada di luar negara."Masalahnya, Umno menggunakan APCO, yang diketahui mempunyai hubungan dengan Israel, untuk menyerang saya di luar negara," ujarnya kepada media di Parlimen petang ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini berhubung perjumpaannya dengan beberapa pemimpin Yahudi di Washington sebagaimana laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu.

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar yangh dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Kunjungan Anwar itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post.

Berkenaan dengan zionis, Anwar menjelaskan, beliau ditanya kenapa menggunakan perkataan itu.

Jelasnya, mengikut fahamannya, zionis adalah berhubung kait dengan pencerobohan dan dasar imperial Israel yang terus memperluaskan wilayah Israel yang asal sehingga dalam keadaan sekarang.

Tetapi, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, mereka kata, bagi mereka zion adalah tanahair Yahudi.

"Saya kata jika itu istilah anda, ia berbeza dengan apa yang saya faham. Itu yang diputar belit oleh Utusan (Malaysia).

"Bila saya kata ‘dunia sudah hilang kesabaran terhadap Israel', itu Utusan tak sebut. Bila yang membayar lebih RM70 milion kepada APCO, itu Utusan tak sebut, jadi kita fahamlah. Saya pun tak fikir RTM dan TV3 akan sebut, itu faktanya," kata beliau lagi.

Anwar menjelaskan, tujuan beliau ke Washington adalah di atas jemputan Woodrow Wilson International Center untuk memberikan syarahan.

Selepas itu, katanya seperti biasa diadakan perjumpaan yang telah diatur untuk kakitangan editorial dan media antarabangsa.

"Ramai rakyat Amerika dan Yahudi merasakan ia adalah satu terjemahan yang tidak adil kerana bagi mereka, zion adalah negeri/kerajaan yang adil dan sah.

"Jadi saya katakan pada mereka, jika itu maksud mereka, saya tidak merasakan demikian, dan saya tetap dengan pendirian dan fahaman saya bahawa zion itu adalah pencerobohan dan penjajahan," jelasnya.

Sumber