Jan 31, 2010

Anwar: JJ ketuai usaha Umno 'pikat' MP PKR

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.

"Dan pastinya Datuk Jamaludin mewakili (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) untuk cuba memujuk dan memberi jaminan apa yang beliau perlu asalkan meninggalkan PKR. Tapi kerana (Azan) tidak layan lebih daripada itu, maka jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.

"Maknanya usaha itu berjalan, cara merasuah dan menyogok parti itu ada. Sebab itu saya minta Azan (kanan) ada di sini sendiri untuk mengesahkan Huan (Cheng Guan) daripada Parti Cinta Malaysia dan Datuk Jamaludin Jarjis itu hubungi beliau," tambahnya.

Jelasnya, usaha itu mengambarkan tawaran untuk Azan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

Katanya lagi, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Mohd Yusuff (kiri) juga disahkan menerima pelawaan seperti itu.

"(Yusmadi) ada (dalam mesyuarat) dan beritahu (pelawaan) itu semua karut," katanya lagi dan menambah usaha berkenaan termasuklah usaha untuk merampas kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semua ini termasuk hendak rampas Selangor, hendak dakwa Tan Sri Khalid, hendak beli ahli-ahli parlimen dan ADUN nak dilakukan sebelum hari raya Cina kerana bila hari raya Cina keadaan reda selama dua minggu," katanya lagi.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Ditemui Malaysiakini selepas itu, Azan berkata beliau tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar "kawan baik."

"Saya anggap panggilan telefon itu sebagai panggilan sebagai kawan baik.

"Saya tampil untuk buat penjelasan ini atas tanggungjawab saya kepada orang dalam kawasan saya," tambahnya.SUMBER Malaysiakini

Jan 30, 2010

Bakar Gereja : Hishamuddin Jangan Masuk Campur

Polis Kena Panggil Azmin

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang melarang Polis mengambil keterangan daripada naib presiden PKR Azmin Ali, yang sebelum ini mendakwa mempunyai bukti bahawa ahli Umno terlibat dalam kes membakar

dan mendalangi serangan ke atas gereja Metro Tabernacle baru-baru ini.


Sebagai Menteri Dalam Negeri, beliau tidak boleh memberikan arahan sedemikian demi untuk melindungi ahli partinya. Setiap kali ada kes jenayah dilaporkan, Polis sering meminta bantuan orang ramai untuk mengumpul maklumat. Tetapi bila sudah ada orang yang mahu tampil memberikan maklumat dan bukti, kenapa perlu dihalang?

Walaupun beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab, namun bila wujud kes yang melibatkan kepentingan parti dan ahli Umno, maka beliau wajar mengumumkan untuk tidak masuk campur dan menyerahkan urusan siasatan Kes berkenaan dibawah tanggungjawab Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sepenuhnya.

Dalam keadaan sebegini, rakyat jelas melihat bahawa beliau cuba untuk menafikan maklumat Azmin, dan cuba untuk menghalang bukti-bukti disalurkan kepada pihak Polis untuk mendakwa suspek.

Dalam Kes Teoh Beng Hock sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan pantasnya dipanggil memberikan keterangan berikutan dakwaan beliau bahawa Beng Hock dibunuh.Tetapi kenapa bila Azmin berkata beliau mempunyai bukti bahawa ahli Umno terlibat membakar gereja beliau tidak dipanggil memberikan keterangan.

PAS mendesak supaya Polis bersikap profesional dan tidak tunduk kepada arahan Menteri dan bersubahat menafikan maklumat dan keterangan rakyat. Jika perkara ini dibiarkan, tidak mustahil selepas ini, ahli-ahli Umno boleh melakukan apa sahaja jenayah dan tidak perlu disiasat walaupun ada rakyat yang mempunyai maklumat dan bukti.

PAS bertegas, agar Polis mengambil keterangan Azmin bagi mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak. Jika benar ahli Umno terlibat merancang perbuatan ini, maka PAS dan rakyat Malaysia melahirkan rasa sedih di atas perbuatan yang memalukan negara.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Rakyat Tidak Tunduk Kepada Jentera Negara Kuburkan Barisan Nasional (BN) Satu-satunya Jalan Keluar

Ahli Sekretariat Suaram JB, Cheng Lee Whee telah didakwa dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 kerana tindakan membuat laporan polis untuk mempertahankan hak-hak penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT). Peguam Negara telah mengugurkan dakwaan terhadap Cheng secara rasmi pada 25hb Januari akibat tindakan penyerahan petisyen 35 pertubuhan, parti- parti politik dan lain-lain individu. Jawatankuasa Sahabat Suaram Negeri Johor (FOS Johor) mengeluarkan kenyataan seperti berikut:-

Cheng Lee Whee telah hadir ke Mahkamah Majistret Jenayah 1 Johor Bahru untuk sebutan kedua pada 25hb Januari 2010. Timbalan Pendakwa Raya Umar Sharifuddin Bin Jaafar telah mengugurkan dakwaan terhadap Cheng Lee Whee secara rasmi di hadapan Majistret Mohamad Faud Bin Abdul Ghani dengan kehadiran penguam bela Cheng Lee Whee, iaitu Sdr Hassan Karim dan wakil peguam Johor Bar Committee Cik Navamani dalam kamar majistret (chamber majestrate) lebih kurang jam 10.10 pagi.

Majistret telah mengumumkan penguguran dakwaan terhadap Cheng Lee Whee. Beliau juga dibenarkan menuntut kembali wang jaminan RM1000 daripada mahkamah.

Jawatankuasa Sahabat Suaram Negeri Johor (FOS Johor) berpendapat bahawa penguguran dakwaan terhadap Cheng Lee Whee telah membuktikan bahawa:-

1) Kandungan laporan polis yang dibuat oleh Sdri Cheng adalah sah dan benar. Ini turut membuktikan bahawa tindakan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah mempertahankan pengusiran secara paksa dan tindakan sokongan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan badan-badan NGO adalah tindakan menegakkan keadilan. Tindakan pihak polis yang menggunakan gerombolan pasukan yang terlampau besar untuk membantu pihak pemaju melaksanakan perobohan rumah dan pengusiran secara paksa adalah satu tindakan yang tidak munasabah dan salah.

2) 35 pertubuhan dan massa dengan tegas menuntut “Penguguran Tudahan terhadap Cheng Lee Whee” merupakan tindakan yang betul dan tepat. Tindakan yang mengutamakan kepentingan rakyat ini telah mendapat sokongan massa rakyat. Ini merupakan satu kejayaan. Penguguran dakwaan terhadap Cheng Lee Whee oleh Peguam Negara itu adalah hasil daripada wujudnya solidariti antara pertubuhan pertubuhan, parti-parti politik dan massa rakyat yang berani berjuang dan tidak menunduk kepada kekerasan jentera Negara.

3) Rentetan dari perjuangan anti-pengusiran paksa hingga Cheng Lee Whee didakwa; tindakan menuntut penguguran dakwaan terhadap Cheng Lee Whee ;dan akhirnya dakwaan itu telah digugurkan - kesemua proses in telah meningkatkan kesedaran rakyat yang telah menyertai perjuangan ini.
Mereka telah faham bahawa masalah- masalah seperti hak asasi rakyat dicabuli; dan represi terhadap perjuangan menentang penganiayaan, bukan semata-matanya masalah “penyalahgunaan kuasa polis” sahaja. Harus difahami bahawa disebalik semua tindakan polis melakukan penganiayaan dan represi terhadap perjuangan rakyat itu, golongan pemerintah dan kerajaan BNlah yang merupakan pesalah utama. Jentera negara seperti polis, mahkamah, penjara dan sebagainya hanya merupakan alat kepada golongan pemerintah dan kerajaan BN sahaja untuk melaksanakan represi terhadap rakyat.
Polis dan mahkamah bukannya sasaran perjuangan rakyat masa kini, sebaliknya golongan pemerintah dan kerajaan BN yang memanipulasikan jentara negara yang harus dijadikan sasaran. Hanya dengan mengkuburkan hegemoni BN, rakyat baharu dapat menemui jalan penyelesaian dan memenuhi aspirasi baru.

Kami menyampaikan penghargaan kami kepada parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan dan peguam bela sukarela Cheng Lee Whee termasuk Hassan Karim, Yeo Yang Poh selaku wakil Majlis Peguam sebagai Peguam Pemerhati dan wakil peguam Johore Bar Committee, Cik Navamani dalam memberi bantuan dan sokongan kepada Cheng dan Suaram JB. Kami berharap kita akan terus memperjuangkan makna demokrasi dan hak asasi di negara ini bersama-sama.

Suaram JB/ Jawatankuasa Sahabat Suaram Negeri Johor (FOS Johor)

______________________________________________________________

Jan 29, 2010

Karpal: Keputusan Mahkamah Persekutuan Timbulkan “Banyak Masalah”

Alasan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini dalam menolak permohonan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan bahan bukti akan melewatkan kes-kes jenayah umumnya dan bukan sahaja perbicaraan Anwar, kata peguam Karpal Singh.

Tiga hakim mahkamah tertinggi negara menolak permohonan Anwar itu kerana ia dibuat sebelum perbicaraan bermula, kata Karpal. Perbicaraan atas tuduhan fitnah liwat Anwar dijadualkan bermula Selasa depan.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan menimbulkan banyak masalah kepada orang. Ia akan membawa kepada kelewatan perbicaraan dalam kes-kes jenayah,” kata Karpal.

Karpal berkata demikian selepas mendengar hujah hakim Mahkamah Persekutuan dalam menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan dokumen dan bukti relevan bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan tuntas.

Karpal berkata Mahkamah Persekutuan berpendapat permohonan Anwar itu hanya boleh dilayan setelah perbicaraan bermula, dalam erti kata lain, saksi pertama telah mula memberikan keterangan.

“Jika ini berlaku, maka pihak yang mempertikaikan akses kepada bukti-bukti akan tentunya merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi. Tindakan ini pasti diambil bukan sahaja oleh peguam bela tetapi pendakwaraya juga mempunyai hak membantah dan memrayu …semua ini akan melambatkan proses perbicaraan,” kata Karpal.

Karpal berkata peguambela Anwar tentunya akan merayu sekali lagi untuk mahkamah membenarkan Ketua Pembangkang itu diberikan bukti-bukti berkenaan selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Anwar telah meminta salinan kenyataan penuduh Saiful Bukhari Azlan, laporan perubatan yang relevan dan salinan rakaman video di pintu masuk kondominium Jalan Setiakasih Bukit Damansara di mana Salful mendakwa tuduhan fitnah liwat itu berlaku pada Jun tahun 2008 .

Peguam-peguam Anwar memohon untuk diberikan akses kepada bahan bukti itu bagi membolehkan mereka menyediakan soal balas yang bernas terhadap saksi yang dikemukakan oleh pendakwaraya, demi memastikan keadilan.

Jan 28, 2010

POLIS TIDAK PERLU KETERANGAN AZMIN

Apakah maksud Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengumumkan polis tidak akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung

kenyataannya yang mendakwa beliau mempunyai maklumat tentang penglibatan ahli pergerakan Pemuda Umno dalam kes serangan gereja di Desa Melawati awal bulan ini.

Alasan Hishammuddin ialah Azmin bercakap atas kepentingan politik semata-mata.

"Azmin hanya orang politik yang boleh membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Azmin semalam yang mendakwa beliau mempunyai maklumat tentang penglibatan Pemuda Umno Bahagian Gombak dan Ampang dalam kes membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, pada 8 Januari lalu.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian anggota Umno yang didakwa terbabit.

Sementara itu Bernama melaporkan, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, Umno juga boleh membuat tuduhan kepada PKR sekiranya mahu, namun kerajaan mahu menumpukan untuk mengumpul bukti dan fakta terlebih dahulu dan tidak sekali-kali membuat tuduhan sembarangan.

Beliau berkata polis tidak akan pilih kasih dalam sebarang tindakannya setelah bukti yang diperolehi mencukupi tidak kira ia melibatkan orang Umno atau sesiapa sahaja yang didapati terlibat.

"Sekarang polis sudah bertindak termasuk menahan seorang anak pegawai polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa tidak pilih kasih dalam tindakan yang penting setelah kita mempunyai bukti untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Jan 27, 2010

SERANGAN KEPALA BABI MENCURIGAKAN

ADUN Taman Medan, Haniza Talha menyifatkan provokasi yang direncanakan UMNO Barisan Nasional gagal membangkitkan kemarahan orang melayu.

Pagi tadi, 2 kepala babi diletakkan diperkarangan 2 masjid berasingan disyaki didalangi UMNO Barisan Nasional.

Haniza berkata UMNO Barisan Nasional lupa kaum Melayu kini bukan berfikiran jumud. Mereka kini pandai menilai situasi semasa.

"Ini adalah usaha untuk membangkit kemarahan orang Melayu. Tapi orang melayu sekarang tidak bodoh. Mereka tahu ini adalah provokasi. Ini taktik lama," katanya.

Beliau berpendirian tindakan ini satu perbuatan khianat untuk melagakan rakyat Malaysia kerana cara bagaimana kepala babi itu ditemui.

"Kalau difikir logik, babi itu dibungkus elok- elok dalam plastik. Menunjukkan bahawa orang yang letakkan kepala babi itu sendiri takut hendak memegang kepala babi itu. Kalau orang bukan islam, mereka tidak takut untuk pegang kepala babi itu. Ini jelas satu provokasi," tambahnya lagi.

Beliau berharap rakyat tidak lagi tertipu dengan taktik kuno UMNO Barisan nasional ini yang mana sangat terdesak mahu meraih sokongan rakyat negara ini khususnya kaum Melayu.

"Bagi saya nampak sangatlah ini adalah satu provokasi sebab, sehinggakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan datang hari ini. Saya harap rakyat sedarlah," jelas Haniza.

Membelakangkan Parti, Zul Nordin Hadapi Pemecatan, Penggantungan atau Amaran

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat mengeluarkan 'perintah tutup mulut' keatas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin sehingga kes tindakannya membelakangkan pendirian parti selesai didengar Jawatankuasa Displin PKR.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution dalam satu sidang akhbar hari ini berkata Zulkifli juga dilarang mengeluarkan kenyataan media sehingga itu.

"Kita sudah arahkan beliau untuk tidak membuat sebarang kenyataan media. Biarkan parti mencari penyelesaian terbaik untuk kebaikan parti," katanya.

Biro Politik PKR bersidang hari ini bagi membincangkan tindakan Zulkifli yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti berhubung polemik kalimah Allah.

Sebelum ini, Zulkifli dilaporkan terbabit dalam satu pertelagahan bersama rakan sejawat Ahli Parlimen Khalid Samad juga berhubung isu yang sama.

Saifudin berkata kes ini akan dirujuk ke Jawatankuasa Displin PKR yang akan bersidang dalam masa terdekat.

Pihak jawatankuasa akan meneliti kes ini dan akan mengusulkan hukuman sewajarnya termasuk amaran, penggantungan atau pelucutan keahlian ke Jawatankuasa Kerja Pusat PKR.

"Ekoran daripada itu kita akan membuat keputusan seperti berikut, kita bersetuju untuk merujuk kes ini kepada lembaga disiplin parti yang akan bersidang dalam tempoh terdekat. Kita akan mengkaji, menyiasat aduan, mendengar penjelasan daripada zulkifli dan akhirnya lembaga disiplin parti cukup terikat kepada keputusan- keputusan berupa amaran, menggantung keahlian dan memecat keanggotaannya," jelas beliau.

Jan 26, 2010

NASIB KAMI SOKONG UMNO






Pada 25.O2 .10 Jam 11pagi satu sidang media bersama wakil penduduk Kg Desa Melayu dan Kg Belantik Johor Baharu,menuntut supaya campur tangan Kerajaan negeri mengenai isu perpindahan 8 buah Kg yang telah di ambil oleh pihak pemaju MRCB masih lagi belum ada kata putus walaupun pihak pemaju sudah arahkan ketua ketua caw Umno sebagai ajen yang suruh penduduk keluar dari kg halaman mereka tetapi yang menjadi persoalan Wakil Rakyat kata jangan keluar dari Kg selagi rumah yang dijanjikan belum siap...mana satu yang perlu kami ikut? Pemaju suruh kami keluar tapi wakil rakyat suruh kami kekal sedangkan tanah ini telah menjadi hak milik Pemaju .Bayangkan Kampung ini kami teroka hampir 62 tahun kini sudah jadi hak milik pemaju kalau dulu berbagai janji wakil rakyat kami nak bagi geran tapi hanya TOL sahaja yang di beri akhirnya kami di halau keluar..nasib kami sokong UMNO kuat sangat kata salah seorang Penduduk.

Zulkifli Tidak Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Khalid

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen kawasan Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad walaupun telah diminta berbuat demikian oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli daripada PKR berkata beliau akan hanya berbuat demikian jika Khalid daripada PAS, menarik balik kenyataannya yang menyebut Enakmen Agama Islam negeri Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah ketinggalan zaman, serta memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Hari ini saya telah diminta oleh Datuk Seri Anwar untuk tarik balik laporan itu. Saya jawab tak ada sebab untuk tarik laporan itu, melainkan Khalid tarik balik kenyataan mengenai enakmen tersebut, minta maaf kepada umat Islam dan Sultan," katanya kepada Bernama di sini, malam semalam.

Dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Jalan Masjid India, Sabtu lepas, Zulkifli turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman' seperti yang disiarkan di laman portal Malaysiakini tiga hari sebelum itu.

Dalam artikel tersebut, Khalid dipetik sebagai menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dengan alasan pada masa undang-undang itu diluluskan mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

Kenyatan Khalid itu merujuk kepada Enekmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.

Ekoran tindakannya itu Zulkifli bakal berdepan dengan tindakan disiplin apabila Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, satu mesyuarat Biro Politik Khas akan diadakan esok di Ibu Pejabat PKR bagi membincangkan tindakan yang akan diambil terhadap Zulkifli.

Mengulas tindakan yang akan diambil terhadapnya, Zulkifli berkata PKR mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya mereka merasa perlu tetapi beliau juga ada hak untuk mempertahankan tindakannya itu.

Bagaimanapun beliau sedia memberi kerjasama tetapi biro tersebut perlu memanggilnya untuk memberi keterangan sebelum membuat sebarang keputusan, dan hingga kini beliau belum menerima apa-apa notis dan surat daripada parti.

Katanya Anwar juga tidak memaklumkannya mengenai apa-apa notis, sebaliknya hanya menyebut bahawa kes itu akan dirujuk kepada Biro Politik Khas.

Mengenai desas-desus yang beliau mungkin dipecat daripada parti, Zulkifli berkata: "Cakap-cakap yang mengatakan saya akan dipecat hanyalah spekulasi tetapi jika betul-betul dipecat saya akan bertindak. Saya telah bersedia."

Dalam perkembangan yang sama Zulkifli turut meminta Naib Presiden PAS Selangor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegur Khalid terlebih dahulu sebelum menyalahkan beliau sepenuhnya.

Katanya, Tuan Ibrahim sepatutnya menegur Khalid berhubung kenyataanya mengenai enakmen tersebut kerana jelas menghina umat Islam dan institusi Raja. - BERNAMA

Jan 25, 2010

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.

-- BERNAMA

Kerajaan Negeri Tidak Tunduk Kepada Tekanan Noh Omar - YBK

Kerajaan negeri Selangor tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan atau ugutan daripada pemimpin pusat mahupun Yayasan Basmi Kemiskinan bersabit pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknoloji Mara UiTM.

Pengerusi YBK Zainal Sakom dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar sebelum ini cuba menyalahkan kerajaan negeri atas apa yang didakwa mereka sebagai kelewatan kerajaan negeri meluluskan tapak projek itu di Serendah, Rawang.

Kerajaan negeri sebelum ini meminta YBK telus dalam menjelaskan penggunaan dana dan hartanah yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada yayasan itu untuk membela golongan miskin.

Ini kerana YBK tidak menghantar penyata kewangannya kepada kerajaan negeri dan hanya memuatkan beberapa butiran perbelanjaan pada laman webnya sahaja.

Justeru kerajaan negeri meminta pihaknya diberi suara dalam urus tadbir YBK bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor.

Namun permintaan itu dijadikan alasan oleh Noh Omar untuk memberi amaran bahawa projek itu mungkin dialihkan ke negeri lain.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata membidas pihak yang sengaja memutarbelitkan isu ketelusan YBK dan pembinaan kampus UiTM.

“ YBK satu isu lain daripada pembinaan Universiti dan tempat untuk membina Institusi Pengajian Tinggi. Negeri Selangor mereka-mereka yang ingin mendirikan Universiti di Selangor sebab tempatnya sesuai, tertumpu, banyak Universiti-universiti besar berada di Selangor tetapi caranya kena betul” katanya.

Khalid berkata kerajaan negeri tidak akan menyokong YBK dan mana-mana pihak lain yang cuba memberikan kontrak kepada pihak tertentu dalam keadaan mencurigakan dan melanggar peraturan asas urus tadbir telus.

“ Kalau mana kementerian hendakkan tanah, jumpa dengan kerajaan negeri dan kerajaan negeri bersedia menolong mereka untuk mendapatkan tanah. Bukan isu YBK, isu tanah untuk universiti. Jangan jadikan YBK tempat memberikan kontrak tidak nyata. Kontrak? Nak bagi kontrak macam itu tidak boleh. Parti keadilan tidak terima cara itu” ujarnya lagi.

Ujar Khalid, kerajaan negeri tidak mungkin merencatkan pembangunan universiti di Selangor namun saluran yang betul harus diguna dalam memastikan usaha itu memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dan bukan untuk pihak tertentu mengaut keuntungan haram.

“ Saya berpendapat, kita buat secara terbuka sebab kampus UiTM itu untuk rakyat Melayu, kita mesti cari kos yang serendah-rendahnya, tanah yang sebaik-baiknya. Sebab itu tanggungjawab kita bukan main-main kayu tiga. Tidak boleh. Ia adalah dua isu yang berlainan” tambahnya. sumber TVS

Jan 24, 2010

Khalid Selar Tindakan Zulkifli Umpama Anjing Yang Menyalak Bukit

PETALING JAYA: Ahli Parlimen paling kontroversi masa kini dari Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, rakannya dari Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin boleh terus menyalak bukit tanpa perlu beliau menghiraukannya.

Malah Khalid berkata, Zulkifli yang menuduhnya (Khalid) mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam sebagai seorang yang tidak berfikiran terbuka.

Beliau berkata, tindakan Zulkifli itu juga mencerminkan sikap semulajadinya sebagai seorang yang suka bertindak tanpa usul periksa.

"Perumpamaannya mudah sahaja, walaupun ada anjing yang menyalak tapi kita akan tetap terus berjalan dan tak perlu menghiraukannya.

"Begitu juga dengan hal ini, saya tak perlu nak buat apa-apa terhadapnya, saya akan terus dengan cara saya dan mempertahankan tindakan saya," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Zulkifli yang membuat laporan polis terhadapnya kerana didakwa secara berterusan mengeluarkan kenyataan menghina Islam.

Laporan polis berkenaan merujuk kepada kenyataan Khalid dalam satu artikel disiarkan portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan.’

Menerusi artikel itu, Khalid dipetik sebagai berkata bahawa enakmen agama Islam yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Kenyataan Khalid itu merujuk kepada Enakmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

Berikutan itu, Zulkifli menggesa polis supaya menjalankan siasatan terhadap Khalid mengikut Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 298 Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun Khalid berkata, beliau tidak berkecil hati malah tidak mengendahkan tindakan Zulkifli itu.

"Bila masa pula saya perlekeh dan hina Islam? Bila saya cakap macam itu?

"Dia (Zulkifli) tak tahu isu sebenar tapi nak buat tindakan melulu dengan tuduh saya macam-macam," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Malah Khalid sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa undang-undang pentadbiran keagamaan bukan merupakan hukum yang bersifat 'qatii' atau mutlak yang tidak boleh diubah.

Selain itu, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, sebelum ini beliau telah mengusulkan kepada kepimpinan PAS Pusat agar parti itu mengemukakan satu usul kepada Sultan Selangor supaya satu kajian semula dibuat terhadap undang-undang agama Islam di negeri itu.

Malah menurutnya, PAS juga mungkin akan mencadangkan supaya usul berkenaan diajukan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Baru-baru ini saya mengadap Sultan Selangor dan kami berbincang mengenai perkara ini.

"Baginda begitu mengambil berat mengenai isu ini dan Baginda juga menitahkan saya supaya mengemukan satu cadangan secara bertulis agar satu perbincangan khusus dan profesional dapat dibuat.

"Baginda begitu rasional dan sangat terbuka untuk mengkaji semua enakmen berkenaan agar menepati keadaan semasa," katanya.

Dalam pada itu Khalid berkata, Zulkifli sepatutnya berasa malu dengan Sultan Selangor yang melihat isu berkenaan secara lebih terbuka.

"YB (Yang Berhormat) Zulkifli kena malu dengan Tuanku. Baginda sangat prihatin malah sedia untuk mendengar pandangan," katanya.sumber

Jan 23, 2010

SULTAN JOHOR MANGKAT

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.

Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada pukul 2 petang esok.

Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi sementara orang kenamaan dari pukul 11 pagi hingga petang.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.

Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Petang ini, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Nama Almarhum terpahat pada sekolah, acara sukan seperti Kejohanan Golf Terbuka Iskandar dan juga koridor pembangunan selatan Johor iaitu Iskandar Malaysia.sumber

Jan 20, 2010

CERAMAH PAKATAN RAKYAT






Kota Tinggi, 19 Jan 2010 bertempat di Pasti Al-Falah 2, Taman Hijrah ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Kota Tinggi dengan menjemput penceramah-penceramah muda yang tidak asing lagi bagi dunia politik masa kini.

Dengan membariskan penceramah-penceramah seperti Saudara Syed Othman Abdullah yang juga merupakan Penyelia PAR Permas dan AJK PAS Johor selaku penceramah pertama diikuti dengan Saudara Fariz Musa (Timbalan AMK) yang menggantikan YB Amirudin Shari dan seterusnya Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK) suasana di malam tersebut menjadi hangat dengan topik-topik menarik yang di sampaikan.


Bermula dengan ucapan Saudara Syed Othman yang menyifatkan perwatakan Umno ketika ini dalam memperjuangkan isu kalimah Allah adalah bersifat retorik semata-mata. Umno seolah-olah ingin menunjukkan kepada dunia bahawa merekalah parti yang wahid dalam memperjuangkan agama Islam walhal sebelum ini Umno jugalah menerusi lidah-lidah pemimpin mereka terus menerus memperlekeh dan menghina hukum hudud yang terkandung di dalam undang-undang jenayah. Siapa yang tidak kenal dengan Tun Dr Mahathir, kenyataan DS Najib dalam menyumbang kepada penghinaan terhadap hukum Allah ini? Tiba-tiba mereka mengubah nada apabila tiba isu kalimah Allah ini.

Dalam pada itu, Syed Othman juga menilai akan slogan rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan yang menjadi trademark pemimpin-pemimpin Umno juga merupakan omongan kosong yang tidak mencerminkan keadaan sebenar. Rakyat ketika ini sedang dihimpit dengan kenaikan barangan keperluan di samping kenaikan-kenaikan lain yang bakal menyusul kemudian. Mana perginya slogan rakyat di dahulukan bilamana kejadian yang berlaku di penempatan setinggan Plentong tidak mendapat pembelaan dan simpati daripada pemimpin Umno.



Saudara Fariz Musa yang menggantikan YB Amirudin Shari di saat-saat akhir ternyata tidak mengecewakan hadirin yang hadir. Dengan kritikan pedas sambil diselitkan dengan unsur-unsur komidi ternyata menggamatkan ruang di sekitar tempat ceramah.

Beliau yang sebelum ini memang bergerak aktif semasa menerajui Umno (disifatkan sebagai zaman jahiliah) menegaskan bagaimana Umno memanipulasikan BTN untuk kepentingan politik mereka. Sekarang isu tersebut sudah gagal untuk dimainkan oleh Umno bagi tujuan mendapatkan simpati rakyat untuk menyokongnya.

Beliau juga menyifatkan Umno yang mengamalkan mazhab politik lain-agama lain terus menerus di rundung masalah yang tidak henti-henti. Kita lihat bagaimana kadar jenayah yang semakin meningkat, indeks rasuah yang meningkat dan ketelusan sistem kehakiman dan badan-badan kerajaan yang lain yang terus dipertikaikan.

Lihat bagaimana sikap double standard Umno yang kononnya juara memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah ini tetapi dalam masa yang sama, Umno jugalah yang meruntuhkan masjid-masjid sebelum ini. Diatas perbuatan Umno itulah maka ketika ini Allah membalas perbuatan tersebut dengan pelbagai kejadian bangunan runtuh, retak dan sebagainya seperti yang berlaku di Terengganu.



Pada malam tersebut, Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Kota Tinggi, Saudara Abd Razak Bin Hj. Esa telah menjemput wakil kaum India yang merupakan bekas ahli PPP Kota Tinggi untuk menyerahkan borang keahlian kepada Saudara Shamsul Iskandar. Wakil kaum India tersebut melihat akan ketelusan perjuangan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat untuk merubah iklim politik yang lebih sihat. Sejumlah 35 borang telah diserahkan pada malam tersebut dan ini merupakan satu tamparan hebat kepada parti komponen BN bilamana kaum India sudah berani untuk melakukan perubahan.



Penceramah terakhir iaitu Ketua AMK Malaysia, Saudara Shamsul Iskandar. Dalam kenyataannya, beliau dalam siri road tour menjelajah semenanjung untuk memberikan penerangan kepada rakyat tentang apa sebenarnya yang berlaku ketika ini. Kota Tinggi merupakan destinasi yang ke 35 dalam siri-siri penerangannya dan akan diteruskan ke merata kawasan sebelum tarikh perbicaraan DSAI.

Dalam penerangannya, beliau menyatakan bahawa akan berlaku konspirasi ke dua dalam usaha mengheret DSAI ke penjara setelah dilihat mampu menggugat singgahsana pemimpin Umno ketika ini. Maka akan berlakulah episod-episod bodoh dan dangkal seperti yang berlaku sebelum ini. Mahkamah Malaysia sekali lagi akan menjadi gelanggang raja lawak yang terhebat.

Beliau juga menceritakan bagaimana jemputan ulama terkemuka dunia Syekh Yusof Al-Qardawi ketika menerima penghormatan selaku Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Umno, BN disebelah malamnya terus memberi kuliah dalam sebuah program yang di anjurkan di Shah Alam itu. Tokoh Ulama tersebut terus membidas tindakan kerajaan dalam usaha mengaitkan DSAI dengan kes liwat tersebut.

Kritikan Ulama tersebut tidak mampu di tutup oleh pemimpin Umno walaupun beliau diberikan Tokoh Maal Hijrah. Beliau menyifatkan tuduhan ini tidak masuk akal dan sepatutnya DSAI dituduh di bawah undang-undang Syariah kerana menuduh seseorang itu melakukan liwat tanpa saksi. Tapi memang niat sebenar mereka untuk mencampakkan karier politik DSAI ke penjara maka pelbagai cara di lakukan untuk menghalalkan perbuatan mereka.



Diakhirnya, beliau menceritakan bagaimana penyiasat persendirian, Bala yang heboh dengan akuan bersumpahnya yang mengaitkan penglibatan secara langsung DS Najib dan Big Mama di hilangkan. Dan yang terbaru, Bala tampil dengan kenyataannya lagi bahawa terdapat pemimpin Umno yang menjanjikan habuan RM2 juta untuk menafikan akuan bersumpahnya dan beliau dilarikan ke India dengan berbagai-bagai insentif lainnya.

Bala tampil ketika ini apabila habuan yang di janjikan tidak dipenuhi oleh mereka dan atas kenyataan itu, Saudara Shamsul telah melapurkan perkara tersebut kepada SPRM untuk tindakan seterusnya. Namun sehingga kini, seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada SPRM terhadap aduan tersebut.

Maka dapatlah disifatkan bahawa Malaysia semakin caca marba dengan campurtangan pemimpin politik demi untuk menutupi kesalahan mereka dan menjadi kewajipan rakyat sekelian untuk mengubah senario politik ini dengan sama-sama menumbangkan Umno, BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.
PAS KOTA TINGGI

GILIRAN PARA GURU TURUN KE JALAN RAYA

Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.
Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.

”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong.

”sudahlah menanggung beban pelbagai masalah sosial dan disiplin murid, guru-guru disekolah kini diminta ‘menggalas’ kegagalan seorang Menteri Kewangan.”katanya dengan nada kesal.

Apabila ditanya, adakah para guru sanggup tuun ke jalanraya menuntut segala hak-hak sebagai warga pendiikan dari kerajaan Umno/BN beliau menjawab; “Tunggu masa dan ketika yang sesuai!”.SUMBER buletin online

700 Lori Angkut Pasir Silika Ke Singapura Setiap Hari - Dr. M

Tun Dr. Mahathir Mohamad beranggapan bahawa ada pihak yang tidak bercakap benar apabila sebanyak 700 lori dengan muatan pasir silika didapati keluar dari Johor ke Singapura setiap hari.

Bekas Perdana Menteri berkata, walaupun Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu terdapat 500 lori membawa pasir itu ke seberang Tambak Johor setiap hari tetapi jumlah sebenar adalah lebih daripada itu.

"Saya ingat kita dah hentikan penjualan tanah kita kepada Singapura.

"Seorang teman memberitahu saya bukan 500 lori tetapi 700 buah. Itu jumlah yang banyak," tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini.
DR. MAHATHIR MOHAMAD

Beliau mengulas kenyataan Shaziman pada November lalu yang menyebut sebanyak 700 buah lori bertolak dari Singapura ke Malaysia melalui Tambak Johor setiap hari, manakala sejumlah 1,000 buah lori menggunakan laluan sama dari Malaysia ke Singapura.

Shaziman menambah, lebih kurang 500 buah lori ke Singapura membawa pasir.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, republik itu memerlukan pasir silika untuk menghasilkan mikrocip.

Secara sinis beliau menambah: "Saya tidak tahu berapa banyak pasir yang digunakan untuk membuat mikrocip yang sekecil itu. Mesti banyak sekiranya mereka perlukan 700 lori pasir sehari."

Beliau berkata, pulangan dengan menjual bahan mentah tidak menguntungkan dan kerana itu adalah lebih baik bagi negara ini memproses bahan mentah terbabit supaya ada nilai tambahan.

"Tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan silika dari pasir silika. Saya rasa kilang kaca ada melakukannya sepanjang masa. Dan kita ada kilang kaca di Malaysia.

"Kenapa kita tidak hasilkan wafer silikon dan menjualnya kepada Singapura," ujarnya.-MstarOnline

ISU YBK KAMI BERTANGUNGJAWAB

Kerajaan Negeri Selangor menuntut Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendedahkan maklumat mengenai semua bantuan yang diterimanya daripada Kerajaan Negeri Selangor sejak penubuhan yayasan itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana laporan kewangan YBK seperti yang dipaparkan dalam laman sesawang rasminya gagal memberi maklumat penuh berhubung harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

"Kita sedia maklum laporan kewangan yang dipaparkan dalam laman sesawang mereka. Tapi laporan kewangan itu tidak memberi maklumat terperinci tentang harta dan wang yang diberikan kerajaan negeri Selangor. Sebab itulah kita kata perlunya yayasan itu membuat analisa dan penyataan semula," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, laporan kewangan yang dipaparkan itu menyebut berkaitan tanah seluas 1,300 ekar di Serendah yang bernilai lebih kurang RM78 juta (dikira pada RM60,000 setiap ekar).

"Tanah itu adalah pemberian yang besar nilainya, tetapi tidak ada dalam laporan kewangan. Ini baru satu contoh. Jadi, kita harap YBK akan lebih telus dan memberikan maklumat yang sepenuhnya," tambah beliau lagi.

Khalid memberitahu, YBK gagal membayar walaupun satu sen untuk premium sejak 2001 lagi selain gagal mengambil sebarang usaha untuk membuat pembayaran.

Beliau berkata, yayasan itu hanya berhubung dengan Kerajaan Negeri Selangor ketika membuat permohonan untuk menukar status tanah itu dari pertanian kepada pengunaan komersil dan jika permohonan penukaran status tanah itu dibuat, ia akan bernilai lebih kurang RM540 juta (dikira pada RM10 perkaki persegi).

"Untuk tanah yang begitu besar nilainya sudah tentulah kerajaan negeri prihatin mengenai hal bagaimana ia diurus tadbir. Mungkin kerajaan dahulu tidak mahu mengambil tahu, tapi Pakatan Rakyat tidak boleh membelakangkan isu itu kerana 'kami bertanggungjawab ke atas setiap sen wang rakyat'," ujarnya.

Sehubungan itu, sebagai pemegang amanah harta rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja perlu telus dan bertanggungjawab, tetapi juga memastikan semua keputusan dan tindakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat selari dengan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

Khalid turut mengulangi keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengeluarkan satu laporan terperinci berhubung harta dan wang yang diberikan kepada YBK pada tahun sebelum ini.

"Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon kepada YBK supaya melantik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi YBK manakala ahli Exco Kebajikan dan dua lagi wakil kerajaan negeri itu dilantik sebagai ahli lembaga penasihat . Namun demikian YBK telah menolak permohonan tersebut,” kata kenyataan itu lagi yang turut disiarkan di laman rasmi Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jan 19, 2010

DUTA DAN WAKIL ASING BIMBANG ISU KALIMAH ALLAH

Duta dan wakil asing menyatakan kebimbangan mereka terhadap isu kalimah Allah berikutan tindakan kerajaan seolah-olah menafikan peranan Sultan dalam isu ini.

Turut dinyatakan peranan mahkamah dan cara lantikan hakim dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kebimbangan itu dinyatakan dalam pertemuan tertutup Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama duta asing. Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata, PKR juga menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah dan kes perbicaraan Anwar.

“ Kita beranggapan isu ini dibangkitkan bagi menutup segala isu besar dalam negara seperti kehilangan enjin dan dan wang berbilion ringgit” ujar Mustaffa.

LONGKANG TERSUMBAT BIMBANGKAN PENDUDUK




Pada 18 hb saya melawat Kawasan Permas setelah menerima aduan mengenai longkang tersumbat sehingga menimbulkan kebimbangan yang amat sangat kepada penduduk Taman Permas Jaya di Jalan Permas 2/3 dan 1/1 dalam Parlimen Pasir Gudang. Hal ini terjadi memandangkan sistem saliran seperti longkang di sekitar Taman Perumahan mereka tersumbat teruk yang mana bakal mengakibatkan banjir kilat,Kawasan ini juga telah di istihar kawasan Nyamuk Aedes , Aduan penduduk kepada pihak Majlis MBJB belum menunjukkan tanda-tanda kerja penyelenggaraan akan dilakukan dalam masa terdekat. Pusat Aduan Rakyat telah meninjau tempat tersebut bersama wartawan Utusan, dan PAR akan memanjangkan masalah berkenaan kepada pihak berwajib.

Jan 18, 2010

ALLAH JUGA BOLEH DI GUNA DI WP, P PINANG: Nazri

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Bagaimanapun, TheSun memetik beliau sebagai berkata, di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah.

Jan 17, 2010

MASJID DI SARAWAK DI BALING BOTOL

Sebuah masjid di Sarawak menjadi sasaran di baling botol selepas serangan ke atas 10 gereja sejak minggu lalu berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Insiden pagi tadi itu berlaku di Kota Samarahan, kira-kira 20KM di selatan bandar Kuching.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar memberitahu Reuters bahawa polis menemui pecahan kaca dekat dinding luar masjid berkenaan.

Beliau mengingatkan pihak yang bertanggungjawab melakukannya supaya tidak sengaja menaikkan emosi.

"Jangan buat sebarang spekulasi. kami sedang menyiasat insiden tersebut. Situasi adalah aman dan jangan ada yang ambil kesempatan ini untuk melakukan sesuatu yang buruk," kata Ismail.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada botol yang dibaling itu adalah botol minuman keras tetapi beliau percaya ianya adalah perbuatan vandalisme.

31 disember lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan mingguan Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Malaysianya, menyebabkan umat Islam mengadakan protes di luar masjid sejak minggu lalu bagi membantah keputusan itu.

Sejak itu, 10 gereja diserang dan sebuah kuil Sikh di Sentul turut dibaling batu Rabu lalu.

Manakala pejabat peguam yang mewakili Herald dalam kes mahkamah tersebut, turut diceroboh Khamis lalu.

PIHAK MTUC JOHOR MANA WANG KAMI...?




Pada 8hb 01 2010 saya bersama bekas Pekerja Kiswire berjumpa dengan Pihak MTUC Johor untuk menuntut baki wang pampasan yang telah di jelaskan sepenuhnya oleh pihak majikan Kiswire terhadap 24 orang pekerja yang telah di berhentikan ,tetapi pihak MTUC masih lagi berdolak dalih dalam hal ini,bagi pihak pekerja, pihak MTUC boleh tolak sebanyak 10% peratus seperti yang telah di janjikan tetapi bakinya hendaklah di serahkan kembali pada pekerja tebabit.Jumlah cek tersebut RM 177,000.Cek di keluar pada Tarikh 29.05.09.Sekiranya Pihak MTUC masih gagal lagi bayar wang kami ,satu laporan Polis dan Sprm akan di buat dalam masa terdekat.

Jan 12, 2010

HERALD SETUJU BERHENTI GUNA NAMA ALLAH

KUALA LUMPUR: Mulai Ahad lalu, Herald-The Catholic Weekly tidak lagi menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi meredakan perasaan marah umat Islam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 31 Disember lalu yang mengisytiharkan kalimah Allah bukan eksklusif kepada Islam saja.

Editor majalah itu, Reverend Lawrence Andrew, berkata keputusan itu dibuat pada 4 Januari lalu, didorong atas rasa tanggungjawab untuk menjamin keamanan negara dan kesejahteraan serta keharmonian rakyat berbilang bangsa.

"Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membuat keputusan itu. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku kebelakangan ini (tindakan membakar gereja), saya berasa tindakan kami boleh membantu untuk mengurangkan ketegangan dalam negara.

"Keputusan itu juga dengan mengambil kira sebarang huru hara boleh mengakibatkan rakyat terutama di kalangan miskin menanggung beban, selain menjejaskan ekonomi negara apabila pelabur bertindak untuk tidak meneruskan urus niaga mereka di sini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Isu penggunaan kalimah Allah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk menggunakan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly.

Lau juga memutuskan Herald punyai hak dari segi perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu bagi menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya.

Bagaimanapun, pada 6 Januari lalu, Lau membenarkan permohonan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan awalnya sementara menunggu Mahkamah Rayuan membuat keputusan rayuan menteri.

Andrew berkata, penerbitan edisi seterusnya juga tidak akan menggunakan kalimah Allah bagi memastikan isu itu tidak memuda-ratkan hubungan rakyat berbilang agama dan bangsa di negara ini.

Sementara itu, Majlis Gereja-Gereja Sabah mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung permintaan

Presiden Majlis Jaksa Pendamai (JP) Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun supaya masyarakat Kristian menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah Allah.

Pengerusinya, Reverend Jerry Dusing, berkata pendirian itu diambil untuk menjaga sensitiviti masyarakat Kristian dan Islam, terutama selepas insiden beberapa gereja dibakar.

"Isu ini bukan mudah. Biarlah ia diselesaikan

melalui saluran betul. Biarlah pihak berkaitan agama menyelesaikannya," katanya.SUMBER

MAJLIS GEREJA MALAYSIA :PEMIMPIN HARUS BERHATI -HATI BUAT KENYATAAN

Majlis Gereja Malaysia : Pemimpin harus berhati-hati buat kenyataan

Majlis Gereja Malaysia berpendirian kaum Kristian di negara ini tidak perlu berhenti menggunakan kalimah Allah dan berkata “masalah” sekarang berpunca daripada “kenyataan-kenyataan pemimpin yang kurang cermat.”

Justeru, Majlis itu menolak kenyataan seorang pemimpin Kristian dari Barisan Nasional, Datuk Clarence Bongkos Malakun yang mendesak masyarakat Kristian menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam berikutan kejadian beberapa gereja dibakar.

Clarence, dari parti UPKO dan juga Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah, dilaporkan mendesak masyarakat Kristian khususnya Katolik harus menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan masyarakat Islam.

Kenyataan itu, menurut Presiden Majlis Gereja Malaysia, Rev. Dr Thomas Phillips, tidak berpaut kepada fakta kerana "penggunaan perkataan Allah oleh orang Kristian bukan sesuatu yang baru.”

"Ia telah digunakan oleh orang Kristian sekian lama di Indonesia dan di Malaysia, terutama di Sabah dan Sarawak. Ia tidak menimbulkan masalah sehingga Kementerian Dalam Negeri mempersoalkan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar The Herald," kata beliau.

“Masalah yang berlaku sekarang adalah kerana ada pemimpin membuat kenyatan-kenyataan yang kurang cermat dan kurang jelas. Di akar umbi, dan di kalangan orang ramai tidak ada masalah sebelum ini,” kata beliau.

Sehingga ini, lapan gereja termasuk yang terbaru di Seremban 2, Negeri Sembilan menjadi sasaran perbuatan khianat membakar dan vandalisme dipercayai mempunyai kaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah 'Allah' oleh Herald-The Catholic Weekly.

Sekolah Menengah Convent di Taiping, Perak turut dibaling bom petrol, manakala sebuah surau di Klang, Selangor dibaling batu.

Dr Thomas yang juga Pengerusi Majlis Perunding Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menyokong usaha mana-mana pihak untuk menganjurkan rundingan untuk membincangkan isu itu secara ilmiah.

Tidak harus ada tekanan ke atas mana-mana pihak dan penyelesaian harus berpaksikan kepada perbincangan yang ikhlas dan fikiran terbuka, tegas beliau. sumber

Jan 11, 2010

HAMPIR SATU JUTA DUIT KAMI LESAP




Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan Projek Perkongsian Penanaman Roselle secara Bijak.
Malah pejabat penganjur skim itu, di Taman Molek Johor Jaya telah tutup

Setelah merasa tertipu, Salah seorang pelabur telah membuat laporan di balai polis Taman Pelangi Johor baharu
Dalam sidang media oleh mangsa yang di adakan di Pejabat Pusat Aduan Rakyat Pasir gudang pada 10.01 2010. menyatakan pelabur dari Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri sembilan telah melabur antara RM5,000 dan Rm 50,000 sejak Jun 2007.Untuk menarik minat orang ramai menurut salah seorang pelabur Pihak Syarikat juga mengunakan gambar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa induvidu yang lain untuk menyakinkan pelabur.

Jan 9, 2010

DUA LAGI INSIDEN DI SELANGOR

CPO Selangor: Dua Lagi Insiden Di Selangor
Seorang paderi dikasari oleh empat lelaki sebelum mereka merosakkan sebuah gereja di Ampang, sekitar jam 6.30 petang semalam. Menurut akhbar The Star, empat lelaki itu memasuki Gereja Revival Agape yang terletak di sebuah rumah kedai di Pandan Indah, mengasari paderi itu sebelum menjatuhkannya ke lantai. Mereka kemudiannya merosakkan mikrofon dan mengoyak poster-poster yang tertampal dalam gereja itu sebelum meninggalkan premis. Polis memfailkan laporan bagi pihak paderi itu di Balai Polis Pandan Indah. Di Kuala Selangor, seorang lelaki yang tidak dikenali memasuki sebuah gereja berhampiran Asam Jawa dan menasihatkan penjaga gereja untuk berwaspada di kala suasana tegang sekarang ini. Kejadian ini berlaku sekitar jam 6 petang semalam. Lelaki itu menemui penjaga Gereja Chapel of Our Lady dan memberi kata nasihat untuk disampaikan kepada paderi gereja itu. Lelaki itu menasihatkan paderi gereja supaya mengambil langkah berjaga-jaga kerana gereja itu mungkin menjadi sasaran sepertimana gereja-gereja di Kuala Lumpur. Lelaki itu kemudiannya meninggalkan gereja selepas menyerahkan senaskah Al-Quran kepada penjaga gereja. Paderi gereja itu, Alan Pereira menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai tanda persahabatan diatas nasihat yang diberikan. "Ini menunjukkan tidak semua orang menentang kita," tambah Pereira. Polis bertindak pantas mengambil keterangan dari penjaga gereja. Ketua Polis Selangor Timbalan Persuruhjaya Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan dua insiden tersebut. Polis yakin dapat mencari lelaki yang terbabit dalam insiden di Kuala Selangor, yang dipercayai orang tempatan. "Meskipun tiada ancaman dalam kes ini, namun kita mahu mengambil keterangannya untuk mengetahui niat sebenar," kata Khalid.

Menteri Besar Selangor Mahu Petualang Serangan Gereja Diberkas

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim meninjau Gereja Metro Tabernacle Desa Melawati yang menjadi sasaran perbuatan khianat.

Gereja ini dibakar tengah malam semalam oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Beberapa saksi mendakwa mereka melihat empat orang menaiki dua motorsikal dan berhenti di depan gereja.

Mereka memecahkan tingkap bawah gereja sebelum membaling cecair yang dikatakan menyebabkan kebakaran di gereja ini.

Tan Sri Khalid meminta pihak berkuasa berusaha memberkas petualang di sebalik jenayah.

"Saya minta pihak polis bekerja keras menangkap mereka. Saya berharap perkara ini tidak kena-mengena dengan perselisihan pendapat mengenai keputusan mahkamah, dan saya berharap kita bertenang dan sama-sama waspada akan keadaan ini," tegas Khalid.sumber

Insiden Menyerang Tiga Greja di Lembah Kelang

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT - UNTUK EDARAN SEGERA


Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.
Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.

Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.


YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR


YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP


YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

ZIARAH DAN SUMBANGAN





Ziarah saya bersama saudara kelana selaku ketua Caw Taman cendana, Di Kampung Baru Plentong ,untuk sampaikan sedikit sumbangan kepada warga Emas yang hidup serba kekurangan .

Bakar Gereja Perbuatan Keji, Bercanggah Dengan Islam

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyerang dan membakar tiga buah gereja di Lembah Klang awal pagi tadi bercanggah dengan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan berkenaan yang sememangnya ditegah oleh Islam.

Malah menurut beliau, terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W yang melarang umat Islam daripada mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka.

"Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri.

"Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah sentiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tiga insiden membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati; Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira jam 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira jam 9 pagi.

Bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam kedua-dua gereja itu tidak meletup dan tidak mengakibatkan kebakaran.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membenarkan perhimpunan aman di mana-mana masjid bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah.

Menurutnya, tindakan membenarkan perhimpunan bantahan mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly.

"Saya pelik bagaimana Perdana Menteri boleh benarkan perhimpunan bantahan mengenai isu agama, tapi beliau tidak benarkan jika rakyat berhimpun untuk nyatakan bantahan mengenai isu tuntutan rakyat seperti harga minyak.

"Sedangkan isu agama ini jika dibiarkan boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk di negara ini," katanya kepada mStar Online.

Menurut beliau, PAS sememangnya membantah penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan tersebut, namun menyeru kepada semua rakyat agar lebih profesional dalam menangai isu ini.

"Kita memang bantah (guna kalimah Allah), tapi kita harap penyokong PAS dan semua rakyat lebih bersikap profesional dalam menghadapi isu yang sensitif seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam tindakan menyerang tiga buah buah gereja dalam kejadian awal pagi tadi.

Menurut beliau, Islam menggesa umatnya menghormati tempat beribadat agama lain.

"Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al-Quran, agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah ibadat penganut agama lain," katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu bertenang dan tidak mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan isu ini.

"Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian dan sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit.

"Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik," katanya.

Jan 7, 2010

MENZIARAHI KEMBALI KELUARGA MOHAMAD JEEVA



Pada 6/12/09 jam 3.00 pm saya bersama dengan PAS Cawangan Taman Cendana iaitu saudara Kelana telah menziarahi semula keluarga Mohamad Jeeva bin Abdullah bagi mengetahui perkembangan beliau. Di dalam pertemuan tersebut Mohamad Jeeva telah menerangkan bahawa kesemua anak-anak beliau telah ditukarkan nama Islam dengan bantuan jabatan agama Islam.Beliau juga menyatakan kesemua anaknya masih belum mendaftarkan persekolahan anaknya kerana masih di dalam proses pertukaran sekolah yang baru. Didalam pertemuan tersebut PAS Cawangan Taman Cendana telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga tersebut bagi meringan bebanan yang dihadapi.

CERAMAH ISU TERKINI NASIB STINGGAN JOHOR

Ceramah Penerangan Isu 8 Kampung Setinggan Dun Stulang

1) Yb Ust Zaki Ibrahim(Timbalan Speaker Dun Kelantan)

2) Syed Othman Syed Abdullah(Pengerusi Induk Badan Bertindak Setinggan Johor)

3) Rosli Kemin (Ydp PAS Johor Bahru)


di Markas PAS Kg Kurnia, Kebun Teh, Johor Bahru


Tarikh : 09 Jan 2010 Sabtu Jam 9.00 malam

Jan 6, 2010

KALIMAH ALLAH: INI PENDIRIAN SELANGOR

Pas Selangor bertegas penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam, kata Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam memberi tamparan hebat kepada umat Islam.

Beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu itu supaya menghentikan niat mereka.

Enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa juga tidak mengizinkannya.

“Jika perkataan Allah ini dibenarkan, ia akan mengundang salah tafsir, khususnya dalam kalangan bukan ahli agama, Pas Selangor memberi amaran kepada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi isu ini supaya menghentikan niat mereka,” katanya.


Beliau menyeru supaya semua ahli Pas bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru.

“Pimpinan parti di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jemaah. Sila rujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil,” katanya.

Beliau mencadangkan semua pihak berdoa supaya tindakan yang boleh merugikan umat Islam tidak berjaya.

Jan 5, 2010

Enjin Jet Hilang: Penjelasan Gani Tidak Meyakinkan!

Penjelasan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di sidang medianya tidak meyakinkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Munasabahkah 4 sahaja dan 3 daripadanya kakitangan peringkat bawahan terlibat dalam kes ini? Sedangkan perbuatan ini dilakukan secara nekad dan licik.

Benarkah dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini sahaja dimengakui hilang pada 2007, sedangkan terdahulu media melaporkan 4, dan beberapa item termasuk dokumen transaksi turut lesap. Diketahui bahawa aset yang dibeli pada 1975 ini, kehilangannya hanya disedari pihak tentera pada 22 Mei, 2008 dan laporan polis hanya dibuat pada 4 Ogos, 2008. Tambahan pula umum belum dijelaskan cara bagaimana kehilangan ini berlaku.

Jaminan seperti keutamaan mengesan enjin yang hilang ini; kertas siasatan diserahkan kepada polis untuk siasatan lebih terperinci; mereka terlibat akan didakwa di mahkamah; pejabat Peguam Negara akan berusaha habis-habisan menyelesaikan kes ini; akankah tinggal sebagai cakap-cakap penyedap sahaja, sedangkan terdahulu terdapat kes besar dan "urgent" masih belum diselesaikan dengan sempurna.

Dapatkah bantuan pihak berkuasa luar negara mengembalikan enjin ini yang dikenali sebagai G J85-21A, aset berharga RM 50 juta setiap satu. Memang, asal tempat kehilangan pangkalan udara Sungai Besi, Kuala Lumpur. Destinasi terakhir Uruguay. Namun lokasi sebenar terkini tidak diketahui.

Perkataan “Allah” Boleh Digunakan Oleh Agama Samawi – Presiden PAS

PAS mengambil pendirian dan menegaskan bahawa perkataan “Allah” boleh digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.Bagaimanapun PAS menegaskan, penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan, agar ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.


Pendirian PAS tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Lajnah Politik yang diadakan di sini semalam ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolik, Herald pada Khamis lalu.

Perbincangan yang dihadiri oleh 25 ahli itu dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, disertai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden, Salahuddin Ayub serta Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mesyuarat tersebut telah bermula pada jam 9 malam berakhir pada 11.45 malam

“PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

“Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al Imran ayat 64,” kata Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Abdul Hadi menambah, PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yabg boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

Oleh itu katanya, PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Berikut adalah kenyataan penuh Presiden PAS;

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.sumber

Jan 4, 2010

Kuffar Quraish pun memanggil tuhan Allah - Dr. Asri

Jika keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah itu hendak dipakai, garisan panduan dan peraturan hendaklah dibuat.

Ya, manusia memang patut memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Itulah Tuhan yang sebenar. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW pun, nama Allah telah digunakan untuk memanggil Tuhan. Namun meletakkan nama tersebut dengan tujuan menghina adalah patut ditentang. Ini seperti jika menulis nama Allah pada berhala.

Namun jika mereka berkata ” Allah Tuhan semesta alam”, itu tidak menjadi masalah, kerana itu kenyataan yang benar. Kuffar Quraish pun memanggil tuhan Allah, tetapi tidak menamakan berhala mereka Allah.

Maka peraturan mesti dibuat. Elakkan perbalahan kaum tanpa melihat kepada penyelesaian terlebih dahulu. Saya akan mencadangkan beberapa garis panduan selepas ini.”

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Jan 1, 2010

DEMONSTRASI DI MASJID ABU BAKAR JB ISU PALESTIN




Demostrasi yang di adakan selepas sembahayang jumaat tadi yang mendesak supaya Kerajaan Mesir tarik balik sekatan terhadap Pendududk gaza,sebahagian ummat Islam yang menyekat ummat Islam yang lain dari melakukan apa yang termampu setelah pemimpin mereka membisu adalah lebih jelek daripada yahudi dan muslim yang berkhianat.

Bukan sahaja perasaan marah sahaja yang perlu ditunjukkan malah kita wajib berkorban jiwa dan harta demi ummat Islam semuanya.

Bukankah Sheikh Yusuf Al Qaradhawi telah menegaskan bahawa ummat Islam dari Maghribi hingga ke Indonesia berkewajipan

mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

“Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu muslim dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut ” Syeikh Al Qaradhawi.

BANTAHAN ISU BAHASA TAMIL


Sekumpulan 30 aktivis yang memperjuangkan bahasa Tamil, mengadakan mogok lapar selama sehari di bandar Johor Bahru semalam kerana membantah apa yang mereka dakwa, tindakan kerajaan meminggirkan bahasa Tamil.

Menurut Naib Pengerusi PKR Johor P Magendran, dasar tidak mengambil kira subjek Tamil dalam markah kredit SPM, telah meminggirkan kepentingan bahasa dan sastera Tamil.

"Kerana ianya tidak diambil kira, maka pelajar tidak akan memberi tumpuan kepadanya. Ini akan menyebabkan bahasa Tamil dipinggirkan.

"Tetapi ini juga mempunyai implikasi yang lebih serius, kerana apabila bahasa Tamil dipinggirkan, maka sekolah Tamil mungkin ditutup.

"Apa akan jadi kepada bahasa Tamil? Apa akan jadi pada guru-guru (sekolah) Tamil?" soalnya.

Kumpulan tersebut turut mendakwa bahawa kerajaan juga tidak memberi peluang yang cukup kepada mereka yang mahu meningkatkan pengetahuan dalam Tamil dengan tidak memberi mereka biasiswa JPA dan menyekat mereka yang mahu melanjutkan pengajian dalam bahasa dan sastera Tamil di universiti awam.

Kedua-dua dasar tersebut, dakwa Magendran, menjadi bukti bahawa kerajaan telah meminggirkan bahasa Tamil. Saya hadir setelah dijemput untuk memberi sedikit pandangan mengenai mengehadkan matapelajaran SPM kepada 10 subjek.Dan isu bahasa Tamil.

Raikan sambutan tahun baru 2010 anda dengan kenaikan harga barangan asas.



Berkuatkuasa 1 Januari harga roti putih dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Sementara itu, gula naik 20 sen bagi setiap kilogram bermula esok. Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Hal-Ehwal Pengguna Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata kenaikan ini berpunca dari lonjakan harga gula mentah di pasaran dunia.

Mengulas perkara ini, Setiasaha Agung FOMCA Muhammad Sha'ani Abdullah berkata kerajaan seharusnya prihatin kepada tekanan kos kehidupan rakyat hari ini.

Beliau menambah kebajikan rakyat harus didahulukan dalam suasana kemelut ekonomi yang belum menamppakan sebarang tanda-tanda pemulihan.

“Kami tidak begitu selesa dengan kenaikan harga roti pada tahun baru ini kerana masih banyak usaha-usaha kerajaan tidak dilaksanakan lagi untuk mengurangkan beban kos beban rakyat. Dalam keadaan ini kerajaan harus fikir semula sebarang penarikan balik subsidi-subsidi kepada barangan pengguna supaya ini tidak menjadi satu beban kepada rakyat," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata PKR mengecam kenaikan harga barangan asas ini yang disifatkan sebagai hadiah tahun baru Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada rakyat termiskin.


"Ini saya lihat sebagai suatu hadiah dato najib sebagai Perdana Menteri yang juga yang memimpin kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Tentunya ini bukan yang menyenangkan rakyat dan sudah pasti memberi beban