Oct 30, 2009

HASAN ALI BERSEDIA DI SIASAT



Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata tiada pergeseran serius berlaku di kalangan pimpinan Parti Islam Se-Malaysia mahupun Pakatan Rakyat.

Beliau menambah walaupun adanya perbezaan pendapat, namun kerjasama dalam tugas dan kerja sentiasa baik dan profesional.

"Tidak ada perpecahan sebenarnya, walaupun ada tempat-tempatnya kami berselisih pandangan, namun hubungan harian dalam mesyuarat amat baik. Kita berada dalam keadaan musyawarah dengan kemesraan yang jelas menyanggah adanya pergeseran," kata Dr Hassan.


Berkata demikian kepada TV Selangor ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Sumbang Saran, Majlis Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, beliau kesal terhadap sesetengah media yang sengaja mensensasikan isu ini sehingga menjejaskan hubungannya dengan pemimpin Pakatan Rakyat lain.

“Saya harap sangat bahawa kita mesti menyatakan fakta dan kita mesti beramanah dalam kita melaporkan sesuatu, bukan nak menimbulkan sensasi, bila kita menimbulkan sensasi, ada orang suka, ada orang tidak suka," jelasnya.

Tambahnya, beliau bersedia untuk disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin pada 7 November di Markas Pas Taman Melewar nanti sepertimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas di Ibu Negara malam semalam. -SUMBER

PENDUDUK KEMPAS SERAH MEMORANDUM DI PARLIMEN




Hasrat Penduduk Kempas untuk serah memorandum kepada Ketua pembangkang dan juga Persiden Pas tercapai...Wakil Penduduk berkata harapan mereka supaya isu pampasan yang mereka tuntut akan membuka mata pihak Kerajaan Johor .

TERIMA KASIH.....



setelah dua bulan Taman ini tidak diurus Pihak majlis termasuk rumput tidak di potong .dua hari yang lepas taman ini telah di nurus oleh Pihak Majlis.setelah saya Masuk dalam blog ini dan juga buat aduan kepada pihak majlis..terima kasih penduduk yang buat aduan dan terima kasih juga kepada yang terlibat.

Oct 26, 2009

ROMBONGAN PENDUDUK KEMPAS AKAN KE PARLIMEN ESOK


Rombongan penduduk Kg Denai Pinggiran,Kempas Tampoi Johor( Setinggan )akan serah memorandum esok kepada wakil pembangkang,setelah rayuan mereka kepada kerajaan Negeri Johor mengenai pampasan terhadap mereka tidak di pedulikan oleh Kerajaan negeri ,turut serta dalam rombongan ini Jawatan Kuasa Bertindak serta Penasihat ,saudara Suhaizan Kayat,saya sendiri dan rakan rakan yang lain.

NIK AZIZ MINTA MESYURAT KHAS BUKAN LAGI EGM



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya telah mengendur sikit tekanannya supaya PAS segera mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) tetapi kini hanya meminta diadakan Mesyuarat Khas sahaja.

Pendirian tok guru PAS ini berubah selepas Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin.

Oleh itu, katanya isu supaya diadakan EGM sudah tidak berbangkit lagi.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS.

“Jadi kita akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat ini. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang dilihat sebagai bermasalah iaitu sama ada masih bercakap soal kerajaan perpaduan ataupun bercakaran dengan rakan dalam Pakatan Rakyat. Kedua-duanya tidak digemari oleh Nik Aziz. Dan tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" itu ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkannya (mengenai EGM)," kata Salahuddin.SUMBER MSTAR

SAYA DAH TUA TAK PERLU DIDALANGI:TOK GURU


KOTA BHARU, Okt 25 — “Saya dah tua tak perlu jadi didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”

Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.

Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.

Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Ketika ditanya media mengenainya, Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.

Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.

Dan umumpun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malaui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, masjid Nuraini di Pasir Hor, dekat sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan kerana ia adalah hanya satu teguran, bukan satu perbalahan.

Dalam pada itu Nik Aziz yakin perkara yang berbangkit itu adalah bukan satu gambaran konflik dalaman membawa kepada perpecahan PAS.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berharap perkara tersebut tidak dimanipulasikan oleh semua pihak termasuk ahli PAS sendiri sebelum kenyataan rasmi parti dikeluarkan.

Selari dengan kenyataan Nik Aziz, beliau juga menafikan wujudnya perpecahan di dalam parti.

“Saya rasa tidak ada isu dalaman parti” jelasnya ringkas sambil memaklumkan akan membawa amanah Nik Aziz berhubung perkara berkenaan kepada parti samaada presiden ataupun pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat ini.

Oct 25, 2009

AHLI DAN PENYOKONG PAS SUPAYA BERTENANG


KEMAMAN – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta supaya ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung dengan saranan mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul Am, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, perkara tersebut InsyaAllah akan diselesaikan dengan seberapa segera, melalui pendekatan lazim yang diambil oleh PAS secara musyawarah, muzakarah atau pertemuan dari hati ke hati.

”Saya mengharapkan supaya semua ahli-ahli diperingkat bawah dan pimpinan diminta bertenang, InsyaAllah perkara ini kita akan dapat diselesaikan tidak berapa lama lagi melalui konsep secara lazim yang kita lakukan, (Klip Video Didalam)

”berdasarkan kepada pertemuan, muzakarah dan berbincang dari hati ke hati, dan InsyaAllah perkara ini akan diselsaikan dengan baik,”katanya yang ditemui ketika menghadiri satu program penerangan, di Chukai, dekat sini, semalam, 24 Oktober.

Beliau turut menyeru supaya sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak kepada media diharap tidak akan mengeruhkan lagi suasana dan keadaan.

Katanya, beliau yakin dengan kekuatan dan kebijaksanaan serta konsep ‘berlapang dada’ yang ada pada pimpinan PAS akan dapat menguruskan sebarang krisis sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

”Kita penuh yakin kerana kekuatan yang ada pada pimpinan PAS didalam mengatasi pelbagai krisis (sebelum ini) kita berjaya, yang mana ketika menghadapi (isu) ‘Unity Government’ (sedikit masa) dulu,

”kita (dapat) lihat bagaimana suasana yang agak (meruncing seolah-olah) politik dalam PAS ini telah ‘bergoncang’,

”tapi AlhamduliLlah dengan kebijaksanaan, dengan konsep berlapang dada, dan juga konsep musyawarah yang dilakukan kepimpinan kita (PAS), AlhamduliLlah pekara itu dapat diselesaikan dengan baik,”jelasnya.

Menurutnya, tindakan segera yang akan diambil PAS adalah mengaturkan satu pertemuan diantara Mursyidul Am dengan kepimpinan tertinggi bagi mendengar sendiri apakah sebenarnya hasrat hati beliau.

”InsyaAllah kita akan bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz) sendiri, untuk (mendengar) dan berbincang apakah maksud hasrat dihatinya dan pandangan-pandangan yang kita perlukan (daripada) beliau,”ujarnya.

Katanya, beliau yakin dengan kaedah pertemuan tersebut dan percaya, semua pihak akan dapat menerimanya dengan baik.

Oct 24, 2009

MUKTAMAR KHAS: ANTARA PERLU DAN TIDAK

Tidak perlu. Kepimpinan yang ada sudah mampu bercakap dan bekerja. Kalau diadakan semula muktamar khas untuk tujuan ini, seolah-olah kewibawaan pemimpin sekarang dipertikaikan. Suara perwakilan yang memilih mereka dalam muktamar yang lalu seolah-olah tidak berguna lagi. Bagaimana kalau pemimpin yang ada sekarang terpilih lagi, kemudian ada lagi suara yang tidak berpuashati dengan kepimpinan itu, buat muktamar khas lagi?

Akhirnya kerja kita ialah bermuktamar. Muktamar maknanya bercakap, jadi kerja kita cuma bercakap. Adakah kita akan berhadapan dengan Umno cuma dengan bercakap?

Pasukan yang ada sekarang dikira sudah mampu memimpin untuk berhadapan dengan Umno. Kalau ditakdirkan ada juga pemilihan baru, dan ditakdirkan juga terpilih barisan kepimpinan baru, siapa boleh menjamin yang baru adalah lebih baik daripada yang sedia ada?

Orang Arab bermadah, ‘Boleh jadi perkara yang diidamkan adalah lebih manis, tetapi apa yang sedia ada sudah pun manis’.

DUA - MENENTUKAN SIKAP TERHADAP ISU KERAJAAN PERPADUAN

Perlu. Isu ini menjadi ‘bom jangka’, bahkan lebih berbahaya daripada bom jangka kerana saat ia akan meletup tidak diketahui. Tambahan pula bom ini boleh meletup berkali-kali di merata-rata tempat.

Sekarang, ia ‘meletup’ lagi apabila seorang ahli akademik mencadangkan supaya dikenakan tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor dan barisan pemimpin yang sealiran dengannya.

Letupan ini mengembirakan Umno. Justeru bom jangka ini perlu dimatikan. Tiada sesiapa yang mampu mematikan bom ini secara berseorangan. Dijangkakan hanya muktamar yang mampu mematikannya. Justeru, muktamar khas perlu diadakan.

Bagaimana kalau perwakilan tetap mahukan kerajaan perpaduan? Atau, boleh jadi keputusan perwakilan seimbang? Atau, majoriti yang penolakan terhadap kerajaan perpaduan adalah kecil? Atau, majoriti yang menerima kerajaan itu juga kecil?

Atau, perwakilan memohon supaya diadakan pilihan ketiga, berkecuali?

Ah, tidak mungkin begitu walau pun dunia ini serba mungkin.

KETIGA - KEDUA-DUA TOK GURU

Kedua-dua tok guru adalah orang cerdik. Mereka terdedah dengan pengalaman dan ilmu politik yang banyak. Tiada apa-apa kepentingan peribadi yang mereka kejar. Mereka saling perlu-memerlukan dan kuat-menguatkan antara satu sama lain. Jangankan ketiadaan kedua-duanya, ketiadaan salah seorang daripadanya pun sudah menjadikan kita tidak cukup air mata untuk menangis.

Memang, kadang-kadang kita tidak selesa dengan seseorang semasa dia masih ada. Setelah ketiadaannya barulah kita teringat untuk berkata, ‘Kalaulah dia masih ada!’.

Saya teringatkan pesan salah seorang pemimpin Ikhwan Muslimin, ‘Jadilah batu-bata yang mengukuhkan jamaah. Usah benarkan musuh menyelinap masuk untuk merosakkannya daripada ‘bata’ kamu’.

SUMBER.

PIHAK MAJLIS JOHOR BAHRU TOLONG URUSKAN TAMAN INI



Semalam saya terima aduan Daripada Penduduk Taman Rinting Jalan Ketapang 14 mengenai Taman mainan kanak kanak tidak di urus dengan baik ,minta pihak majlis tebas lalang yang dah tebal di taman tersebut.

KAMI NAK PAMPASAN...DARIPADA PIHAK KERAJAAN JOHOR


Penduduk Kg denai Pinggiran Tampoi Johor telah menerima notis daripada Pentabir Tanah Johor Baharu untuk mengosongkan tanah yang mereka teroka selama 20 tahun dahulu untuk di majukan oleh Pihak Kerajaan Negeri ..penduduk hanya di beri masa 2 minggu daripada yang dikeluarkan pada 15hb okt 2009.Penduduk kampung adalah golongan yang setia kepada pemerintah khususnya UMNO. Kata penduduk kami telah banyak kali menangkan Bn dalam pilihanraya ...Walaupun kami setinggan tapi kami telah majukan Kampung ini yang dulunya hutan rimba...kami hanya hendak pampasan yang sewajarnya ..Kalau isu Kg Buah Pala Pulau Pinang mereka boleh dapat pampasan yang wajar kenapa kami penyokong setia umno tidak di bela.

Oct 23, 2009

HUKUMAN TIAN CHUA DI TANGGUHKAN




KUALA LUMPUR- Mahkamah Majistret di sini membenarkan penangguhan hukuman penjara 6 bulandan denda RM 3,00 yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Majistret Mohd Faizi Che Abu membenarkan permohonan tersebut setelah kedua-dua peguam Tian CHua, Amir Hamzah Arshad dan Ranjit Singh membuat permohonan penangguhan tersebut.

Terdahulu mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut kepada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu setelah mendapati peihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes bela diri.

Tian Chua didapati bersalah mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang konstabel polis di jalan masuk ke Parlimen dua tahun lepas.SUMBER

PEMUDA PAS SERAH MEMORANDUM DESAK..........

Pemuda Pas serah memorandum desak inkuiri awam

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Pusat menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) agar menjalankan siasatan menerusi inkuiri awam berkenaan undi pos di Bagan Pinang.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat berkata, turut lampirkan bersama memorandum itu bukti ketidaktelusan yang berlaku dalam undi pos.

"Terdapat sembilan kes yang dinyatakan di dalam memorandum ini. Pemuda Pas berharap Suhakam bertindak," katanya.

Menurutnya, kes itu adalah cara penghantaran undi, daftar pemilih berbeza, kempen menteri di kem tentera dan pengakuan bekas tentera mengenai berlakunya penyelewengan dalam proses undi.

"Sebelum ini Pas menggunakan pelbagai ruang, termasuk membuat laporan polis, mengadakan sesi dialog dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangani kes penyelewengan dalam sistem pengundian," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan pula berkata, kemenangan Barisan Nasional di Bagan Pinang 'dibiayai' undi pos.

“Itu bukan wakil rakyat, itu wakil pos kerana majoriti kemenangan ini adalah kerana undi pos. Penyerahan memorandum kepada Suhakam supaya mengadakan inkuiri awam itu adalah langkah terakhir Pemuda Pas.

"Jika tidak mendapat jawapan wajar, kami akan memanjangkannya ke peringkat antarabangsa sebagaimana yang dilakukan parti pembangkang di Afghanistan yang berjaya membatalkan keputusan pilihan raya negara itu yang melibatkan lebih sejuta undi,” katanya.

Suhaizan berkata, pihak berwajib hendaklah menunaikan tanggungjawab dan sistem undi pos perlu dihapuskan kerana "banyak didapati melanggar peraturan yang ditetapkan".

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam, berkata Suhakam telah memberi beberapa cada- ngan dari semasa ke semasa, termasuk meminta SPR memberi jaminan bahawa proses undi dijalankan dengan telus.

“Perlu ada penyelarasan antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan senarai nama pengundi yang sudah meninggal dunia. Suhakam juga telah meminta agar undi pos hanyalah diberikan kepada tiga pihak, iaitu polis dan tentera yang sedang bertugas di luar negara, dalam medan peperangan dan juga diplomat," katanya.

Katanya, memorandum Pemuda Pas itu akan diteliti sebelum sebarang tindakan diambil.SUMBER SINAR

KEDAH BAYAR HUTANG KERAJAAN PUSAT 10 JUTA


HULU TERENGGANU – Kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS menunjukkan rekod cemerlang pemerintahan apabila kesemua kerajaan tersebut berjaya membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Terbaru, kerajaan Kedah yang di pimpin Menteri Besarnya Dato' Seri Azizan Razak telah berjaya membayar hutang peninggalan Umno-Barisan Nasional (BN), walaupun baru sahaja menerajui tampuk pemerintahan sejak Mac, 2008.

Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekan Manir, dekat sini, 16 Oktober lalu.

”Tengok (negeri) Kedah, sebelum kita menang, sebelum Dato’ Seri Azizan jadi Menteri Besar, Kedah berhutang RM2 bilion dengan kerajaan pusat,

”tahun ni buat kali pertamanya, Kedah membayar (hutang sebanyak) RM10 juta,”katanya

Menurutnya, perkara tersebut telah dibentang dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Katanya, apabila mendengar laporan tersebut, Najib ’berasa malu’ terpinga-pinga dan tidak berkata apa-apa, akhirnya bertanya kepada Menteri Besar Selangor, bilakah Selangor akan membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Hasrat ’menutup malu’ dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dipulangkan ’paku buah keras’ oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

”Kerana ’tidak ada arah’ akhirnya pusing ke arah Menteri Besar Selangor, lalu bertanya, bila Selangor mahu bayar hutang,

”Menteri Besar Selangor menjawab ’dengan cerdik’ dan berkata, hutang kita (negeri Selangor) bukan saya yang buat, tapi milik anak’Toyo’ (Dato’ Seri Mohd Khir Toyo) sebelum ini,”jelas Nik Amar.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno-BN adalah negeri yang paling teruk berhutang namun tidak pernah membayar hutang.

Sebaliknya berdasarkan rekod yang disemak Buletinonline, negeri-negeri dibawah pemerintahan PAS telah berusaha membayar hutang kerajaan, walaupun hutang tersebut telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN (Lihat jadual)

Sebagai contoh, sehingga bulan Oktober 2008, Kerajaan negeri Kelantan telah berjaya membayar

sejumlah RM220 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan bermula tahun 1990.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu diantara 1999 sehingga 2004 lalu.

Kerajaan Barisan Alternatif (BA) negeri Terengganu (ketika itu) yang dipimpin oleh PAS telah membayar balik hutang peninggalan kerajaan Umno-BN sebanyak RM37,115,398.89 kepada kerajaan Pusat.

Bayaran balik yang dilakukan pada tahun 2000 itu terdiri daripada pokok sebanyak RM24,590,666.52 dan faedah berjumlah RM12,524,732.37.

Perkara diatas telah didedah oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (PAS-Rantau Abang) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kesepuluh, pada bulan April tahun 2002.

Justeru, dengan rekod cemerlang tersebut, Nik Mohd Amar ketika mengakhiri ceramahnya berkata, rakyat Malaysia tidak perlu ragu untuk memilih PAS menjadi kerajaan dan melantik dikalangan pemimpin PAS untuk menjadi Menteri Besar sesebuah kerajaan.SUMBER

ONG TEE KEAT DAN CHUA SOI LEK BERDAMAI


KUALA LUMPUR: Dalam satu perkembangan terbaru semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersetuju untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menyatukan parti dan menyelesaikan semua isu berkaitan kepimpinan parti.

Tee Keat berkata persefahaman itu adalah sebagai usaha 'pelan perpaduan' demi kepentingan parti itu.

Bercakap kepada para pemberita dalam satu sidang media khas di Wisma MCA hari ini, Tee Keat juga berkata ketika ini adalah masa yang sesuai untuk 'memaafkan dan melupakan'.

"Kita melihat kepada matlamat yang lebih besar iaitu bukan untuk kepentingan individu, tapi untuk parti," katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kedudukan Timbalan Presiden yang baru, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Tee Keat berkata tiada sebarang perubahan seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat (CC).

"Isu perubahan itu tidak timbul, ia telahpun diputuskan oleh CC, jadi tak ada apa-apa perubahan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Chua yang turut sama dalam sidang media tersebut berkata, matlamat utamanya ialah untuk membantu memperkukuhkan dan menyatupadukan MCA.

"Walaupun saya tidak mempunyai jawatan yang tertentu dalam parti, tetapi saya perlu mengambil maklum bahawa hampir 47 peratus perwakilan MCA masih memberikan sokongan yang padu kepada saya.

"Oleh itu saya berpendapat saya masih boleh menyumbang kepada proses untuk menstabilkan parti bagi memastikan ahli-ahli bersatu padu dan terus bekerja sebagai satu pasukan serta untuk menjamin MCA kekal relevan dalam konteks perjuangan politik Barisan Nasional (BN)," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Dr Chua turut menjelaskan spekulasi yang mengatakan beliau mengemukakan rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mengkaji mengenai kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.

"Saya telah menyatakan secara terbuka bahawa saya menerima keputusan perwakilan yang dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) lalu.

"Saya ada menulis surat kepada ROS tapi bukan untuk merayu, hanya nak dapatkan pandangan berkaitan kedudukan saya sama ada masih Timbalan Presiden ataupun tidak berdasarkan keputusan CC bahawa saya hanya digantung sebagai ahli MCA... itu sahaja.

"Kalau katakan saya pergi merayu adalah tidak betul, saya hanya nak dapat kepastian daripada ROS, namun hingga hari ini saya belum dapat apa-apa jawapan," katanya.

Sementara itu, Tee Keat menambah, beliau dan bekas timbalannya itu akan mencari jalan untuk membuka ruang kepada kedua-dua belah pihak memainkan peranan yang lebih besar demi masa depan MCA.

Tegas Tee Keat, pelan damai ini telahpun dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sebagai pengerusi Barisan Nasional, beliau telah memberi restunya.

Tambah Tee Keat, beliau juga menerima cadangan daripada timbalannya yang baru Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya kepimpinan parti bekerjasama lebih rapat dalam menyelesaikan krisis ini.

Katanya lagi, beliau juga akan berbincang dengan Setiausaha Agung parti, Wong Foon Meng untuk meneliti semula cadangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang kedua.

Ditanya mengenai kedudukannya sebagai Presiden selepas EGM lalu, Tee Keat berkata pada masa ini beliau dan keseluruhan pemimpin MCA akan memberi tumpuan kepada usaha memulihkan parti.

"Saya dah menyeru kepada semua pemimpin termasuk saya sendiri, bahawa kami ada kerja yang masih belum selesai.

"Kami perlu memberikan komitmen yang sepenuhnya... ini adalah soal kepercayaan umum, apa yang diputuskan semasa EGM lalu juga akan kita beri perhatian," katanya.

Oct 22, 2009

PENDAPATAN NELAYAN TERJEJAS KERANA PENAMBAKAN LAUT




Pada sebelah petang tadi saya bersama wartawan Harakah melawat penempatan orang asli di Teluk Jawa,Masai setelah mereka menghubungi saya mengenai masalah yang mereka hadapi di sebabkan oleh penambakan tanah2 merah di kawasan persisiran pantai dan juga pokok2 kayu bakau di potong oleh pihak pemaju sehingga menjejaskan pendapatan nelayan yang terdiri dari orang2 asli yang dulu hasil tangkapan di kawasan ini cukup lumayan, tetapi sekarang untuk mendapatkan pendapatan sebanyak RM60 sehari pun agak sukar. mereka bukan menentang pembangunan tetapi fikirkan periuk nasi mereka yang hanya bergantung kepada sumber dari laut.Justeru itu harapan mereka supaya pihak kerajaan dapat membantu dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada mangsa2 yang terlibat.

Oct 21, 2009

PEMIMPIN TIDAK BERSIH PERLU DI HAPUS:VETERAN UMNO DATUK AZIZ

Pemimpin tidak bersih perlu dihapus

SHAH ALAM – Veteran UMNO, Datuk Aziz Shamsuddin menggesa pemimpin UMNO bersatu-padu melakukan proses pemutihan semula parti dalam memastikan gejala-gejala ‘tidak bersih’ termasuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan parti terus kukuh dan diterima rakyat.

Menurutnya, pemimpin ‘tidak bersih’ harus menerima hukuman dan bukannya diberi peluang untuk bersama dengan pemimpin yang lain.

“Setiap pemimpin yang ‘buruk’ mesti dihapuskan segera demi masa depan UMNO. Saya yakin, parti ini mampu mencapai kejayaan besar jika semua ahli mengutamakan apa yang perlu ada pada seorang pemimpin,” katanya, semalam.

Menurutnya, jika pemimpin ‘tidak bersih’ itu terus dibiarkan bebas tanpa hukuman, UMNO harus bertanggungjawab terhadap apa akan berlaku kepada parti itu pada masa depan.

“Kita tidak boleh biarkan kerana ini akan menggalakkan lebih ramai pemimpin lain menimbulkan masalah.

“Kalau kita buat tak tahu, kita sengaja cari penyakit dan penyakit bukan senang untuk diubati jika tidak sesuai dengan ubat,” katanya.

Mengulas mengenai pindaan Perlembagaan UMNO, Aziz berkata: “Sikap yang tulus ikhlas dalam kalangan ahli UMNO untuk menerima pindaan perlembagaan parti dengan hati terbuka adalah penting.

“Jangan jadikan pindaan sebagai peraturan kerana ia tidak akan bagi erti apa-apa jika ada kekotoran dalam jiwa setiap ahli.”

Sementara itu, penganalisis politik, Asri Salleh berkata, pemutihan parti perlu dilakukan dalam situasi berpada-pada supaya tidak menjejaskan parti UMNO.

“Saya melihat proses pemutihan ini wajar dipertingkatkan dan diberi perhatian serius oleh semua pihak terutama menangani isu gejala politik wang yang kian berleluasa.

“Kita tidak mahu rakyat terus menerus membuat penilaian bahawa UMNO adalah sebuah parti memiliki pemimpin yang terbukti tegar dengan politik wang,” katanya.

Selain proses pemutihan, Asri yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Dungun berkata, UMNO juga perlu berusaha menuntut perubahan daripada segi sikap pemimpin itu sendiri.

“Memang diakui, ubah sikap pemimpin adalah satu perkara sensitif dan sukar dibuktikan. Apa yang dilihat, sikap positif pemimpin mungkin mampu diterjemahkan melalui Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

“Melalui KPI, pemimpin itu mampu mempamerkan sikap terpuji sekali gus kemahuan rakyat yang inginkan pemimpin bersih, bebas rasuah dan sebagainya akan tercapai,” katanya.

Asri berkata, bukan mudah untuk melihat pemimpin berubah personaliti, sikap dan kelakuan mengikut apa yang dikehendaki rakyat.SUMBER SINAR

BAGAN PINANG SAH UMNO PARTI RASUAH

Kekalahan di Bagan Pinang tidak akan membantutkan usaha Pakatan Rakyat untuk terus berkhidmat kepada rakyat Negeri Sembilan dan Negara khususnya.

Bagi ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof apa yang berlaku di Bagan Pinang adalah pengajaran kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam menempuhi arena politik negara.

Menurut Yusmadi lagi, untuk menjadi parti yang diterima rakyat, PR perlu mengakui bahawa mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan rakyat di Bagan Pinang menolak PR.

"Bagaimanapun saya tidak menafikan bahawa unsur-unsur penyalahgunaan jentera kerajaan juga adalah penyumbang kepada kekalahan kita," katanya.

Pihak PR juga perlu melihat sedalam-dalamnya punca masalah penolakan ini. Sebagai contoh isu berkenaan masyarakat India seperti di Kg Buah Pala dan juga perkara yang melibatkan masalah orang Melayu.

"Masalah-masalah ini perlu diangkat oleh PR kerana sedikit sebanyak ia mungkin memberi kesan kepada politik kita," ujarnya lagi.

Tambah Yusmadi, PR tidak silap dari segi formula tetapi mungkin salah dari segi strategi.

"Pada saya dari segi formula PR sudah berada dilandasan yang betul barangkali rakyat masih lagi terperangkap dengan politik lama(perkauman) yang dibawa oleh Umno tetapi dalam masa yang sama apa yang perlu ialah PR lebih agresif mengangkat budaya politik baru," terangnya.

Tindakan yang sedemikian rasanya lebih relevan dalam menolak budaya politik Umno ini.

Mengakui kekalahan di Bagan Pinang adalah satu yang baik bagi PR.

"Sikap berterus terang dalam menilai prestasi parti adalah lebih baik, saya rasa rakyat boleh menerima jika kita mengakui kelemahan dan cara ini akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap PR, cara ini akan memudahkan untuk kita menawan negara," katanya.

Disamping itu Yusmadi juga mengesa agar golongan muda perlu diberi lebih peranan dalam pilihan raya yang akan datang.

Manakala bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kekalahan itu bukan titik noktah kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menabur jasa dan membela nasib rakyat yang ditindas oleh pemerintahan Umno-BN.

"Kita terima. Kita akan teruskan berkhidmat pada rakyat. Kita akan terus perangi rasuah. Umno-BN boleh berbangga sebab memenangi pilihan raya kali ini. Tetapi gagal menunjukkan komitmen mereka dalam memerangi rasuah. Memilih perasuah sebagai calon. Ini suatu kemalangan kepada politik negara."

Umno sebelum ini lantang menjulang pedang kononnya ingin memerangi rasuah dan korupsi dalam pemerintahannya. Namun ternyata ianya retorik semata-mata apabila berkeputusan meletakkan bekas menteri besar Negeri Sembilan Isa Samad sebagai calon bagi pilihan raya kecil kali ini.

Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno selepas terbukti bersalah apabila terbabit dalam rasuah semasa pemilihan Umno 2004.

Umno tidak berubah (sub tajuk)

Mengulas mengenai dakwaan bahawa Umno kini kembali diterima oleh masyarakat. Bagi Yusmadi kemenangan Umno di Bagan Pinang adalah satu rahmat.

"Umno sebenarnya tidak berubah sebab mereka masih lagi tidak peduli dengan jenayah rasuah lantas sanggup memilih perasuah sebagai wakil mereka, ini bermakna mereka telah membuktikan bahawa mereka adalah parti rasuah," katanya.

Tambahnya lagi dengan apa yang berlaku ini akan membuka mata rakyat Malaysia secara keseluruhan tentang perihal Umno yang tidak pernah berubah.

"Bagan Pinang adalah reaksi semasa bukan penolakan kepada agenda PR," dakwanya lagi.

Bagi Mahfuz beliau melihat kemenangan Umno-BN dari kacamata yang positif.

"Kemenangan Umno-BN ada hikmah kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke 13 nanti. Isa Samad akan cetus pergelutan politik dalam Umno, rakyat akan rasa muak dan putus asa pada BN," katanya.

PAS akan melakukan post-mortem dengan segera bagi meneliti segala aspek untuk menilai kegagalan dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pelbagai komen, analisa dan cadangan yang diterima oleh PAS ketika ini akan diteliti untuk melihat punca kegagalan PAS dalam pilihan raya berkenaan.

"Apa yang pasti ialah PAS akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek. Politik tempatan dan nasional, untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

"Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan," jelasnya dalam satu kenyataan daripada Syria melalui setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri.

Tambahnya, semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS diminta supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikena pasti.sumber

Oct 20, 2009

NIAT JAHAT BUNUH POLITIK

Niat jahat bunuh politik

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan dakwaan yang mengaitkan isterinya menerima hadiah daripada individu tertentu dilihat sebagai satu perbuatan berniat jahat untuk membunuh karier politiknya.

Naib Presiden MCA itu berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada polis terhadap tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen pembangkang itu kerana mahu tahu perkara yang sebenarnya.

“Semua itu tidak berasas. Ini permainan politik dan saya nak katakan yang mereka cuba nak tarik keluarga saya ke dalam (kemelut politik). Semua tahu parti saya ada sedikit masalah dan kita sekarang banyak kerja yang perlu dilakukan.

“Jadi saya harap janganlah gunakan taktik sebegini. Kita rasa perkara ini amat jahat tujuannya,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung berita dalam internet mengenai dakwaan ‘hadiah’ kereta dari Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Tiong Lai, Datin Seri Lee Su Loo.

Artikel tersebut, ‘To The Health Minister YB Dato Liow’ mendakwa Su Loo menerima Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari.

Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727.

Sementara itu, polis telah merujuk laporan terhadap isteri Tiong Lai berkaitan dakwaan yang terkandung dalam: surat yang disiarkan dalam Internet kepada (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed mengesahkan semalam bahawa polis telah merujuk kes itu kepada SPRM dan suruhanjaya itu sedang mengkajinya.

“Kita telah menerima maklumat itu daripada polis. Kita sedang mengkaji laporan itu dan akan menyiasat perkara tersebut,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu itu, dengan mengatakan kerahsiaan dalam siasatan tersebut perlu dijaga.

“Sabarlah dan jangan buat spekulasi mengenai apa-apa. Biarlah kita jalankan kerja kita,” katanya.

KEMELUT BELUM SELESAI,AHMAD SAID

DUNGUN - Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said tidak akan tunduk kepada tuntutan ADUN-ADUN yang menentangnya, berkaitan pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Beliau menegaskan pelantikan Pengerusi JKKK adalah terletak dibawah bidang kuasa Menteri Besar, bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ahmad memberi peringatan yang bernada amaran, katanya, seseorang ADUN tidak seharusnya mencampuri urusan tersebut termasuk mempertikaikan setiap pelantikan yang dibuat.


Bagaimanapun katanya, walaupun Menteri Besar mempunyai kuasa secara mutlak untuk berbuat demikian, tetapi beliau masih menghormati peraturan dan hirarki parti.

”Dalam hal ini, kita sebenarnya telah membuat pelbagai pertimbangan terhadap seseorang calon dipilih sebelum mereka dilantik memegang jawatan yang dianggap penting di peringkat kampung.

”Kalau seseorang Yang Berhormat (wakil rakyat) tidak boleh bekerja dengan kita, takkan dia nak minta semua (jawatan) itu, perkara sama berlaku apabila kita nasihatkan agar mereka jangan bertanding.

”Apabila kalah, takkan dia nak ambil semua jawatan 100 peratus, dia kena terimalah dapat 75 peratus pun sudah dikira ok,”katanya ketika diminta mengulas mengenai isu pelantikan Pengerusi JKKK di sesetengah kawasan yang didakwa tidak mendapat persetujuan ADUN di kawasan terbabit.

Ahmad berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Aidilfitri Peringkat Daerah Dungun di Dataran Dewan Merdeka, di sini, kelmarin.

Pada 2 September lalu, sembilan wakil rakyat Umno Terengganu mengulangi tuntutan mereka dan menugut akan ’melompat’ sekiranya tidak ditunaikan.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kata Nawi, kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu.

Nawi menambah, tuntutan berkenaan akan disuarakan kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan mengikuti Program Berbuka Puasa dan Memperkasa Umno Semula di Kuala Berang, esok ( 3 September).

Selain Muhyiddin, pengerusi perhubungan Umno negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga naib presiden parti, akan menyertai program bertemu rakyat di Setiu pada hari yang sama.

Program tersebut gagal, Ekoran ADUN-ADUN penyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Sri Idris Jusoh tidak hadir ke Majlis Muhyidin di Kuala Berang

Dengan jawapan itu, Ahmad ’menjilat ludahnya’ sendiri, dimana sebelumnya Ahmad menafikan ADUN-ADUN UMNO tersebut menentangnya.

Ahmad ’tunjuk belang’ dan berkata sebenarnya tiada alasan bagi ADUN Umno/ Barisan Nasional (BN) di Terengganu menentang kepimpinannya.

"Sebenarnya semua wakil rakyat BN di Terengganu, anak buah saya. Kalau saya yang paling junior, munasabah orang tak puas hati, tetapi di kalangan 28 Adun BN di Terengganu, saya paling senior,

"Lagipun saya pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Pemuda negeri, Exco Pemuda Umno dan exco kerajaan negeri selama dua penggal,

Malah, saya lebih dulu bertanding dalam pilihan raya," katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini , Rabu 16 September.

Kemelut Umno Terengganu masih jauh dari penyelesaian, walaupun enam ADUN yang menentang Ahmad, diketuai oleh Dato’ Din Adam didakwa telah berdamai dan bertemu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Keputusan Din meninggalkan ’Geng 10’ dikatakan sebagai tindakan atas kepentingan peribadi dan melukakan ramai orang.Sebuah laman blog politik tempatan menulis posting atas tindakan DIN tersebut sebagaimana dibawah;


”Jika Din tidak menjadi anggota Geng 10, khabarnya tiada siapa yang mahu mengenali Din. Malahan, ramai penduduk dalam DUN Bukit Besi sudah mula bersungut dengan Din yang dikatakan jarang berada di kawasan sendiri kerana mendiami banglo di Kuala Terengganu.


”Malahan, Din pernah didakwa bersikap biadap dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said apabila dia dipelawa menjadi Exco di bawah kepimmpinan baru – menolaknya melalui orang lain.

”Din juga dikatakan antara ADUN dari Terengganu yang bercakap lepas dan celupar di depan Menteri Dalam Negeri ketika pertemuan semua ADUN dengan Hishammuddin dibuat di Kementerian Dalam Negeri.”
sumber :

Oct 18, 2009

PERUBAHAN DALAM UMNO TAK AKAN BERLAKU

Slogan “perubahan” berulang kali dijeritkan dalam perhimpunan Umno baru lalu – oleh ramai pemimpin dan pengikut. Kesan jangka panjangnya mungkin tidak akan ada. Meminjam kata-kata Shakespeare segalanya “penuh dengan jeritan dan kemarahan, tetapi tidak mempunyai apa-apa erti” (full of sound and fury but signifying nothing).

Perubahan yang banyak dilaungkan ialah berkaitan pindaan perlembagaan. Ada pemimpin Umno yang mendakwa ia merupakan pindaan yang tidak pernah dilakukan oleh pihak-pihak lain. Jelas mereka hendak menyembunyikan suatu hakikat yang memalukan jikalau terdedah dalam Perhimpunan itu.

Hakikatnya ialah bahawa KEADILAN telah membuat pindaan perlembagaan yang lebih menyeluruh dan demokratik dalam Kongres Khas yang diadakan sehari suntuk pada 13 Jun 2009. Pindaan perlembagaan itu dibincang dengan teliti dan telus oleh para perwakilan selama kira-kira lima jam. Salah satu perkara penting yang diluluskan ialah pindaan yang memberi setiap anggota Parti hak mengundi untuk memilih pimpinan.

Ini berbeza dengan keputusan yang dicapai oleh Umno. Pindaan perlembagaan mereka diterima dalam masa kurang sejam tanpa perbincangan mendalam oleh perwakilan. Ini membuktikan tradisi Pak Turut dalam Umno masih kuat. Presiden Umno mengisytiharkan bahawa pindaan perlembagaan yang mereka lakukan akan menjadikan Umno lebih demokratik.

Sebenarnya, seperti ditegaskan oleh Tengku Razaleigh, pindaan perlembagaan Umno itu tidak cukup demokratik. Ia membataskan bilangan yang boleh mengundi untuk memilih pucuk pimpinan hanya kepada 146,500 orang wakil saja. Kenapakah hak mengundi dibataskan kepada cuma kira-kira 5% dari jumlah ahli Umno yang didakwa berjumlah 3.4 juta? Kenapakah tidak demokrarik sepenuhnya dan berikan hak mengundi kepada seluruh ahli? Bilangan besar tidak harus menjadi alasan.

Seterusnya Presiden Umno juga mendakwa pindaan yang mereka luluskan boleh menghapuskan “politik wang”. Dr Mahathir secara terus terang dan tepat menyatakan beliau tidak percaya ini akan berlaku. Apa yang disebut sebagai “politik wang” adalah sebenarnya rasuah atau korusi politik. Ia merupakan sebahagian dari amalan korupsi yang meluas berlaku di kalangan terutama sekali para pemimpin Umno, termasuk Presidennya.

Korupsi terdapat dalam pelbagai bentuk yang melibatkan: wang (harta), moral (wanita) dan politik (kuasa/takhta). Penumpuan ketiga-tiga bentuk korupsi ini terdapat di kalangan ramai pucuk pimpinan Umno dan juga mereka di peringkat negeri dan bahagian. Bagaimanakah pemimpin yang korup arau rasuah berupaya untuk menghapuskan korupsi, termasuk apa yang dikatakan “politik wang itu”? Bapak perompak manakah yang mahu dan bersedia menghapuskan kerja merompak yang memberikan kekayaan dan kedudukan tinggi kepada mereka?

Korupsi hanya boleh dihapuskan atau setidak-tidak dikurangkan jikalau mereka yang berkuasa bersih dan dituduh korup bersedia untuk disiasat oleh badan bebas dan sanggup dihukum jika didapati berasalah. Mereka juga harus bertindak untuk menghukum semua yang korup tanpa memilih bulu. Jikalau ini tidak dilakukan maka segala ucapan, seruan dan janji menghapuskan korupsi akan tinggal sebagai retorik berdegar yang kosong saja.

Apabila pemimpin-pemimpin besar Umno tidak sanggup mengambil tindakan yang betul-betul demokratik dan tidak mampu bertindak tegas terhadap korupsi dalam parti, masyarakat dan negara, sudah pasti perubahan tidak akan berlaku. Seruan seperti yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin supaya ahli-ahli Umno “buang perangai lama demi perubahan” tidak akan bererti.


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

Oct 17, 2009

HAPPY DEEPAVALI

Kepada warga masyarakat India JOHOR dan seluruh Malaysia diucapkan "Happy Deepavali", semuga bergembira dan ceria bersama keluarga. Jadikan perayaan tersebut peluang untuk mengerat hubungan, bertukar fikiran serta bersatu menguatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

UMNO TIDAK BERHAK HALANG.......

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat membidas sikap pemimpin UMNO yang dilihat mencampuri urusan rumah tangga Pakatan Rakyat (PR) khususnya dalam isu kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, UMNO tidak berhak menghalang Anwar daripada menerajui negara sekiranya PR memenangi pilihan raya umum akan datang.

“UMNO nak ikrar, dia punya fasal. Anwar bukan orang UMNO. Jika PR menang, UMNO nak buat apa?” katanya ketika ditemui selepas hadir di Majlis Pelancaran Kutipan Derma Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-19 Tabung Serambi Mekah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang berikrar menghalang kemaraan Anwar daripada menjejakkan kakinya di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Khairy dalam ucapan pada Persidangan Agung Pemuda UMNO semalam, mengibaratkan Anwar sebagai ‘sesumpah lidah bercabang’ yang berjaya dengan helah mempengaruhi sebahagian generasi muda yang tidak pernah mengenali perwatakannya.

Mengulas kenyataan Khairy itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin politik tidak seharusnya memberi gelaran kepada individu sebagai modal ucapannya.

“Gelaran tidak ada dalam politik, sepatutnya orang politik berfikir macam mana nak menang, bukan bersumpah macam itu, itu tidak betul.

“UMNO nak ganggu orang lain apa kerja, betulkan orang dia sudah la, di situ UMNO sudah tidak kena, ” katanya.

Ditanya adakah Pas boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri, Nik Aziz berkata, perkara itu bukan terletak pada Pas sebaliknya ia adalah keputusan bersama pemimpin PR lain.sumber

Oct 16, 2009

NIK AZIZ AKUR SILAP STRATEGI




KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan faktor kesilapan strategi menyebabkan parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menghadapi kesukaran menembusi kawasan Bagan Pinang yang masyarakatnya masih lagi tidak terdedah dengan perjuangan parti tersebut.

“Boleh jadi, (silap strategi) orang Negeri Sembilan tidak biasa dengan Pas. Contohnya, rumah yang saya pergi tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas ini ganas,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK 2009) Peringkat Negeri Kelantan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abd Fatah Harun yang mendakwa faktor kekalahan parti itu di Bagan Pinang adalah disebabkan kesilapan strategi khususnya penceramah Pas yang banyak menggunakan pendekatan menyerang berbanding penerangan.

Sehubungan itu, Nik Aziz berkata, adalah perkara yang sukar untuk petugas Pas menjalankan kempen lebih-lebih lagi terdapat banyak unsur ugutan yang berlaku sepanjang pilihan raya tersebut dijalankan.

“Orang Negeri Sembilan masih ketinggalan dengan Pas. Oleh itu, bila kita berkempen, sudah la benda baru, bila datang ugutan (dari Barisan Nasional) makin mereka tidak mahu,” katanya.

Nik Aziz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran beliau akhirnya akan ditentang kalangan ahli UMNO sendiri.

Malah, menurutnya, konsep tersebut akan ditolak masyarakat pelbagai kaum di negara ini kerana ia diperkenalkan individu yang berada dalam sebuah parti Melayu.

“Bagi saya, 1Malaysia tidak boleh. Teori ini keluar daripada Presiden UMNO. Dia sendiri parti Melayu, kalau dia kata ‘united Muslim’ lain. Tetapi bila dia sebut ‘united Melayu’, kenapa Cina nak terima Melayu, mereka mempunyai bahasa dan tulisan sendiri.

“Malah, mereka mempunyai sejarah yang jauh lebih hebat dari Melayu. Adakah mereka perlu turun ke bawah? Melayu masih di bawah, ekonomi di bawah, kesihatan di bawah. Jadi adakah mereka akan ikut?" katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz mengakui bahawa terdapat banyak infrastruktur di Negeri Kelantan menamakan bangunan mereka dengan menggunakan istilah bahasa Inggeris.

“Oleh itu, saya minta kaji semula supaya Bahasa Melayu dipopularkan. Tanda jalan, nama hotel semua sekali. Di Kelantan saya tidak tersedar kerana suasana dan keadaan menyebabkan saya sebagai pemimpin hanyut,” katanya.SUMBER

TEOH BENG HOCK BAKI AKAUN RM 3,611.36

SHAH ALAM - Walaupun merancang untuk mengadakan majlis resepsi beberapa bulan sebelum maut, baki wang dalam dua akaun simpanan milik Setiausaha Politik Exco Selangor Teoh Beng Hock hanya berbaki RM3,611.36.

Penyata: akaun yang dikemukakan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa menunjukkan baki akaun Beng Hock pada tarikh 13 Julai lalu ialah sebanyak RM2,569.30 manakala satu lagi akaun berbaki RM1,042.06.

:Berdasarkan penyata itu juga, didapati terdapat kemasukan tetap sebanyak RM1,865.85 setiap bulan bermula pada Jun 2008 sebelum ia menjadi RM2,167.85 pada April lalu.

Abdul Razak mengemukakan penyata akaun itu semasa menyoal Ketua Unit Siasatan SPRM Selangor Pemangku Pesuruhjaya Hairul Ilham Hamzah pada prosiding inkues di sini, semalam.

Tindakan mengemukakan penyata bank itu dibantah peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Beng Hock.

“Penyata kewangan seseorang adalah sangat sulit. Polis dan SPRM dibenarkan tetapi hanya untuk tujuan tertentu. Bagaimana ia relevan untuk menunjukkan fikiran seseorang?

“Ia seperti mengatakan orang miskin terjun bangunan manakala orang kaya tidak,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Razak menjelaskan perkara itu relevan bagi menjelaskan pendapatan bulanan Beng Hock, selain menyokong teori mendiang memerlukan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang disifatkan terdesak.

Isu masalah kewangan pernah dibangkitkan Abdul Razak semasa menyoal abang Beng Hock, Teoh Meng Kee, 33, dengan menyatakan mendiang mempunyai masalah bagi menyegerakan perkahwinan selepas tunangnya hamil.

Sementara itu, Hairul Ilham yang dipanggil sebagai saksi inkues ke-27 mengakui reaksi pertamanya bila diberitahu mengenai penemuan mayat Beng Hock di tingkat lima, Plaza Masalam, di sini pada 16 Julai lalu sebagai blank (kosong).

“Saya blank. Saya tidak tahu apa perlu dibuat,” katanya.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa tindakannya tidak menghubungi Beng Hock meskipun menemui beg dan telefon bimbit mendiang di pejabat SPRM ialah disebabkan dia tahu apa yang berlaku.

Hairul Ilham juga memberitahu, dia bersama Pegawai Penyiasat kes melibatkan Beng Hock, Mohd Anuar Ismail meronda sekitar pejabat SPRM untuk mencari Beng Hock selepas beg itu dijumpai.

Prosiding inkues bersambung Jumaat ini. sumber

Oct 15, 2009

ISU KITAR SEMULA ( RM 3 BILION )

Pimpinan UMNO Barisan Nasional (BN) mengitar semula isu lama termasuk isu RM3 bilion bagi menjatuhkan kredibiliti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kian mendapat sokongan dari segenap lapisan rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, isu pada 1999 itu telah pun dijawab Anwar ketika itu tapi dibangkitkan semula berikutan pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Katanya, ia bertujuan menyerang Anwar selaku peneraju Pakatan Rakyat melalui media massa bagi menenggelam imej negatif calon BN, Tan Sri Isa Samad yang sinonim dengan politik wang.

"Umno-BN cuba mengalih perhatian rakyat dari tertumpu kepada kes rasuah Isa dengan menonjolkan Anwar, kononnya memiliki banyak wang, sedangkan ia isu lapuk dan telah dijawab Anwar," katanya kepada Suara Keadilan.

Malah, Shamsul berkata, KEADILAN ketika itu sudah meminta kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan berkenaan tapi sehingga kini, tidak dilakukan.

"Kita juga menuntut supaya siasatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terbabit dalam komisyen pembelian kapal selam. Kita harap tiada 'double standard' berlaku," katanya.

Shamsul berkata, parti tidak bimbang dengan tindakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis berhubung dakwaan itu tapi meminta siasatan terhadap pimpinan UMNO BN juga dibuat.

Oct 13, 2009

SEDIA TERIMA KEKALAHAN ,PAS PASTI BANGKIT

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu, Pas juga pernah mengalami kekalahan di Kelantan tetapi mampu bangkit kembali pada pilihan raya berikutnya.

“Kita kalah tak apa. Kelantan pun pernah kalah. Berapa kali kalah. Akhirnya kami hidup balik. Kalah atau memang itu kerja perjuangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pasar raya Nirwana Maju di Bandar Kubang Kerian Baru dekat sini, semalam.

Beliau berkata, Pas menghadapi tentangan yang kuat daripada UMNO pada pilihan raya kecil kali ini.

“Cengkaman UMNO terhadap Pas terlalu kuat. Lagipun kami tidak ada radio, kami tidak ada surat khabar perdana.

“Tetapi manusia akhirnya akan faham. Sebab itulah saya minta mereka datang sendiri ke Kelantan. Biar mereka bertanya khabar kaum Cina, India Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam.

Calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar gagal dalam usaha menawan DUN Bagan Pinang apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan majoriti 5,435 undi.

Mengulas mengenai beberapa insiden yang berlaku sepanjang tempoh berkempen pada pilihan kecil itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau amat dukacita dengan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seperti itu pernah berlaku di Kelantan pada era 60-an yang mana kejadian tumbuk-menumbuk dan pergaduhan turut berlaku.

“Dua malam saya di sana. Saya dukacita dengan apa yang berlaku macam berlaku tahun 60-an dulu. Pukul dan bertumbuk.

“Ini menunjukkan pihak tertentu di Negeri Sembilan ini terkebelakang. Saya dukacitalah. Mengundi ni bebas. Macam kita pergi market (pasar). Kita bebas pilih dan beli sayur, beli buah," katanya./Sinar

Oct 10, 2009

BILLBOARD PAS DIBAKAR




Ankara siapa billboard di bakar dekat upu Si Rusa ...jangan cetus api kemarahan di kalangan penyokong ,tahap kesabaran ada hadnya sebelum ini petugas pas di pukul dan di tetak dengan parang..persoalannya siapakah yang mencetus pekara sebegini.

BROADBAND JADI BROKEBAND


Selama saya disini masalah utama ialah broadband menjadi maasalah utama ...di Negeri Pelancongan ini kata Bandar tentera tercanggih ...Pi la Isa Samad kata Bandar Portdikson maju...Satu lagi penipuan yang di buat oleh BN

CERAMAH PAKATAN RAKYAT




Tuan Haji Mat sabu merayu pengundi di Bangan Pinang tolak Parti yang tak ada maruah.chukup 62 tahun umno menipu orang melayu..kita buat perubahan di selatan ini.

Oct 9, 2009

GAMBAR SEMASA PERAYU UNDI POS DIPUSASDA




PUSASDA, TELUK KEMANG - Kehadiran calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar di pusat pembuangan undi pos di sini telah mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan anggota tentera.

Menurut Pengurus kempen calon, Hj Anwar Hashim, ini merupakan indikator dan petanda yang baik yang menunjukkan sokongan anggota tentera kepada calon Pakatan Rakyat.

“Sambutan luar biasa ini juga membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak bahawa undi tentera hanya milik Barisan Nasional adalah omongan kosong”.

“Ini terbukti apabila Zulkifli Mohd Omar memasuki dewan pengundian, ramai anggota tentera yang berbaris dan bersalaman dengan beliau”.


Kata Hj Anwar Hashim lagi, beliau diberitahu bahawa terdapat di kalangan anggota tentera turut mengambil peluang tersebut dengan bertegur sapa dengan Zulkifli Mohd Omar lalu mengucapkan “syabas” dan “meminta calon PAS meneruskan perjuangan”.

Sementara itu, Pemuda PAS semalam mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Walau bagaimanapun, kata Hj Anwar Hashim, dengan sambutan hangat terhadap calon PAS, Zulkifli Mohd Omar semasa anggota tentera membuang undi pos tersebut menunjukkan bahawa mereka menolak rasuah.

“Ia juga membawa erti bahawa anggota tentera memilih calon yang lebih bersih berbanding calon yang tercemar”, tambahnya.

NAJIB MACAM TAK YAKIN ........

BAGAN PINANG, 9 Okt - Kenyataan baru Perdana 1Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan beliau seolah-olah sudah mencium bahawa kemungkinan BN akan kalah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang nanti.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam kenyataannya hari ini menyifatkan kenyataan terbaru Najib itu pastinya dibuat selepas beliau melihat kemenangan di Bagan Pinang bukanlah sesuatu yang mudah untuk BN.


"Dari sini saya melihat seolah Najib sudah mencium bahawa kemenangan di Bagan Pinang bukan sesuatu yang mudah dan pada saya dia sudah melihat kemungkinan akan kalah disana," ujarnya.


Najib yang dipetik berkata, "Memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang, Negeri Sembilan, daripada saiz majoriti kemenangan,


"Usah kata menang besar atau kecil, asalkan menang. Yang penting menang," kata Najib kepada wartawan yang membuat liputan lawatan rasmi empat harinya ke Perancis yang berakhir pada Rabu lalu.


Manakala kenyataan terdahulu Najib, beliau yang yakin bahawa BN akan menang dengan majoriti besar akhirnya terpaksa berkata bahawa kemenangan BN penting walaupun dengan saiz majoriti yang kecil.


Menurutnya Khalil, PAS sebelum ini diperlekeh semasa menang di Manik Urai dengan 65 Undi majoriti. Namun PAS tetap menang walau pun proses demokrasi yang sangat sebelah.


Dalam kenyataan itu juga, Khalil yang juga Adun Titi Serong turut mempersoalkan kenyataan dan keyakinan Najib yang berubah-ubah itu.


"Bukankah Najib ada 1 Malaysia dan disokong kuat oleh seluruh jentera kerajaan termasuklah SPR dan PDRM?"


"Kenapakah Najib tidak bercakap sebagai seorang yang betul-betul yakin akan menang besar seperti yang diperkatakan sebelum dari ini?" soalnya.

PEMUDA UMNO KURANG AJAR





semalam kejadian di serang oleh samseng umno bukan hanya mereka pukul pemuda pas malahan kenderaan petugas di rosakan termasuk kesemua bendera dan poster telah di koyak oleh samseng pemuda umno ..ada bendera kita di bakar.

Oct 8, 2009

PEMUDA UMNO PUKUL PEMUDA PAS




Semasa pemuda Pas sedang pasang Poster berhampiran pusasda telah di serang oleh pemuda umno, termasuk mereka koyak poster serta memaki hamun Pemuda Pas...berita terkini akan menyusul..berserta dengan gambar

CERAMAH DI KAMPUNG SI RUSA





Gempur kampung Si Rusa ,di katakan umno paling kuat kat sini..akhir nya kita berjaya buat ceramah dengan kerja sama penduduk kampung yang membenarkan rumah beliau di jadikan tempat ceramah...di katakan kampung si rusa ini suku sakat Isa samad ada kat sini.

ISA SAMAD BUEK UMNO SERBO TAK KONO



Dikalangan pengundi melayu ada yang berkata umno dah tak ada maruah kerana masih kekalkan Isa samad sebagai calon ..Jadi apa lagi yang kita tunggu ayuh mari kita lakukan perubahan beri undi pada calon Pas.

Oct 6, 2009

UMNO TIPU PENIAGA RESTORAN

PORT DICKSON - Belum pun bergelar wakil rakyat, Saudara Zulkifli Mohamad Omar telah pun menjadi ’dahan’, tempat rakyat DUN Bagan Pinang untuk bergantung.

Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat itu telah menngunjungi sebuah restoran, disini semalam, ekoran aduan tidak puas hati pemiliknya yang mendakwa ditipu oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketika ditemui, pemilik restoran Jamsari, Encik Jamhuri berkata beliau telah dianiaya oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana membatalkan kontrak membekalkan makanan secara tiba-tiba.

Menurutnya, beberapa ketika sebelum kempen PRK Bagan Pinang bermula, beliau telah didatangi oleh seseorang dan menawarkan khidmat untuk membekalkan makanan bermasak kepada sepasukan polis yang bertugas untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Katanya, selepas menerima surat tawaran, beliau telah bersetuju untuk membekalkan makanan tersebut sebagaimana syarat yang dinyatakan.

Malangnya, kata beliau, kontrak tersebut dihentikan secara tiba-tiba, sehari selapas bekalan pertama dibuat.

“Tengok tu siap ada surat tawaran, tetapi dengan tidak semena-mena sehari selepas saya memulakan membekal makanan, kontrak saya itu diberhentikan tanpa sebab,

”pembatalan yang dibuat hanya dengan melalui satu panggilan telepon,”kata Encik Jamhuri sambil menunjuk surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

“Tentulah langkah (tindakan) yang demikian tidak adil kepada saya,”Keluhnya.

Oleh yang demikian, katanya, beliau bertindak mempamirkan ’kejadian tersebut’ diatas sebuah papan notis dihadapan kedainya supaya ia menjadi tauladan dan panduan kepada orang lain, agar berhati-hati ketika berurusan da;am musim pilihanraya.

Oct 5, 2009

ISA DICALONKANN KERANA POPULAR, TELAH JALANI HUKUMAN -PM

PARIS: Tan Sri Mohd Isa Samad telah menjalani hukuman berat di atas kesalahannya dalam parti dan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana beliau mampu memenangi kerusi itu serta popular di kalangan masyarakat kawasan itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata bagi pertimbangan pilihan raya kecil, parti akan memilih calon yang mampu berkhidmat di satusatu kawasan dengan berkesan, popular, diterima masyarakat serta kepimpinannya dikehendaki. Tinjauan parti mendapati Isa adalah calon yang popular di kawasan itu, kata Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno kepada sekumpulan pelajar Malaysia di Perancis dalam satu pertemuan di sini pada Ahad.

Beliau berkata Isa telah dikenakan tindakan di atas kesalahannya termasuk kehilangan jawatan Menteri dan Naib Presiden namun masih setia kepada parti serta bekerja keras untuk parti walaupun tidak berjawatan.

Katanya Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undangundang negara.

"Soalannya sama ada dia layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dah jatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding lepas edah.

"Ini bukan kesalahan dari segi undangundang negara ini cuma kesalahan teknikal parti.Beliau sudah menerima hukuman," katanya dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar Malaysia yang bertanyakan mengenai pemilihan Isa sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Najib berkata Isa bertanding sebagai calon kerusi DUN sahaja bukannya untuk memegang jawatan Menteri atau Menteri Besar.

Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini, Isa, 59, yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan akan ditentang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, 45.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Septemberlepas. BERNAMA

RISALAH UMNO NILAI SENDIRI




Risalah yang di keluarkan oleh umno memburukan Anuwar dan Nizar serta memburukan Pakatan rakyat ,nampaknya umno terdesak yang bertanding calon Pas bukan Anwar,serta banyak lagi risalah yang memburukan Anwar dan Pakatan Rakyat. Nizar di tuduh Boneka dan Anwar di tuduh pengkianat.....tak sempat nak ulas panjang nak pergi mesyurat pulak .

JANGAN PERLEKEH DATO ISA

Oct 4, 2009

PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SEMBILAN SEBENARNYA ADA CALON LAIN


Badan Perhubungan negeri Sembilan sebenarnya telah mencadangkan calon lain selain daripada ISA Samad ..cuba baca surat ini....sebagai bukti

Oct 3, 2009

UPU SI RUSA DI AMANAHKAN KEPADA JOHOR DAN KEDAH





Johor dan kedah serta Pas Kawasan Jempol di amanahkan jaga UPU SIRUSA .Pada sebelah petang semalam satu majlis pelancaran gerak kerja pilihan raya telah di rasmikan oleh calon.