Mar 29, 2010

uisu setinggan Pinggiran Kempas dibawa ke Parlimen


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) membawa isu pengabaian hak rakyat mengenai perobohan beberapa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran Kempas, Johor Baharu ke Dewan Rakyat, petang ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta Kerajaan Negeri Johor tampil membuktikan bahawa mereka ikhlas dalam memperjuangkan hak-hak rakyat, khususnya kepentingan yang membabitkan orang-orang Melayu.

Tengah hari tadi, tindakan Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) meroboh beberapa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran Kempas tanpa memberi wang pampasan kepada penduduk terbabit dibawa ke lobi Parlimen.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Setinggan Kempas, Ramli Haji Ibrahim ( mendakwa bahawa setiap keluarga terbabit berhak untuk mendapat sekurang-kurangnya RM30,000 daripada pihak berwajib kerana mereka bertanggungjawab membuka dan memugar tanah kampung setinggan itu, yang dahulunya merupakan hutan rimba.

“Kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan menteri-menteri lain, turunlah padang (dan) tengok (kesusahan) kami, di mana kami duduk sekarang.

“Kenapa kami tidak diberikan sesen pun, tidak seperti (penduduk setinggan) di Berembang (sedangkan) dari hutan rimba kami buka (kampung), berilah sekurang-kurangnya RM30,000 sagu hati bagi setiap keluarga,” katanya.

Ujarnya lagi, tindakan PTDJD mengusir rakyat, yang kebanyakannya terdiri oleh orang-orang Melayu adalah keterlaluan kerana kebanyakan mereka membina penempatan di tanah terbabit sejak 20 tahun yang lalu.

Selaku koordinator bersama-sama Ramli, Suhaizan Kayat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat berkata, sebanyak tujuh buah rumah dan lima buah kedai telahpun dirobohkan sejak Rabu lalu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Johor memaklumkan bahawa PTDJB bercadang merobohkan 20 buah rumah setinggan berbaki tiga hari lagi.

Manakala, Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, kerajaan Persekutuan dicabar untuk campur tangan dalam kes tersebut lalu memberikan ‘wang ehsan’ kerana tanah setinggan itu sebenarnya di bawah pemilikan Kementerian Kesihatan Sumber harakah

Sekitar ceramah Ust Shahril Long di JB


Kejayaan menakjubkan buat Soi Lek tawan mahkota MCA

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Ia merupakan kejayaan menakjubkan yang dicapai Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, apabila beliau berjaya mengharungi pelbagai rintangan satu persatu sebelum beroleh kemenangan akhirnya semalam, menjadi presiden parti MCA selepas menumbangkan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting.
Walaupun selepas meletak jawatan sebagai menteri kesihatan dan berundur daripada semua jawatan dalam parti pada bulan Januari 2008 ekoran tercetus skandal DVD seks, beliau berjaya “kembali” ke arena politik nasional dalam pemilihan parti Oktober 2008.
Ketika itu Dr Chua berjaya menumbangkan setiausaha agung parti Datuk Seri Ong Ka Chuan, yang juga abang kepada presiden parti Tan Sri Ong Ka Ting dalam pertarungan empat penjuru.
“Walaupun berada di luar daripada jentera pentadbiran kerajaan, dan tanpa sebarang kedudukan dalam parti di peringkat nasional, Dr Chua berjaya menewaskan Ka Chuan dan tiga lagi calon ketika itu,” kata seorang penyokong Dr Chua dari kawasannya di Johor.
“Kali ini dia tampil kembali, berentap dalam pertarungan yang cukup sengit dan menumpaskan Ka Ting serta penyandang, Tee Keat. Dia menumpaskan Ong dua bersaudara yang dianggap kuasa dominan dalam parti. Dia juga berjaya menewaskan penyandang presiden,” tambahnya.
Sementara itu Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berjaya mempamerkan kehebatannya pada pemilihan ini apabila beliau dipilih sebagai timbalan presiden, menewaskan seorang lagi bekas naib presiden Datuk Seri Kong Cho Ha yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“Tidak ramai yang yakin dengan kemampuan Liow pada mulanya kerana ramai yang menganggap bahawa Kong menjadi pilihan. Bagaimanapun nampaknya Liow berjaya mengatasinya,” kata seorang perwakilan dari bahagian Bentong.
Pemilihan bagi jawatan dalam jawatankuasa pusat pula menyaksikan keputusan yang bercampur, dengan penyokong Dr Chua memperolehi dua dari empat jawatan naib presiden menerusi Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Datuk Donald Lim.
Dua lagi terdiri daripada Datuk Chor Chee Hueng yang dikatakan menyokong Ka Ting, dan Gan Peng Shieu yang merupakan penyokong Tee Keat.
“Jika dilihat kepada senarai anggota jawatankuasa pusat, jelas tiada corak tertentu. Mesejnya jelas bahawa perwakilan tidak mahu satu-satu pihak tertentu menjalankan peranan mereka secara sendiri. Mereka percaya pemimpin kali ini tidak boleh memainkan peranan yang boleh memecah belahkan parti, kerana perwakilan boleh melihat dengan jelas siapa yang mahukan perpaduan dan siapa yang ingin memecahbelah parti,” kata Dr Ng.
Dari segi pemilihan anggota CC, ia menyaksikan campuran antara tiga pihak dengan sekurang-kurangnya 12 daripada mereka dikatakan menyokong Ka Ting, lapan penyokong Dr Chua dan lima lagi penyokong Tee Keat.
Ia termasuk Ka Chuan, yang dipilih menganggotai CC selepas kalah dalam perebutan ke jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti lepas kepada Dr Chua.
“Dua daripada tiga anggota CC yang menerima undi tertinggi adalah dari kalangan mereka dikenali mempunyai hubungan dengan Tee Keat. Oleh itu satu perkara yang menarik untuk melihat bagaimana presiden parti yang baru dapat menyusun semua mereka yang berjaya dipilih menganggotai untuk bekerjasama sebagai satu pasukan,” kata satu sumber dalaman parti.
Namun begitu walaupun memiliki jumlah anggota CC yang kurang menyokongnya, presiden parti masih mempunyai hak mutlak untuk melantik lapan lagi anggota jawatankuasa itu.
Bagaimanapun bagi kebanyakan penganalisis politik, adalah satu perkara yang menarik untuk melihat siapa yang akan dilantik oleh Dr Chua sebagai setiausaha agung, bendahari agung dan setiausaha penganjur nasional.
Ini kerana semua tiga pemegang jawatan semasa — Datuk Wong Foon Meng (setiausaha agung), Tan Sri Tee Hock Seng (bendahari agung) dan Simon Lim (setiausaha penganjur) dilantik oleh Tee Keat.
“Ada desas desus mengatakan bahawa Datuk Seri Tan Chai Ho dijangka menjadi calon untuk jawatan setiausaha agung sekiranya Dr Chua memutuskan untuk tidak mengekalkan pemegang jawatan sedia ada,” kata satu sumber dalaman parti.
Selain itu adalah perkara menarik juga untuk melihat sama ada ketua pergerakan wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun akan mengotakan janjinya sebelum ini, yang beliau akan meletak jawatan sekiranya Dr Chua dipilih sebagai presiden parti. — Bernama

Nik Aziz tolak sidang Dewan Undangan Negeri khas bincang konflik istana

MACHANG - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menolak cadangan menganjurkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi membincang dan menyelesaikan konflik istana.

Katanya, tindakan mengadakan sidang DUN khas itu tidak membantu menyelesaikan masalah, malah akan memburukkan lagi keadaan.

“Masalah Istana adalah masalah teknikal dan perlu diselesaikan dengan berhemah. Ia adalah isu yang berkaitan kesayangan orang Melayu. Kita selesailah cara diam (baik). Kalau tidak, terpaksalah menggunakan Perlembagaan.

“Rakyat jangan mudah melatah. Bertenang dan marilah sama-sama kita berdoa agar masalah ini selesai secepat mungkin," katanya ketika diminta mengulas cadangan Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan agar sidang DUN khas diadakan bagi membincangkan kemelut istana.

Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kilang Nutraseutikal dan Memeterai Perjanjian Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd dan Global Biotech Produce Sdn Bhd di Labok, dekat sini.

Turut hadir adalah Exco Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Mustafa Salleh.

Dalam masa yang sama, Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, turut mengajak rakyat bersama-sama mendoakan Sultan Kelantan kembali pulih dari kegeringan.

“Pada pandangan saya, Tuanku masih gering dan untuk kembali sihat seperti sedia kala, baginda memerlukan masa. Saya berharap, seluruh rakyat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda.

“Buat sementara waktu tampuk pemerintahan diserahkan kepada Tengku Mahkota (Tengku Muhammad Faris Petra) dan saya percaya baginda mampu memandu Kelantan secara rohani dan fizikal,” katanya. SUMBER SINAR

PAK LAH MINTA BN JANGAN BERBALAH REBUT HULU SELANGOR

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menghentikan perbalahan dalam menentukan calon untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Katanya, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah calon itu mesti diyakini mampu merampas kerusi itu dari Parti Keadilan Rakyat.

“Semua pihak juga perlu memastikan kerja dijalankan atas semangat muafakat dan berusaha sebaik mungkin untuk merampas kembali kerusi Parlimen itu," katanya.

Isu calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor timbul apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mencadangkan timbalannya, Datuk G. Palanivel sebagai calon di kawasan yang pernah diwakilinya selama tiga penggal sebelum ini.

Pada masa sama, nama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib turut disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk bertanding kerusi tersebut.

Mar 27, 2010

Umno dan MIC Berebut Kerusi Hulu Selangor

Belumpun kering tanah bersemadinya Allahyarham Zainal Abidin Ahmad, Umno dan MIC dilaporkan bergelut merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Portal The Malaysian Insider melaporkan Umno Bahagian Hulu Selangor mahu calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil akan datang, manakala MIC telahpun mencalonkan timbalan presiden G Palanivel.

Palanivel adalah Ahli Parlimen Hulu Selangor dari 1990 sehinggalah beliau ditewaskan oleh Zainal dalam PRU12 2008.

Akar umbi Umno turut dilaporkan yakin Hulu Selangor adalah milik BN sekiranya bekas Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon BN.

Masyarakat Melayu mewakili 53.9 peratus dari 60,000 pengundi, manakala pengundi Cina sekitar 26.7 peratus dan India 19 peratus.

Mar 26, 2010

BN Terpaksa akur, Berdepan Pilihanraya kecil

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional terpaksa juga akur dan perlu berdepan dengan pilihanraya kecil walau telah berulang kali mengelakkan dari pilihanraya kecil sebelum ini.
Menurut Badrul Hisham Shaharin BN hanya gah di media arus perdana, buktinya banyak pilihanraya kecil yang Bn harus hadapi tetapi dielakkan sebaik mungkin.
"Contohnya Pilihanraya di Perak, Pilihanraya Kecil Kota Seputih, Kedah dan terbaru Pilihanraya Titi Tinggi di Perlis.
"Namun kali ini tidak dapat dielakkan ekoran Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia selepas mengalami barah otak sejak sekian lama," kata Badrul dalam blognya.
Menurut Badrul, berdasarkan logik akal permainan sentimen Ketuanan Melayu sudah hampir pasti kerusi Hulu Selangor ini akan ditandingi oleh Umno.
"Itupun jika Umno tidak hipokrit dengan sentimen ketuanan Melayunya. Ini kerana mana mungkin atas nama ketuanan Melayu Umno kerusi tersebut yang majoriti pecahan pengundinya Melayu diserahkan oleh 'geng ketuanan Melayu' kepada kaum lain," jelas Badrul dalam blognya.
Untuk rekod, pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.
"kalau ikut pecahan kaum jika tidak meletakkan Umno maka Mca yang paling layak bertanding.
"Meletakan calon bagi Bn amat rumit kerana ini akan membuktikan 'belang hipokrit' sebenar Umno Bn. Nak jaga undi India di seluruh negara maka kena letak calon India tetapi berdepan dengan kekalahan dan maka terbukti juga perjuangan ketuanan Melayu hanya retorik kerana menghantar calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu pengundinya," kata Badrul lagi.
Badrul berkata, begitulah konflik bakal berlaku kerana mereka bermain dalam trek perkauman sempit.
"Namun bagi Pakatan Rakyat tidak susah meletakkan calon ini kerana kerusi itu bukan milik kuota mana - mana kaum tetapi calon bakal dipilih berdasarkan 'kopitensi' individu memberikan khidmat kepada rakyat dan faktor kemenangan yang wujud," jelas beliau.
Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.
Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.
Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.
Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional terpaksa juga akur dan perlu berdepan dengan pilihanraya kecil walau telah berulang kali mengelakkan dari pilihanraya kecil sebelum ini.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, BN hanya gah di media arus perdana, buktinya banyak pilihanraya kecil yang Bn harus hadapi tetapi dielakkan sebaik mungkin.

"Contohnya Pilihanraya di Perak, Pilihanraya Kecil Kota Seputih, Kedah dan terbaru Pilihanraya Titi Tinggi di Perlis.

"Namun kali ini tidak dapat dielakkan ekoran Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia selepas mengalami barah otak sejak sekian lama," kata Badrul dalam blognya.

Menurut Badrul, berdasarkan logik akal permainan sentimen Ketuanan Melayu sudah hampir pasti kerusi Hulu Selangor ini akan ditandingi oleh Umno.

"Itupun jika Umno tidak hipokrit dengan sentimen ketuanan Melayunya. Ini kerana mana mungkin atas nama ketuanan Melayu Umno kerusi tersebut yang majoriti pecahan pengundinya Melayu diserahkan oleh 'geng ketuanan Melayu' kepada kaum lain," jelas Badrul dalam blognya.

Untuk rekod, pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

"kalau ikut pecahan kaum jika tidak meletakkan Umno maka Mca yang paling layak bertanding.

"Meletakan calon bagi BN, amat rumit kerana ini akan membuktikan 'belang hipokrit' sebenar Umno BN. Nak jaga undi India di seluruh negara maka kena letak calon India tetapi berdepan dengan kekalahan dan maka terbukti juga perjuangan ketuanan Melayu hanya retorik kerana menghantar calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu pengundinya," kata Badrul lagi.

Badrul berkata, begitulah konflik bakal berlaku kerana mereka bermain dalam trek perkauman sempit.

"Namun bagi Pakatan Rakyat tidak susah meletakkan calon ini kerana kerusi itu bukan milik kuota mana - mana kaum tetapi calon bakal dipilih berdasarkan 'kopitensi' individu memberikan khidmat kepada rakyat dan faktor kemenangan yang wujud," jelas beliau.

Terdahulu, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.

sumber

AIR MATA KEMPAS JOHOR



Mar 25, 2010

SEKITAR GAMBAR SETINGGAN KEMPAS YANG DIROBOHKAN







Ekoran bantahan penduduknya hari ini, operasi meroboh rumah setinggan di Kampung Desa Pinggir, Kempas di Johor Bahru ditangguhkan selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

Ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat (foto) berkata, operasi perobohan itu dilakukan oleh petugas dari Pejabat Tanah Johor Bahru pagi tadi.

Menurutnya, pihak berkuasa juga bersetuju untuk menyambung semula bekalan elektrik yang diputuskan pagi tadi.

Berikutan itu, katanya, operasi perobohan tersebut dihentikan pada kira-kira jam 6 petang ini.

Pagi tadi, kira-kira 200 aktivis dan penduduk kampung berkenaan berhimpun untuk mempertahankan rumah di situ daripada dirobohkan oleh Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru.

Mereka berkumpul di situ kira-kira jam 10 pagi untuk mempertahankan kira-kira 35 buah rumah di situ, kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

Mereka membuat 'rantai manusia' untuk menghalang pekerja pejabat tanah berkenaan serta jentera lain daripada masuk ke situ.

Sehingga jam 10.45 pagi tadi, kira-kira 10 buah rumah kosong kerana
penghuninya telah berpindah ke projek perumahan rakyat (PPR) di Kempas, kira-kira satu kilometer dari situ.

Menurutnya, selain Kampung Denai Pinggiran, operasi perobohan itu juga dilancarkan di dua buah lagi kampung setinggan - Kampung Seri Rahmat 1 dan Seri Rahmat 2.

Bagaimanapun, katanya, rumah-rumah di kedua-dua kampung tersebut telahpun dikosongkan oleh penghuninya yang sudah berpindah ke PPR di Kempas - kecuali satu dua buah rumah yang masih berpenghuni.

Sebuah daripadanya ialah rumah milik pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk setinggan Kempas, Ramli Ibrahim di Kampung Seri Rahmat 2 (foto).

Suhaizan memberitahu rumah Ramli telah dirobohkan pada jam 11 pagi tadi ketika Ramli dan lima anggota keluarganya masih berada di dalam rumah mereka.

Sebelum dirobohkan, katanya, anggota polis telah menarik keluar Ramli dan anggotanya dari rumah itu.

Sehingga jam 11.50 pagi tadi, katanya, ada sebuah jentolak sedang bersiap untuk masuk ke Kampung Denai Pinggiran untuk melakukan kerja-kerja perobohan.

Bagaimanapun, penduduk dan aktivis di situ menghalang laluan jentolak tersebut.

Ketika dihubungi petang ini, Suhaizan berkata, jentolak berkenaan bagaimanapun, berjaya merobohkan 10 buah di kampung itu selepas mengambil jalan lain untuk ke situ.

Kejadian itu, katanya, berlaku antara jam 12 tengahari hingga 2 petang tadi.

Ekoran bantahan penduduknya hari ini, operasi meroboh rumah setinggan di Kampung Desa Pinggir, Kempas di Johor Bahru ditangguhkan selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

Ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat berkata, operasi perobohan itu dilakukan oleh petugas dari Pejabat Tanah Johor Bahru pagi tadi.

Menurutnya, pihak berkuasa juga bersetuju untuk menyambung semula bekalan elektrik yang diputuskan pagi tadi.

"Terdapat 24 rumah lagi yang berpenghuni yang belum dirobohkan. Setakat ini juga, tidak ada sebarang tangkapan," katanya sambil menambah anggota polis turut dihantar untuk mengawal keadaan di situ.

Menurut Suhaizan (foto), sehingga jam 3.30 petang ini, para petugas pejabat tanah masih lagi berada di situ.

Pada masa ini, katanya, mereka berhenti sekejap untuk berbincang dengan seorang pemimpin Umno cawangan yang mana kedainya juga terbabit dalam operasi perobohan tersebut.

Bagaimanapu, kedai pemimpin Umno tersebut turut dirobohkan bersama empat lagi kedai di situ.

Mar 23, 2010

SETINGGAN KEMPAS UBAH ATAU TERUS DI TIPU




Pada 23.03,10 ceramah pada sebelah malam dikawasan setinggan saya berpesan kepada warga setinggan Kempas ubah atau terus ditipu oleh Kerajaan BN ,Wakil rakyat tuan tuan hanya ingat ketika Pilihanraya sahaja ,Nasib Setinggan kempas sama sahaja dengan Penduduk Plentong di tipu oleh BN .

Ahli Parlimen PR, BN Setuju '916' Bukan Lagi Isu.

KUALA LUMPUR, 22 MAC - Wakil-wakil rakyat BN dan pembangkang menganggap pelan peralihan kuasa yang dibangkitkan oleh wakil rakyat bebas Zahrain Mohamed Hashim, bukan isu yang perlu dihebohkan atau mempunyai kesan langsung kepada politik negara hari ini.

“Tiada asas, apa yang berlaku pada waktu itu ialah satu gerakan dalaman Umno yang bergerak untuk menjatuhkan kepimpinan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada masa itu, itu satu benda yang tidak boleh dinafikan.

“Pertama sekali berdasarkan beberapa kenyataan-kenyataan tidak puashati terhadap kepimpinan Pak lah pada masa itu dan perbahasan di Parlimen oleh wakil-wakil dari Sabah, protes dari beberapa orang wakil Sabah yang dilantik untuk jawatan sekurang2nya Timbalan Menteri untuk menolak tawaran itu, itu protes terhadap PakLah dan Umno Barisan Nasional.

“Saya nak katakan apa yang berlaku untuk 16 September bukan dari pembangkang dan sebagainya tetapi daripada dalaman Umno yang cuba menjatuhkan kepimpinan Pak Lah pada waktu itu. Ia satu sejarah yang tidak boleh dinafikan ada dalam negara kita,”kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz omar.

“Nama-nama yang didedahkan merupakan nama-nama yang digunakan pihak berkenaan untuk menyakinkan, saya juga sempat berjumpa beberapa Ahli Parlimen, mereka katakan pernah diberi janji dan tuduhan contohnya Yang DiPertuan Agong telah perkenan..dikatakan beberapa Ahli Parlimen akan melompat dan mereka tolak bulat-bulat...dan kalau betul seperti apa itu berlaku dan mereka masih tidak melompat ke sebelah sana, saya kagum kerana ini menunjukkn kesetian mereka kepada Barisan Nasional,”kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zahrain Rabu lalu mengemparkan semua pihak dengan mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) diantara nama yang dipetik Zahrain dalam usahanya menyerang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Parlimen sepanjang tiga hari berturut-turut.

Meskipun Umno mendapat peluru baru untuk menyerang gagasan pembangkang, namun pemerhati politik berpendapat impak tuduhan Zahrain tidak meninggalkan luka pada tubuh Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Apa yang berlaku sekarang ini agak ganjil, sebab benda ini pun Umno buat kenapa sekarang kata orang lain tak boleh buat dan macam-macam lagi? Membabitkan Yang DiPertuan Agong dan angkatan Tentera dan sebagainya, mana ada bukti? Isu yang membuang masa, isu yang tidak logik dan tidak masuk akal sebenarnya, benada yang saya pelik dengan orang yang buat laporan polis dan Ibrahim Ali cadang hendak buat suruhanjaya sedangkan mereka pun buat. Menjatuhkan kerajaan lawan dia(Umno) kemudian membeli memujuk dan melompat..benda ini dibenarkan, apa salahnya ?,"kata Penganalisis Politik, Prof. Dr Abdul Aziz Bari.Sumber

Mar 21, 2010

Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang



Demi laba politik, kerajaan Datuk Seri Najib Razak menyimpang dari matlamat membantu negeri-negeri miskin di pantai timur melalui hasil khazanah petroleum seperti yang dirancang oleh bapanya Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Hakikat ini didedahkan dalam Forum Royalti Minyak Hak Perlembagaan? hari ini oleh Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang membentangkan bagaimana Tun Abdul Razak mahu Petronas dituibuhkan demi membangunkan Pantai Timur.

"Tun Razak berkata, walau apapun, kita perlu wang minyak itu untuk Pantai Timur. Jadi saya pun cuba lakukan apa yang dianggap mustahil dan saya siapkan draf (undang-undang Petronas) dan menhantarnya ke Jabatan Perdana Menteri untuk dinilai," katanya.

Beliau menerangkan konsep asas perjanjian minyak antara Petronas dan kerajaan negeri ialah pemberian royalti 5 % kepada kerajaan negeri kerana menyerahkan hak pengurusan hasil minyak kepada Petronas.

Malah Akta Pembangungan Petroleum 1974 ditulis sebegitu rupa untuk memberikan lebih peluang kepada anak-anak negeri di pantai timur mendapat manfaat hasil bumi negeri mereka.

Tengku Razaleigh berkata, pada semangatnya amalan pengagihan hasil petroleum di Terengganu sebelum ini tidak menghadapi sebarang masalah ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.

"Akhirnya semua negeri bersetuju memberi hak petroleum kepada kita tetapi sebagai ganti mereka dapat 5% atas hak untuk petroleum di luar pantai yang mereka beri kepada Petronas . Mudah. Saya tak faham kontroversi ini kerana berdasarkan keadaan ini, Terengganu dibayar berbillion dollar. Tetapi bila tahun 99, PAS menang, bayaran dihentikan. Kerajaan Negeri diberi wang ehsan duit itu disalurkan pada agensi kerajaan. Saya pelik kerana tiada apa dalam peruntukkan undang-undang ini yang megatakan kerajaan Persekutuan boleh campur isu negeri," jelas beliau.

Cubaan Kerajaan Umno BN ini dilihat sebagai tindakan menghalang usaha pembangunan kerajaan Negeri yang tidak ‘sehaluan politik’ dengan mereka.

Tengku Razaleigh juga mempertikaikan mekanisme kewangan yang cuba digunapakai di Kelantan berhubung isu royalti petroleum kerana ketelusan dan keberkesanannya seperti apa yang berlaku dalam amalan ‘wang ehsan’ di Terengganu.

"Tapi kita lihat apa yang berlaku di Terengganu, penyalahgunaan, korupsi, kerana ia tidak bertanggungjawab. Hampir 20 bilion dibelanjakan dalam wang ehsan. Kerajaan Negeri Terengganu walau telah disambung pemberian wang ehsan tidak bersetuju memerima baki royallti kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan penyalahgunaan wang ehsan selama 5 tahun ini. Buat stadium, runtuh, bus stop, runtuh, swimming pool, bocor," katanya.

Seorang lagi ahii Panel, Tommy Thomas, yang juga peguam dalam kes royalti minyak Terengganu mendedahkan bahawa perkara ini hanyalah penderaan politik oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi contoh pengalaman Terengganu.

"Nov 99, selepas pilihanraya umum, Pas telah menang di Terengganu tapi selepas Mac 2000, tiada bayaran royalti diberikan. Kita boleh pergi kepada September 2000. Tiada asas undang-undang untuk hentikan bayaran tetapi ia keputusan politikal yang dibuat oleh Mahathir sebelum itu untuk halang PAS dari dapat bayaran," jelasnya.

Mar 20, 2010

Isu arak di parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak, terduduk

KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.

Mar 19, 2010

Ku Li Kecewa Jasanya Dibalas Kemarahan



PASIR PUTEH, 19 MAC — Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan kecewaan kerana jasanya menubuhkan agensi itu tidak dikenang bahkan “dimarahi” disebabkan pendiriannya menyokong kerajaan PAS Kelantan menuntut isu royalti minyak.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata beliau menyokong tuntutan itu kerana menganggap pemberian wang ihsan (bukan royalti) oleh kerajaan pusat satu tindakan yang tidak tepat seolah-olah mengambarkan sebagai “peminta sedekah”.

“Mengikut undang-undang yang saya rangka dan masih dipakai sehingga sekarang Kelantan patut mendapat royalti minyak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Agama Saniah di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata beliau menubuhkan Petronas kira-kira 37 tahun lalu atas arahan bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mempunyai telaga minyak.

Katanya Razak mahukan beliau merangka satu draf undang-undang supaya negeri-negeri itu akan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus sekiranya telaga minyak dijumpai berhampiran dengan sesebuah negeri itu tanpa menyebut jarak dari pantai.

Menurutnya hasil penubuhan itu Petronas menyumbangkan RM75 bilion setahun kepada kerajaan pusat iaitu 42 peratus daripada pendapatan punca hasil negara. — Bernama

Mar 18, 2010

NASIB PENEROKA BANDAR DI SELANGOR TERBELA DI BAWAH PAKATAN



Johor Bahru sebuah bandaraya tersergam megah turut mempunyai masalah setinggannya yang tersendiri. Untuk berkongsi pengalaman Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor menangani isu peneroka bandar dan setinggan, PAS Kawasan Johor Bahru telah menjemput Saari menyampaikan ceramah dengan memberi fokus kepada isu peneroka bandar dan setinggan. Saari telah mengupas dasar dan kebijaksanaan Pakatan Rakyat Selangor menangani kes-kes setinggan Kg Berembang, Rimba Jaya dan paling terperinci diulas oleh Saari adalah kejayaan kerajaan negeri mengurus dan menyelesaikan masalah setinggan Bukit Botak.

Saari juga turut berkongsi pengalaman beliau sendiri menangani kes-kes peneroka bandar dan setinggan di Hulu Kelang seperti kes Kg Batu 8, Kg Warisan dan Kg Fajar. Tidak ketinggalan juga diulas adalah tentang pemindahan setinggan yang tertangguh ke Sg Sering dari Bukit Cheras dan Sri Nilam Ampang dan kes-kes pemulihan projek-projek terbengkalai di negeri Selangor.

Turut menyampaikan ceramah adalah YDP PAS Kawasan Johor Bahru, En Rosli Kemin (di sebelah kanan Saari) dan Syed Othman (berbaju putih hijau)

UCAPAN SULUNG MP BEBAS ZAHRAIN SERANG ANWAR

KUALA LUMPUR, 17 Mac — Sidang Dewan Rakyat yang masuk hari ketiga hari ini hangat apabila Ahli Parlimen Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim mengecam bekas ketuanya sambil meluahkan rasa kecewa beliau dan mendakwa PKR menjadi “hamba” kepada DAP.

Dalam ucapan sulungnya selaku wakil rakyat Bebas, Ahli Parlimen Bebas menggunakan peluangnya untuk mengecam Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau telah menipu peristiwa 16 September akan benar-benar berlaku.

Zahrain (kiri) juga mendakwa ketika itu beliau diyakini bahawa Penasihat PKR itu telah memperoleh perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Kami telah ditipu dengan cerita bahawa Agong menunggu di istana... menunggu untuk mendapatkan pengesahan bahawa sudah ada sejumlah Ahli Parlimen menyertai pembangkang dan kami ada cukup bilangan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.SUMBER

“Agong juga dikatakan telah memberi perkenan untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai perdana menteri,” kata beliau dengan diiringi suara “ooh” dari kalangan anggota Dewan Rakyat.

Suara menyokong dan membantah kedengaran apabila Zahrain meneruskan ucapannya.

Penyokong-penyokong pembangkang pula mengambil peluang untuk mendakwa Zahrain dibeli oleh BN manakala Anwar pula memberitahu Dewan Rakyat bahawa bekas ketua PKR Pulau Pinang itu hanya berminat untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan.

Zahrain membalas dengan memberitahu Anwar, “anda jangan berbohong”.

Ketika itu Anwar keluar dari Dewan Rakyat.

Beberapa Ahli Parlimen BN mendakwa Anwar tidak boleh bertahan dengan bahang serangan Zahrain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kemudian memberitahu, “takut, takut, takut, takut, takut.”

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen sejurus selepas sidang Dewan Rakyat ditangguhkan, Zahrain mempertahankan kecamannya terhadap Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Zahrain yang meninggalkan PKR bulan lalu berkata, beliau berhak untuk mengeluarkan pendirian sedemikian.

“Saya hanya memberitahu sebab-sebab saya keluar parti, kekecewaan saya dengan Keadilan dan janji-janji yang dibuat oleh Ketua Umum yang mana semuanya adalah pembohongan,” katanya.

Ketika ditanya bilangan Ahli Parlimen yang didakwa dimiliki Anwar untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 Sept 2008, wakil rakyat Bayan Baru ini enggan memberikan jawapan.

“Saya tidak kisah pasal soal angka, saya hanya menceritakan perkara sebenar, kebenaran, Apa yang saya lalui... Bagi saya itu (angka) tidak relevan,” katanya.

Sambil mempertahankan pendiriannya meninggalkan PKR, Zahrain berkata keputusan beliau dipercepatkan dengan cara Ketua Menteri Lim Guan Eng menguruskan negeri Pulau Pinang.

Zahrain menambah, apabila isu diktator dan chauvinis muncul beliau tidak dipertahankan.

“Itu menjadi sebab terakhir (saya keluar),” kata Zahrain yang lantang mengkritik Lim.

Terdahulu Anwar, yang tergesa-gesa meninggalkan sesi Parlimen sejurus selepas Zahrain berucap, mengkritik balas bekas ketua PKR Pulau Pinang itu sambil berkata beliau berbohong apabila bercakap mengenai isu 16 Sept.

“Ahli Parlimen mana yang datang ketika pengambilalihan kuasa? Tiada siapa yang datang,” kata Anwar.

“Tiada siapapun di sini. Ia tidak benar sama sekali... dia digunakan oleh Umno dengan harga yang murah, untuk apa?

“Dia hanya marah kerana orang ramai (mula) menuduh dia kerana syarikat dua ringgit. Itu isu sebenarnya,” kata beliau.

Mar 16, 2010

KAMI NAK PAMPASAN:PENDUDUK KG DENAI PINGGIRAN KEMPAS



Gambar Penduduk Kg Denai Pinggiran, Kempas yang membantah notis ke-2 merobohkan rumah mereka pada 18.03.10.Bagi Penduduk Kg Denai Pinggiran Kempas mereka menuntut pampasan yang sewajarnya kepada kerajaan Negeri Johor ,kami telah teroka kampung ini hampir 26 tahun ,kenapa langsung tiada pampasan kepada kami ,kata salah seorang penduduk tersebut kepada saya baru baru ini.

Dilema Najib: Cukai rakyat atau hilang undi

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

najib and malaysia peopleMenurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru dan menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol.

Cukai baru dan penarikkan semula subsidi berkenaan, sebenarnya bertujuan mengurangkan defisit belanjawan negara yang kini pada tahap paling tinggi sejak 20 tahun kebelakangan ini.

najib announce gdp 240210 02Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara tahun lalu pernah berikrar untuk mengurangkan defisit negara.

“Mereka kini menunggu Najib bagi mendapatkan mandat besar pada pilihan raya sebelum boleh meneruskan pembaharuan berkenaan,” kata James Chin seorang profesor di Universiti Monash di Kuala Lumpur.

Pilihan raya umum ke-13 tidak perlu diadakan sehingga 2013 tetapi ia mungkin diadakan seawal 2011, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang merupakan kubu terkuat BN.

Sarawak juga membekalkan 30 daripada 137 kerusi parlimen yang dimiliki BN di Dewan Rakyat.

Cukai GST dirancang untuk mengantikan cukai jualan mulai 2011 dan mendatangkan pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara. Ia sepatutnya dibentangkan pada sessi parlimen yang bermula hari ini.SUMBER

Lapan Senator tetap sokong kepimpinan Anwar

Lapan senator menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.
Senator Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menegaskan perikatan parti pembangkang tetap utuh meskipun empat wakil rakyat mereka isytihar keluar parti.
"Kita melahirkan keyakinan kami kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengepalai Pakatan Rakyat sebagai Ketua Pembangkang," kata Senator Dr Syed Husin Ali kepada media, selepas Yang Di-Pertuan Agong merasmikan persidangan Parlimen hari ini.
"Kita adalah saksi bahawa Pakatan Rakyat semakin kuat sebagai satu gagasan. Di peringkat akar umbi, sokongan semakin membuak-buak. Kita bukan sahaja lebih bersatu, bahkan lebih ramai," tegas beliau.
Pendirian yang sama turut disuarakan Senator Mumtaz Mohd Nawi dari Kelantan dan Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari Pulau Pinang.
"Kita sentiasa bersama Anwar kerana pengalaman luasnya dalam kerajaan," tegas Mumtaz.
"DAP menyokong penuh kepimpinan Anwar. Sepertimana di Pulau Pinang, PR semakin kuat dan bersatu," tambah Tunku Abdul Aziz.
Deklarasi lapan senator ini menyusuli solidari Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang.
Sementara itu, wakil rakyat bebas Zulkifli Noordin yang dipecat Parti Keadilan Rakyat minggu lalu atas masalah displin akan menyerang bekas ketuanya dalam sesi Parlimen akan datang.
Beliau akan membawa usul memecat Anwar selaku Ketua Pembangkang. -TVS-
Dalam perkembangan yang sama, jagoan Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang digantung 12 bulan dari menghadiri persidangan sejak 12 Mac tahun lepas akan kembali beraksi dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.

KUALA LUMPUR : Lapan senator menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Senator Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menegaskan perikatan parti pembangkang tetap utuh meskipun empat wakil rakyat mereka isytihar keluar parti.

"Kita melahirkan keyakinan kami kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengepalai Pakatan Rakyat sebagai Ketua Pembangkang," kata Senator Dr Syed Husin Ali kepada media, selepas Yang Di-Pertuan Agong merasmikan persidangan Parlimen hari ini.

"Kita adalah saksi bahawa Pakatan Rakyat semakin kuat sebagai satu gagasan. Di peringkat akar umbi, sokongan semakin membuak-buak. Kita bukan sahaja lebih bersatu, bahkan lebih ramai," tegas beliau.

Pendirian yang sama turut disuarakan Senator Mumtaz Mohd Nawi dari Kelantan dan Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari Pulau Pinang.

"Kita sentiasa bersama Anwar kerana pengalaman luasnya dalam kerajaan," tegas Mumtaz.

"DAP menyokong penuh kepimpinan Anwar. Sepertimana di Pulau Pinang, PR semakin kuat dan bersatu," tambah Tunku Abdul Aziz.

Deklarasi lapan senator ini menyusuli solidari Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang.

Sementara itu, wakil rakyat bebas Zulkifli Noordin yang dipecat Parti Keadilan Rakyat minggu lalu atas masalah displin akan menyerang bekas ketuanya dalam sesi Parlimen akan datang.

Beliau akan membawa usul memecat Anwar selaku Ketua Pembangkang.

Dalam perkembangan yang sama, jagoan Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang digantung 12 bulan dari menghadiri persidangan sejak 12 Mac tahun lepas akan kembali beraksi dalam sesi Dewan Rakyat kali ini. -TVS-

Mar 12, 2010

GST Ditolak : BN Hadapi Krisis Kepercayaan

KUALA LUMPUR : Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat akibat golongan perniagaan yang menolak GST.

"Kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan menangguhkan GST adalah bertepatan dengan keputusan yang di buat oleh sidang meja bulat berkenaan isu GST yang di anjurkan oleh Lujnah Pengguna PAS Pusat yang disertai oleh pelbagai pihak yang turut membuat keputusan meminta kerajaan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-undang GST di Perlimen pada sidang yang akan bermula 15 Mac ini," kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan medianya yang dihantar kepada Erapakatan.com.

Menurut Mahfuz, penangguhan bacaan kedua ini menunjukkan kerajaan perlu menarik balik Rang Undang-Undang tersebut.

Tuntutan FMM itu juga disifatkan sebagai 'undi tidak percaya' masyarakat perniagaan terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Jika masyarakat perniagaan menolak GST sudah tentu masyarakat pengguna juga menolak GST," tegas Mahfuz.

Mahfuz berkata, pandangan PAS dan FMM adalah jelas iaitu kerajaan perlu mengutamakan pengurusan kewangan negara yang amanah dan cekap serta menghentikan ketirisan kewangan negara sama ada melalui rasuah mahupun pemberian subsidi kepada IPP, syarikat konsesi lebuhraya dan lain-lain.

Kerajaan juga katanya tidak boleh hanya menjadikan alasan negara di dunia sudah pun beralih kepada GST maka Malaysia perlu mengikutinya dan tindakan tersebut adalah terlalu dangkal.

"Sedangkan perlaksanaan GST di negara lain setelah pendapatan rakyat negara mereka berada pada paras yang melayakkan mereka membayar cukai pendapatan," tegas beliau lagi.

Bagi Mahfuz, di Malaysia dari 12 juta pekerja hanya 15 peratus sahaja yang mencapai kadar pendapatan yang melayakkan mereka untuk di kenakan cukai pendapatan atau pun dari 28 juta penduduk Malaysia hanya 6.4 peratus sahaja yang perlu membayar cukai sedangkan 93.6 peratus pendapatan mereka tidak sampai paras yang memerlukan membayar cukai pendapatan.

Ini bemakna jika GST di laksanakan 93.6 peratus rakyat yang berpendapatan tidak layak di cukai akan di cukaikan di bawah GST.

Tindakan Kerajaan dilihat terlalu dangkal apabila hanya menjadikan asalan negara di dunia sudah beralih kepada GST maka Malaysia juga perlu mengikutinya.

"Oleh itu saya menuntut kerajaan pada 16 Mac ini akan membawa usul di sidang Parlimen untuk menarik balik Rang Undang-Undang GST," tegas beliau lagi. Tv antara

Mar 10, 2010

Tolak Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, Tutup Kelemahan BN

PULAU PINANG 9 MAC: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan bertujuan menutup kelemahan kerajaan Umno-BN yang ketandusan idea bagi membaiki kehidupan rakyat.

Bercakap kepada TV Selangor, Liew Chin Tong kesal kerana Najib secara semberono menolak cadangan itu semata-mata kerana idea berkenaan datangnya dari kerajaan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Bukit bendera itu turut menggesa Najib supaya mempertimbang dan meneliti cadangan itu terlebih dahulu sebelum dibakulsampahkan demi kebaikan rakyat keseluruhan.

"Kerajaan Umno-BN tiada idea untuk memajukan, membela rakyat. Tapi apabila Pakatan Rakyat mengemuka idea bernas, mereka tolak kerana ia cadangan pihak lawan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Haniza Talha berpendapat pilihan raya tempatan dapat melahirkan ahli majlis yang berwibawa dan berjiwa rakyat.

Tegasnya, seseorang ahli majlis yang menjalani proses pemilihan melalui pilihan raya secara automatik dapat membina sifat bertanggungjawab kepada rakyat akar umbi.

Ini, kata beliau, bakal mendorong mereka berusaha menyelesaikan setiap aduan penduduk bagi mengekalkan kedudukannya di hati rakyat.

Beliau juga mengingatkan Najib bahawa pilihan raya kerajaan tempatan sepertimana pilihan raya lain, terhad kepada tempoh tertentu dan bukan berlangsung sepanjang masa.

Haniza menegaskan peranan ahli majlis penting kerana bidang kuasa mereka tertakluk kepada menggubal undang-undang kecil di peringkat kerajaan tempatan.

"Ia secara langsung melibatkan faktor keselesaan dan kepentingan penduduk setempat," katanya.
SUMBER TV

Mar 8, 2010

MCA: Tiga panglima berebut singgahsana

Ketika presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dengan cukup jelas membayangkan yang beliau akan mempertahankan kedudukannya pada pemilihan baru parti 28 Mac depan, kelihatan tiga puak muncul dalam pertandingan itu.

Sekalipun kedudukan masih kabur atau terlalu awal untuk membuat ramalan, orang-orang dalaman parti dan penganalisis politik percaya mungkin wujud tiga puak dalam perebutan itu.

Minat untuk bertanding begitu sengit sekalipun mereka yang dipilih nanti akan berkhidmat untuk hanya setahun sebelum menghadapi pemilihan semula parti tahun depan.

"Dari apa yang saya lihat, tiga puak mula muncul. Dr Chua (Soi Lek) dan Kong (Cho Ha), Liow (Tiong Lai) dan Ong Ka Chuan, dan yang akhir Ong Tee Keat. Sama ada ini kekal sehingga 28 Mac, tidak ada siapa yang tahu dengan pasti," kata seorang dalaman parti.

Orang itu berkata spekulasi kuat mengatakan bahawa Dr Chua akan bertanding merebut jawatan presiden dan rakannya Kong bertanding timbalan presiden. Bekas setiausaha agung Ka Chuan bergabung dengan Liow -- merebut sama ada jawatan presiden atau timbalan presiden. Tee Keat belum menamakan rakan pertandingannya.

"Adalah menarik untuk melihat sama ada tiga puak ini akan berkembang atau mengecil. Jika ia kekal menjadi pertandingan tiga penjuru untuk jawatan presiden, ia akan menguntungkan mereka yang mendapat sokongan paling ramai perwakilan," ujar orang dalaman itu.

Sumber-sumber lain parti berpendapat mungkin tidak wujud lebih dari tiga puak oleh kerana bukan mudah membentuk perkongsian mantap oleh kerana kebanyakan penyokong mereka tidak percayakan satu sama lain.

Misalnya, penyokong Tee Keat dan Dr Chua menyimpan rasa bahawa mereka telah "memperdaya satu sama lain" semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa 10 Okt tahun lepas bila kedua-dua mereka ditewaskan dalam dua usul.

Undi tidak percaya terhadap Tee Keat diluluskan dengan kelebihan 14 undi sekalipun ia kurang dari majoriti dua-pertiga sementara usul untuk mengembalikan jawatan Dr Chua selaku timbalan presiden ditolak dengan 100 undi.

Kem Tee Keat mengsyaki penyokong Liow mempermainkan Tee Keat sementara kem Dr Chua mengsyaki penyokong Ka Chuan tidak mempunyai pengaruh yang cukup kuat ketika itu, kata sumber itu.

Yang demikian, adalah tidak wajar bagi Dr Chua membentuk gabungan dengan Liow atau Liow dengan Tee Keat, jelas beliau.

Sumber yang sama juga berkata beberapa penyokong Dr Chua tidak selesa bekerja dengan puak Liow oleh kerana kebanyakan penyokong Liow sebelumnya adalah orang-orang bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting dan abangnya, Ka Chuan.

Beberapa penyokong Dr Chua juga percaya pemimpin mereka telah "dijerat" dengan skandal seks DVD oleh penentang dari puak-puak lain.

Begitu juga dalam hal beberapa penyokong Tee Keat yang tidak menerima dengan baik perkembangan terbaru dalam parti bila 22 anggota Jawatakuasa Pusat yang dipilih baru-baru ini meletak jawatan bagi memberi laluan kepada pemilihan baru parti.

Pengerusi MCA bahagian Padang Besar Loh Yoon Foo berkata beberapa orang perwakilan parti masih belum sedia menyokong Dr Chua, yang terbabit dalam skandal seks, selaku presiden parti kerana bimbang titik hitam ini boleh melemahkan parti dalam kedudukan tawar menawar.

"Ia mungkin berakhir dengan pertandingan tiga penjuru. Namun, saya berharap seorang daripada mereka tidak bertanding, membolehkan persaingan satu lawan satu untuk jawatan presiden," kata beliau.

Penganalisis politik berkata adalah jelas bahawa Tee Keat mempunyai jumlah kukuh kira-kira 600 daripada seramai kira-kira 2,400 perwakilan berdasarkan bilangan yang hadir di Perhimpunan Agung Tahunan pada Ahad sementara puak Liow mempunyai sokongan dengan kekuatan yang kira-kira sama berdasarkan taklimat 28 Nov yang dipanggil oleh beliau untuk mendesak diadakan pemilihan baru.

"Hanya Soi Lek mempunyai sokongan satu pertiga atau kira-kira 800 perwakilan berdasarkan kempen tandatangannya yang lepas untuk mendesak diadakan EGM pada 10 Okt tahun lalu berikutan penyingkirannya dari parti oleh majlis presiden," kata penganalisis itu.

Beliau berpendapat jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia menguntungkan Dr Chua.

"Kerana itu terdapat desas-desus bahawa beberapa broker politik sedang bergerak di belakang tabir untuk memujuk sama ada Tee Keat atau Liow memberi laluan antara mereka agar pertandingan satu lawan satu dapat dipastikan," katanya.SUMBER

PROGRAM KEBAJIKAN 15 KELUARGA




Pada 7.03.2010 Jam 11 Pagi Saya Bersama Lajnah Kebajikan telah menziarahi beberapa keluarga yang kurang kemampuan di sekitar Kampung Pasir Gudang Baru Turut serta dalam kunjungan Ydp Kawasan ,Muslimat .PAS Kawasan Pasir Gudang telah melancarkan sumbangan tetap bulanan berupa satu kampit beras ,gula ,minyak seta tepung untuk diagihkan kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan. Bagi mereka yang hendak menyumbang dalam bentuk keperluan asas yang lain dan juga wang ringgit juga dialu-alukan. Semua warga PAS, orang perseorangan dan syarikat-syarikat koperat yang berminat untuk turut serta menyumbang boleh berhubung dengan Ketua Lajnah Kebajkan PAS Kawasan Sdr. Ady Lois di talian 016 7544909. Kami akan memastikan setiap sumbangan anda akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Mar 6, 2010

ISU ISU TERKINI RINGKAS 4

Malaysiakini

Politik


PERKASA telah mendapat permit penerbitan dengan mudah daripada KDN. PERKASA akan menerbitkan akhbar yang bertajuk Suara Perkasa dan diedarkan secara berkala dua minggu sekali.



Politik


The Star telah menolak artikel Marina Mahathir kerana editor tidak mahu menimbulkan lagi sebarang isu sensitif yang sedang dialami oleh akhbar tersebut. Ia juga akan menjejaskan permit yang diperolehi daripada KDN. Marina kemudiannya memasukkan artikel tersebut dalam blognya Rantings. Artikel tersebut membicarakan isu mengenai peruntukan mahkamah dan sebatan Syari’ah.

ISU

Berita Harian


Sosial


Guru yang berkhidmat di pedalaman akan diambil kira untuk pertimbangan kenaikan pangkat dan pelbagai insentif lain termasuk tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi. Satu kertas kerja yang mencakupi segala aspek yang menyeluruh mengenai perkhidmatan guru di luar bandar dan pedalaman, termasuk dari segi pemilihan, penempatan, bentuk galakan serta ganjaran sedang dalam peringkat akhir penyediaan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran.



Sosial


Bekalan ikan daripada Thailand telah mula masuk ke Malaysia semalam selepas persetujuan telah dicapai. Pengurus Kompleks LKIM Bukit Kayu Hitam berkata terdapat beberapa syarikat pengimport telah mula menggunakan kotak berinsulasi dan sebahagian lain masih menggunakan kotak lama.



Politik


KM Pulau Pinang menjelaskan bahawa pindaan syarat baru dalam Borang A bagi tender projek dibawah PDC bertujuan melindungi kepentingan awam perbadanan dan kerajaan negeri. PDC memerlukan syarat itu kerana ada selang masa antara pengeluaran tender dengan kontrak rasmi antara kontraktor dan PDC.



Ekonomi


Kerajaan akan mengumumkan subsidi baru minyak hari ini. Ia bertujuan untuk memberikan subsidi hanya kepada golongan sasar. Difahamkan sistem baru tersebut akan menggunakan MyKad. Kerajaan akan memperkenalkan dua harga minyak iaitu untuk warganegara dan bukan warganegara. Harga semasa petrol RON95 ialah RM 1.80 seliter, RON 97 RM 2.05 seliter dan diesel RM 1.70 seliter





Harakahdaily


Politik


Kumpulan Reformis yang merupakan penyokong tegar DSAI menyarankan pengundi-pengundi di kawasan Ahli Parlimen lompat untuk mengadakan bantahan dan demonstrasi kerana mereka telah mengkhianati amanah dan harapan pengundi



Harakahdaily


Politik


Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayob akan membentangkan usul tergempar pada 16 Mac 2010 di Dewan Rakyat mengenai isu tuntutan royalti minyak Kelantan daripada Kerajaan Pusat



Malaysiakini


Politik


Sekretariat Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjemput Najib Tun Razak, Khairy Jamaluddin dan Reezal Merican dalam debat perdana mengenai isu Melayu terpinggir di Pulau Pinang


Politik


Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang mengulas tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai yang bertindak keluar daripada parti dengan memberikan tempoh selama 7 hari untuk mengosongkan kerusi. Beliau turut mendesak akan mengadakan solat hajat selama 7 hari 7 malam supaya Allah memberikan hukuman setimpal ke atas Mohsin kerana mengkhianati amanah.



EVERGREEN ISSUES

SUMBER

Berita Harian


Politik


Saman fitnah yang difailkan oleh ADUN Kota Alam Shah yang juga Penasihat Undang-Undang HINDRAF, M.Manoharan sebanyak RM 100 juta terhadap defendan Kerajaan, KPN, PN dan 3 buah akhbar berhubung dakwaan mengaitkannya dengan pertubuhan pengganas ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur



Politik


Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Mei 2010 untuk mendengar permohonan DSAI membatalkan saman KPN berhubung dakwaan memalsukan keterangan dalam siasatan kes insiden mata lebam membabitkan DSAI.

Sosial


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Dr Mohd Ismail Merican berkata bahawa negara kita berkemungkinan akan berlaku gelombang kedua H1N1 berikutan kita berada pada peringkat rentan (susceptible) terhadap penyakit itu.
Harakahdaily


Politik


Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud mendesak supaya satu penyelarasan dapat dilakukan mengenai undang-undang Islam di seluruh negeri Malaysia. Beliau melihat isu sebatan syari’ah yang dikenakan kepada 3 orang wanita di Wilayah Persekutuan dengan isu sebatan syari’ah yang masih belum dilakukan ke atas Kartika Sari Dewi. Semalam Tengku Mahkota Pahang menyatakan bahawa Sultan Pahang mempunyai hak untuk mengurang atau menutup isu tersebut kerana peruntukkan tersebut terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Islam Negeri Pahang.

ISU

Berita Harian


Ekonomi


Pencarum KWSP bakal mendapat pulangan dividen lebih tinggi berbanding 4.5% pada tahun 2008. Ia dijangka akan diumumkan pada hujung minggu ini. Ia ekoran daripada pendapatan pelaburan suku tahun ketiga 2009 melonjak sebanyak 52.71% kepada RM 5.5 bilion daripada hanya RM 3.6 bilion dalam tempoh yang sama 2008.


Ekonomi


Sebuah firma perunding antarabangsa Grant Thornton mendakwa bahawa prospek kenaikan gaji pekerja di Malaysia positif. Ia berdasarkan kajian Laporan Perniagaan Antarabangsa yang menunjukkan 63% daripada syarikat di Malaysia merancang menaikkan gaji pekerja masing-masing

Harakahdaily


Politik


Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat menyelar UMNO kerana tidak langsung menghormati Perlembagaan Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa UMNO mahu menghapuskan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan institusi raja berpelembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Politik


MT UMNO telah memecat bekas Setiausaha Agong Bahagian Tanah Merah, Amran Abdul Rahman berkuatkuasa 10 Februari lepas kerana membawa perkara berkaitan parti ke mahkamah.



Malaysiakini


Politik


ADUN PKR Kuala Kurau Perak, YB Abdul Yunus Jamhari menafikan desas desus bahawa beliau akan keluar PKR.



Lompat Parti



Tekanan yang kuat harus diberikan kepada mereka yang telah melompat sepertimana yang dilakukan oleh Kumpulan Reformis, AMK dan Ustaz Ahmad Awang khusus kepada Mohsin.



Manakala tindakan hati-hati perlu diambil kepada kebarangkalian ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti yang akan lompat.



Isu Sebenar Melayu Terpinggir di Pulau Pinang



Perkasa Terus Garang



Tindakan KDN meluluskan permit penerbitan Perkasa, Suara Perkasa amat menghairankan. Perkasa semakin menguasai arus politik semata-mata kerana mempertahankan orang Melayu.





Sosial


Sektor Perguruan



Nasib guru-guru yang akan bekhidmat di luar bandar dan di pedalaman terdapat pro dan kontra.



Ekonomi


Harga Minyak Baru



Penstrukturan baru harga minyak samada akan menguntungkan rakyat atau menjimatkan subsidi kerajaan sekurang-kurangnya akan digambarkan pada hari ini

ISU ISU TERKINI RINGKAS 3

Berita Harian


Guru akan diwajibkan untuk bertugas di pendalaman bagi mengatasi masalah kekurangan guru. Sebagai galakan mereka akan diberi ganjaran yang setimpalnya. Setakat hari ini, guru di pendalaman mendapat elaun tertinggi berjumlah RM 1,500.00



Politik


PM menafikan tindakan beberapa orang Ahli Dewan Rakyat PKR isytihar bebas sebagai langkah awal untuk pilihanraya umum.



Sosial


Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad menyatakan bahawa mereka yang siuman dan tidak mengalami cacat akal yang membuang bayi atau membunuh zuriat dianggap sudah terkeluar daripada agama Islam atau murtad. Mufti Perak menjelaskan bahawa hukum murtad berlaku apabila seseorang itu berniat mengatakan hukum buang bayi itu tidak haram kerana mengubah hukum Allah. Manakala, Mufti Selangor turut berpendapat bahawa mereka itu kufur dan tidak boleh dikatakan murtad kerana tidak berniat untuk keluar Islam.



Harakahdaily


Politik


RPK mendakwa orang yang terlibat membeli AP (shopping spree) ialah Hamdan, sepupu kepada Najib Tun Razak yang telah diberikan IPP Kudat sebagai “cash cow” untuk membiayai pembelian tersebut. Hamdan dikatakan turut bekerjasama dengan SB dan MI. Pembelian ini bertujuan untuk UMNO mendapatkan semula sokongan 2/3 ahli dewan dan boleh membuat persempadanan semula. Pimpinan PKR pula telah mendesak supaya SPRM menyiasat spekulasi tersebut.


ISU

Berita Harian


Politik


Perbalahan yang tercetus antara Persatuan Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia dengan Kementerian Pertanian dan Insdustri Asas Tani berhubung isu penggunaan kotak ikan berinsulasi berakhir semalam. Pihak persatuan bersetuju menghentikan pemboikotan mengimport ikan sehingga menyebabkan bekalan ikan berkurangan dan menaikkan harga ikan di pasaran. Menteri menerangkan bahawa perkara tersebut tercetus akibat daripada salah faham mengenai monopoli satu syarikat pembekal kotak ikan dan pelaksanaannya yang dibuat secara berperingkat pada Mac 2010 dan sepenuhnya pada November 2010.



Malaysiakini


Ekonomi


Menteri Dalam Negeri menyelar keputusan DUN Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah. Hishamuddin turut mengakui kemungkinan untuk mengambil tindakan wakil-wakil rakyat UMNO yang menyokong usul berkenaan kerana mereka tidak menggunakan saluran dalaman.



Malaysiakini


Ekonomi


Kumpulan PROTES yang dianggotai oleh beberapa NGO Hak Asasi Manusia dan beberapa buah parti pembangkang akan mengadakan protes besar-besaran bagi membantah pelaksanaan GST pada 15 Mac ini untuk menunjukkan bantahan kepada YDPA yang akan tiba di Dewan Rakyat bagi merasmikan sidang dewan pada pukul 9 pagi



Harakahdaily


Politik


DPP Perak meminta SPRM supaya menyiasat tindakan yang dilakukan oleh AP Bagan Serai sekiranya terdapat unsur rasuah yang mendorong tindakannya keluar parti.
ISU

Berita Harian


Sosial


Kerajaan akan memberikan insentif tunai kepada balai-balai polis menerusi sistem penarafan bintang dikenali sebagai Liga Balai Polis sekiranya mencapai sasaran membanteras dan mengurangkan kadar jenayah.



Malaysiakini


Sosial


Tengku Mahkota Pahang menjelaskan bahawa Sultan Pahang mempunyai kuasa untuk mengampunkan atau mengurangkan hukuman sebatan syari’ah samada dia merayu atau tidak mengikut undang-undang Syari’ah.
ISU

Berita Harian


Sosial


Timbalan Menteri Sumber Manusia menjelaskan bahawa pekerja wanita mempunyai hak mengemukakan tuntutan secara individu atau kesatuan untuk menyediakan Pusat Asuhan Kanak Kanak (PAKK) dalam usaha untuk mencapai 60% pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan dan mengelakkan peberhentian kerja kerana menguruskan tanggungjawab suri rumah.
Sosial


KDN mengkategorikan kesalahan penyeludupan organ manusia mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Dalam tempoh dua tahun sehingga 7 Februari lalu, pihak berkuasa telah menyelamatkan 231 orang daripada menjadi mangsa sindiket berkenaan.

ISU

Berita Harian


Ekonomi


BNM menaikkan kadar faedah secara terancang dan berperingkat bagi bagi memastikan kadarnya terus menyokong kegiatan ekonomi negara. Tinjauan oleh Reuters mendapati bahawa 12 pakar ekonomi menjangka kenaikan kadar faedah sebanyak 0.25% menjelang Mei ini.



PR VS BN ISSUES
Politik


UMNO akan menggunakan format pemilihan baru tanpa kuota pencalonan. Sesiapa yang ingin menawarkan diri hanya perlu menjadi ahli UMNO sekurang-kurangnya 3 tahun dan membawa sekeping gambar berukuran pasport. Format baru ini akan dilakukan pertama kalinya pada 14 Mac ini untuk pemilihan semula Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi.



Malaysiakini


Politik


Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman menjangka sekurang-kurangnya 5 lagi ahli parti itu temasuk wakil rakyat akan keluar parti.
Politik


12 Ahli Parlimen PKR yang tidak memegang jawatan dalam parti ikrar taat setia kepada parti untuk menyokong kepimpinan DSAI. Walaubagaimanapun Bagan Serai telah keluar parti pagi tadi manakala Wangsa Maju dan Kulim-Bandar Bharu tidak menandatangani surat sokongan tersebut.


Politik


Permohonan MB Selangor untuk mengetepikan arahan Mahkamah Tinggi untuk membayar tuntutan BIMB sebanyak RM 66 juta daripada Mahkamah Rayuan berjaya.















Politik


Lagi Ahli Parlimen PKR Keluar Parti


Selain daripada isu Ahli Dewan Rakyat Bagan Serai keluar parti, satu lagi spekulasi yang dilontarkan oleh RPK iaitu mengenai penglibatan Najib dan sepupunya Hamdan yang terlibat dalam pembelian ahli-ahli Parlimen dan DUN. Beberapa pihak telah mendesak supaya SPRM menyiasat perkara tersebut. Wangsa Maju dan Kulim-Bandar Baharu antara mereka yang disasarkan akan keluar parti lagi.



Komposisi Terkini Kerusi Dewan Bagi Pakatan Rakyat

sosial


Kenaikan Harga Beberapa Jenis Ikan Selesai?



Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa bahawa pemboikotan yang dilakukan oleh persatuan telah tamat dan tidak akan timbul lagi masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga ikan di pasaran



Isu Buang Dan Bunuh Bayi Dikatakan Murtad



Isu ini berkemungkinan akan ditanya kepada pimpinan PAS dibeberapa peringkat. Diharapkan agar keputusan dapat diselaraskan bagi mengurangkan pertembungan pendapat.



Beberapa Lagi Isu dan Polisi Baru Melingkari Sektor Pelajaran dan Perguruan



Terbaru, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran menegaskan bahawa semua guru diwajibkan ke kawasan pendalaman bagi mengelakkan masalah kekurangan guru.

Kerajaan Negeri Sahkan Bekas Setiausaha Agung PKR Pernah Mohon CEO Perangsang

Pejabat Menteri Selangor mengesahkan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim pernah mengemukakan permohonan untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

Pejabat Menteri Besar juga mengesahkan KPS telah menerima permohonan beliau itu dan Salehuddin pernah ditemuduga oleh Jawatankuasa Pemilihan.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan memutuskan supaya calon lain yang lebih layak dan sesuai dipilih bagi menjawat jawatan itu.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar mengenai Salehuddin apabila nama KPS dikaitkan dengan kontroversi punca peletakan beliau meletak jawatan Setiausaha Agung PKR.

Mar 3, 2010

PRINSIP AHLI POLITIK YANG TIDAK BERMARUAH

Maka bermula lah… satu lagi siri “pembelian” ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat. Setakat ini tiga telah berjaya diumpan oleh Umno, manakala beberapa lagi mungkin menjadi ‘mangsa” dalam tempoh beberapa hari lagi.

Tan Tee Beng, Zahrin Hashim dari Pulau Pinang dan yang terbaru Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai Perak) memberi alasan mereka meninggalkan PKR demi soal prinsip dan kebenaran.

Begitu juga Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehuddin Hashim bertindak keluar dari parti itu, juga atas soal “prinsip.”

Tidak boleh ditolak kemungkinan beberapa lagi wakil rakyat PKR juga akan mengisythiarkan diri Ahli Parlimen bebas atas soal “prinsip” dalam beberapa hari yang menyusul.

Sejauh mana mereka berpegang kepada “prinsip” boleh diukur daripada keengganan mereka mengosongkan kerusi yang dimenangi menerusi mandat yang diberikan oleh pengundi kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Retorik Zahrin, Tee Beng dan Mohsin mengenai “soal prinsip” adalah dengan sendirinya satu tindakan tidak berprinsip kerana mereka menodai hak dan mandat rakyat yang mengundi mereka KERANA mereka bertanding atas tiket PKR dan Pakatan.

Mereka tunduk kepada gula-gula politik yang ditawarkan oleh Umno dan kini cuba meyakinkan rakyat menerusi arus media perdana bahawa mereka bertindak atas soal “prinsip.”

Begitulah mainan orang politik murahan.

Begitu jugalah dengan Sallehudin yang menjadi orang tengah mengatur tindakan ahli parlimen berkenaan untuk lompat parti.

Sallehuddin diberi amanah untuk menjadi Setiausaha Agung PKR dan sering mengajukan soal prinsip dan moral kepada akar umbi PKR dalam melaksanakan tugasnya.

Namun apabila berdepan dengan keadaan tertentu, termasuk tidak mendapat jawatan yang menawarkan gaji lumayan dengan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, beliau bertindak keluar parti dan dipercayai terus mengatur perjumpaan dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Perjumpaan itu, sebagaimana perjumpaan Saiful Bukhari Azlan dengan Najib yang mencetuskan pertuduhan fitnah liwat kedua terhadap Anwar, memulakan satu lagi pusingan “pembelian” wakil rakyat PKR.

Pusingan pertama berlaku pada awal tahun lalu, dengan pembelian tiga ADUN , dua daripada PKR dan satu dari DAP yang membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak yang dipilih pengundi pada Mac 2008.

Kali ini sasaran Najib adalah Ahli Parlimen, persoalanya – kenapa ?

Sidang Parlimen akan bermula dalam tempoh dua minggu dan Umno-Barisan Nasional sedang cuba sedaya upaya untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga dalam Dewan Negara.

Antara lain ia adalah untuk membawa usul supaya Suruhanjaya Pilihanraya mengadakan persempadanan semula untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Proses “gerrymandering” atau memanipulasi sempadan kerusi pilihanraya adalah taktik biasa yang digunakan oleh Umno apabila parti itu dalam keadaan terdesak untuk memenangi pilihanraya.

Namun usul di Parlimen itu hanya boleh diluluskan jika Umno-BN mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen.

Pada ketika ini, parti itu belum mencapai “angka keramat” 148. Umno-BN hanya mempunyai 137 kerusi tidak termasuk sokongan Ahli Parlimen “bebasnya” Ibrahim Ali.

Oleh kerana itu PKR di jadikan sasaran terjahan untuk membeli seberapa banyak Ahli Parlimen bagi membolehkan Umno-Barisan Nasional kembali kepada cara lama untuk meluluskan udang-undang dan pindaan bagi memenuhi agenda politik sempitnya.

Jika laman-laman web dan wawancara “off the record” oleh sesetengah wakil rakyat dijadian sandaran, harga untuk membeli ahli-ahli parlimen PKR berkisar antara lima hingga sepuluh juta ringgit – satu pulangan yang lumayan untuk wakil rakyat berkenaan pabila “prinsip dan maruah’ diketepikan.

Ada Ahli Parlimen yang dikatakan sudah menerima tawaran lumayan itu dan bertindak memindahkan keluarga mereka ke London – kerana bimbangkan reaksi masyarakat yang sebelum ini mempercayai kata-kata mereka untuk melawan rasuah dan politik wang habis-habisan. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Taktik untuk keluar parti adalah yang digunakan oleh Tee Beng, Zahrin dan Mohsin – hampir sama iaitu melahirkan kritikan pedas terhadap pucuk pimpinan PKR atau Pakatan Rakyat dan kemudian angkat kaki atas alasan parti telah hilang hala tuju perjuangan.

Hakikatnya juga ialah PKR masih kuat kerana adanya wakil-wakil rakyat seperti Saifuddin Nasution dan Azan Ismail yang diperlawa berulang kali untuk keluar PKR dengan disogok jauh lebih banyak habuan daripada yang ditawarkan kepada mereka yang termakan umpan Umno.

Hakikatnya ialah PKR tetap menjadi harapan kerana mempunyai generasi kepimpinan muda seperti Yusmadi Yusuff, Samsul Iskandar Mohamad Akin dan Badrul Hisham Shahrin yang masih mendokong kuat perjuangan parti.

Hakikatnya juga adalah Anwar tetap mendapatkan sokongan bulat rakan sekutu Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS untuk terus menjadi Ketua Pembangkang.

Lucunya, media arus perdana sebelum ini membidas PKR kerana dikatakan mempunyai wakil rakyat yang tidak berkemampuan dan diselubungi pelbagai masalah.

Dan kritikan itu sering merujuk kepada sipolan-sipolan bernama Zahrin Hashim, Tan Tee Beng dan Fairuz Khairuddin serta Mohsin Samsuri.

Anehnya apabila mereka bertindak keluar dari PKR, media arus pertama kini mendakwa parti itu dalam keadaan krisis.

Itulah tahap kewartawanan RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan The Star, - semuanya yang di kawal oleh Umno dan parti komponen Barisan Nasional. Oleh V.Arjuna

ISU ISU TERKINI RINGKAS 2

Berita Harian ;JAWI merintis penggunaan kad kahwin pintar 1 Jam 1 Wilayah yang mempunyai enam ciri keselamatan khusus.


NST


Ekonomi


Presiden Institute of Engineers Malaysia, Datuk Keizrul Abdullah mahu pihak kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka untuk projek pembinaan Lebuhraya Plus 2 (Banting – Taiping) bagi memastikan ketelusan. Beliau turut mendesak agar pihak kerajaan menswastakan projek tersebut untuk mengelak menggunakan dana rakyat (cukai). Kerajaan pula harus memilih kontraktor yang menawarkan kos dan tol yang rendah



Berita Harian


Harga beberapa jenis ikan disesetengah pasar naik sehingga 25% pada hari pertama penggunaan kotak berinsulasi secara berperingkat semalam sebelum dilaksanakan sepenuhnya November 2010.



Ekonomi


Kerajaan Negeri Kelantan mengesyorkan kaedah timbang tara (arbitrasi) digunakan bagi menyelesaikan isu tuntutan royalti petroleum antara Pusat dan negeri sebelum dibawa ke mahkamah.



NST


Sosial


Tan Chee Meng, AJK Malaysian Import/Export Association mendakwa Menteri Agrikultur dan Industri Asas Tani telah memanipulasi kenyataan pengimport-pengimport ikan yang bersetuju menggunakan kotak insulasi.



Malaysiakini


Politik


Pengerusi Biro Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA, Datuk Ti Lian Ker membidas kenyataan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa yang mendesak kerajaan menghentikan pemberian projek atau tender istimewa kepada syarikat korporat.



Berita Harian

Politik

Pemimpin OIC mengecam pencerobohan anggota polis Israel ke perkarangan masjid Al-Aqsa.


ISU

Berita Harian

Politik

Pengerusi Lembaga Penasihat Undang-Undang Pencegahan, JPM, Datuk Zaini Abdul Rahman menyifatkan golongan yang menentang ISA adalah golongan buta sejarah dan buta ilmu. Beliau turut berkata undang-undang pencegahan perlu ada tetapi penggunaannya hendaklah mengikut peraturan dibenarkan perlembagaan.


Sosial


Pengarah Jabatan Pembangunan OKU, Noraini Mohd Hashim mensasarkan pada tahun 2012 semua perkhidmatan bas awam dan bangunan-bangunan mestilah mesra OKU.



Malaysiakini


Sosial


Setiausaha Agong NUTP menjelaskan bahawa guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional subjek tersebut. Walaubagaimanapun, NUTP menyokong penuh cadangan kerajaan untuk memperkenalkan subjek tersebut.

Berita Harian

Kerajaan menaikkan kadar faedah pencen PERKESO antara 0.6% hingga 11%. Ia membabitkan perbelanjaan tambahan RM 66.4 juta setahun berkuatkuasa 1 Januari 2008 dan pembayaran akan dibuat mulai 1 April 2010 termasuk tunggakan berjumlah RM 142.4 juta



Ekonomi


PM mensasarkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini menjangkau 6%.



Politik


Panel baru dilantik untuk mendengar kes saman fitnah DSAI sebanyak RM 100 juta terhadap Tun Dr Mahathir setelah dua daripada tiga hakim menarik diri daripada mendengar permohonan itu. Peguam Karpal Singh memohon supaya Datuk Hashim Yusof dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin menarik diri atas alasan mereka pernah mengendalikan saman sivil DSAI mengenai isu pemecatan jawatannya daripada kabinet sebelum ini.



Politik


Kira-kira 30 kem tentera usang akan diroboh dan diganti baru atas tapak yang sama. Ia dibuat melalui program Army Care yang diperkenalkan pada tahun 2005 menggunakan kaedah Industrial Building Standard iaitu merobohkan yang lama serta digantikan dengan kem baru diatas tapak yang sama. Semua pembinaan tersebut dijangka siap dalam tempoh lima tahun

Harakahdaily


Politik


Pakatan Rakyat Perak tidak mengiktiraf panggilan Sidang Mesyuarat DUN Perak yang dijadualkan pada 30 Mac 2010 kerana notis tersebut tidak dikeluarkan oleh Speaker dewan yang sah iaitu V Sivakumar

ISU POLITIK
PKR Cabang Nibong Tebal mendesak Tan Tee Beng mengosongkan kerusi



Politik


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 April 2010 untuk keputusan permohonan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengetepikan keputusan Tribunal Timbang Tara Mara yang memutuskan Datuk T Murugiah sebagai Presiden PPP yang sah.



Malaysiakini


Politik


Meskipun jumlah terkini kerusi PKR di Dewan Rakyat menyamai kerusi DAP iaitu sebanyak 28 buah, Lim Kit Siang menegaskan bahawa mereka tetap memberikan sokongan pada kepada DSAI untuk menerajui PR di Parlimen. Perkara yang sama turut dinyatakan oleh Sekretariat PAS.



Harakahdaily


Politik


Salehuddin Hashim menyifatkan gaji yang diterimanya semasa berkhidmat sebagai Setiausaha Agong PKR sebanyak RM 9,000 adalah jumlah yang kecil. Beliau turut membidas kenyataan Timbalan Presiden PKR yang mendakwa Salehuddin marah kerana gagal mendapat jawatan CEO Syarikat Perangsang dengan jumlah gaji sebanyak RM 50,000.


Politik

Ahli Parlimen PKR Isytihar Bebas

Kenyataan Salehuddin Hashim perlu dipandang serius apabila beliau mendakwa 10 orang ahli Dewan Rakyat tersebut akan keluar lagi. Sekurang-kurangnya tekanan perlu diberikan kepada Ahli Parlimen Bebas iaitu Nibong Tebal dan Bayan Baru untuk de-motivasi.


Sidang Mesyuarat DUN Perak


Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah mula respon mengenai notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh Speaker haram DUN Perak. Tekanan boleh ditambah lagi untuk menerang isu sebenar kepada rakyat dan menyerang BN.



Pengerusi Lembaga Penasihat Undang-Undang Pencegahan Hina Pejuang Anti ISA



Beliau sepatutnya dilabelkan sebagai Buta Hati kerana mengizinkan ISA menzalimi rakyat



Pencerobohan Polis Israel Ke Atas Masjidil Aqsa



Tindakan biadap polis Israel turut ditentang oleh paderi kerana pencerobohan tersebut dllarang dilakukan oleh penganut Yahudi



Sosial


Kenaikan Harga Ikan Berpunca Daripada Kerajaan



Pengenalan kerajaan terhadap kotak ikan berinsulasi telah menyebabkan pemborong menaikkan harga sehingga memberikan kesan kepada pengguna. Persatuan Import/Eksport Malaysia turut menyatakan bahawa Noh Omar memanipulasi kenyataan mereka








/------------------------------------------------------------------------

ANGGOTA PARLIMEN BAGAN SERAI KELUAR PKR

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan seorang lagi wakil rakyat mereka hari ini apabila Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti.

Mohsin memberitahu sidang media di sini bahawa beliau hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.

Berikut tindakan itu, beliau mengikut jejak langkah Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang meninggalkan parti itu.

Mohsin berkata beliau akan menjadi anggota parlimen bebas. - BERNAMA

Mar 2, 2010

Salehuddin Marah Hasrat Jadi CEO Ditolak

Fazallah Pit

DAMANSARA 2 MAC: Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim keluar parti berikutan marah kepada pimpinan parti apabila tuntutan untuk memperoleh layanan istimewa tidak dilayan.

Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Husin Ali berkata kemarahan Salehuddin memuncak apabila permohonannya untuk menjadi CEO Kumpulan Perangsang yang membawa gaji RM50,000 sebulan, ditolak.

Dalam kenyataan media hari ini, Syed Husin berkata, permohonan itu dibuat tidak lama sebelum Salehuddin meletak jawatan.

Katanya, Salehuddin juga menuntut US3,000 sebulan untuk berkhidmat dalam parti tapi beliau hanya dibayar RM9,000 sebulan yang dibuat seorang penyokong PKR.

Mengenai dakwaan Salehuddin, kononnya 10 Ahli Parlimen bakal keluar parti, Syed Husin berkata: "Dengan maklumat yang ada pada saya, ini hanya tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh."

Syed Husin menegaskan, beliau tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan Salehuddin Hashim di sebalik pembelotan pemimpin PKR kebelakangan ini.

"Salehuddin menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen yang keluar parti dan saya mempercayainya," katanya.

Beliau berkata, semua orang tahu betapa semua ADUN dan Ahli Parlimen yang keluar parti sebenarnya mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Namun, tidak dinafikan ada juga masalah pribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui Perdana Menteri, Datuk Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar," katanya.

Syed Husin berkata, PKR bagaimanapun berterima kasih kepada Salehuddin yang memberikan khidmat baik kepada parti selama enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung.

"Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik," katanya.TV Antara

GMPPK BANTAH CADANGAN SKIM FPP





Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) membantah cadangan kerajaan untuk memperluaskan skim Pesakit Membayar Penuh (FPP) di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Koordinator GMPPK, E. Silvarajah, 60, mendakwa cadangan untuk memperluaskan skim itu ke HSI seperti yang dilaksanakan di Hospital Selayang banyak memberi kesan negatif.

Beliau mendakwa, kesan itu akan menjadi penganiayaan kepada pesakit kerana doktor pakar yang terlibat dengan skim itu akan lebih bertumpu kepada pesakit yang boleh membayar secara penuh.

Dia juga mendakwa, doktor pakar muda terpaksa menjalankan pembedahan yang lebih besar kerana kebanyakan doktor pakar yang lebih berpengalaman akan lebih tertumpu kepada tugasan yang ditetapkan di dalam skim itu.

"Ada sebahagian daripada pakar menumpukan lebih banyak masa dan tenaga merawat pesakit swasta sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap pesakit biasa yang tidak membayar secara penuh.Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (SPPBP) sekali lagi mendapat tamparan apabila dibantah aktivis antipenswastaan hospital dan pemimpin PSM yang mengadakan demonstrasi di empat hospital awam di seluruh negara.

Sekumpulan kecil NGO tersebut - dikenali sebagai Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) - mengadakan piket di Hospital Sultan Ismail Johor baharu,Semalam .

Mar 1, 2010

CERAMAH




PASTI AL-FALAH (3), 27 Feb 2010, Tg Sedili : Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, PAS Caw Tg. Sedili tidak ketinggalan menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dengan pengisian yang padat.

Bermula dengan pengisian ilmu dan tazkirah bersama penceramah jemputan, Dr. Badrul Amin Bahron selaku Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR bersama-sama dengan Muslimat Tg Sedili berjalan dengan jayanya. Program yang bermula selepas solat Asar dihadiri kaum Muslimat yang berdekatan.

Pada sebelah malamnya, Ust Dr. Badrul Amin mengisi masa selepas solat Maghrib dengan menyampaikan tazkirahnya di surau Kg. Gembut. Program yang mendapat sambutan baik penduduk setempat memanfaatkan ruang dan peluang yang ada untuk menerima ilmu daripada seorang tokoh yang memang dikenali suatu masa dulu.

Sebelah malamnya seperti biasa ceramah Maulidur Rasul dimulakan dengan ucapan Saudara Syed Othman Bin Syed Abdullah, selaku individu yang bertanggungjawab menggerakkan Pusat Aduan Rakyat Zon Permas.



Beliau menyampaikan ceramah pada malam tersebut dengan membawa isu-isu tempatan yang berkisar mengenai masalah penduduk yang ditindas oleh pihak pemerintah. Syed Othman yang memang menonjol dalam membela nasib-nasib setinggan yang teraniaya atas alasan pembangunan menyampaikan ceramahnya sambil menayangkan slot video tentang laporan-laporan Polis yang telah dibuat bagi menggambarkan kepincangan pemerintahan Umno, BN.



Kemuncak kepada program ini iaitu ceramah agama bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul dengan penceramah undangan iaitu Ust Dr. Badrul Amin Bahron. Beliau memulakan ceramahnya dengan mengajak hadirin yang ada pada malam tersebut sama-sama membaca alunan zikir munajat. Suasana hening seketika dengan alunan zikir munajat.



Ust Dr. Badrul Amin dalam ceramahnya mengajak hadirin yang hadir sama-sama berfikir dan merenungkan permasalahan yang dihadapi di dalam negara ini dengan fakta-fakta yang dikaitkan dengan ajaran Islam. InsyaAllah, rakaman audio sedutan daripada ceramah beliau akan di masukkan di laman ini. Wallahualam.

~matahijauku~
Posted by PAS KOTA TINGGI at 11:34 PM