Apr 30, 2010

MCA DI DESAK KELUAR BN

KUANTAN – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional (BN) daripada terus menuding jari di atas kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ahmad Tajuddin mendakwa kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina tidak hanya di Hulu Selangor tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu juga keadaan sama berlaku.

Menurutnya, pilihan terbaik kepada MCA adalah menarik diri sebagai parti komponen supaya tidak terus membebankan BN dengan kegagalan meraih kepercayaan pengundi Cina.



“Keluarlah dari BN untuk elak daripada terus membebankan parti komponen lain. Jangan menuding jari kepada sesiapa berikutan kegagalan kita sendiri. Sepatutnya mereka mengakui kesilapan bukan menuduh orang lain sebagai penyebab.

“MCA perlu mengaku bahawa mereka tidak lagi diberi kepercayaan daripada kaum Cina. Ia bukan berlaku pada pilihan raya kecil tetapi pada PRU 2008 lalu juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan MCA menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Parlimen Hulu Selangor.

“Dakwaan MCA sekadar untuk menutup kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina. Pada saya ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. MCA gagal meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

Teruskan perjuangan sahabat sahabat Di Ulu Selangor


kenangan bergambar bersama petugas Johor dan petugas Upu Sungai Buaya,Teruskan perjuangan sahabat sahabat Di Ulu Selangor .

Rakyat Undi Pakatan Kerana Barisan Nasional Gagal

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal dengan tuntutan rasis gerakan Perkasa yang mahu kerajaan membekukan peruntukan kepada masyarakat Cina Hulu Selangor.

Khalid berkata Perkasa seharusnya sedar bahawa rakyat memilih Pakatan Rakyat bukan atas dasar warna kulit, tetapi kerana sudah jemu dengan janji kosong dan kecuaian Adun-Adun BN.

"Sokongan yang ditunjukkan di Hulu Selangor amat memberangsangkan. Kita akan kembali dan bekerja bersama rakyat untuk memastikan pembangunan berterusan," Khalid berkata.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali membuat tuntutan itu selepas analisa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor menunjukkan masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat.

Dengan sokongan ini, Pakatan Rakyat walaupun tewas di peringkat Parlimen namun berjaya merampas dua dari tiga DUN di Hulu Selangor.

Khalid berkata sokongan kuat yang ditunjukkan di DUN Batang Kali dan DUN Kuala Kubu Bharu menjadi kayu aras kepada Pakatan Rakyat untuk memantapkan lagi perkhidmatan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

"Kita akan pastikan pengajaran yang kita terima hasil dari interaksi bersama penduduk akan membantu menambahbaik peranan Kerajaan Negeri,"akhiri Khalid.

Apr 23, 2010

Zaid diserang kerana menentang penyelewengan BN

FMT: Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyifatkan serangan bertubi-tubi dari Barisan Nasional (BN) terhadap peribadi Datuk Zaid Ibrahim adalah kerana beliau berani bangun menentang penyelewengan BN demi kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, Datuk Zaid sanggup meletak jawatan sebagai menteri semata-mata kerana beliau melihat BN keterlaluan dalam penyelewengan duit rakyat yang diberikan kepada kroni masing-masing.

Tian Chua yang juga Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat berkata, “Saya berterima kasih kepada Datuk Zaid kerana beliau sanggup bersama-sama mengharungi pelbagai halangan hanya untuk menegakkan keadilan.

“Serangan yang diterima Zaid adalah keterlaluan dan BN sengaja menyebarkan fitnah berikutan beliau merupakan saingan hebat yang mampu mengalahkan mereka (BN),” katanya.

Beliau yang berucap pada perjumpaan bersama rakyat dekat sini semalam berkata, kekuatan Datuk Zaid dan Pakatan Rakyat (PR) adalah hasil sokongan dari semua lapisan masyarakat yang mengetahui ketulusan dan dasar perjuangan PR.

“Rakyat memberi kepercayaan pada PR untuk meraih kemenangan kerana mampu membuat perubahan. “Saya meminta agar orang Hulu Selangor mengundi Datuk Zaid kerana
beliau akan menjadi wakil penduduk untuk melakukan perubahan melalui sokongan daripada kerajaan negeri kelak.

Tambahan beliau, rakyat Hulu Selangor tidak perlu termakan rasuah habuan yang diberikan oleh BN kerana itu semua hanyalah sementara dan segala janji manis yang ditaburkan akan diabaikan setelah BN mencapai kemenangan. Tian berkata, Datuk Zaid bersedia membela rakyat yang telah sekian lama diabaikan dan beliau akan menjalankan tugas yang terbaik dan mengembalikan hak serta keadilan kepada rakyat.

“Datuk Zaid adalah pejuang untuk rakyat dan P. Kamalanathan hanyalah pejuang mengikut telunjuk pemimpin BN yang tidak mampu memberi jaminan pada rakyat,” jelasnya ketika bersama beberapa pemimpin PR.

Apr 22, 2010

Anwar: Kamu Boleh Hukum Saya, Tetapi Kamu Tidak Boleh Lari Dari Fakta

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas pemerintah kerana mempertahankan kerjasama Umno-APCO, yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis.

Anwar berkata tidak pernah dalam sejarah tanahair, Kuala Lumpur berlutut kepada Amerika Syarikat, mengkhianati negara Islam mahupun menaungi unsur-unsur penjajah tanah Palestin, namun ianya berubah dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

"Kamu boleh hukum saya, tetapi kamu tidak boleh lari dari fakta. Jawatankuasa Kira-Kira Awam sendiri pernah membangkitkan kembimbangan terhadap APCO," tegas Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadapkan dengan cubaan pemerintah untuk menggantungnnya selepas pemimpin reformasi itu membongkar hubungan Umno dan APCO. Sebelum itu, Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan di Dewan Rakyat hari ini mengesahkan perlantikan APCO adalah perlu untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.

"Jika benar APCO tidak mempunyai pengaruh, bagaimana mungkin dasar luar negara kita bertukar mendadak?" kata Anwar dan menambah, "saya tidak pernah menafikan hubungan saya dengan Amerika Syarikat, tetapi saya bertegas dalam isu Afghanistan."

"Dasar kita terhadap Iran menunjukkan betapa lemahnya kita. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak pernah berganjak dalam soal Afghanistan dan Palestin," katanya.

Pas Nafi Dakwaan Tak Turun Kempen

PAS menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa pemimpin parti itu tidak turun untuk membantu kempen ceramah di Hulu Selangor.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, PAS sentiasa memberi komitmen membantu merencanakan jentera Pakatan Rakyat (PR) sejak awal lagi.

"Dakwaan itu tidak benar kerana sejak dari awal kita telah menurunkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga pemimpin tertinggi yang lain.

“Mungkin kerana Hulu Selangor ini besar seluas Melaka, jadi kita terpaksa bertebaran setiap malam untuk berkempen," katanya.

Beliau turut menjelaskan jadual yang cukup ketat menyebabkannya tidak cukup masa memenuhi jemputan yang ada.

“Dakwaan itu adalah tidak benar kerana kita telah hadir sejak hari pertama lagi, malah saya sendiri baru pergi ke beberapa buah daerah mengundi sahaja kerana jemputan yang begitu ketat selain masa yang tidak mencukupi,” katanya.

Sementara itu, tokoh disegani ramai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka menyampaikan ceramah perdana pada malam esok.

KEMPEN BERSAMA CALON





Semalam kempen bersama calon di Bandar Sentosa ,beberapa pekara pekara telah di bangkitkan oleh pengundi termasuk isu Pasar yang agak usang.

Apr 20, 2010

NASIB PENDUDUK SUNGAI BUAYA DI TIPU PEMAJU


Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang pengundiaanya akan berlangsung pada 25 April ini pastinya merupakan mimpi ngeri buat Umno dan Barisan Nasional di Hulu Selangor terutamanya bagi pengundi Melayu bagi Felda di situ.

Ini kerana Syarikat Murna Jaya Development Berhad, yang juga proksi Umno didakwa berhutang ratusan ribu ringgit terhadap peneroka Felda di Kampung sungai Buaya, di Hulu Selangor.

Hutang terhadap 363 peneroka itu sejak 16 tahun lalu sehingga ke hari ini gagal dilangsaikan walaupun perjanjian asal itu syarikat berkenaan mesti melunaskan hutang mereka sebelum tahun 1998 lagi.

Kejadian itu mula berlaku apabila satu perjanjian antara 363 peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya terbabit dengan Syarikat Murna Jaya Development Berhad ditandatangani pada 23 Disember 1994.

Perjanjian itu yang disediakan sendiri oleh pihak pemaju didakwa berat sebelah apabila anak-anak penoraka itu dihalang menyemak dan membaca syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Felda Kampung Sungai Buaya, Saidin Busu, 42, berkata, akibatnya perjanjian itu bukan sahaja zalim tetapi menindas peneroka apabila nilai tanah yang mengikut perjanjian asal sepatutnya dijual RM5.20 untuk sekaki persegi tetapi dalam perjanjian yang tertulis hanya RM2.80 iaitu setengah daripada perjanjian asal.

Menurutnya, pihak pemaju pula mendesak agar peneroka yang hampir keseluruhanya warga emas menandatangani sahaja perjanjian itu.

“Pihak pemaju bersikap samseng apabila mengarahkan peneroka ketika itu menandatangani sahaja perjanjian itu secara serentak dalam masa yang singkat selain menghalang anak-anak peneroka daripada membacanya apatah lagi menyemak isi kandungan itu,” katanya kepada erapakatan.com semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Saidin memberitahu, perjanjian itu menyebut Syarikat Murna Jaya Development Berhad perlu melunaskan hutang itu dalam tempoh 36 bulan atau sebelum tahun 1998.

Sehinggalah pada tahun 1999, syarikat itu tetap gagal melunaskan perjanjian itu yang membawa kepada perjanjian kedua.

“Dalam perjanjian ini, syarikat itu mendakwa akan melunaskan hutang mereka yang berbaki ratusan ringgit dalam tempoh 24 bulan atau sebelum tahun 2003.

Namun, kami hairan dari tahun 1999 sehinggalah ke hari ini, kami langsung tidak pernah ditunjukkan perjanjian itu dalam bentuk hitam putih.

Mana perjanjian itu, kami mahu lihat, kalau betul adalah… kerana sehingga tahun 2003 syarikat itu tetap gagal melunaskan hutang mereka yang mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya kesal.

Saidin menjelaskan, setiap peneroka mengikut perjanjian pertama pada Disember 1994 mesti dibayar RM1 juta seorang dan pembayaran pendahuluan oleh syarikat itu hanya dilunaskan RM10,000 ketika itu.

“Bayaran itupun mereka bayar secara ansuran dan sehingga tahun 2003, kami hanya menerima RM 270,000 seorang bagi setiap peneroka dan ada di antara kami menerima kurang daripada jumlah itu.

Tetapi yang pasti, syarikat masih berhutang hampir RM800,000 bagi setiap peneroka dalam perkampungan Felda Kampung Sungai ini,’ katanya.

Tuntut Janji

Sehubungan itu, beliau menuntut Syarikat Murna Jaya Development Berhad yang juga kroni Umno, bekas Menteri Besar (MB) Umno, Mohd Taib, dan kerajaan pusat serta semua bekas MB Umno seperti Khir Toyo, Abu Hassan Omar yang mencengkam negeri Selangor sejak puluhan tahun lalu bertanggung jawab dengan perbuatan mereka ini kerana hutang tetap hutang.

“Kalau kamu tidak selesaikan hutang kamu di dunia ini, ingatlah, azab yang pasti pedih menanti kamu di akhirat sana,” jelasnya.

Sebanyak enam Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Murna Jaya Development Berhad telah dilantik yang ke semuanya merupakan ahli dan penyokong kuat Umno yang bertujuan menjaga kepentingan dan imej mereka di kampung itu sejak tahun 1994.

Sejumlah lima cawangan Umno wujud di perkampungan Felda itu dan lima daripada enam Ahli Lembaga Pengarah Umno itu masih hidup dan kaya raya termasuklah memiliki rumah mewah berbanding peneroka yang terus dihimpit kemiskinan.

Saidin turut menjelaskan bahawa isu hutang dari syarikat kroni Umno-BN itu pernah disiarkan oleh media berkali-kali sebelum ini namun pimpinan Umno dan syarikat itu kekal membisu.

Ditanya apa respon menteri berhubung perkara itu selepas didedahkan oleh media, Saidin dengan nada tegas menjawab hipokrit.

“Pemimpin BN terkenal dengan sikap hipokrit mereka yang suka menabur janji. Tabur janji, janji dan janji kononnya kami akan menyelesaikan masalah anda,’ katanya.

‘Raikan’ kedatangan Rosmah dan Shahrizat

Tinjauan erapakatan.com mendapati isu itu turut diluahkan kepada Menteri Umno, Shahrizat Jalil (gambar) oleh seorang wanita yang bernama Aminah Hussin di laman sosial Facebook.com. di sini

Namun, sehingga berita ini ditulis, Shahrizat gagal membantu masalah itu walaupun Menteri yang bertanggungjawab berhubung kebajikan rakyat dalam kabinet Najib Razak, hadir ke kampung Felda Sungai Buaya beberapa hari lalu bersama Rosmah Mansor yang juga isteri ke dua kepada Najib Razak.

Kira-kira 2,000 pengundi berdaftar wujud di perkampungan ini malah kedatangan Rosmah bersama Shahrizat baru-baru ini ‘disambut’ oleh penduduk dengan kata-kata berikut.

“Sekiranya mahu undi kami ! Selesaikan masalah tanah kami ni ! $$$ pesanan daripada pengund-pengundi Kampung Sungai Buaya,”

Kata-kata itu jelas tertera di simpang utama jalan masuk ke kampung itu yang di pasang beberapa jam sebelum kedatangan pimpinan Umno itu.

Seramai 296 daripada 363 peneroka itu telah meninggal dunia tanpa sempat mengecap nikmat jutawan dan sehingga kini hutang syarikat kroni Umno itu gagal dilangsaikan.

Kes terus tertangguh di mahkamah

Sehubungan itu, 34 daripada 67 peneroka yang masih hidup itu mewakili mereka untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Wakil peneroka yang membawa kes itu ke mahkamah, Jamadi Ahmad, berkata, kes itu kerap tertangguh selama tujuh tahun kerana pihak syarikat kerap menggunakan alasan enggan hadir setiap kali kes itu berjalan di mahkamah

Menurutnya, Mahkamah Shah Alam akhirnya bertegas memutuskan agar wakil syarikat itu hadir dan pada 4 September tahun lalu, kedua-dua pihak iaitu peneroka selaku plaintif dan Syarikat Murna Jaya Development Berhad selaku defendan diberikan tempoh selama setahun setengah untuk berunding berhubung perkara itu.

Dipercayai syarikat itu terpaksa akur dengan kehendak mahkamah hanya selepas cubaan mereka membuat mengemukakan rayuan ditolaj mahkmah sebulan sebelum itu.

Syarikat Murna Jaya berkempen di Hulu Selangor

Jamadi menjelaskan, beliau cukup hairan dengan taktik syaikat itu yang datang menyebarkan penipuan kepada penduduk apabila menyebarkan risalah palsu kononnya semua penduduk terbabit akan diberikan bayaran yang sama dengan semua mereka yang menuntut di mahkamah.

Menurutnya, tindakan syarikat jelas menipu kerana mahkamah telah memberikan tempoh hanya setahun setengah kepada plaintif dan defendan dan ini jelas penipuan terhadap penduduk yang kian marah dengan kerajaan persekutuan.

“Saya ada bukti bahawa pihak Murna Jaya membuat ugutan terhadap kami berhubung isu itu termasuklah melalui tindakan saman dan undang-undang,” tegasnya kepada erapakatan.com.

Pada malam 15 April lalu, risalah itu dikesan disekitar kampung itu yang jelas tertera kepala surat syarikat itu.

Dipercayai perbuatan itu bertujuan bagi meraih sokongan penduduk itu yang pastinya akan mengundi calon Pakatan Rakyat.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa tujuan kami mendedahkan perkara ini kepada media hanyalah untuk memperjuangkan hak kami yang tertindas sejak tahun 1994 lagi dan kami cukup kenal dengan watak-watak penipu di kampung ini yang berpura-pura untuk membantu tetapi pada masa yang sama pengkhianat sebenar kepada bangsa Melayu,” tegasnya.

Menurutnya, mereka berhak untuk mendedahkan nama mereka menerusi media dan menuntut melalui cara ini kerana mempunyai bukti yang kukuh sehingga hak mereka dikembalikan.

“Kami ada kuasa memfailkan semula kes ini kerana mahkamah dengan jelas menyatakan perjanjian yang dibuat bersama bekas peneroka adalah perjanjian jual beli.

Difahamkan syarikat itu sengaja enggan melunaskan hutang mereka kerana dinaungi oleh tiga Menteri Besar Umno sebelum ini masing-masing oleh Mohd Taib, Abu Hassan Omar dan Khir Toyo di mana di zaman ketiga-tiganya hutang syarikat itu tetap gagal dilangsaikan.

Tinjauan erapakatan.com mendapati pejabat syarikat (gambar) itu kini di miliki oleh Felda dan sempena PRK ini ia dijadikan pejabat rasmi Umno-BN yang turut kelihatan bendera rejim itu terpampang jelas di simpang tiga kampung itu.

Malah carian di internet mendapati email syarikat (gambar) itu juga telah dipadamkan.

Sementara itu, Bendahari JKKK di kampung itu, Yusri Sarigat, 34 melahirkan kehairannya bagaimana kerajaan Umno-BN ketika era pemerintahan Moh Taib membenarkan syarikat Murna Jaya membeli dan menguruskan tanah dan pembangunan ketika itu walaupun jelas syarikat kroni Umno itu tidak memiliki sebarang aset.

Sehubungan itu, katanya, peneroka menuntut agar Umno dan BN segera menyelesaikan malsah itu sebelum PRK itu berakhir atau berdepan dengan kegagalan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada pengundian 25 April ini.

‘Jutawan’ teruskan hidup dengan memungut barang lusuh

Sejak peristiwa itu, semua bekas peneroka berkenaan bukan sahaja gagal bergelar jutawan, tetapi kebanyakan daripada mereka kini berstatus muflis dan bankrap selain ada dia antara mereka terpaksa menjual asset seperti rumah dan kereta untuk meneruskan hidup.

Lebih menyayat hati lagi apabila ada dia antara mereka terpaksa memungut barang lusuh seperti tin kosong dan kotak untuk meneruskan hidup.

Anak cadang tubuh jawatankuasa khas

Bagi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, matlamat Allahyarham Tun Abdul Razak yang menggagaskan Felda demi kejayaan orang Melayu tidak menjadi kenyataaan dalam konteks Felda Sungai Buaya.

Menurutnya, jika semua pihak sibuk bercakap soal ketuanan Melayu dan benar-benar mahu menjadi pembela bangsa buktikan kepada peneroka Felda Sungai Buaya yang sudah lebih 16 tahun menjadi mangsa kerakusan dan kezaliman BN.

Felda Sungai Buaya dibuka pada tahun 1964 dengan jumlah peneroka seramai 363 orang dan pendapatan mereka hanya memotong getah.

Jika BN Menang Hulu Selangor: Kerajaan Pas Kedah Ikut Tumbang

Melihat kepada perkembangan semasa, jika BN menang PKR Hulu Selangor, kerajaan Kedah juga akan turut tumbang.

Kedudukan Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Pas kini di hujung tanduk. Jika ADUN PKR yang tiga orang lagi akan ikut jejak Tan Wei Shu ADUN Bakar Arang yang keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas, maka Kerjaan Pas Kedah akan rebah.

Di dewan undangan Kedah pada masa kini, Pas 16 kerusi, PKR 3 dan DAP 1. Sementara BN 14, bebas 2.

Jika 3 ADUN PKR keluar dan mengistiharkan ADUN Bebas mesra BN, maka kerajaan BN Kedah akan ditubuhkan mengikut jejak Kerajaan Perak yang ditubuhkan pada 6 Februari tahun lalu.Namun, MB Kedah Azizan Razak telah memberi amaran,jika 3 ADUN PKR keluar, dia akan membubarkan DUN Kedah, untuk memberi peluang pilihanraya umum negeri.

Di isukan, bahawa sebaik sahaja PRK Hulu Selangor diumumkan dan BN menang, maka 3 ADUN PKR Kedah itu akan mengikuti jejak wakil rakyat Bakar Arang.

Tan Wei Shu merupakan exco kerajaan Kedah yang digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu dan tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Dia mendakwa tindakannya itu diambil kerana "dipermainkan oleh pemimpin parti demi kepentingan individu tertentu".

Tindakan Tan, semalam itu menjadikannya wakil rakyat PKR yang kelapan keluar parti. Sebelumnya, empat ahli parlimen dan tiga Adun parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mengambil tindakan yang serupa.

Tan juga menjadi Adun kedua - selepas Adun Lunas Mohammad Radzhi Salleh - daripada Kedah yang melompat parti sebelum ini.

Ekoran tindakan Tan itu, BN kini lebih hampir untuk mengambil alih Kedah. Dalam kerajaan pimpinan PAS itu, Pakatan kini tinggal 20 kerusi DUN, BN 14 kerusi, manakala bebas dua.

Kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak itu boleh tumbang sekiranya terdapat tiga lagi Adun Pakatan yang mengikut jejak langkah Tan.

Dua Calon Bebas Tarik Diri, Pertembungan Pakatan Rakyat Lawan BN

HULU SELANGOR 19 APR: Selepas calon Bebas, VS Chandran menarik diri dari pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, lapan jam kemudian seorang lagi calon Bebas, Johan Mat Diah pula berbuat demikian.

Ia sekaligus menjadikan saingan kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya melibatkan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dan calon Barisan Nasional, P Kamalanathan.

Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah memutuskan untuk tidak bertanding kira-kira tiga jam selepas melancarkan bilik gerakannya.

Johan mengemukakan borang menarik diri kepada Suruhanjaya Pilihan Raya kira-kira 9.30 malam semalam.

Mengikut portal berita Malaysia Insiders, perkara ini sudah disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Jam 12 tengah malam adalah tempoh akhir bagi mana-mana calon untuk menarik diri.

Apr 19, 2010

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis


Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis berikutan perbuatan liar penyokong UMNO-Barisan Nasional yang membaling botol dan batu serta objek lain hingga menyebabkan cermin kereta pecah dan badan kenderaan itu kemek.

Kejadian pada 17 April lalu itu berlaku terhadap kereta yang dinaiki oleh Ketua AMK Sabak Bernam, Muhammad Abdul Razak bersama tiga rakannya ketika dalam perjalanan ke satu majlis penerangan.

Tindakan itu jelas berlawanan dengan semangat demokrasi sebaliknya menunjukkan sikap berat sebelah pihak berkuasa tertentu apabila melibatkan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

“Masa pemilihan calon jam 11 pagi, kami melalui jalan masuk Kuala Kubu Bahru, jalan tutup. Polis mengarahkan kami melalui jalan penyokong BN. Setibanya di hadapan penyokong BN, kami terperangkap dan terus diserang.

“Ketika itu, polis ada di kiri kanan kami tapi mereka seolah-olah membiarkan penyokong BN menyerang kami, semata-mata kami ada lambang. Kami berasa tidak selamat walaupun ada pihak berkuasa,” kata Muhammad.

Menceritakan kejadian di markas PKR Kuala Kubu Bharu itu, Muhammad kesal kerana kejadian itu berlaku ketika ada lebih 4,000 anggota polis di Hulu Selangor, kononnya bagi menjamin keselamatan rakyat.

Beliau sebaliknya terkilan kerana polis tidak bertindak terhadap samseng-samseng upahan ini dan mendesak pimpinan UMNO- BN supaya bertanggungjawab berikutan kejadian berkenaan.

“Kami mahu pihak BN bertanggungjawab. Kejadian itu seolah-olah ada satu kumpulan yang sengaja mencari mangsa. Kali ini, kami yang kena,” katanya lag

Apr 18, 2010

BUANG YANG KEROH AMBIL YANG JERNIH....KATA UMNO


Umno mengaku pernah berdosa dengan rakyat Selangor ,Buang yamg keroh ambil yang jernih...

PEMUDA UMNO BALING BOTOL DI KAWASAN MASJID SEMASA PENAMAAN CALON




Kerana tahan dengan bina yang ditulis dan laungan UMNO Apco pemuda umno mula bertindak ganas ,botol air berlambang dacing di baling ke arah penyokong pakatan rakyat ,termasuk kereta perugas dari Pkr di pecahkan cermin.

Apr 12, 2010

Pekerja Estet DUN Bagan Pinang Tagih Janji Rumah, Wang Bantuan


BAGAN PINANG 11 APR: Masyarakat India di empat ladang dalam DUN Bagan Pinang kecewa berikutan perumahan sempurna dan bantuan kewangan yang dijanjikan Umno Barisan Nasional (BN) ketika kempen, hanya janji palsu.

Kekecewaan itu kemudian mendorong 67 penduduk di empat ladang berkenaan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

“BN tipu sama kita. Mereka janji mahu beri wang. Dia kata mahu beri rumah di Ladang Siliau, itu pun tidak ada. BN tidak tolong kami, kami susah. BN bagi duit enam bulan sahaja kemudian tidak ada lagi," kata seorang daripada mereka.

Itu luahan Kalimah a/p Kupun yang kecewa dengan tindakan Umno BN selepas dijanjikan 150 rumah melalui projek perumahan kos rendah (PPRT) di Ladang Siliau, mukim Port Dickson tapi tidak ditunaikan sehingga kini.

Malah, beliau berkata bantuan wang tunai berjumlah RM300 sebulan yang dijanjikan kepada penduduk estet cuma dilaksanakan selama beberapa bulan, kemudian dihentikan begitu sahaja.

M Selua Raju pula berang dengan cakap-cakap kosong pimpinan Umno-BN yang menyifatkan kerajaan Pusat hanya memanipulasi kaum India di kawasan tersebut.

“Masa undi, janji mahu bagi RM300 tapi sudah menang terus stop (henti). BN tipu semua orang. BN semua kaki tipu. Masa mahu undi macam-macam cakap tapi selepas itu tidak datang jenguk lagi," katanya.

N Tamil Maran pula mempersoal siapa yang mengaut keuntungan terhadap tanah 15 ekar – lokasi yang sepatutnya didirikan 150 rumah PPRT kepada penduduk empat ladang estet.

“Kita tanya sama ketua-ketua MIC, berapa mereka dapat tapi semua diam saja. Kalau dapat wang dapat, beri pada sekolah atau surau. Kawasan ini lebih kurang 15 ekar, RM20,000 boleh dapat,” katanya.

Lantaran itu, M Selua berharap pengundi Hulu Selangor berwaspada supaya tidak mudah terpedaya dengan mulut manis pimpinan Umno-BN.

“Orang Hulu Selangor, jangan beri BN menang tapi lebih baik sokong PKR. Sekarang orang BN mesti sibuk cuci otak orang Hulu Selangor. BN selalu cakap macam-macam untuk menang. MIC memang kaki tipu," katanya.

Apr 8, 2010

15 PENIAGA GERAI DI AIR HITAM JB YANG DI ROBOHKAN OLEH PIHAK MAJLIS BERHASRAT NAK JUMPA MB



Perjumpaan saya dengan peniaga peniga tapak medan bahagia Jalan kluang Ayer hitam Johor yang dirobohkan pada 28Hb Dis berhasrat nak jumpa Mb Johor ,setelah mereka cuba berunding dengan Wakil rakyat mereka menemui jalan buntu,akhir nya jawatan kuasa yang di tubuhkan mengunakan Pusat aduan rakayat untuk bawa isu ini.kami semua ahli umno tapi kenapa di layan begini rupa oleh pemimpin kami.

Apr 7, 2010

Beribu risalah Dan Vcd di Tabur di Kawasan Masjid dan Sekolah


Pilihanraya kecil diulu selangor tapi kecoh di Pasir gudang pada sebelah pagi tadi gempar vcd dan risalah yang memburukkan datuk seri Anwar dan datuk Nizar di tabur kaw masjid dan sekolah serta risalah Harunssani kesal dengan sikap Pas.

Apr 1, 2010

Demokrasi telah terkubur dalam Negeri Perak

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Remis Nga Kor Ming (DAP-PR) hari ini melahirkan perasaan kesal bahawa demokrasi telah terkubur dalam Negeri Perak memandangkan apa yang berlaku sempena persidangan Dewan Negeri kali ini yang hanya berlangsung setengah hari sahaja.
Nga melahirkan perasaan kesal yang tidak terhingga kerana semua ADUN pakatan Rakyat telah bersiap-sedia untuk membawa isu dan masalah rakyat pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini untuk mencari jalan penyelesaian tetapi hak dan niat suci mereka telah dinafikan dengan ala kuku besi.
Nga Kor Ming dalam kenyataan medianya berkata, Pakatan Rakyat meminta persidangan Dewan Negeri berlangsung lima hari supaya semua 59 orang wakil rakyat dari seluruh Negeri mempunyai masa yang cukup untuk membahas titah Ucapan Diraja dan mengutarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam kawasan masing-masing. Akan tetapi, permintaan yang cukup munasabah tersebut telah ditolak tanpa sebab oleh Kerajaan Negeri sebaliknya persidangan Dewan Negeri hanya diadakan tidak lebih dari 5 jam sahaja.
Nga, yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, beliau merujuk kepada perintah tetap Dewan Negeri tetapi haknya untuk membaca perintah tetap juga dicabul oleh Speaker BN, R, Ganesan, walaupun ia jelas termaktub dalam perintah tetap Dewan jika Ahli Dewan membaca perintah tetap, semua pihak perlu menghormati peraturan Mesyuarat tersebut.
Nga bertanya, "semua pembesar suara 28 orang ADUN Pakatan Rakyat Perak telah ditutup sepanjang masa, kita tidak boleh berucap, tidak dibenarkan tanya soalan tambahan, tidak boleh bahas titah Ucapan Tuanku, tidak boleh baca peraturan dan tidak boleh kemukakan usul, maka apa guna kita duduk dalam Dewan kuku besi sebegini?"
Nga berkata, selama tiga penggal beliau menjadi wakil rakyat sejak 1999, persidangan kali ini adalah antara yang paling teruk dari segi amalan Demokrasi dan hak-hak Ahli Dewan PR telah dicabul dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya ADUN Barisan Nasional mendapat layanan istimewa.
Nga Kor Ming pada persidangan kali ini membangkitkan perintah tetap perkara 3, 4 dan 6 mempertikaikan keesahan perlantikan R. Ganesan kerana perlantikan beliau tidak pernah mematuhi undang-undang dan tidak pernah dapat restu Ahli Dewan dengan undi bersurat sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan Negeri.
Media dikurung di galeri Orang Awam: Amalan anaktiri
Nga juga membidas pihak pentadbiran Barisan Nasional kerana mengkurung pihak media di galeri orang awam di tingkat tiga dan mengakibatkan pihak media tidak dapat membuat laporan liputan media dengan telus dan tepat. Beliau berkata, "kebanyakan media dikurung di bilik atas dengan pembesar suara ADUN Pakatan semua ditutup supaya pihak media tidak dapat dengar hujah ADUN Pakatan Rakyat. Sila tepuk dada, Tanya imam, adakah ini adil dan saksama?"
Nga Kor Ming (gambar kanan) juga mempersoalkan keputusan Zambry Bin Abdul Kadir yang memendekkan persidangan Dewan hingga kurang dari satu hari kerana ia adalah jelas kerajaan Negeri dibawah BN takut bahawa kemungkaran dan kelemahan pentadbiran mereka akan terdedah jika ADUN PAKATAN RAKYAT dibenar untuk membahas.
Selain itu, Nga Kor Ming berkata, tohmahan Zambry bahawa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat pernah menawarkan beliau jawatan Menteri Besar Perak sebelum Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menyandang jawatan tersebut adalah satu kisah penglipur lara yang hanya sekadar bahan ketawa sahaja. "Jika benar, sila tunjukkan bukti dan ulangi di luar Dewan, jangan berlagak lempar batu, simpan tangan," kata beliau.
*Kenyataan media oleh Nga Kor Ming selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Remis, Perak.