Sep 29, 2009

CALON PAS..... ZULKEFLY MOHAMAD


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson.

PERASUAH CALON DI BAGAN PINANG...( ISA SAMAD )


Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Jika tidak, katanya, imej Umno akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon.

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Dr Mahathir berkata, kalau pun Isa boleh menang tetapi Umno "kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno".

KHALID SAMAD SEDIA HADAPI JAWATAN KUASA DISIPLIN....

PETALING JAYA: Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad bersedia untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib pusat parti itu sambil menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan apabila membuat kenyataan bahawa Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali patut meletakkan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Khalid juga berkata, beliau tidak tahu bahawa adanya usaha PAS Selangor yang dilaporkan mahu merujuknya kepada Jawatankuasa Tatatertib.

"Saya tidak tahu adanya langkah sedemikian. Jika ada, mereka sepatutnya memaklumkan kepada saya ketika mesyuarat Badan Perhubungan Negeri semalam tetapi hakikatnya saya tidak dimaklumkan.

"Tak mengapa, saya akan tunggu dan melihat. Saya sedia dihadapkan ke ke jawatankuasa ini," kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam ketika dihubungi oleh Mstar Online.

Minggu lalu Khalid telah meminta Hasan yang juga Exco kanan kerajaan negeri meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Khalid memberitahu, "nampaknya langkah mereka bukan merupakan satu tindakan tidak gentlemen kerana mereka seharusnya telah memaklumkan saya tentang tindakan yang hendak diambil."

Kata Khalid, beliau hanya melahirkan pandangan bahawa Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor seharusnya meletakkan jawatan jika tidak dapat berperanan sebagai rakan sepasukan pentadbiran kerajaan negeri.

Justeru itu katanya, jika kenyataannya itu disifatkan sebagai "salah", beliau bersedia untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Tatatertib jika dipanggil.

Sambil mengulangi bahawa perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat Badan Perhubungan Negeri PAS Selangor semalam, Khalid berkata, kemungkinan ia telah disentuh dalam mesyuarat Dewan Harian yang menyusul selepas pertemuan itu.

PAS Selangor juga mengadakan mesyuarat Dewan Harian malam kelmarin.

"Saya difahamkan ada satu mesyuarat Dewan Harian selepas mesyuarat Badan Perhubungan Negeri semalam, saya tidak pasti.... saya difahamkan.

"Mungkin ia dibincangkan dalam mesyuarat itu, saya tidak tahu," katanya.

KUMPULAN ISA SAMAD MULA UGUT ....NAJIB

BAGAN PINANG – Beberapa jam selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin dan menjelang lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, kumpulan ahli UMNO yang ’taksub’ kepada Tan Sri Isa Samad mengugut untuk melakukan ’boikot’.

Pagi ini, kain-kain rentang yang berbunyi ’Kami Nak Datuk Isa, Kalau Tidak Kami Boikot’ dipasang merata-rata tempat di seluruh DUN Bagan Pinang.

Semalam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, telah membuat kemunculan dalam majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di Taman Intan Perdana dekat sini.

Kehadiran Isa ke majlis tersebut membayangkan ’sokong menyokong’ diantara satu sama lain, antara Isa dan Muhyidin.

Sejak kematian bekas ADUN Bagan Pinang, UMNO Teluk Kemang yang di kuasai oleh penyokong taksub Isa telah membuat keputusan sebulat suara ’hanya Isa, tidak yang lain’ untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Paparan kain-kain rentang mengugut untuk ’boikot’ telah diduga sejak beberapa hari lalu apabila ’cakap-cakap’ tentang boikot pilihanraya Bagan Pinang telah tersebar sejurus selepas Eidul Fitri.

Beberapa orang dikalangan ahli UMNO bawahan yang ’fanatik’ Isa telah pun bercakap tentang perkara tersebut secara terbuka di premis-premis politik umum.

Samada Isa atau selain Isa akan ditentukan sebelum lewat hari ini, apabila Muhyiddin Yassin dijadualkan membuat pengumuman calon ada jam 3 petang ini.

Menurut laman UMNO online, Muhyidin akan berbuat demikian dalam majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama UMNO Bahagian Teluk Kemang yang akan berlangsung di Comand Centre, Batu 6, Jalan Pantai dekat Port Dickson.

Walaupun sewaktu catatan ini dibuat, Najib turut berada di berada di persekitaran kawasan ini, timbul persoalan , mengapa Najib tidak mengisytiharkan calon UMNO/BN.

Sekitar jam 1.30 tengahari, Najib masih berada dalam Kem PUSASDA di Batu Empat dekat sini dalam satu majlis ’politik’ bersama warga angkatan tentera.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, PAS juga akan membuat program yang sama dalam kem-kem tentera memandangkan pihak UMNO boleh dan mengapa PAS tidak boleh.

Isu calon UMNO akan mencetuskan perbalahan dan perpecahan dikalangan jentera UMNO, samada Isa atau bukan Isa yang diisytiharkan sebagai calon.

Isa dilaporkan akhbar media perdana sebagai tokoh yang masih mempunyai ’aura’ walaupun imej bersih pemimpin UMNO itu telah dicalari oleh kes rasuah politik.

Sekiranya Isa dipilih, penyokong Isa akan menghamburkan sukacita, sedang disebelah yang lain, penyokong Menteri Besar Mohamad Hassan telah pun menyuarakan akan melakukan ’boikot’ sebagaimana ugutan yang dibuat kumpulan taksub Isa

Sep 28, 2009

UMNO BERPERANG SESAMA SENDIRI SOAL CALON


Setiap kali ada pilihan raya, umum atau kecil, Umno BN menerusi media yang dikawalnya kerap menyiarkan laporan kononya Pakatan Rakyat tidak sepakat berhubung pemilihan calon.

Hakikatnya apa yang berlaku ialah sebaliknya. Contoh atau bukti terbaru ialah soal calon Umno BN yang bakal dipilih untuk bertanding pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Jelas Umno BN terus bergolak berhubung isu calon yang bakal diletakkan pada pilihnaraya kecil Bagan Pinang. Realiltinya ialah ada pelbagai puak dalam Umno yang mahu ‘bos ’masing-masing dipilih.

Dan walau siapa pun dipilih pucuk pimpinan , rasa tidak puas hati pasti ada dan dendam mendendam akan terjadi..

“Soal calon di Bagan Pinang ini sekarang ini pada pendapat saya calon ini menimbulkan masalah besar. Sebab itu ada kenyataan-kenyataan yang hebat daripada pemimpin-pemimpin Umno antaranya yang mempertahankan supaya Isa Samad menjadi calon dan ada juga yang mengkritik.

“Yang terbaru ialah kenyataan Tun Dr. Mahathir sendiri bekas Perdana Menteri yang menawarkan diri untuk beliau bertanding di kerusi Bagan Pinang sekiranya Isa Samad masih dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional,”.

Kata beliau tentangan terhadap Isa oleh Umno sendiri memang dijangkakan dan kes politik wang beliau dulu akan dijadikan alasan menyerang beliau.

“Pada saya Umno kini sedang mengalami krisis keyakinan yang cukup besar apakan lagi dalam konteks politik Negeri Sembilan sudah menjadi rahsia umum yang Isa Samad adalah suatu pemimpin politik yang digeruni oleh Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang ini.

“Saya melihat Isa Samad juga akan menggunakan rahsia-rahsia sulit yang beliau ada terhadap Datuk Najib sendiri kerana kita sendiri tahu banyak rahsia-rahsia Datuk Najib sendiri termasuk skandal beliau yang ditutup oleh Isa Samad. Pada kita, ini merupakan perkara-perkara yang tidak memberikan pendidikan politik yang baik kepada rakyat.

Bagi Pakatan Rakyat pemilihan calonnya akan dilakukan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

“Dan oleh kerana itu kita meletakkan syarat yang ketat untuk menjadi calon. Dia perlu menjadi seorang yang amanah, bertanggungjawab mempunyai intergriti dan tentunya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pilihan raya.

“Budaya seperti ini tidak berlaku dalam Umno kerana Isa Samad ini terpalit dengan pelbagai masalah intergriti dan penyelewengan rasuah politik wang yang ingin dijadikan calon. Ini pada pendapat kita, itu adalah satu kelebihan kepada pakatan terutamanya Pas yang akan bertanding kerana saya yakin rakyat sekarang ini, rakyat sudah pandai membuat pilihan dan penilaian rakyat ini boleh mengukur mana-mana parti yang mengabaikan kepentingan rakyat,” katanya.

MANTAN MUFTI BAGI PANDANGAN TERHADAP YB HASAN ALI


PETALING JAYA: Kritikan Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) turut mendapat reaksi dari mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

“Saya berpendapat YB Dato Dr Hasan Ali mestilah terus bertegas menyatakan sikap yang telus dan pendiriannya yang Islamik walaupun mungkin bertentangan dengan Kerajaan Negeri. Itu sebagai tanggungjawab ‘hisbah’ atau membetulkan perjalanan pemerintahan," jelas beliau pagi tadi.

Menurut Dr Asri, kerajaan-kerajaan yang baru diberi mandat oleh rakyat jangan dibiarkan merasa begitu 'complacent' dan berani untuk buat apa sahaja yang akhirnya penyakit-penyakit lama dalam politik dulu akan diwarisi oleh kerajaan-kerajaan yang baru.

"PAS sebagai parti yang selama ini melaungkan slogan Islam tidak boleh tenggelam dalam permainan politik sehingga melupai prinsip-prinsip yang pernah dinyatakan," kata tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya menyuarakan pendapat dan tidak berpihak pada mana-mana parti politik.

Kata Dr Asri lagi, jika selama ini PAS lantang mengkritik Kerajaan BN, apakah wajar untuk PAS membisukan apabila melihat kecacatan yang nyata dalam kerajaan yang dikongsinya dengan orang lain.

"Selama PAS menyatakan prinsipnya dan sikapnya yang Islamik, maka PAS akan dianggap berpendirian dan tidak hanyut dalam permainan politik semata,” jelas Dr Asri.

Sebelum ini, Hasan mempertahankan kritikannya terhadap tatacara Selcat dan menyifatkan kritikan itu sebagai satu tindakan wajar.

"Adakah salah bagi seorang Exco untuk mencadangkan kepada Selcat agar mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan imejnya dan penerimaan oleh publik," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Selangor baru-baru ini.

Pendirian Hassan yang terus-terusan mempertikaikan isu Selcat telah mencetuskan polemik baru dan mendapat rekasi pelbagai dari beberapa pihak.

Namun, PAS pusat yang akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini, tidak bercadang untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Dr Hassan. Sebaliknya, pucuk kepimpinan parti itu hanya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Hasan iaitu Exco kanan Kerajaan Negeri Selangor.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa juga berpendapat usul supaya Hasan harus dikenakan tindakan cuma perbezaan pandangan yang wujud di kalangan pemimpin negeri dan pusat.

"Ianya bukan menunjukkan ada usaha mahu menjatuhkan beliau. Saya tidak melihat kepada keperluan sampai ke peringkat itu kerana bagi saya Datuk Hasan memberikan pandangan beliau tentang perlunya prosedur Selcat diperbaiki. Bagi saya memberikan pandangan sebegitu tidaklah sampai perlu diambil tindakan disiplin," jelas Nasharudin.

PAS Selangor juga bersetuju bahawa jika Selcat menerima pandangan Hasan, ia boleh berfungsi dengan lebih baik.

Sep 27, 2009

JOM GEMPUR BAGAN PINANG

BAGAN PINANG – Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan gendang perang lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengen melancarkan jentera pemuda Pajatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang tadi, 26September.

Ketiga-tiga ketua sayap parti komponen PR hadir dalam Majlis Perasmian dan Pelancaran Jentera serta Pejabat gerak-gempur bersepadu Pemuda Parti Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident)

Manakala Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar, yang menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan UMNO dan BN.

Sep 21, 2009

SISTER IN ISLAM ,,AGEN KEPADA MUSUH ISLAM PERINGKAT ANTARABANGSA

Manir, HULU TERENGGANU - " 'Sisters In Islam' ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang,

"Cuba tanya ’Sisters In Islam’ kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?,

"Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang? Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam !,"kata Ketua Dewan Ulamak PAS Dato' Ustaz Harun Taib ketika ditemui selepas Solat Sunat Eidul Fitri, di Markaz Tabiyah PAS Kubang Lembek, Manir, disini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu hukuman rotan yang dikenakan keatas bekas jururawat yang menjadi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

Di bawah dipaparkan kenyataan Penuh Dato' Ustaz Harun Taib;

Kenyataan Penuh Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib berkaitan tindakan ’Sisters In Islam’ dalam Isu Hukuman Rotan keatas Kartika Sari Dewi Shukarno
___________________________________________________________________________________________________________________

Dalam dunia ini tidak ada benda yang dikatakan tidak salah semuanya dan benar semuanya, maknanya ada kewajipan dan ada hak, oleh sebab itu dalam sesebuah negara itu, dia (negara itu) ada undang-undangnya, kalau disebut dari sudut sesebuah negara.

Kalau kita pergi ke England atau United Kingdom pun dia ada undang-undangnya, sesiapa yang duduk dalam negera itu maka dia kena ikut undang-undang, di Anerika Syarikat pun begitu di Australia pun begitu, orang mari Malaysia pun mesti ada undang-undang. Semua orang yang bersedia untuk duduk (dan tinggal) dalam negara itu, atau ziarah ke negara itu dia bersedia tunduk dan patuh kepada negra itu.

Jadi undang-undang yang dikenakan kepada Kartika itu adalah satu undang-undang yang sudah diketahui umum, maknanya dalam masyarakat Islam macam Malaysia, maknanya tidak payah mengaji (belajar) orang tahu arak tak boleh. Arak tak boleh, zina tak boleh, mencuri tak boleh, merompak tak boleh, itu orang panggil ”maklum minaddin bi darurat”- semua orang Islam tahu.

Cuma setiap kesalahan itu ada hukumannya (dan) hukuman itu sudah dimaklumkan. Dalam tiap-tiap negri di malaysia ini, enakmen itu dan kesalahan arak ini ada, jadi kepada perempuan itu (Kartika), dia tidak kritik undang-undang ini, dia tahu dia buat salah, sebagaimana kalau dia buat salah yang lain pun dia kena hukum juga. Kalau orang buah salah (kesalahan) jalan raya dia kena denda juga, tak bolehlah kalau kesalahan jalanraya dia kena denda, dia kata eh....zalim, tapi tak ada orang kata zalim.

Ini undang-undang tentang arak, dia tahu dia tak boleh minum arak, salah disudut undang-undang tapi dia minum, dia tahu, dia sedar, ini kena hukum dan dia rela kena hukum, dimana zalimnya? Kalau dia tak rela, dia tak setuju, dia bantah, mungkin boleh di panggil zalim, tapi tidak ada kesalahan atas dunia ini yang tidak ada hukuman!

Soalan; Jadi kita nak katakan tindakan ’Sisters In Islam’ itu apa dia ?

Dia (SIS) ni menjadi agen, agen musuh Islam di peringkat antarabangsa. Kan musuh Islam itu bergerak di peringkat antarabangsa. Tiap-tiap negara ada agen dia (musuh Islam). Apa saja Islam, bunyi Islam dia tentang. Cuba tanya ’Sisters In Islam’ kenapa dia tidak menentang lain-lain undang-undang, lain-lain hukuman?

Kenapa dia (SIS), kalau orang yang minum arak kalau didenda RM2000.00, dia tak tentang (menentang)? Kenapa kalau orang mencuri kalau kena dua tahun penjara dia tak tentang?
Tapi bila dikenakan hukuman iku Islam dia tentang, maknaya dia tentang Islam !

Sep 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1430, Mudah-mudahan Ramadhan yang telah kita lalui dengan penuh keimanan dan keinsafan. serta mencari beberapa kelebihan beramal sepanjang Ramadhan dapat meningkatkan ketaqwaan, kesabaran, semangat perjuangan dan pengorbanan. Ramadhan yang kita lalui kali ini hendaknya lebih baik dari Ramadhan yang lalu.Sempena dengan tibanya 1 Syawal,saya dengan ini memohon kemaafan kepada semua pengunjung blog ini diatas kesalahan yang mungkin saya lakukan , dan saya juga dengan hati yang ikhlas memaafkan kesalahan semua pihak dimasa yang lalu.samada Sengaja atau tidak disengajakan.




Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil hamd.

Sep 18, 2009

DR MAHATHIR SURUH SAMY VELLU LETAK JAWATAN....

PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri juga kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.

Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.

"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.

Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.

"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.

Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.

"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.

"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orng Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir. BERNAMA

JOHOR UMNO KUAT TAPI RAKYAT.......



Semalam saya dan rakan rakan teruskan program kebajikan hampir dua puluh keluarga terima bantuan ...yang di mana kami tumpukan kepada ibu tunggal,saya dapat bertemu dengan satu keluarga di Pasir Gudang ,seorang ibu tunggal sara hidup nya hanya bergantung mencari besi buruk untuk sara anak anak seramai lapan orang ..semasa saya dan rakan rakan sampai rumah akak tersebut dimaklumkan anak akak tersebut emak tak ada di rumah..... bila saya tanya mana emak adik? ..jawab anak tersebut emak kerja ..saya tanya emak kerja apa ..? cari besi Pak cik ..saya tanya lagi adik tak pergi sekolah ke ?...Nak pergi sekolah, tapi mak susah macamana nak pergi sekolah ...baju raya dah siapa ..hanya diam sambil memandang kepada saya ...tanpa di pinta menitis air mata masing masing melihat anak anak kecil ini.....

Sep 16, 2009

DAP TIDAK PERALAT ORANG MELAYU

SHAH ALAM – DAP kesal dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendakwa parti itu memperalatkan orang Melayu apabila membuka keahlian kepada kaum itu.

Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, dakwaan Shahrizat itu tidak berasas selain menunjukkan ketakutan UMNO bahawa sokongan orang Melayu sekarang sudah beralih kepada pembangkang khususnya DAP.

Menurutnya, cawangan DAP yang majoriti orang Melayu itu ditubuhkan di Kampung Lembah Kinrara, Puchong Kuala Lumpur dan dipengerusikan Haron Abdul Wahab.

“Kenyataan Shahrizat bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu adalah tidak benar sebaliknya parti itu turut mengutamakan kepentingan kaum lain.

“DAP juga tidak anti – Islam dan tidak anti – Melayu malah mempertahankan dan melindungi semua kaum dan agama,” katanya.

“DAP juga menjamin hak-hak orang Melayu dan Islam malah turut menggalakkan lagi syiar Islam. Contohnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

“Antaranya ialah pengiktirafan tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang, termasuk untuk penghafal Quran atau Huffaz dan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Shahrizat yang berpandangan penubuhan cawangan DAP di kawasan majoriti Melayu di Puchong sebagai strategi parti itu untuk meraih sokongan daripada kaum Melayu

Tunku Abdul berkata, Shahrizat harus menghormati hak asasi rakyat Malaysia untuk memilih mana-mana pertubuhan politik dan berhenti daripada bermain dengan isu perkauman yang boleh mencetuskan syak wasangka antara rakyat.

Katanya, DAP bersedia menghulurkan salam persahabatan untuk membantu Shahrizat dalam menangani mana-mana isu yang melibatkan kezaliman dan ketidakadilan terhadap wanita, keluarga dan masyarakat.sumber sinar harian

Sep 15, 2009

KRONI ROSMAH TERIMA PROJEK BAS PLKN

Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai pertalian rapat dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Razak, dikatakan bakal diberi kontrak mewah membekalkan 400 unit bas untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).

Bas-bas itu dikatakan akan dimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.

Bas-bas itu dikatakan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600,000 sebuah - hampir dua kali ganda berbanding harga asal.

Difahamkan, Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib mengarahkan Syarikat-syarikat Kaitan Kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat pembekal berkenaan untuk membawa masuk bas-bas terbabit dari China.

Ini kerana syarikat pembekal yang dikaitkan dengan isteri Najib itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.

Bas 40 penumpang itu adalah mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang beberapa ratus buah tersadai di Rawang dan Selayang.

Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan bahawa kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu pada hujung tahun ini untuk memberi gambaran bahawa urusniaga berkenaan dijalankan secara telus.

Hakikatnya ialah segala keputusan mengenai kontrak itu sudahpun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan juga telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerja-kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.

Sumber itu memberitahu Suara Keadilan, dana bagi pembelian bas berkenaan oleh syarikat terbabit akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau lebih dikenali sebagai 'Prasarana'.

Sumber juga mendakwa, Prasarana telah 'diarah' oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal bas berkenaan atas nama syarikat yang dikaitkan dengan Rosmah.

Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal, dengan kelulusan kerajaan.

Syarikat itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem pengangkutan di Lembah Klang dan Pulau Pinang dan mengambil alih bebrapa syarikat pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan LRT, PUTRA dan juga STAR.

Dalam pada itu, seeorang pengusaha pengangkutan yang berpengalaman dalam pembinaan bas berkata pemilihan bas buatan China menimbulkan banyak persoalan.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, bas buatan China mempunyai banyak masalah teknikal selain tidak efisyen manakala kos penyenggarannya tinggi.

"Kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada ratusan bas jenis sama milik Rapid KL yang tersadai hingga menjadi besi buruk di merata Lembah Kelang. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang?" soal beliau.

"Bagaimana pula keselamatan dan kesejahteraan anak -anak muda kita yang bakal dihantar ke kem-kem PKLN di seluruh negara menggunakan bas-bas ini?" tambahnya. - Suara Keadilan

TAHANAN ISA DI BEBASKAN

Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.

Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.

Mat Sah Mohamad Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sah , yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Pembebasan itu dibuat bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.

Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.

Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.

Ketiga-tiganya, yang dituduh terlibat dalam jaringan JI, ditahan bawah akta itu pada 30 Mei 2007.

Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.SUMBER MALAYSIA KINI

BANGUNAN BARU PAS PASIR GUDANG PERLUKAN SUMBANGAN







Pas Pasir Gudang - Untuk mewujudkan suasana yang kondiusif dan lebih selesa kepada ahli-ahli,PAS Pasir Gudang telah membeli sebuah bangunan akan dijadikan Pusat Tarbiah PAS.

Bangunan tiga tingkat yang terletak di Taman Mawar Pasir Gudang itu berjaya dibeli dengan harga Rm 320,0000. Ydp kawasan Haji Azhari berkata, pembelian bangunan itu juga disebabkan pusat tarbiah lama tidak lagi sesuai digunakan untuk melakukan aktiviti dan program yang dirancang.

Selain itu,pusat tarbiah itu juga akan digunakan sebagai tempat untuk mengadakan ceramah, usrah, mesyuarat serta mengumpul semua lapisan masyarakat dengan merancang berbagai-bagai program,serta Pusat aduan rakyat.

Dengan itu pihak beliau meminta jasa baik dari orang ramai atau mana- mana institusi perniagaan menghulurkan sumbangan ikhlas dalam pelbagai bentuk untuk membolehkan pihaknya meneruskan kerja kerja ubah suai sedang di jalankan.

Sebarang pembayaran boleh di hubungi Haji Jailani, TEL 019 7140797 Gambar atas sekali selaku Pengerusi Ekonomi atau Ydp Kawasan Haji Azhari 0197533909.

MB SELANGOR AKAN JUMPA (ADUN) PELABUHAN KLANG ESOK


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menjawab beberapa persoalan mengenai permasalahan yang melanda Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Tan Sri Khalid yang ditemui dalam sidang media Pakatan Rakyat memberitahu, pihaknya masih lagi memantau keadaan Badrul untuk tindakan yang selanjutnya.

"Mengenai YB Badrul, ADUN Pelabuhan Klang kita masih lagi memantau keadaan beliau dan semalam saya berada di Klang, bersama-sama dengan Ketua Umum parti untuk majlis berbuka puasa dan juga ketua umum adakan majlis ceramah umum, kita harap Badrul hadir atas alasan-alasan tertentu" ujar Khalid.

Tan sri Khalid juga memberitahu, beliau bercadang untuk bertemu dengan Badrul Rabu ini untuk membincangkan [ketegangan] yang berlaku di Pelabuhan Klang.

Ujarnya, perbincangan itu nanti akan membincangkan kedudukan ADUN itu dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat di Pelabuhan Klang. Ditanya berkenaan dengan surat tunjuk sebab yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Badrul, katanya Badrul telah membalas surat tersebut.

" Yes replied. Dia sudah menjawab dan antara alasan yang diberi termasuklah masalah sendiri. Maknanya masalah yang beliau hadapi. Beliau tidak dapat menjalankan tugas sebagai ADUN buat sementara ini tapi ini kita perlu bincangkan. Cuba atasi masalah tersebut" tambahnya.

Beliau juga turut diajukan soalan mengenai Badrul yang didakwa berkecil hati dengan pemerintahan Tan Sri Khalid, namun ini jawapan beliau.

" Saya tak tahu sama ada kecil atau besar tapi tanggungjawab beliau didapati masih belum dapat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya. Jadi kalau ingin menjadi wakil rakyat, kecil hati atau besar hati tidak timbul" katanya.

Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi mengenai Badrul yang kononnya ingin lompat parti dan ada juga yang mendakwa beliau pernah ditangkap khalwat. Bagaimanapun, Badrul telah menafikan kenyataan tersebut.

Malah menurut Badrul beliau tidak pernah ditawarkan untuk melompat parti dan tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian.

MIRZAN MENCONTENG ARANG KE MUKA ""FUNDAMENTALIS MUSLIM....???




Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, rakyat rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak .



Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”.

Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.

Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.

Di dalam al-Qur’an Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak , berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).

Di dalam sebuah hadis dinyatakan:
“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak keatas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT).

Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. Sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentang dengan Islam meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan Mirzan, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad ( Mantan Perdana Menteri) yang acap kali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”. SUMBER

Dr.Muhammad Nur Manuty
Pengerusi,
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR

Sep 14, 2009

SPRM SIASAT KHIR TOYO 6 JAM


PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo disoal siasat kira-kira enam jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rumah mewah beliau di Seksyen 7, Shah Alam dan penggunaan dana Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Beliau berada di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sejak pukul 8.30 pagi dan meninggalkan bangunan suruhanjaya itu kira-kira 2.30 petang tadi.

Timbalan Pengarah Siasatan SPRM, Sazali Salbi mengesahkan kehadiran bekas Menteri Besar itu untuk diambil keterangan.

Beliau juga mengesahkan Dr. Mohd. Khir diambil keterangan berhubung isu rumah mewah miliknya yang didakwa mencecah berjuta-juta ringgit dan penggunaan wang Balkis untuk tujuan bercuti di Amerika Syarikat.SUMBER

Dalam pada itu, Dr. Mohd. Khir berjaya mengelak daripada diburu wartawan dan jurugambar yang menunggu beliau di lobi Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi dengan menggunakan laluan paras bawah tanah.

Malah difahamkan bekas Menteri Besar Selangor itu tidak menggunakan kereta beliau tetapi datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira bagi mengelak dikesan wakil-wakil media.

Dr. Mohd. Khir dalam kenyataan yang dipetik dari akhbar China Press hari ini berkata, beliau mampu membeli banglonya di Seksyen 7 kerana pernah menjadi Menteri Besar dan juga ahli politik.

Menurutnya, ketika mula membeli rumah itu, ia hanya bernilai RM3.5 juta tetapi selepas tiga tahun dan setelah diubahsuai, nilai rumah itu meningkat kepada RM5 juta.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan terkini siasatan SPRM ke atas laporan mengenai banglo mewahnya itu, Dr. Mohd. Khir berkata, beliau sentiasa bersedia untuk disiasat.

PEMBANGKANG TAK RETI PERINTAH: NAJIB




KL: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menempelak pakatan pembangkang yang disifatkannya tidak tahu memerintah negara ini.

Beliau berkata perkara itu terbukti apabila setiap parti yang menganggotai pakatan berkenaan mempunyai pandangan berbeza mengenai bagaimana negara ini perlu ditadbir.

'Pembangkang belum tahu lagi macam mana hendak memerintah negara. Satu parti nak sekular, satu parti nak pemerintahan teokratik atau negara Islam dan satu lagi entah apa pendiriannya pun kita tidak tahu,' katanya di sini kelmarin.

Beliau berucap merasmikan Perhimpunan Agung Kongres India Malaysia (MIC) Ke-63 yang dihadiri 1,464 perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ini adalah kali pertama beliau berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Menurut Datuk Seri Najib, pakatan itu juga tidak boleh dipercayai dan ini terbukti apabila ia tidak menunaikan janji yang dibuat kepada penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang.

'Saya nak tanya pembangkang, janji yang mereka buat. Siapa janji kepada penduduk Kampung Buah Pala kalau kami menang kamu akan tetap berada di sini selama-lamanya,' katanya.

Tambahnya, sikap pakatan itu yang tidak mengotakan janjinya berbeza dengan BN yang akan menunaikan segala janjinya kepada rakyat.

'BN adalah institusi politik yang terlalu banyak berjasa kepada negara kerana berusaha mewujudkan perpaduan politik.

'Kita juga berusaha menjadikan BN sebuah parti yang inklusif dan meraikan kepelbagaian mengikut acuan dan konsep 1Malaysia iaitu bersikap adil terhadap semua kaum.

'Kita juga harus mengingatkan diri kita dan generasi muda bahawa negara ini terkehadapan kerana wujud permuafakatan antara kaum,' katanya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib mengingatkan pemimpin parti-parti komponen BN supaya tidak hanya popular dalam kalangan ahli parti sedangkan pada masa sama mereka gagal memenangi hati rakyat.

Beliau berkata jika pemimpin terbabit lupa menjadi popular dalam kalangan rakyat, mereka sudah pasti akan dihukum dalam pilihan raya akan datang.

'Dalam sistem demokrasi berparlimen, suara keramat ialah suara rakyat dan kuasa mutlak berada di tangan rakyat bagi menentukan nasib BN dalam setiap pilihan raya.

'Sebab itu saya selalu mengingatkan bahawa tiada guna kita menjadi popular dalam kalangan ahli parti sahaja tetapi tidak popular dalam kalangan rakyat.

'Kalau kita popular dalam kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti. Tetapi sama ada parti kita relevan atau tidak, ia bergantung pada sama ada kita boleh memenangi hati rakyat untuk menyokong BN,' katanya.

Datuk Seri Najib menegaskan, semua pemimpin parti komponen BN harus sedar bahawa rakyat kini bukan lagi seperti masyarakat pada tahun 1950-an.

'Rakyat sudah cerdik dan pandai menilai dasar-dasar kita. Oleh itu, untuk parti komponen BN kekal relevan, kita mesti membina hubungan dengan rakyat dan menjadi pembela rakyat yang sebenarnya,' katanya.

Pembangkang belum tahu lagi macam mana hendak memerintah negara - Najib

PILIHANRAYA RAYA BAGAN PINANG 11 OKTOBER

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 3 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 11 Oktober hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Perkara ini diumumkan Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

N31 Bagan Pinang adalah pilihanraya kecil ke-9 sejak PRU12 Mac lalu.

Kerusi ini kosong dengan kematian Adun BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

SPR telah mengenalpasti 13,664 pengundi berdaftar di Bagan Pinang, dimana 9,060 adalah pengundi biasa manakala 4,606 adalah pengundi pos.

Penumpuan kem-kem tentera yang tinggi menyumbang kepada kehadiran pengundi pos yang besar.

Dalam pilihanraya lepas, BN menewaskan calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman meraih 6,430 manakala Ramli 4,097.

Dengan kehadiran 57.6 peratus Melayu, 14.3 peratus Cina dan 25.8 peratus India, Bagan Pinang membentuk Parlimen Teluk Kemang bersama Dun Port Dickson (PR), Chuah (PR), Lukut (PR) dan Linggi (BN).

Sep 13, 2009

5O KELUARGA TERIMA SUMBANGAN






Pada sebelah pagi tadi 50 keluarga di Permas Jaya dan Kampung Plentong terima sumbangan daripada Pas pasir Gudang ...saya sampaikan sumbangan di kampung Plentong dan rakan rakan yang lain di flat Permas Jaya ucapan terima kasih pada yang menjayakan program pagi ini ,dan juga ucapan terima kasih kepada mereka yang bagi sumbangan ,semoga di berkati oleh allah .

NAJIB PERDANA MENTERI TERAKHIR.............

KUALA NERUS – Perdana Menteri Malaysia masakini Dato’ Seri Najib Razak merupakan orang terakhir yang akan menjawat jawatan politik tertinggi Negara itu.

Najib adalah pelengkap terakhir dalam teori RAHMAN yang popular, dimana huruf ’N’ pada awalan nama Najib merupakan abjad terakhir dalam teori tersebut.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah berkata demikian dalam ucapannya pada majlis ceramah sempena Nuzul Quran yang diadakan di Masjid Taqwa Batu Enam, disini.

”kalau kita ambik teori RAHMAN (yang) disebut-sebut orang, Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan terakhir sekali Najib,

”Najib itu yang terakhir dah lah, lepas (huruf) ’N’ itu tak ada dah lah (Perdana Menteri dari UMNO),”ujarnya.

Sebab itu katanya, selepas ini habislah UMNO dan kalau betul teori tersebut, Najib adalah Perdana Menteri terakhir.

Menurutnya, perkara tersebut bertepatan dengan situasi politik diseluruh negara hari ini dimana rakyat sudah tidak mahu kepada UMNO.

Oleh itu, katanya, apabila UMNO kalah pada pilihanraya akan datang, orang Melayu akan beralih sokongan dan tokoh politik dari PAS akan menjadi Perdana Menteri.

”Tak adalah Perdana Menteri dari UMNO dan pada waktu itu, Perdana Menteri adalah dari kita (PAS),

”Sebab bila UMNO hancur ini, orang Melayu tidak akan kemana-mana, tentu akan sokong PAS,”jelasnya.

Justeru, beliau menolak dakwaan pemimpin UMNO yang mengatakan sekiranya UMNO kalah, politik orang Melayu akan terjejas.

Sebaliknya, katanya lagi, sekiranya UMNO kalah, PAS akan menjadi pengganti kepada UMNO kerana PAS juga adalah parti politik orang Melayu terbesar selepas UMNO.

Menurut beberapa pengamat politik tempatan, Teori RAHMAN wujud sejak 20 tahun yang lalu, dimana tokoh atasan UMNO khususnya kepada mereka yang berusaha untuk menjadi perdana menteri, menganggap teori ini membawa tuah.

Turut hadir dalam majlis diatas adalah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi Salleh dan Timbalan Ketua Dewan Ulama’, Ustaz Abu Bakar Abdullah.

PERUNTUKAN SEBANYAK RM 1.35 JUTA UNTUK JATUHKAN SELANGOR

Peruntukan sebanyak RM1.35 juta yang akan diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diagihkan ke masjid dan surau serata Selangor menzahirkan perancangan Umno-BN merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar berkata beliau hairan mengapa pengagihan wang kerajaan Pusat ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar seolah-olah wang Perbendaharaan Negara adalah milik Umno.

“Pada pendapat saya ini adalah rancangan politik terhadap negeri Selangor, kita memang sudah tahu pihak BN berura-ura hendak mengambil alih pemerintahan negeri Selangor dan sudah ada beberapa pendekatan yang dilakukan yang kita sedia maklum sebelum ini mahu dilakukan melalui tindakan yang berhubung dengan mahkamah kalau ada bukti tentang penyelewengan dan rasuah,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Pusat hari ini memperuntukkan RM1.35 juta bagi membantu kira-kira 370 masjid dan 2,000 surau di Selangor menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadan dan Syawal.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata bantuan RM1,000 bagi setiap masjid dan RM500 bagi surau itu disediakan setelah diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu.

Mengulas perkara ini, Dr Shafie berkata walaupun amalan derma dan membantu itu sesuatu yang dimuliakan di sisi agama, namun ianya harus ikhlas dan bukan dibuat bagi tujuan politik.

Shafie menambah sekiranya Umno-BN benar-benar ikhlas membantu, mengapa bantuan tersebut diumumkan menjelang Syawal.

“Kita persoalkan kalau pun hendak diberi bantuan masjid dan surau, seharusnya awal sebelum Ramdhan atau sekurang-kurangnya awal Ramadhan dan sekarang sudah pun sampai ke penghujung,” katanya.

Walaubagaimanapun, cubaan demi cubaan untuk merampas Selangor dari tampuk pimpinan Pakatan Rakyat gagal ditawan oleh BN biarpun pelbagai usaha jahat telah mereka lakukan sejak akhir-akhir ini.

“Sebagaimana yang dilakukan terhadap Teoh Beng Hock dan beberapa exco, mereka cuba serbu untuk mendapat bukti tetapi ini nampaknya terencat oleh kerana kematian Teoh Beng Hock di dalam siasatan SPRM.

“Dan kita melihat penawaran wang lebih dari jumlah RM1.35 juta adalah lanjutan dari usaha untuk menguasai negeri Selangor secara kospirasi yang bersifat kewangan pula lah. Kita persoalkan ialah mengapa ini atas nama parti UMNO BN dan ini jelas memperlihatkan konspirasi politik yang jelas terhadap pengundi Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan kerajaan Selangor sudah bertindak terlebih dahulu dengan mencerminkan keprihatinan terhadap rakyat di negeri ini dengan perancangan yang kemas dan teratur berbanding BN yang sentiasa membuat kejutan di saat-saat akhir seolah-olah membayangkan mereka sentiasa terdesak untuk meraih keyakinan rakyat semula.

“Sebenarnya kita juga telah memberi bantuan dari peringkat negeri di Adun-adun melalui JAIS dan sebagainya. Saya nampak lebih daripada serampang dua mata ialah selain daripada terhadap Selangor tetapi juga dengan pilihan raya kecil yang akan berlangsung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

“Jadi ini juga adalah satu tawaran yang bersifat politik untuk menarik masyarakat dan pengundi-pengundi di Bagan Pinang, jadi ini adalah bersifat politiklah untuk menarik masyarakat pengundi-pengundi di Bagan Pinang,” katanya.

Biarpun pelbagai taktik lapok itu digunakan oleh BN, beliau yakin politik di Selangor adalah mantap dan tidak akan terpengaruh dengan cubaan pihak BN yang bertalu-talu untuk menjatuhkan Selangor.

“Kita lihat dia cuba guna isu kuil baru ini yang jelas daripada orang-orang UMNO yang sepertimana 12 orang telah didakwa, jelas ertinya mereka eksploitasi isu ini.
“Saya fikir ini bukan terakhir siri percubaan mereka untuk menguasai Selangor dengan pelbagai taktik kotor dan rentetan itu kita perlu lebih berhati-hati terhadap usaha jahat mereka terhadap kita yang perlu kita pertahankan kekuatan dan kesepaduan kita berusaha untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya kecil yang kita akan hadapi.

“Kalau kita dapat mengalahkan mereka ini adalah satu tamparan yang amat memalukan, paling tidak saya ingat kita perlu usaha untuk mengurangkan majoriti ditempat mereka supaya politik mereka akan menurun,” katanya.
sumber Tv antara

Sep 12, 2009

PEMILIHAN MIC, S SUBRAMANIAM KALAH


Penyandang jawatan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan menewaskan dua pencabarnya, Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.

Beliau mendapat 629 undi manakala Datuk S Subramaniam (547 undi) dan Datuk S Sothinathan 280 undi.

Tiga calon naib presiden yang disokong oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu turut terpilih.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mendapat undi tertinggi dengan 1,260 undi, manakala timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk SK Devamany ditempat kedua dengan 1,122 undi dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan (1,030 undi).

Sementara itu, Sothinathan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 1,469 perwakilan yang mengundi hari ini.

Manakala Subramaniam yang gagal lagi dapat percubaannya merebut jawatan timbalan presiden berkata, walaupun sedih, beliau menerima keputusan perwakilan hari ini.

Menurutnya, perwakilan gagal memahami nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan mesyuarat tahunan MIC pagi tadi.

Beliau meninggalkan PWTC - tempat berlangsungnya mesyuarat agung MIC - sebelum keputusan rasmi diumumkan.SUMBER

MIRZAN MAHATHIR PENGARAH SYARIKAT ARAK


Pelantikan Mirzan Mahathir dalam lembaga pengarah syarikat arak, San Miguel Corp, membuktikan hipokrasi di kalangan pimpinan Umno-BN yang kononnya mengambil berat mengenai isu penjualan arak dalam negara.

Perlantikan pemimpin Umno itu sebagai orang penting di syarikat arak ini yang secara kebetulan berlaku apabila Presiden Umno Najib Abdul Razak mengisytiharkan Umno sebagai parti Islamik semalam itu mengundang kritikan dari Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin.

“Tetapi persoalan besar disebalik penjualan arak ini siapa yang mempunyai kepentingan. Siapa yang meraih kekayaan berjuta-juta ringgit dan hari ini jelas bahawa antara tokoh penting Umno keluarga Dr Mahathir ada kepentingan dan ini bukanlah pendedahan pertama.

“Dalam masa yang sama kamu cakap tentang Melayu Islam dan kamu menuduh Pakatan Rakyat yang cuba menyelesaikan isu ini dengan bijaksana dan harmoni, kamu tuduh kita tidak prihatin terhadap Melayu itu sendiri tapi dalam masa yang sama kamu mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit menjamin kekayaan keturunan kamu degan perniagaan arak,” katanya.

Badrul berkata demikian merujuk kepada tabiat Umno-BN menggunakan agama dalam serangan mereka terhadap Pakatan Rakyat - melaga-lagakan Islam dan bukan-Islam di negara bagi politik sempit pemerintah.

Mirzan Mahathir baru-baru ini dilantik menjadi ahli lembaga San Miguel Corp, konglomerat makanan dan minuman terbesar di Filipina dan pemilik San Miguel Brewery Inc.

Menurut laman webya, San Miguel Brewery mengawal 95 peratus pasaran bir di Filipina. Syarikat berkenaan telah menghasilkan San Miguel Beer lebih dari satu abad. Bir berkenaan dihasilkan di Filipina, China , Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Ia juga dijual dalam 60 pasaran seluruh dunia.

Mengulas lebih lanjut, Badrul menyeru ahli Umno di semua peringkat harus berfikir sama ada adakah mereka berada di landasan yang betul sedangkan pimpinan mereka mengumpul kekayaan dengan perniagaan arak.

“Tapi oleh kerana arak di syarikat 24 jam yang memang kita (Pakatan Rakyat) akui kita sedang dalam proses memperbetulkan keadaan tetapi kamu (ahli Umno) dengan sentimen tidak tentu arah membangkitkan sentimen agama dan perkauman yang mengeruhkan hubungan kita rakyat biasa di bawah ini dan kamu menjadi alat kepada pemimpin-pemimpin kaya yang mentahdarah kekayaan daripada syarikat arak,” katanya.

Beliau berkata sentimen arak yang dimainkan Umno-BN di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berlaku kerana kuasa politik yang dimiliki parti berkenaan. Katanya sekiranya benar pimpinan Umno-BN serius menangai isu arak, satu perbincangan perlu dilakukan dengan pimpinan kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat dan bukannya menggunakan media untuk memesongkan pemikiran rakyat.

“Kalau betul hari ini masalah penjualan arak dalam bulan puasa ada orang Melayu yang membeli arak di Negeri Sembilan, di Johor dan di kawasan Terengganu tetapi persoalannya jika mereka serius menentang perkara ini sesuatu harus dilakukan. Mereka tidak melakukan di negeri lain tetapi menggunakan media masa memesongkan pemikiran rakyat dengan menyerang Selangor dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

“Hanya kerana kuasa politik, jika mereka ikhlas dan serius mereka tidak akan menyerang seperti itu malah duduk berbincang dengan kepimpinan Selangor, Kedah dan sebagainya bagaimana hendak meningkatkan syiar Islam. Ini tidak mereka hanya pukul dengan sentimen perkauman yang lebih mengeruhkan keadaan dan lebih memberi gambaran buruk kepada Islam itu sendiri,” katanya.

More News

SPRM LAMBAT BERTINDAK TERHADAP KHIR TOYO


Tindakan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan ingin menyiasat bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mendedahkan ketidakcekapan badan itu sendiri.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, siasatan sepatutnya telah dilakukan sejak awal lagi berikutan aduan rasmi daripada beberapa pihak berhubung isu Balkis dan Rumah Agamnya itu.

“ Ini lah sebenarnya perkara terbaik yang sepatutnya SPRM buat sejak dulu lagi, Saya kesal kerana baru sekarang siasatan ini dibuat sedangkan kes itu telah pon dibuatkan atau didedahkan seawal kami masuk pada buln Mac lepas,

“Kalau kita tengok pada kes beliau yang lain seperti kes rumah beliau telah didedahkan pada beberapa bulan lepas, Walaupun SPRM nampaknya macam ingin seimbang dalam siasatan beliau tetapi bagi saya ketidak kecekapan beliau mengambil semua aduan itu secara cepat itu dibuat,” katanya.

Rodziah berkata, tindakan SPRM itu adalah lewat dan tidak berkesan untuk meleraikan persepsi bahawa badan itu bingkas mensasarkan wakil rakyat pembangkang tetapi pemimpin Umno-Barisan Nasional diberi layanan sebaliknya. .

“Sebab kalau kita tgok apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, atau pihak pakatan jika sedikit sahaja cerita itu ditulis didalam blog maka pihak SPRM secara cepat masuk buat siasatan sedangkan bagi pihak Khir Toyo kes ini dilambat-lambatkan seolah ingin menunggu arahan dari seseorang baru siasatan itu dibuat,” katanya.sumber

Sep 11, 2009

UMNO ADALAH PARTI ISLAM :KATA NAJIB


SIK, 10 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini Khamis ini.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dahulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar,"

"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," kata beliau.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peritiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," kata beliau.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan para pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan.

-- BERNAMA

RAJA PETRA KRITIK TINDAKAN DOUBLE-STANDARD KERAJAAN UMNO

Raja Petra Kamarudin muncul dan bersuara melalui rangkaian you-tube mempertahankan dirinya dan mengkritik tindakan ‘double-standard’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional. Beliau mengambil contoh yang mudah mendedahkan ketidakadilan kerajaan dengan memulakan siarannya membuat perbandingan apa yang telah berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau berkata, kerajaan Umno-BN boleh mengambil tindakan segera, menyerbu masuk pejabat Exco kerajaan Selangor hanya berdasarkan kepada tulisan yang dibuat oleh seseorang yang tidak dikenali dalam internet.

Kemudian beliau mendedahkan berkenaan kenyataan bersumpah yang dibuat olehnya berkaitan pembunuhan Altantuya.

Beliau telah mendedahkan kepada umum bahawa Altantuya dibunuh dan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak yang bertanggungjawab atas kematian tersebut.

Ikuti siaran penuh dibawah;

Sep 10, 2009

ISU PKFZ: KABINET AMBIL ALIH :NAJIB...NAK SIASAT MCM MANA KRONI SENDIRI

PUTRAJAYA: Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas, yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, para pegawai Kementerian Pengangkutan dan Kewangan, bagi mengkaji projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kabinet, pagi ini, telah berbincang isu itu dengan panjang lebar dan memutuskan mengenai penubuhan pasukan petugas peringkat tertinggi itu.

"Isu itu dibahagikan kepada tiga. Satu adalah untuk mengenalpasti jika ada penggelapan atau penyalahgunaan kuasa atau seseorang bertindak bertentangan dengan undang-undang. Perkara ini akan dikendalikan oleh polis dan Peguam Negara.

"Kita mahu siasatan yang menyeluruh dan lengkap berhubung perkara ini. Kebenaran menjadi satu keutamaan. Keduanya ialah tadbir urus yang baik.

"Kita ingin tahu sejak bermulanya projek ini jika ada tadbir urus yang baik. Dan ketiga apa yang perlu kita lakukan dengan PKFZ sekarang, yang boleh memberi nilai yang baik bagi wang. Kita juga mahu mengurangkan kos operasi.

"Bagi aspek kedua dan ketiga, kita telah memutuskan untuk menubuhkan pasukan petugas. Pasukan petugas ini akan melaporkan balik dengan Kabinet dan kemudian kita akan usahakan tindakan yang sesuai," katanya selepas berbuka puasa dengan Menteri-menteri Kabinet dan orang kenamaan di kediamannya di Sri Satria, di sini, Rabu.

Idea PKFZ itu diilhamkan kerajaan pada 1990an bagi menjadikannya sebuah hab pemindahan ke kapal yang dibina di atas tapak seluas 405 hektar yang menempatkan gudang, blok pejabat dan hotel bertaraf empat bintang, diselubungi kontroversi selepas didedahkan bahawa kos pembangunannya melambung tinggi daripada kos asalnya yang kurang dari RM2.5 bilion meningkat kepada RM4.6 bilion.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga ingin tahu jika terdapat sebarang salah pengurusan dalam mengendalikan projek itu dan jika terdapat kelemahan serius "tindakan akan diambil tanpa mengira siapa yang terbabit."

Katanya penubuhan pasukan petugas itu menekankan betapa seriusnya kerajaan menangani isu itu yang disiarkan di akhbar sejak beberapa bulan kebelakangan ini atas dakwaan kewangan yang tidak betul.

Najib berkata walaupun pasukan petugas itu tidak diberikan tempoh masa untuk melaporkan balik kepada Kabinet, para anggotanya menyedari bahawa laporan itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

Ketika ditanya mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu, beliau berkata ia merupakan siasatan berasingan.

"Mereka (SPRM) juga meneliti beberapa laporan (yang dilaporkan). Ia adalah berasingan daripada apa yang diamanahkan kepada pasukan petugas itu," katanya.BERNAMA

AHMAD SAID NAK SAMAN BERITA HARIAN BERI TEMPOH SEMINGGU


Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said memberi tempoh seminggu kepada Berita Harian supaya memohon maaf kepada beliau berhubung satu laporan yang didakwanya mempunyai unsur fitnah.

Katanya jika akhbar berkenaan gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyiarkan laporan itu pada 4 Sept lepas.

"(Laporan) ini jelas memfitnah kerana saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini Rabu.

Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap berita bertajuk "Muhyiddin Mahu Selesai Kemelut BN Terengganu" itu, Ahmad berkata laporan itu gagal menyiarkan perkara sebenar pada majlis yang dihadiri lebih 5,000 rakyat Hulu Terengganu sebaliknya melihat daripada sudut politik semata-mata.

Dalam kenyataan setebal lima muka surat yang dibacanya, Ahmad berkata selama ini beliau mengelak dari memberi sebarang komen berkaitan politik untuk meredakan keadaan serta tidak mahu menimbulkan sebarang persepsi negatif mengenai hubungannya dengan pentadbiran dan politik.

"Saya sudah lama bersabar. Walaupun saya telah memberikan penjelasan secara tertutup kepada pihak media beberapa bulan lepas, namun masih ada yang tidak memahami keadaan atau sengaja tidak mahu menerima kebenaran.

"Laporan akhbar terbabit adalah penghujung kesabaran saya kerana ia jelas telah memfitnah saya," katanya.

SAMAN RM 218 JUTA TERHADAP UMNO BATAL






Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman RM218 juta oleh pembekal bahan kempen pilihanraya, Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap Umno.

Hakim Anantham Kasinater berkata, beliau berpuas hati bahawa permohonan itu tidak mempunyai asas dan tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Mahkamah, katanya, berpuas hati bahawa ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut.

Oleh itu, katanya, mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada kaitan kontrak antara Elegant Advisory dan Umno.

Umno diwakili oleh peguam Mohd Hafarizam Harun, manakala Elegant Advisory diwakili oleh peguam Ahmad Termizi Abdullah.

Ahmad Termizi berkata, beliau telah menerima arahan supaya memfailkan rayuan kerana pelanggannya merasakan ada persoalan perundangan yang untuk dibangkitkan.
Hafarizam pula berkata keputusan mahkamah itu membuktikan parti itu tidak terbabit dalam perbelanjaan mewah dalam kempen pilihanraya.

"Umno sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1994," katanya.

Akta itu menyebut bahawa bahan kempen bagi kerusi Parlimen tidak boleh melebihi RM200,000 dan RM100,000 bagi kerusi negeri. sumber

Sep 9, 2009

MB KEDAH SEDIA BUBAR DUN




ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika benar ramai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini termakan umpan sama ada untuk 'melompat parti' ataupun mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas.

"Kalau benar berlaku, kita bubar Dewan (Undangan Negeri). Namun sehingga kini, tiada yang menyokong dakwaan itu. Pentadbiran negeri berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang mendakwa akan ada lagi ADUN PKR di Kedah bertukar status menjadi ADUN Bebas.

Azizan berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan itu setelah laporan dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah kelmarin.

"Biarlah polis siasat untuk memastikan tidak ada ADUN yang 'dibeli', diugut ataupun dirasuah pihak tertentu untuk 'melompat parti' ataupun mengisytihar sebagai ADUN Bebas.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasat. Anggap sahajalah mereka yang membuat dakwaan itu umpama berangan pada waktu siang hari.

"Mungkin sebelum ini, mereka berjaya umpan seorang dua, tetapi saya yakin, keempat-empat ADUN PKR yang ada sekarang tidak akan berbuat begitu,” katanya selepas majlis sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat, di sini, semalam.

Azizan berkata, strategi pihak lawan yang tidak putus-putus cuba ‘mengumpan’ anggota PR Kedah tidak akan memanfaatkan sesiapa.

“Saya percaya pihak lawan akan umpan mana-mana ADUN PR sampai bila-bila, sehinggalah pada hari Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Menurutnya, sekiranya berlaku situasi di mana terdapat ADUN dari Pakatan Rakyat Kedah yang ‘termakan umpan’ dan bertindak lompat parti mahupun menjadi wakil rakyat Bebas, beliau bersedia untuk membubarkan DUN.

Aziz dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian kelmarin berkata, beliau yakin akan ada lagi ADUN PR di negeri ini yang mengisytihar diri sebagai Wakil Rakyat Bebas daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Sebelum ini, ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri, bertindak keluar parti itu dan menjadi ADUN Bebas.
sumber sinar

PEGAWAI DAERAH DEDAH WAKIL RAKYAT BN SELEWENG WANG PERUNTUKAN


Sesi kedua Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bersidang di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) hari ini bagi meneliti dakwaan wakil rakyat seleweng peruntukan rakyat.

Pegawai-pegawai daerah di Selangor dipanggil ke hadapan Speaker Teng Chang Khim bagi membantu penyiasatan Selcat.

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri bekas kerajaan Barisan Nasional Selangor yang lalu dikehendaki memberi penjelasan mengenai peruntukan setengah juta yang mereka belanjakan habis dalam masa dua hingga tiga bulan pertama 2008.

Adun BN menerima RM500,000 manakala Exco menerima penambahan RM100,000. Daripada 56 Adun pada masa itu, hanya 54 saja menerima peruntukan itu manakala Adun DAP, Teng Chang Khim (Sungai Pinang) dan Ng Suee Lim (Sekinchan) tidak menerima peruntukan kerajaan Dr Khir Toyo.

Pegawai Daerah Gombak Huzaini Samsi di Selcat hari ini mendedahkan Adun-Adun BN dibawah seliaan beliau telah menyalahguna wang peruntukan kerajaan negeri sebelum PRU12 tahun lalu.

Huzaini berkata perbelanjaan bulanan selalunya sekitar RM20,000 hingga RM30,000 namun menjelang pilihanraya umum, wakil-wakil rakyat BN ini akan memanfaatkan sepenuhnya takat perbelanjaan maksima.

"Keadaan yang luarbiasa berlaku menjelang pilihanraya kerana wang dibelanjakan sebanyak mungkin dengan cepat sekali," katanya.

Beliau akui ada kemungkinan wang peruntukan kerajaan negeri ini digunakan untuk berkempen dalam pilihanraya.

"Bergantung kepada adun berkenaan. Kerana kalau mereka mahu habiskan dengan segera, nanti kalau kita tahan, lain pula jadinya. Jadi kita kena luluskan secepat mungkin," kata Huzaini yang menjadi DO sejak 2007.

Huzaini mendedahkan tidak ada mekanisma memantau tabiat berbelanja adun-adun BN ini mahupun kemahuan untuk mempertanggungjawabkan adun-adun BN ini diatas apa yang berlaku.

AHMAD SAID TOLAK TAWARAN MENJADI MENTERI PUSAT

KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato’ Ahmad Said berkeras mahu mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri Terengganu dan menolak jawatan ’lumayan’ sebagai Menteri Pusat. Sumber dalaman memberitahu, Ahmad akan dilantik sebagai Senator dan kemudian ’menteri penuh’


Tawaran pertukaran jawatan tersebut didakwa sumber itu, dibuat oleh kepimpinan Umno Pusat kepada beliau bagi meredakan krisis dalaman Umno Terengganu.

Namun, sumber tersebut yang menghubungi Buletinonline hari ini berkata, Ahmad menolak tawaran tersebut dan berkeras, mengekalkan ’status’nya yang dianggap amanah diberikan kepadanya oleh Sultan.

Ura-ura untuk melantik Ahmad sebagai Menteri Pusat telah didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya semalam.

Krisis kepimpinan Umno Terengganu kian meruncing apabila ADUN Umno memboikot majlis berbuka puasa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik berkata majlis tersebut dianjurkan kerana krisis Umno negeri Terengganu “adalah kritikal” dan perjumpaan tersebut adalah untuk memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap.

Muhyidin berkata masalah itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau, yang juga timbalan perdana menteri telah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan dua kumpulan tersebut, antara pemimpin pro-Idris dengan pro-Ahmad.

Sep 8, 2009

NIK AZIZ: TERIMA KASIHLAH NAJIB SAYA TAK BERMINAT.....................


KOTA BHARU, Sept 8 — Sebagaimana dijangka, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sikapnya, tidak sedia berbincang dengan Umno.

Bagi beliau, ia isu lama dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

PAS, katanya, tetap dengan prinsipnya tidak akan bersetuju untuk mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi parti itu tetap dengan apa yang ada padanya sekarang.

Kenyataan itu ditegaskan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya petang ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.

Najib menyuarakan hasrat tersebut di dalam ucapannya pada satu majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai petang semalam.

Pada majlis yang sama Najib turut mengumumkan kerajaan pusat telah meluluskan projek pembangunan kawasan Manek Urai sebanyak RM8.9 juta sebagai menepati janji pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai lepas.

Antara projek yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Manek Urai sampai sekarang ialah janji Barisan Nasional akan membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.

Namun Nik Aziz, masih meragui keikhlasan Umno. Baginya, sekiranya Umno benar-benar ingin jaga Islam lebih baik Umno terus bertindak menukar dasar partinya supaya keikhlasan itu terbukti pada seluruh rakyat.

Bagaimanapun beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat menyediakan peruntukan pembangunan bagi Dun Manek Urai, dan berharap peruntukan itu akan terus dikesinambungkan kerana ia memang menjadi tanggungjawabnya.

Di Kuala Lumpur, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyifatkan tawaran Najib untuk sekian kalinya kerana Umno sekarang sedang tersepit.

Umno perlukan PAS untuk menyokongnya selepas terperangkap dalam isu perkauman yang diciptanya sendiri, kata Salahudin.

RM 2,400.SIASAT SAMPAI MATI ,ISU PKFZ ....SPRM


Nasihat ikhlas untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) : Jangan salahkan orang ramai atau pihak lain apabila dituduh memilih bulu dalam menjalankan amanah rakyat. Lihat dan nilai peri laku anda sebelum bingkas menuduh sebarangan.

Terbaru, SPRM begitu "peramah dan baik" dalam menyoal siasat Presiden MCA Ong Tee Kiat berhubung tuduhan beliau menerima sogokan RM10 juta ringgit dari Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Tiong King Sing disamping menggunakan kapal terbang syarikat itu untuk urusannya secara percuma.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan juga menjadi tumpuan berhubung skandal PKFZ berjumlah RM12.5 bilion.

Apa yang berlaku : Ong di panggil menghadirkan diri ke pejabatn SPRM pada sebelah pagi Khamis lalu dan disoal tiga jam. SPRM kemudian membenarkan soal siasat disambung pada keesokan hari, juga untuk tempoh yang singkat.

Ini soal siasat SPRM untuk seorang yang dituduh menerima sogokan jutaan ringgit dan menggunakan jet peribadi syarikat yang berurusan dengan kementeriannya.

Bandingkan dengan pengalaman ngeri yang dilalui oleh mendiang Teoh Beng Hock. Beliau disiasat sebagai SAKSI bersabit salah guna wang RM2,400 oleh seorang EXCO kerajaan negeri.

Beng Hock tidak dibenarkan mengguna khidmat peguam, disoal siasat dari pukul 6 petang 15 Julai hingga 3 pagi keesokan hari. Beliau juga diminta kembali ke SPRM Selangor bagi menyambung soal siasat pada hari perkahwinannya sebelum dijumpai mati di bumbung perkarangan pejabat SPRM. Itu fakta yang dimaklumkan kepada kita oleh SPRM sendiri.

Tidak ada keperluan untuk mendapat khidmat pakar bagi merumuskan sikap SPRM dalam menjalankan siasatan terhadap wakil Umno-Barisan Nasional dan pembangkang.

Perbandingan proses soal siasat antara Ong (MCA) dan Beng Hock(DAP) adalah contoh jelas berlakunya sikap pilih kasih. Namun kes terbaru ini hanya satu daripada urutan yang menyerlahkan persepsi negatif masyarakat terhadap SPRM.

Kini SPRM menjalankan siasatan terhadap tujuh ADUN Dap di Selangor iaitu Lau Weng San (Kampung TUnku), Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang),
Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Edward Lee (Bukit Gasing) berhubung penggunaan peruntukan kerajaan negeri.

Namun SPRM senyap dan membisu terhadap puluhan aduan dan laporan mengenai penyelewengan Umno-BN dalam isu PKFZ, istana Khir Toyo di Shah Alam dan salah guna wang oleh mantan Menteri Besar Selangor itu yang mencecah jutaan ringgit.

Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak berkata SPRM tidak boleh dijadikan mainan politik ekoran beberapa pihak cuba mempertikaikan kredibilitinya.

Beliau berkata orang ramai tidak boleh menunding jari kepada SPRM semata-mata berdasarkan kematian Beng Hock.

Mungkin senang untuk Najib melontarkan kata-kata itu dan membelakangkan hakikat bahawa rakyat berhak menuntut keadilan daripada SPRM dan kerajaan beliau. Peri laku SPRM malah Najib sendiri hanya menjurus kepada seribu satu persoalan mengenai kewibawaan SPRM dan kerajaan Umno-BN sendiri. - Suara Keadilan

AHMAD SAID BELANJA RM 8.3 JUTA BELI KURMA

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dilihat terdesak untuk memenangi hati rakyat apabila mengeluarkan peruntukkan kira-kira RM8.3 juta bagi membeli kurma dan air zam-zam sepanjang bulan puasa ini.

Perkara terbongkar apabila Ahmad Said membidas Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kampung(JKKK) Terengganu yang gagal menjalankan tugas mengagihkan sumbangan ini kepada rakyat seperti diamanahkan oleh Kerajaan Negeri.

Beliau yang berang dengan keengganan JKKK memberikan kerjasama mengesa mereka ini agar meletakkan jawatan.

Terapi yang menjadi persoalannya ialah bagaimana sumbangan sebesar itu diagihkan sedangkan banyak lagi yang boleh digunakan dengan wang sebanyak itu bagi membaiki taraf hidup rakyat Terengganu.

Mengulas perkara ini Timbalan Angkatan Muda Keadilan(AMK) Fariz Musa ternyata kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu ini.

Katanya, inilah wajah pemimpin Umno yang menggunakan wang rakyat tetapi untuk kepentingan parti itu sendiri.

"Ahmad Said ternyata terdesak dengan situasi politik Terengganu sekarang, sehingga pembungkus agihan sumbangan itu diletakkan gambar beliau. Lebih memalukan peruntukkan ini sepatutnya dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira apapun fahaman politik mereka," katanya.

Di Kuala Nerus, ramai penduduk yang tidak menerima hantaran kurma dan air zam-zam tersebut.

Seorang penduduk di sebuah Taman Perumahan Seberang Takir berkata sehingga kini beliau belum menerima pemberian kerajaan negeri tersebut.

Manakala beberapa laman blog tempatan juga turut melaporkan, mereka hanya menerima hantaran kurma dan air zam-zam itu yang disangkut di pagar rumah sahaja.

"Ternyata ini tindakan yang tidak serius dan tidak bertanggungjawab, nilai wang sebanyak itu hanya disangkut dipagar. Lebih baik wang itu beri kepada golongan sasar yang sudah dikenalpasti seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya," katanya.

Fariz juga mendakwa Terengganu masih lagi menjadi antara negeri yang termiskin di Malaysia sedangkan royalti minyak sudah memandai untuk membangunkan negeri tetapi semuanya diagihkan kepada kroni Umno.

Seorang ADUN BN pernah memberitahu pihak media supaya menyiasat pembelian kurma dan air zam-zam tersebut yang dikatakan, kontrak pembeliannya dianugerahkan kepada seorang ’kroni’. - Suara Keadilan