Jun 27, 2010

Najib Diugut Badan Perisikan Singapura Berhubung Kes Altantuya?



NAJIB GADAI TANAH MALAYSIA KERANA DI UGUT SINGAPURA?Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shahrin mendakwa badan perisikan Singapura berkemungkinan telah mengugut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan gambar model Mongolia, Altantuya Shaariibuu bersama beliau sebagai senjata bagi memaksa Najib memeterai perjanjian yang dianggap berat kerajaan Malaysia dan negara pulau itu.

Badrul Hisham aka CheGuBard berkata andaian ini berdasarkan kepada akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian pada 1 Julai 2008 yang mengatakan Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda di satu pameran berlian di Singapura.

"Maknanya Najib pernah berada di Singapura bersama Altantuya," kata CheGuBard dalam satu kenyataan media yang disiarkan dalam blognya.

Dalam lawatan tiga hari Perdana Menteri ke Singapura mulai 22 Mei lepas, Najib dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong telah mencapai persetujuan atas beberapa perkara pokok yang menjadi pertelagahan antara kedua negara sejak berdekad-dekad lalu.

Antara isu yang paling penting ialah persetujuan Malaysia untuk memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Menurut Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) antara kedua negara tanah milik KTMB seluas 271 hektar di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, akan diserahkan kepada M-S Pte Ltd, sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura untuk dimajukan.

Syarikat itu dijangka ditubuhkan sebelum 31 Disember ini dengan pegangan 60 peratus oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus baki ekuiti oleh Temasek Holdings Limited, agensi pelaburan kerajaan Singapura.

"Hampir pasti kos operasi KTMB akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan pada masa akan datang.

"Maka KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad yang juga dibawah perlaburan Khazanah Nasional.

"Apa yang berlaku ialah kita bakal membentuk satu lagi perjanjian seperti perjanjian air dengan Singapura yang jelas amat berat sebelah dan menggadaikan kedaulatan negara," jelas CheGuBard.

Hsien Loong kemudiannya melakukan lawatan balas ke Malaysia sebulan selepas kunjungan Najib ke Singapura.

"Semua ini mengarut dan tak masuk akal. Selepas pengumuman di Singapura , banyak bantahan kedengaran di Malaysia. Namun Perdana Menteri Singapura hadir pula ke Kuala Lumpur seolah ‘mengingatkan’ Najib mengenai sesuatu agar Najib terus mempertegaskan persetujuan Malaysia dengan keputusan berat sebelah yang dipersetujui di Singapura.

"Seolah seperti ada sesuatu yang mengikat Najib untuk akur walaupun ia jelas merugikan negara. Dari aspek politik juga Najib jelas akan rugi kerana suara bantahan yang keras sudah mula kedengaran. Namun Najib seolah terpaksa meneruskan.

"Adakah Najib diugut dalam mempersetujui perjanjian ini? Adakah ‘perisik’ Singapura telah mengumpulkan rekod tersebut? Adakah rekod tersebut digunakan untuk mengugut Najib dalam akur dan bersetuju dalam satu lagi penggadaian hak dan kedaulatan negara?," soal beliau dengan tegas.

CheGuBard mendesak agar Najib tampil dan berterus terang kepada rakyat Malaysia.

Kata beliau lagi, jika benar Perdana Menteri diugut oleh badan perisikan Singapura untuk menyetujui satu perjanjian yang merugikan Malaysia dan menyentuh kedaulatan negara, rakyat Malaysia seharusnya bangkit bersatu menentang usaha tersebut.

"Walau apa pun tuduhan terhadap Perdana Menteri sebelum ini namun jelas mereka mempertahankan kedaulatan negara dan tidak mahu menerima tawaran rundingan Singapura yang jelas berat sebelah.

"Namun baru-baru ini hasil pertemuan tertutup Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawat di Singapura kononnya telah menyelesaikan beberapa isu tertangguh sekian lama," jelas beliau.

CheGuBard yang juga penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata badan bukan kerajaan itu akan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri mengenai isu ini dan sebanyak 20,000 salinan surat itu akan dicetak dan diedarkan seluruh negara bagi mempertingkatkan pemahaman rakyat agar bangkit mempertahankan kedaulatan Malaysia.

(Suara Keadilan)

Jun 26, 2010

Ulama' muda masuk UMNO tidak benar? Melayu Kena Tipu Lagi ???

Apakah benar cerita ini ? Namun dari apa yang diperolehi, jelas benar ia maklumat sah, sebagaimana yang ditulis. Kepada yang ada sumber lain, mohon kongsikan bersama. Kita lihat siapa yang 'kena'.

" ...umno pergunakan majlis makan malam bekas pelajar2 Jordan untuk bergambar sekali dengan PM&TPM...ketika itu, tanpa disangka-sangka, anak ex-mufti & pensyarah UKM serah borang keahlian umno....yang pasti, 3-4 orang antara mereka itu merupakan rakan karib abang saya, mereka sama-sama belajar di maahad tahfiz selangor.

Saya yakin sebahagian besar dari mereka tidak menyertai umno..yang masuk mungkin sebahagian besar sealiran dengan asri(gerakan tajdid)..mereka yang meletakkan tanggungjawab dakwah semata-mata. Redha dengan UMNO, dan meletakan berdakwah melalui UMNO lebih baik dari menentang pemimpin yang zalim. Bukankah ini kaedah imam wahabi ?

Dr Asri Umum Dia Ulama Bebas Yang Tidak Sertai Mana-Mana Parti Politik ..Keputusan Yang Tepat.

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uar akan menyerahkan borang sebagai ahli Umno semalam menegaskan bahawa beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini.
"Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.
"Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua," katanya dalam kiriman sms yang dihantar pada lebih kurang jam 10.35 pagi ini.
Pada masa yang sama, kata ulamak muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik.
"Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain.
"Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini," tegas beliau.
BERITA TERDAHULU MALAM SEMALAM:
KUALA LUMPUR: Gembar-gembur bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC.
Sebaliknya yang muncul pada majlis berkenaan ialah 40 orang pendakwah muda yang menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam pada itu Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Mohd Asri akan menyertai Umno pada fasa kedua sedikit masa lagi.
"Penyertaan golongan ulama muda ini adalah secara berperingkat...insyaAllah Dr Asri akan termasuk dalam peringkat kedua tidak lama lagi.
"Kita harus ingat, dalam Umno ada dua kategori, yang pertama adalah ahli Umno seperti saya dan yang kedua ialah penyokong Umno... buat masa ini Dr Asri ada dalam kumpulan itu (penyokong)," katanya pada sidang media di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Kesemua ulama muda itu akan didaftarkan menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka. Selain itu, mengulas lanjut mengenai penyertaan golongan ulama itu, Shahidan berkata, kemasukan mereka ke dalam Umno bukan untuk mengancam mana-mana pihak.
"Kita beri peluang yang besar kepada mereka untuk sebarkan Islam sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun kepada yang bukan Islam... mereka bukan untuk mengancam mana-mana pihak.
"Penyertaan mereka akan memberi impak yang besar kepada kepada umat Islam," katanya.
Sementara itu, pada sidang media yang sama, ketua kumpulan ulama berkenaan, Fadlan Mohd Othman berkata, tujuan mereka menyertai Umno adalah bagi menyemarakan aktiviti dakwah dalam parti itu.
"Kami menyertai Umno bukan berlandaskan politik, tapi dengan tujuan untuk berdakwah...selepas beberapa perbincangan dibuat, kami dapati ada positifnya (sertai Umno) kerana ia lebih kepada bentuk kerjasama," katanya yang juga merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ditanya sama ada kemasukan mereka ke dalam Umno ada kaitan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) yang dikaitkan dengan golongan ulama, beliau bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.
Seorang lagi ulama, Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), Fathrul Bari Mat Jahaya berkata mereka memilih Umno sebagai medium dakwah berdasarkan janji yang diberikan pemimpin tertinggi parti itu untuk memastikan para ulama dan ilmuan muda meneruskan dakwah.
"Jadi tawaran seperti ini memang dinantikan oleh kumpulan ini, sebagai seorang yang memiliki ilmu, memang menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat," katanya.
Tambahnya, ia selaras dengan firman Allah dalam al-Quran yang menyeru supaya umatnya keluar mencari ilmu di mana sahaja supaya sekembalinya nanti ke tanahair dapat menyebarkan ilmu yang diperolehinya kepada masyarakat.
"Maka kami yang dibenarkan oleh kerajaan untuk keluar menuntut ilmu di luar negara sehingga ke Mesir, Jordan, Madinah dan sebagainya... kepulangan kami dinanti-nanti oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu.
"Tapi sekiranya berlaku sekatan dalam menyampaikan ilmu, maka pengajian kami selama ini menjadi sia-sia... maka peluang yang diberikan Umno merupakan satu peluang keemasan," katanya.

Jun 22, 2010

Pulau Pinang dan Selangor bakal jatuh Pru 13 kata Daim

Bekas Menteri Kewangan di zaman Mahathir, Tun Daim pernah meramalkan sebelum PRU12 dahulu, bahawa Selangor dan Pulau Pinang akan dimenangi oleh Pakatan rakyat. Sekarang beliau buat ramalan lagi, bahawa

Pakatan Rakyat hanya dapat bertahan di Kelantan dan Pulau Pinang, manakala BN akan berjaya merampas kembali Selangor dan Kedah.

Itu hanyalah ramalan beliau, mungkin betul-betul berlaku atau mungkin sebaliknya. Adakala ramalannya tepat atau mungkin kali ini ramalannya meleset sama sekali.

Sebagai manusia biasa, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. akan tetapi dengan segala data, rekod pencapaian yang kita perolehi, kita boleh buat unjuran.

Pakatan Rakyat seharusnya menerima ramalan ini dengan hati terbuka. Kita tidak boleh "syok" sendiri dan berperasan bahawa kita mempunyai pertahanan yang kebal, jauh sekali kita beremosi langsung kita tidak menghirau akan pandangan orang lain.

Sudah tentu, Tun Daim mempunyai justifikasi serta pengamatan sendiri selaku seorang ahli politik yang veteran lagi berpengalaman. Sekurang-kurangnya ada juga orang "luar" yang mengetuk "dahi" kita sebelum kita lambat "terhantuk" dan lambat "terngadah".

Sekarang bukan masanya ketiga-tiga parti yang mendokong Pakatan Rakyat menuding jari serta curiga mencurigai sesama sendiri......sapa yang tak "perform", sapa yang cemerlang, sapa yang curang, sapa yang ni, sapa yang anu......dan sebagainya.

Dalam konsep ISO 9001:2008, segala keperluan pelanggan (input) akan diproses dan akan disampaikan kepada pelanggan (output) dimana akhirnya akan wujud kepuasan hati pelanggan. ["Customer requirements ~ process ~ Customer Satisfaction".]

Saya yakin dan percaya Kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mempunyai mekanisme tersendiri untuk menrealisasi dan mempunyai kaedah sendiri untuk mengukur sejauh mana segala keperluan rakyat (pelanggan) tercapai sehingga wujud kepuasan hati rakyat

Jun 21, 2010

ziarah dan sumbangan







Pada 20hb dengan kerjasama Pas cawangan Taman Cendana Di bawah Ketua cawangan saudara Kelana telah sampaikan sumbangan kepada ibu ibu tunggal dan yang kurang berkemampuan, ucapan shabas Kepada saudara Kelana kerana usaha beliau yang bersunguh sungguh membantu megenali mereka yang daif untuk di bantu.

Jun 16, 2010

Bukan RM20Juta sebabnya.. Ini Kisahnya Kenapa Keshvinder Singh melompat..KALAU KU TAHU

Rupa – rupanya ada kisah lain selain dari tuduhan menerima bayaran RM20 Juta atau 1/5 dari RM20 Juta itu untuk keluar Parti.Kisah yang tidak berkaitan dengan RM20 Juta itu berkisar dan diwarnai dengan Komplot, Curi dan Peras Ugut, malah jumlah yang dikatakan terlibat juga tidaklah mencecah jutaan Ringgit.

Dan seperti biasa yang dituduh sebagai dalangnya ialah UMNO.

Kisah ini telah diceritakan oleh A. Sivanesan ADUN Sungkai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat M . Kulasegaran.

Kisah dikatakan bermula dengan kehilangan RM45,000.00 dari Firma Guaman yang dimiliki oleh Keshvinder Singh, ADUN Malim Nawar dari DAP yang telah mengumumkan keluar Parti menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN tengah hari tadi.

Walaupun Keshvinder menafikan UMNO sebagai dalang tindakannya itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan telah mendakwa sebaliknya.

Menurut ADUN Sungkai itu, Keshvinder telah menceritakan kepadanya hal kehilangan RM45,000.00 itu kepadanya ketika mereka berjumpa sekitar tiga minggu yang lalu.

Keshvinder telah menceritakan kepada Sivanesan bahawa salah seorang kakitangan yang bertugas di Firma Guamannya telah menggelapkan RM45, 000 wang pelanggannya dan dia sedang cuba untuk menyelesaikannya.

Malangnya sebelum Keshvinder menyelesaikan isu itu berita penyelewangan itu telah sampai kepada pihak UMNO.

Apabila pihak UMNO mendapat tahu hal itu , mereka mula menekan Keshvinder menggunakan isu itu terhadapnya dan dalam menekan mereka juga memujuk Keshvinder agar keluar DAP.
Sivanesan juga telah menyarankan agar Keshvinder membuat laporan polis.

Selain dari menceritakan perkara itu kepada Sivanesan , Keshvinder juga telah mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin DAP yang lain termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

Sivanesan juga telah mencabar Keshvinder untuk menyangkal bahawa dia telah menceritakan masaalah ini kepadanya dan beberapa pemimpin DAP yang lain.

Kulasegaran telah mengesahkan hal ini dengan menambah dan mendakwa bahawa kakitangan Keshvinder yang dipercayai telah menggelapkan wang RM45,000.00 itu dan melarikan diri mempunyai hubungan dengan UMNO.

Keshvinder telah menceritakan kepada Kulasegaran kakitangannya yang dikatakan mempunyai hubungan dengan UMNO itu , bukan saja telah melarikan wang pelanggannya malahan juga telah melarikan bersamanya resit pelanggannya.

Keshvinder bimbang kerana resit itu boleh digunakan untuk menentangnya , Kulasegaran juga telah menyarankan agar Keshvinder untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“ Kami bimbang akan sesuatu yang buruk menimpanya bila dia telah hilang kelmarin”

Kulasegaran juga mendesak Keshvinder mengundurkan diri secara terhormat sebagai seorang ADUN memandangkan beliau telah memenangi kerusi itu atas tiket DAP.

KENYATAAN MEDIA : Isu ADUN Malim Nawar lompat ?

Berhubung dengan tindakan Ahli dewan undangan negeri(ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP yang mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti dan mengistiharkan menjadi ADUN bebas.

Keputusan untuk berpaling tadah itu diumumkan pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari kelmarin. Keshvinder memberitahu wartawan yang surat perletakan jawatannya juga telah diserahkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, pagi kelmarin. Dengan ini saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan :-

1. Saya menyanggah semua kenyataan Keshvinder dengan alasan-alasan beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP yang sengaja diada-adakan demi untuk menghalalkan pengkhianatan beliau terhadap Parti DAP dan pengundi Malim Nawar yang diwakilinya.

2. Alasan-alansan yang disebutkan oleh beliau adalah sangat bercelaru dan tidak konsisten dengan realiti yang berlaku terhadap dirinya sendiri. Beliau saya lihat semacam sangat menggelabah semasa mengeluarkan kenyataan kelmarin dengan cuma membaca kenyataan bertulis.

3. Alasan beliau kononnya kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat adalah tuduhan yang berat dan tidak berasas.

Saya mengesahkan bahawa sejak Pakatan Rakyat berkuasa di Perak pada 8 Mac 2008 sehingga berlaku rampasan kuasa dan dalam era Kuasa Pakatan Rakyat dinafikan, Semua Pusat Khidmat ADUN PR berfungsi seperti biasa dengan pengawasan dari Pakatan Rakyat negeri dan parti yang diwakili masing-masing . Semua ADUN PR tidak pernah mengabaikan tanggung jawab yang dimanahkan sehinggalah kesaat ini. Alasan terlalu banyak berpolitik bagi sebuah parti politik adalah alasan kebudak-budakan .

4.Khesvinder juga mendakwa keputusannya dibuat setelah membuat pengamatan selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat serta yakin dengan keupayaan serta pembaharuan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Perak.Selain itu katanya apa yang dilakukan demi kepentingan rakyat, khususnya di kerusi Malim Nawar dan berpendapat hanya BN yang boleh membangunkan kawasan luar bandar itu.

Alasan-alasan diatas adalah tindakan beliau "menjliat ludahnya sendiri" sedarkah beliau apa yang pernah beliau lakukan bersama Pakatan Rakyat semasa dia juga anggota kerajaan semasa PR berkuasa di Perak, banyak dasar-dasar yang dilakukan oleh PR adalah dalam bentuk kebajikan dan membela nasib rakyat yang gagal diselesaikan oleh BN selama 50 tahu, Pemberiaan geran kekal kepada rakyat berbilang bangsa di Kampung Tersusun dan Kampung Baru adalah satu bukti yang jelas Pakatan Rakyat lebih baik dari BN. Alasan Hanya BN yang mampu membangun kawasan luar bandar adalah alasan yang salah yang sengaja direka untuk menghalalkan tindakan jahat beliau itu.

5.Kenyataan Khesvinder yang menyedari betapa serius masalah di kawasannya selepas berkhidmat selepas rampasan kuasa pada Februari 2009 dan baru tahu ada masalah kemiskinan tegar yang perlu diselesaikan , Adalah bukti bahawa beliau lah yang ada masalah. Saya tidak tahu apa yang dia lakukan sejak dia menjadi ADUN sehingga rampasan kuasa sehingga baru tahu ada orang susah dikawasannya selepas BN merampas kuasa.

6. Harapan Keshvinder supaya kerajaan BN akan membekalkan bantuan bagi membolehkannya membantu pengundi di kawasannya adalah sudah terlambat. Sesudah 2 tahun lebih menjadi ADUN baru dia mahu berlagak menjadi wakil rakyat di DUN yang dimenanginya. Sebelum ini dia "tidur" sahaja.

Selain itu saya mempertikaikan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM 75,000 yang masih berbaki untuk tahun 2008 yang disalurkan melalui pejabat Daerah dan dikendalikan kelulusannya oleh ADUN semasa Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan di Perak. Kemanakah dia menyalurkan bantuan tersebut dan banyak lagi bantuan lain yang diturunkan melalui pejabatnya.

7.Alasan DAP kebangsaan dan negeri gagal membantunya menghulurkan bantuan kepada rakyat dan tidak boleh berbuat apa-apa sebagai ADUN pembangkang serta mendakwa selama ini beliau menggunakan dana sendiri untuk membantu penduduk di Malim Nawar.Adalah tindakan membuka pekung didada yang mengambarkan Khesvinder memang seorang yang tidak layak menjadi seorang ADUN. Mengukit pemberian peribadi untuk rakyat dan memnyalahkan parti dan orang lain hanyalah alasan yang dangkal bagi melindungi pengkhianatan yang dia lakukan kepada parti dan rakyatnya.

8.Tindakan beliau menafikan bahawa dia ditawarkan ganjaran bagi meninggalkan DAP dan mencabar mereka yang membidasnya memeriksa buku akaun banknya dan kenyatannnya yang berkata beliau juga tidak didatangi oleh mana-mana ahli BN serta dia bersih adalah kenyataan yang bercanggah dengan tindakan nya bersama saya ke Pejabat SPRM Ipoh pada 25 Februari 2009.

Keshvinder membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.
Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM pada hari itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

9. Dengan ini saya menegaskan bahawa tindakan Khesvinder tidak membawa masalah kepada Pakatan Rakyat. Sebenarnya yang mendapat masalah ialah BN Perak yang mesti melayan apa saja kemahuan yang diperlukan oleh "Katak" tersebut. BN Perak yang bergolak dengan sikap iri hati pihak tertentu apabila 3 ADUN bebas sebelum ini dilayan dengan melampau akan terus benasalah.

Kehadiran Khesvinder tentu akan membawa tuah kepada dirinya sendiri yang sudah lama berangan-angan dengan tawaran BN sepeti yang dia sendiri laporkan ke SPRM.

10. Pakatan Rakyat Perak terus utuh dengan gabungan yang mantap serta kesefahaman yang terus kami jalin terus bagi memastikan segala gerak kerja yang selama ini dirancang bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang diterus dan ditingkat dari masa ke semasa.

11. Sehubungan dengan itu saya meminta semua ahli parti, penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya terus bertenang dan melakukan tindakan di dalam batas undang-undang yang sedia ada. Saya yakin kepimpinan dalam semua komponen Pakatan Rakyat Perak akan terus mengembelingkan tenaga bagi memastikan kuasa rakyat yang dirampas dikembalikan di Perak.

KENYATAAN MEDIA : 16 Jun 2010

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong/

Jun 15, 2010

Nilai ADUN Malim Nawar RM20 Juta! -

Tuesday, June 15, 2010-Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh hari ini mengisytiharkan untuk keluar daripada DAP untuk bergerak sebagai Adun Bebas.

Kenyataannya bahawa beliau kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat adalah terlalu mengikut skrip pihak tertentu apabila semua orang tahu tahap kerja adun-adun di dalam Pakatan Rakyat Perak berbanding dengan wakil-wakil rakyat BN itu sendiri.

Tambahan pula secara tiba-tiba beliau menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persoalan juga timbul apabila beliau mengumumkan tindakannya untuk keluar daripada DAP di sebuah hotel di Subang, bukannya di negeri Perak sendiri.

Jika dahulunya, Keshvinder Singh pernah membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bahawa beliau telah ditawarkan oleh pihak tertentu untuk berpaling menjadi wakil rakyat BN dengan tawaran RM 20juta, apakah dengan keputusannya untuk keluar daripada DAP hari ini kerana tawaran yang sama?

Masihkah beliau bernilai RM 20juta kepada BN di saat heboh diperkatakan bahawa Umno Perak bergolak sakan dan 3 Adunnya bakal melompat kepelukan PKR?

Keputusannya hari ini sedikit sebanyak dapat mengalihkan perhatian penggemar politik daripada memperkatakan mengenai Adun Umno Perak yang kian gelisah dan memendam rasa di bawah pemerintahan Zambry.

Sekurang-kurangnya, pergolakan Umno Perak dapat dikendurkan daripada perhatian ramai buat masa ini dan tumpuan kini beralih terhadap reaksi DAP bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat Perak dalam menangani 'tamparan' terbaru akibat dakwaan PKR terhadap Umno baru-baru ini.

Jika tidak sampai RM20juta sekalipun, mungkin 1/4 daripadanya kini dalam dakapan Keshvinder Singh.

Selepas Dakwa Ditawar RM20 Juta, Keshvinder Keluar DAP

Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

“Saya bersih,” kata Adun Malim Nawar itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Keshvinder menang dengan majoriti 1,362 mengalahkan calon MCA Dr Chai Song Poh.

Beliau menyalahkan DAP dan mendakwa partinya itu tidak membantu beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk memberikan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Katanya, surat keluar dari parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pagi tadi.

Bagi beliau, tindakannya ini untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.P - post info By Anwar Ibrahim

Dia memang suka ikut logik!


Memang aku akui Mahathir ni genius..Sangat berani dan terror gile bab nak spekulasi..terutama dalam memesongkan pemikiran orang melayu!Dalam hal-hal Islam pun dia memang suka ikut logik!

Apa perlunya PAS mempolitikkan isu judi sukan sedangkan ianya sememangnya dari dulu terkandung jelas dalam perjuangan PAS!
Apa jua yang haram dalam Islam PASTINYA akan dibangkang oleh PAS tak kira siapa pun yang cuba menegakkannya!

Kalau PKR sendiri sokong judi pun akan turut di lempang oleh PAS kerana judi ini diarahkan haram oleh Allah SWT bukan rakyat!

Ada benda yang boleh difikirkan semula tetapi ada benda jugak yang jelas dan tak perlu diperbincangkan!Lagi pun Mahathir ni sah memang dah nyanyuk namun ada kalanya kenyataan beliau dikira merapu. Kali ini paling merapu sekali. Dr M sokong luluskan lesen judi bola kerana pembangkang (PR) membantah lesen itu kerana politik.

Orang Islam menentang judi kerana larangan agama.

Orang bukan Islam menentang judi kerana keburukan sosial yang dibawa oleh judi.

Dan tidaklah judi itu menjadi halal dek kerana yang menentangnya bermotifkan Politik.

Jun 14, 2010

Selepas GAS kini ada GAZ di Perak ?

Isnin, Jun 14, 2010-Barisan Nasional Perak bakal menerima tamparan hebat apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu dikartakan bakal mengambil tindakan nekad mengumumkan untuk melompat menyertai KEADILAN dalam masa terdekat.

Ini berpunca rasa tidak puas hati yang mendalam terhadap sikap pilih kasih dan diskriminasi yang di amalkan Menteri Besar 'Mahkamah', Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam pentadbirannya hingga ADUN BN terbabit merasakan sumbangan dan jasa mereka kepada parti dan negeri Perak tidak dihargai.

Malah Dr Zambry dikatakan lebih menjaga kepentingan dan kebajikan tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat yang melompat sebagai anggota Bebas.

Pada satu sidang media yang diadakan, Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifli Ibrahim menjelaskan beberapa ADUN BN telah berjumpa beliau menyatakan tidak puas hati dengan kepimpinan Dr Zambry.

"Barisan Nasional dan Umno Perak sekarang sedang mengalami krisis dalaman yang agak parah, terdapat beberapa ADUN mereka telah berjumpa dengan kita serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Zambry yang dilihat berat sebelah.

"Mereka menjelaskan polisi kerajaan BN sudah semakin tidak stabil dan dilihat sudah jauh tersimpang dari agenda perjuangan sebelum ini. Sikap Zambry yang memberi keistimewaan kepada ADUN Bebas melebihi mereka yang berada lebih lama di dalam Umno.

"Layanan istimewa yang diberikan oleh Zambry itu menyebabkan mereka terasa tersisih, ini bukan sahaja berlaku kepada ADUN malah juga kepada Ketua-ketua Bahagian Umno," jelasnya.

Zulkifli juga memberitahu kalangan ADUN dan pemimpin Umno Perak yang tidak berpuashati dengan stail kepimpinan Dr Zambry telah memulakan Gerakan Anti Zambry (GAZ) yang dikatakan sedang bergerak aktif dan mendapat sokongan dari setiap bahagian Umno dinegeri itu.

"Saya juga dimaklumkan oleh mereka yang berada di dalam Umno bahawa satu gerakkan GAZ juga sudah bergerak secara aktif sejak sebulan yang lalu, pergerakkan ini mendapat sokongan dari setiap bahagian yang kecewa dengan Zambry.

"Pergerakkan tersebut dilakukan oleh Pemuda Umno sendiri dan melalui pertemuan dengan kepimpinan KEADILAN Perak mereka hanya menunggu isyarat yang sesuai untuk turut bersama dengan KEADILAN.

"Apa yang ingin saya jelaskan, mereka meminta nama mereka dirahsiakan dahulu kerana tidak mahu perkara yang tidak dikehendaki berlaku ke atas diri mereka jika pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat mereka untuk keluar dari BN.

"Pengumuman penting ini akan dilakukan oleh kepimpinan KEADILAN Perak bila tiba masa yang sesuai nanti. Kita tidak mahu kejadian yang lama berulang kembali," kata beliau lagi.

Zulkifli memberitahu rakyat dan kepimpinan Umno Perak kecewa dengan tindakan pemimpin tinggi Umno-BN yang mengamalkan rasuah untuk memancing tiga ADUN Pakatan Rakyat untuk lompat parti awal 2009 sehingga menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat diambil alaih secara haram oleh Dr Zambry.

"Umno Perak dan seluruh rakyat sudah menilai kerja kotor pimpinan tertinggi BN dengan menawarkan sejumlah wang yang besar kepada ADUN Pakatan dan mereka kecewa amalan rasuah bertambah teruk di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Mereka menyifatkan Umno menggunakan jalan yang salah untuk memastikan kedudukan terjamin di Perak sehingga menghalalkan yang haram seperti mana kelulusan lesen judi," katanya lagi.

Zulkifli menambah kebanyakan ADUN BN yang bertemu dengannya menjelaskan akan berlaku kemerosotan kerusi BN pada pilihan raya umum yang akan datang, selain terdapat Orang Asal yang marah dengan kerajaan negeri kerana tidak mengambil tindakan segera tentang soal tanah mereka.

Beliau juga tidak menolak akan berlaku usaha yang dilakukan oleh BN bagi menghalang usaha ketiga-tiga ADUN tersebut untuk menyertai KEADILAN.

Beliau juga tidak pasti tindakan lompat parti sekiranya berlaku akan menyebabkan pembubaran DUN kerana pembentukan kerajaan sudah memasuki tahun ketiga.

Turut hadir sama pada sidang media tersebut termasuk Ketua Biro Strategi Negeri Perak, Md Nasib Rahim dan Ketua Biro Orang Asal Negeri Perak, Arsian Napiteopoeloe.

Sharpshooter :- Keadilan Perak tidak perlu terlalu ghairah melayan puak-puak umno yg kurang kasih sayang Zamri. Apa beza dgn puak-puak Keadilan yang melompat kerana kurang kasih sayang Anwar.

Mereka bertindak demikian hanya kerana mahu Zamry tumpukan KASIH SAYANG pada mereka saja...Bagi Projek selesai masalah....

Nak sertai Keadilan biarlah kerana prinsip bukan kerana kurang kasih sayang Zamri. Nanti bila sudah sertai Keadilan...bila kurang kasih sayang Anwar..merajuk dan lompat pula...

Pergi mampus dan jahanamlah dengan puak-puak macam ni.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

ZIARAH DAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA ISA




Dewan Pemuda Pas Pasir Gudang bersama dengan Pas Cawangan Taman Cendana semalam 13.06.10 memberi sumbangan kepada keluarga mangsa tahanan ISA ,dan mendengar sendiri bagaimana penderitaan keluarga tahanan tersebut .Sejak suami ditahan pada 2008, Puan Nor... terpaksa menggalas
tugas sebagai ibu dan ayah kepada 3 anaknya yang masih muda untuk
mengenal erti kesusahan.. ada lagi tiga keluaraga tahanan Isa, Yang akan saya tulis dalam masa terdekat ini,latar belakang mereka akan di rahsiakan.

Jun 9, 2010

JUDI: GERAKAN KELUAR DARI KOMPONEN BN ?

June 9, 2010-Tamparan kepada Umno: Pemuda Gerakan sertai himpunan bantah judi anjuran Pakatan Rakyat
ALOR SETAR, 25 Mei: Pemuda Gerakan Kedah dan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan kesediaan untuk menyertai Himpunan Membantah Judi yang akan diadakan di Dataran Zero, Sungai Petani, selepas solat Jumaat, 28 Mei ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria mengajak seluruh rakyat di negeri ini untuk bersama-sama dalam himpunan besar-besaran itu.

Katanya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP (DAPSY) negeri juga telah menyatakan kesediaan untuk menyertai himpunan tersebut.

Menurutnya, himpunan itu adalah bertujuan menyatakan bantahan rakyat terhadap kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang dianugerahkan oleh Kerajaan Umno BN kepada Kumpulan Berjaya.

"Himpunan ini adalah rentetan daripada beberapa himpunan yang diadakan di negeri-negeri lain Jumaat lalu dan kemuncaknya rakyat akan berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyerahkan tuntutan rakyat terhadap aktiviti perjudian kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai nanti," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap.

Menurut Nasir lagi, penganjur juga turut menjemput semua pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik termasuk Umno dan MCA untuk bersama-sama menyertai himpunan itu.

"Perhimpunan ini terbuka kepada semua pihak dan ianya bukan untuk rakyat beragama Islam sahaja, semua agama tidak membenarkan judi kerana judi mengundang banyak keburukan.

"Kita menjemput kesemua NGO-NGO dan parti-parti politik yang ada di negeri ini tapi sehingga kini Umno dan MCA tak memberikan jawapan balas," katanya. - ruangbicarapriamalaya

Note: Aku jadi keliru... GERAKAN atau UMNO yang sebenarnya islam ni?

Jun 8, 2010

APCO: Anwar tidak dibenar bawa peguam

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa peguam ketika mendengar keterangan beliau berhuhubung dakwaan beliau bahawa firma khidmat runding yang dilantik pentadbiran Najib, APCO ada hubungan dengan rejim Yahudi.
Anggota jawatankuasa itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) memberitahu sidang media di bangunan Parlimen selepas panel membuat keputusan itu.
“Anwar tidak dibenarkan membawa peguam. Beliau tidak boleh hadir bersama peguam,” kata Karpal.
Karpal dan Sivarasa membantah ketika pengundian dibuat. Anwar membuat permohonan itu tengah hari tadi.
“Saya dan Subang (Sivarasa) menentang manakala kesemua empat anggota jawatankuasa dari Barisan Nasional menyokongnya.
“Keputusan bukan (sesuatu yang dibuat) sebulat suara,” kata Karpal.
Karpal berkata keputusan bertentangan dengan peraturan bagi memberikan keadilan sewajarnya kepada yang tertuduh.
Pengerusi DAP itu berkata, pendengaran jawatankuasa itu akan diteruskan tanpa kehadiran Anwar manakala seorang wakil dari Apco Worldwide akan hadir untuk memberi keterangan bagi pihak syarikat itu.

Jun 3, 2010

UMNO : SAYAP YANG PATAH...PEMUDA...

Khamis, 4hb. Jun 2010-Desas desus yang dibafikan akhirnya jadi nyata. Kabinet dirombak jua. Antara yang menjadi tumpuan ialah pengguguran Timbalan Ketua Pemuda umNo, Perlantikan anak Chua Soi Lek dan ramainya Senator yang dilantik.

Apapun rumusan dan alsan Najib , beliau telah mewujudkan musuh dalaman tersendiri. Ia juga melambangkan betapa Najib sendiri tidak yakin dengan kalangan MP umNO yang berada di Parlimen. Apakah kebanyakan MP umNo yang menang itu tidak layak atau tidak dipercayai. Begitu jua pemimpin Pemuda yang terus disisihkan oleh Najib. Bukan sahaja Ketuanya disisihkan malah Timbalan yang dilantik pun disingkirkan.

Persoalannya apakah pemuda umNo sememangnya tak layak, tidak diyakini atau Najib marah kepada pemuda kerana gagal berperanan membawa anak muda menyokong umNO. Khairy sendiri dilihat sangat jauh dari slogan satu Malaysia Najib. Apakah Khairy menentang atau tidak sesuai dengan jiwanya ataupun Khairy sendiri tidak jelas dengan slogan satu Malaysia yang merupakan Slogan Terjun.

Sebagaimana Islam Hadhari yang mengambil masa yang lama untuk diterjemahkan sehingga muncul beberapa versi Islam Hadhari sebelum ianya disatukan. Begitu juga Satu Malaysia yang dilihat masih teraba raba dan lebih dilihat memujuk bangsa bukan Melayu untuk menyokong BN. Perlantikan jawatan Kabinet adalah bukti ketara selain limpahan anugerah sepanjang Pilihanraya Kecil yang lalu.

Perlantikan kabinet yang diharap oleh Najjib menyelesaikan masalah nampaknya akan lebih bermasalah. Suara protes anak muda muncul jauh dari Sabah apabila mencadangkan agar ketua mereka , Khairy Jamaludin di bawa ke Kabinet. Sekurang kurangnya Khairy perlu berada di dalam Kabinet mewakili suara sayap Pemuda. Nampaknya sayap itu tidak diperlukan oleh Najib. Mungkin sayap itu telah patah. Maka wajarlah anak muda menyisihkan diri dari umNO. Jika Khairy bermaruah, beliau juga perlu membawa sayap itu terbang jauh dari umNO untuk mengubat laranya...

BLOGGER PRO UMNO KINI SUDAH KEHABISAN MODAL

Thursday, June 3, 2010-BLOGGER Pro Umno kini sudah kehabisan gas. Mereka begitu semput sekarang kerana apa jua yang mereka lakukan untuk mengampu Umno yang bersekutu dengan APCO tidak berhasil mempengaruhi orang ramai. Mereka lupa bahawa pengunjung-pengunjung blog adalah majoritinya mereka yang cerdik pandai tidak seperti kebanyakan penyokong-penyokong mereka.

Tiada rahsia lagi tentang APCO. Tiada yang patut disembunyikan lagi tentang Lesen Judi yang diluluskan oleh pemimpin Umno. Maka, blogger pencacai ini tiada isu atau modal lagi untuk menyerang PR, begitu juga mereka sudah tidak mampu untuk membuktikan kebaikan dan kejujuran Umno lagi. Hanya satu cara sahaja yang mereka boleh lakukan agar mereka tidak dilihat seperti tiada taring, iaitu mereka menyerang umpama babi naik minyak. Tanpa fakta, tanpa hujah yang bernas, mereka kini memulakan cara jijik dan tidak bermaruah.

Sebelum ini blogger mereka malu besar apabila cuba untuk menunjukkan cerdik dengan menyiarkan foto calon PR di Hulu Selangor Dato Zaid Ibrahim sedang minum arak. Di atas kebijaksanaan Blogger kita, Blogger pencacai Umno ini kantoi dan terserlah lah kebodohan mereka. Boleh dikatakan majoriti Blogger pencacai Umno ini mengambil pendekatan menyerang DS Anwar secara peribadi, Alhamdulillah, Blogger kita mampu menghadapinya dengan hujah dan fakta. Akhirnya, Blogger pencacai Umno ini kehabisan peluru maka mereka menjadi tidak siuman, hilang akal, bodoh sehingga ke tahap terpaksa menggunakan foto-foto lucah yang dicipta sendiri untuk memburukkan peribadi DS Anwar dan pemimpin PR yang lain.

Saya tidak menggalakkan anda membuka link kepunyaan Blogger pencacai lucah itu di sini, kerana jika anda seorang Muslim sudah pasti anda akan menyangka Blogger tersebut bukan sahaja Non Muslim, bahkan Blogger tersebut tiada agama langsung. Foto disiarkan bukan sahaja satu fitnah besar tetapi amat memalukan kita sebagai Umat Islam atau bukan Islam. Saya tidak pasti samada Blogger tersebut ada mempunyai ibu atau bapa atau pun anak haram, kerana jika ada ibu atau bapa, sudah pasti Blogger ini akan dididik kecuali Ibu bapa mereka itu sebagai Bapa Ayam atau Ibu mereka itu Pelacur Jalanan.

Blogger ini menuduh Azmin adalah dayus kerana membenarkan isterinya membuat hubungan sulit dengan DS Anwar. Isu ini sudah lama menjadi bahan fitnah, dan syukur Alhamdulillah, Azmin tampil dengan berani membuktikan dengan fakta dan ujian DNA yang telah dilakukannya beberapa tahun dahulu. Tetapi, Blogger pencacai ini masih ingin mainkan isu lapuk dan fitnah jahat tersebut kerana sudah kekeringan idea dan isu. Mereka tidak mampu untuk menangkis hujah Azmin dengan fakta yang jelas, maka foto lucah ini direka untuk menyenangkan hati mereka sahaja.

Mudah-mudahan penyakit gila babi dan sawan serta gila Blogger seperti ini tidak berjangkit kepada kita sebagai Blogger PR. Biarlah mereka dengan kebodohan dan kedunguan mereka kerana jika mereka cerdik, mereka tidak akan berada bersama golongan APCO itu./wfauzdin.blogspot.com

Posted by WFAUZDIN NS

Inilah Gambar Seorang Haram Jadah yang patut diludah!




Thursday, June 03, 2010-Sukanya dia... inilah rupa Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza tu.

[ERAMUSLIM] Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dini hari Senin (31/5) kemarin ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.

Maron merupakan ketua intelijen angkatan kelautan Israel yang pada awal tahun lalu sempat dihebohkan oleh skandal Go-Go Girls Club dimana Maron tertangkap berpesta di sebuah klab tari telanjang di Tel Aviv.

Marom merupakan peranakan dari ayah China totok yang hidup sebagai pengungsian di Jerman pada masa perang dunia dua, dan ibu keturunan China-Rusia yang memeluk Yahudi. Orang tua Marom pindah ke Israel setelah negara itu berdiri pada tahun 1948. Marom sendiri menikah dengan seorang perempuan Israel keturunan Asia.

Kantor berita Alarabiya (1/6) melansir, Maromlah yang memberikan perintah kepada pasukan AL Israel untuk mencekal dan menyerang kapal Mavi Marmara, dan menewaskan dari 20 orang aktivis kemanusiaan di kapal itu. Meski demikian, kapal Mavi Marmara yang diserang itu ternyata dikabarkan bukan kapal yang dikehendaki Israel.

Akibat peristiwa itu pula, Marom menuai banyak kecaman dari berbagai pihak di dalam negeri Israel dan menuntutnya untuk mundur dari jabatannya. (ags/aby)

Jun 1, 2010

YESSS...!!!! LESEN DAH NAIK HARGA

Tuesday, June 1, 2010-Lesen Memandu pulak yang dinaikkan oleh Kerajaan BN...nasib nasib...
Fomca Kesal Bayaran Lesen Memandu Dinaikkan

KUALA LUMPUR 31 Mei - Sebarang kenaikan kadar bayaran bagi belajar memandu adalah tidak wajar walaupun berlaku penambahan kurikulum baru dalam sistem latihan memandu, kata Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Penasihatnya Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata jika kenaikan kadar bayaran dibenarkan, ia akan membebankan pengguna dan menggalakkan pihak sekolah memandu menaikkan harga sesuka hati mereka.

"Pengenalan kurikulum baru dalam sistem latihan memang perlu untuk memantapkan latihan dan pembelajaran di sekolah memandu, tapi tidak perlu sampai menaikkan harganya," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan yang menjangka kadar bayaran bagi belajar memandu akan meningkat berikutan pengenalan kurikulum baru sistem latihan memandu yang mungkin akan dilaksanakan akhir tahun ini.

Mohd Hamdan berkata kadar bayaran tersebut seharusnya ditentukan oleh pasaran dan persaingan antara pihak sekolah memandu.

"Setakat ini belum ada sebarang kawalan harga oleh sekolah memandu, dan ianya ditentukan oleh pasaran, jadi biarkan pasaran yang menentukan.

"Kalau mahu naik harga sekalipun perlu diteliti sebaik mungkin oleh semua pihak yang berkaitan, bukan tiba-tiba naik harga," katanya.

Bernama

PUSAT ADUAN RAKYAT AMANAH