Aug 31, 2009

MERDEKA ,MERDEKA MERDEKA. MINYAK NAIK

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.




Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin. _SUMBER

ARTIKEL INI MENARIK UNTUK DI BACA................UMNO ,PEKIDA

Bukti UMNO, Pekida & Pewaris Cuba Cetuskan Pergaduhan Kaum!!


Setelah pelbagai strategi politik licik UMNO tak makan umpan, UMNO kini bersedia melakukkan sesuatu yang lebih ganas dan Jahat!! iaitu menimbulkan ketegangan uaum, itulah jalan terakhir mereka. Mereka sudah mencuba pelbagai cara samaada isu ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja, isu Komunis dan akhir akhir ini isu pengkhianatan Melayu yang ditujukan Khas kepada Anwar Ibrahim.

Dalam Pilihanraya kecil Permatang Pasir adalah kemuncak serangan hebat kepada dua tokoh PR iaitu Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz yang akhirnya memakan diri sendiri. Keputusan di Permatang Pasir petunjuk jelas jalan keluar UMNO(BN) dari pentadbiran Putrajaya, pernah ditanya dalam perbincangan dan satu wawancara khas Rancangan Awani bersama 4 penganalisis Politk yang mengatakan dengan jelas keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pasir adalah petunjuk jelas bagi keputusan Pilihanraya UMUM ke 13 dan akhirnya UMNO telah mendapat mesejnya dengan amat jelas.

Kini mereka ada satu cara lagi untuk mengekalkan kuasa melewati pilihanraya ke 13, iaitu cara yang sama pernah dibuat Tun Abdul Razak, iaitu mencetuskan huru hara kaum dan mengisytiharkan darurat, kini mereka cuba melakukannya.

Dan jangan dipandang ringan pendedahan Raja Petra bahawa kerajaan cuba menyeludup senjata untuk satu operasi khas dibawah UMNO dan Zahid Hamidi, dan ianya bukan amaran kosong.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/26002/84/

Ketegangan kaum, cubaan memulakan pergaduhan baru baru ini dengan mengarakkan Kepala Lembu yang menjadi lambang suci agama Hindu oleh NGO UMNO yang terdiri dari NGO seperti Pekida dan Pewaris bukan pertama kali, dan isu kuil di seksyen 23 adalah bukan kali pertama cuba diperhangatkan semangat perkauman.

Sebelum ini mereka sudah memulakannya di Kuil Sekyen 19, seperti yang didedahkan MP Shah Alam Khalid Samad, mereka ini dengan kurang ajarnya membina gelanggang Silat disebelah kuil, menyembelih 2 ekor lembu, membuat provokasi untuk mengundang pergaduhan kaum, mereka merentangkan Banner dan Sepanduk dengan cuba mengambarkan ia dibuat oleh penyokong PAS yang mahukan Negara Islam ala Taliban ditubuhkan.

Geng geng samseng UMNO ini seolah olah suci walaupun mereka pengunjung tegar kelab malam dan kaki minum arak. Mereka mahu arak dihapuskan dan mahu Hudud dilaksanakan itulah provokasi murahan mereka. Tidak mustahil mereka akan berkeliaran dan mencari kuil baru untuk dbuat provokasi, mereka bukan penduduk tempatan tetapi mereka agen provokasi. Cubaan terkahir untuk mencetuskan pergaduhan kaum adalah ketika perhimpunan anti ISA, dan akhirnya mereka sedar mereka tidak punya pengikut, dan akhirnya mereka samseng UMNO sekali lagi cuba mengalihkan kembali api perkauman dengan membangkitkan isu perkauman. Anda boleh meilihat gambar yang tidak anda saksikan provokasi mereka di Seksyen 19, dan anda boleh lihat didalam laman ini.

http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1778920

Sekali lagi saya nyatakan, jangan pandang ringan amaran Raja Petra dalam artikelnya berkenaan pembelian senjata haram, jangan sampai senjata ini sampai ketangan geng samseng UMNO ini baru kita mahu segera bertindak. Tidak mustahil satu lagi babak yang lebih dahsyat akan berlaku, kerana mereka memerlukan darurat untuk kekal berkuasa.Tambahan pula, Tentera kini dibawa Zahid Hamidi, kalau Zahid Hamidi boleh bawa tentera untuk berkempen di Permatang Pasir dan tidak mustahil pelbagai operasi khas dan rahsia boleh dibuat pemimpin samseng Umno ini.

Dan PAS jangan berasa selesa, anda juga harus bersedia jika UMNO sedia melakukan drama dan babak sandiwara yang pernah mereka lakukan dalam kes (KMM) kumpulan Mujahidin Malaysia,dan kes Sandiwara Al-Maunah, kerana mereka pernah melakukkannya. Ketika hangatnya isu Jemaah Islamiah dan Nordin Mat Top jangan terkejut ada sahaja nanti kaitan yang cuba dilakukan dengan PAS, Ingat!! Singapura juga takut dengan kebangkitan Politik Islam, kalau tidak, tidaklah Musa Hassan boleh dapat penghargaan kerajaan Singapura. anda akan tahu sebabnya.SUMBER PERAK EX

POLIS DI JANGKA SELESAI SIASATAN ESOK.......

Polis dijangka menyelesaikan siasatan mereka keatas tunjuk perasaan "kepala lembu" esok, kata Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata penganjur dan beberapa individu terbabit dalam tunjuk perasaan itu telah dipanggil untuk disoal-siasat dan diambil keterangan.

Sebuah kumpulan khas diwujudkan untuk menyiasat perkara ini bagi mempercepatkan siasatan polis. Khalid menambah kes ini disiasat dibawah Akta Hasutan.

Pihak polis dikritik kerana lambat mengambil tindakan keatas penunjuk perasaan tempoh hari. Khalid berkata polis harus mengikuti lunas undang-undang.

"Kita harus rujuk pendakwaraya terlebih dahulu dan kumpul bukti. Kita tidak boleh semena-mena tahan orang dan dakwa mereka dibawah Akta Hasutan," kata Khalid.

SUMBER

KELUARGA MANGSA SEDIH SPRM BERMUKA -MUKA





Keluarga Setiausaha Politik kepada Exco Selangor yang ditemui mati di bawah pengawasant Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Teoh Beng Hock, berdukacita dengan tuduhan rasuah yang dilemparkan suruhanjaya itu terhadap mangsa di inkues minggu lalu.

Adik kepada mangsa, Teoh Lee Lan, berkata SPRM bermuka-muka kerana sebelum ini mengesahkan Beng Hock dipanggil sebagai saksi, dan bukannya suspek dalam siasatan keatas kerajaan Selangor.

"SPRM menegaskan sebelum ini bahawa Beng Hock adalah saksi dalam penyiasatan. Sekarang Mohd Anuar (pegawai penyiasat) tuduh abang saya terima sogokan," kata Yee Lan.

Mohd Anuar Ismail, seorang pegawai penyiasat SPRM, ketika dipanggil ke kandang saksi pada 26 Ogos lalu mendakwa Beng Hock menerima wang dari sebuah syarikat swasta sebanyak RM112.

"Mengapa Mohd Anuar fitnah Beng Hock?" soal Lee Lan.

Beng Hock ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibupejabat SPRM Selangor, Plaza Masalam. SPRM sebelum ini mendakwa Beng Hock dipanggil sebagai saksi dalam operasi besar-besaran agensi itu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Mangsa maut selepas disoalsiasat selama 10 jam tanpa henti.

Koroner, Azmin Muntapha Abas, atas permintaan peguam Gobind Singh Deo, mengarahkan supaya dakwaan Mohd Anuar itu ditarik-balik dari rekod inkues.

Lee Lan bagaimanapun berkata fitnah itu sudah terpalit ke muka mangsa. Beliau menuntut SPRM menunjukkan bukti rasuah itu segera, atau memohon maaf kepada keluarganya.

"Bukti diperlukan untuk menzahirkan kebenaran dan keadilan untuk terlaksana," kata Lee Lan.

"Membuat tuduhan terhadap seseorang yang tidak lagi boleh mempertahankan dirinya adalah perbuatan keji dan tidak boleh diterima sama-sekali," tambahnya SUMBER

GAPENA DESAK KERAJAAN MANSUH SEGERA PPSMI

KUANTAN - Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini mendesak kerajaan supaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan segera iaitu sebelum bermula sesi persekolahan Januari tahun depan.

Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein berkata pemansuhan PPSMI yang sebelum ini diputuskan pada 2012 seharusnya dibuat serta merta dengan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dan bukan lagi secara dwibahasa.

Katanya tindakan tersebut adalah wajar dan boleh dilaksanakan memandangkan keputusan pelaksanaan PPSMI enam tahun lepas mampu dibuat serta merta.

"Dulu masa kerajaan mahu tetapkan PPSMI, boleh dibuat sekelip mata tetapi mengapa nak memansuhkannya tidak boleh pula, kenapa mesti tunggu sehingga 2012," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kandungan Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan sempena Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 di sini hari ini.


Beliau berkata tindakan pemansuhan segera itu dilihat boleh menyelamatkan pelajar yang mungkin gagal dalam peperiksaan disebabkan kelemahan mereka menguasai Bahasa Inggeris.

Ismail berkata kandungan lain deklarasi itu ialah Gapena meminta kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi menampung kos psarana pengajaran dan pembelajaran, elaun guru, menambah guru pakar, penterjemahan dan penerbitan buku-buku serta penambahan peralatan multimedia.

"Kita juga mahukan Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua fakulti peringkat pengajian tinggi awam dan swasta seperti mana sebelum tahun 2003," kata beliau.

Bagi membina jati diri bangsa, beliau berkata Gapena mencadangkan mata pelajaran Sastera dan sejarah kebangsaan negara dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pengajian dan aliran.

Ismail berkata, deklarasi itu juga menuntut kerajaan tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam sebarang borang rasmi kerajaan seperti dicadangkan pihak tertentu sebelum ini.

"Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jika dihapuskan identiti, maka seluruh perjuangan untuk mengangkat status bumiputera akan terhapus atau tidak diberi penegasan," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menyembahkan deklarasi itu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga Raja-raja Melayu yang lain dalam masa terdekat. -SUMBER BERNAMA

Aug 30, 2009

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN OLEH DATO, SERI NIZAR

Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dalam perutusan kemerdekaan menekankan supaya rakyat Malaysia - secara amnya dan rakyat Perak secara kususnya - untuk cuba membebaskan diri masing-masing dari belenggu penjajahan minda yang disebarkan oleh barat melalui fahaman assabiyyah.

Katanya, “dalam kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 52 ini, hendaklahkita bebaskan (diri kita) dari penjajahan yang ke dua. Pejajahan yang pertama ialah apabila negara kita dijajah oleh orang asing khususnya dari negara barat, tetapi hari ini masih lagi kita dalam suasana dijajah pemikiran oleh puak-puak barat melalui Umno/Barisan Nasional (UBN).”

Sila lihat video untuk perutusan penuh.

ADUN KOTA SEPUTEH SERAH KEPADA SPR

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan nasib beliau sebagai wakil rakyat termasuk jika mahu mengadakan pilihan raya kecil di bahagian tersebut.

Wakil rakyat sejak 1995 itu berkata, beliau akan menerima apa saja keputusan yang bakal dibuat oleh suruhanjaya itu Selasa ini.

"Saya serah kepada SPR... kita serah kepada apa saja keputusan yang akan diputuskan oleh SPR... saya akan komen selepas keputusan SPR nanti," kata Ketua Umno Bahagian Jerlun ini ketika dihubungi petang tadi.

SPR akan bermesyuarat Selasa ini bagi menentukan sama ada perlu diisytharkan kerusi DUN Kota Seputeh sebagai kosong ataupun sebaliknya.

Ketika dihubungi , beliau menghadiri majlis penyerahan bantuan kepada anak-anak yatim yang turut disertai Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Ditanya sama ada beliau tertekan ekoran perkembangan tersebut, Abu Hassan berkata, "tidak, saya seperti biasa saja."

Beliau mengakui situasi yang dialaminya sekarang merupakan kali pertama sejak dipilih sebagai ADUN pada pilihan raya umum 1995.

Abu Hassan, 54, walaupun berhadapan dengan kemungkinan dilucutkan jawatannya sebagai ADUN Kota Seputeh, ekoran makluman Speaker kepada SPR tetapi terus menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya terus mengadakan pertemuan dengan penduduk kawasan saya... semalam saya hadiri majlis bulan Ramadan, pagi tadi mesyuarat agensi MADA dan sekarang di Kg. Siputeh (bersama Mukhriz)," katanya lagi.

Pada 18 Ogos lalu, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Abu Hassan menjelaskan, beliau juga telah mengemukakan surat sakit bagi membuktikan sebab ketidakhadirannya pada sidang DUN tempoh hari.

H1N1 RAGUT MANGSA KE -72

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Influenza A(H1N1) yang merebak di negara ini meragut nyawa seorang lagi mangsa, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak berkenaan meningkat kepada 72 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mangsa terbaru merupakan seorang lelaki berumur 49 tahun dan bermasalah kesihatan hepar (hati).

Mangsa yang dimasukkan ke Hospital Melaka pada 13 Ogos dengan simptom demam dan batuk selesema selama dua hari serta muntah meninggal dunia pada 19 Ogos disebabkan oleh H1N1 dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok (ARDS).

Beliau berkata sehingga pukul 9 pagi ini, sejumlah 280 daripada baki seramai 1,515 pesakit yang sedang menerima rawatan kerana mempunyai gejala influenza-like-illness (ILI), disahkan positif H1N1.

Katanya daripada jumlah itu, 44 kes berada di ICU di mana lima kes merupakan kemasukan baru, sementara tujuh kes keluar dari ICU.

"Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 36 (82 peratus) mempunyai faktor risiko," katanya.

Ini termasuk tiga kes yang mengidap penyakit kronik, obesiti (4), kanak-kanak/bayi (7), post natal/hamil (2), penyakit jantung (3), kegagalan ginal (4), asthma (3) dan imuniti rendah (2), katanya.

Dalam pada itu Dr Mohd Ismail berkata, 202 pesakit baru dengan gejala ILI telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 285 kes telah keluar.

"Ini menjadikan baki seramai 1,515 pesakit ILI sedang dirawat di 97 hospital termasuk lima hospital swasta di seluruh negara," katanya.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 masih lagi aktif di mana jumlah kes sehingga 30 Ogos ada 246,221 dengan 2,958 kematian yang melibatkan 182 buah negara.

-- BERNAMA

Aug 28, 2009

SELCAT AKAN BERSIDANG SIASAT ADUN BN DAN PAKATAN

Selcat Akan Bersidang Siasat Adun BN dan Pakatan


Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan mengadakan siasatan terbuka mendedahkan penyelewengan dana oleh kerajaan negeri yang lalu.

Jawatankuasa ini juga akan menyiasat penggunaan dana adun-adun Pakatan Rakyat bermula dari tahun lepas hingga ke suku tahun pertama 2009.

Siasatan yang dibuat akan dilaksana secara terbuka dan dipengerusikan oleh Speaker Teng Chang Khim bermula 8 September hingga 11 September, dan 15 September di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Turut dipanggil adalah saksi-saksi dari kalangan pegawai-pegawai daerah di semua daerah di Selangor untuk diambil keterangan berkenaan penggunaan dana oleh para Adun.

Juga disiasat adalah dakwaan bahawa adun-adun BN telah menghabiskan semua peruntukan kerajaan negeri dalam masa tiga bulan sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-12.

Hasil siasatan sebelum ini mendapati 203 permohonan untuk peruntukan diluluskan dalam masa satu hari sahaja, bahkan wang yang diagihkan itu diluluskan selepas Parlimen dibubarkan pada 13 Februari.
SUMBER..

PEGUAM BAKAL DEDAH BUKTI SPRM DERA SAKSI

Peguam Bakal Dedah Bukti SPRM Dera Saksi

SHAH ALAM, 28 Ogos (Bernama) -- Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding , Jumaat.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 Sept bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

--BERNAMA

SAKSI SPRM: TEOH MINTA AIR PUKUL 4.45 PAGI

SHAH ALAM: Prosiding inkues kes kematian Teoh Beng Hock pagi ini dimaklumkan bahawa mendiang masih berada di ruang tamu siasatan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sehingga pukul 4.45 pagi hari dia ditemui mati.

Perkara ini dimaklumkan oleh saksi yang ke-19, Penolong Penguasa SPRM Mohd. Ashraf Mohd. Yunus semasa memberi keterangan hari ini.

Jelas Mohd. Ashraf, beliau nampak Teoh baring di sofa kira-kira pukul 4.45 pagi hari kejadian.

Menurut Ashraf, mendiang juga ada meminta air daripadanya semasa beliau hendak keluar pejabat.

Beliau menambah, ketika itu Ashraf kelihatan hanya baring di sofa, bukannya tidur.

SUMBER

ADUN TERENGGANU PROTES SENYAP TERHADAP MB

Tindakan kesemua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini dilihat sebagai ‘protes senyap’ terhadap Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu
Satu sumber memaklumkan, krisis ‘dalaman’ UMNO-BN Terengganu semakin parah malah sukar diubati lagi.

Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya senyap membisu.

Adun-adun BN terbabit yang sebelum ini ‘berkokok’ bagaikan ayam sabung diluar Dewan, sebaliknya menjadi lesu ibarat ‘ayam berak kapur’ dalam Sidang DUN.

Mereka (Adun BN) langsung tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis tdan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari tersebut.

Dari 24 orang ADUN hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh yang mengemukakan satu soalan sahaja pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.



Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan wakil rakyat BN yang bersikap demikian.

Ditanya mengenai ketiadaan penyertaan wakil rakyat BN dalam mengemukakan soalan dan sesi perbahasan, Ahmad berkata beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya mengawalnya.

“Saya nak buat macam mana, saya bukan ada ‘remote control’ boleh kawal, biarlah rakyat menilainya.

“Mereka itu wakil rakyat, dewan (DUN Terengganu) bersidang tiga kali setahun. Jadi inilah masanya mereka (ADUN) kemukakan masalah dan perjuangkan hak kawasan masing-masing,” jelasnya pada siding akhbar di Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 26 Ogos lalu.Katanya, perbincangan telah diadakan bagi menyelesaikan masalah kemelut politik yang berlaku tetapi tidak dinafikan ada Adun-adun yang ‘berkeras’ serta enggan menyokong kepimpinannya sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Dulu mereka tidak puas hati saya jadi Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan kita ganti dengan Dato’ Hishamuddin pun tidak selesai masalah.

“Mereka tidak puas hati ‘Pok Rosli’ (Dato’ Rosli Mat Hasan) jadi Setiausaha Perhubungan dan kita tukar kepada orang lain pun tidak selesai masalah.” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu menyifatkan masalah tersebut sukar diselesaikan sekiranya wakil rakyat itu sendiri tidak mahu selesaikan.

“Saya sendiri berusaha sedaya upaya untuk menjernihkan kembali keadaan politik negeri ini termasuk melakukan rombakan semula Umno Terengganu.

“Sebab itu, saya kata ini bukan soal saya tetapi soal mereka (wakil rakyat) dan saya rasa mereka tidak ramai. Ada tiga atau empat orang yang masih berkeras lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyifatkan tindakan Adun BN yang tidak mengambil bahagian itu sebagai ‘protes senyap’ kepada Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said.

Kesemua wakil PAS mendapat pujian kerana berjaya mengemukakan banyak soalan lisan dan bertulis serta mengambil bahagian setiap kali ada perbahasan usul pada sidang Dun Terengganu kali ini.

Bahkan, langsung tidak ada gangguan seperti sebelum ini yang masing-masing cuba menunjukkan ‘jaguh’ berbahas di dewan tersebut.

Antara Adun-adun BN yang sebelum ini kuat ‘berkokok’ iaitu Adun BN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, Dato’ Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan (Jabi), Zawawi (Kuala Berang), Mohamad Ramli Nuh (Tepoh) serta beberapa orang lagi mengambil sikap ‘protes senyap’.SUMBER BULETIN

Aug 27, 2009

SPRM MENGAKUI SERBU PEJABAT ADUN TANPA NOTIS

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui menyerbu pejabat ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, tanpa menyerahkan notis geledah lebih awal untuk mendapatkan dokumen penting.

Alasan diberikan oleh Penolong penguasa SPRM Mohd Najeib Ahmad Walat, 29,ialah tindakan itu perlu, kerana jika diberitahu lebih awal, berkemungkinan tiada sebarang dokumen akan diperolehi.

Ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-17 di inkues kematian Teoh Beng Hock, beliau mengakui kedatangan pegawai SPRM secara agak mengejut itu, mengundang rasa tidak selesa dan kegelisahan di pihak mendiang dan Yong.

"Saya bersetuju, ekoran keadaan itu (kedatangan SPRM) juga membuatkan mereka gelisah kerana tidak bersedia untuk menyambut kedatangan kami dan menyediakan dokumen yang dikehendaki," katanya.

Katanya SPRM hanya menyerahkan notis sitaan bagi seunit CPU dan komputer riba. Notis sitaan itu ditandatangani Yong sebagai tanda pengesahan.

Menerusi CPU komputer itu, Mohd Najeib berkata beliau dan pasukannya mendapati terdapat maklumat berkaitan sumbangan untuk persatuan penjaja Seri Kembangan, satu sumbangan untuk mangsa kebakaran dan dua lagi dokumen sumbangan tetapi gagal mengingati untuk pihak mana, manakala di dalam komputer riba didapati terdapat empat invois syarikat.

Sebelum itu Mohd Najeib berkata Beng Hock pada awalnya hanya menyerahkan beberapa dokumen peruntukan ADUN Seri Kembangan bagi tahun 2009 walaupun mereka meminta dokumen bagi tahun 2008.

"Selepas saya semak dokumen (2008), apa yang dikehendaki itu tiada dan apabila ditanya dia (Beng Hock) gagal memberikan jawapan. Ia menimbulkan keraguan.

"Kemudian Mohd Anuar mengarahkan saya membuat penyiasatan ke atas meja kerja Teoh dengan kehadiran Beng Hock sendiri," katanya ketika disoal peguam yang mewakili kerajaan Malaysia Tan Hock Chuan.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Yong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan kepada SPRM sebagai saksi dalam siasatan dakwaan salahguna wang RM2,400 oleh majikan beliau.

Mohd Najeib turut memberitahu tidak mendengar bunyi suara pertengkaran pada malam Teoh berada di pejabat SPRM dan sekiranya ia berlaku berkemungkinan beliau akan mendengarnya.

Ditanya Gobind adakah kenyataan Mohd Anuar semalam bahawa Teoh dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah bergaduh di tandas SPRM pada pukul 2 pagi adalah satu penipuan, beliau berkata: "Tidak tahu. Saya balik pada pukul 2.30 pagi tapi itu anggaran saya sahaja."

Mohd Najeib sentiasa diasak dengan pelbagai soalan oleh Gobind yang jelas tersinggung dengan nada persoalan Gobind. Ada satu ketika Gobind bertanya sama ada Mohd Najeib faham berbahasa Melayu atau tidak dan memintanya hanya fokus pada soalannya sahaja, bagaimanapun Mohd Najeib tetap bertegas dengan setiap jawapannya walaupun seringkali dituduh sebagai penipu.

Prosiding di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung esok

SAYA TAK BERGADUH DENGAN TEOH BENG HOCK

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah menafikan tuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa beliau dan Teoh Beng bergaduh sebelum setiausaha kepada exco Selangor itu ditemui mati.

Boon Wah berkata pegawai SPRM yang dikatakan mendengar 'pertelingkahan' antara dia dan mangsa telah merekacipta cerita dalam akuannya kepada jawatankuasa siasatan semalam.

Beliau, antara saksi yang dipanggil SPRM dalam operasi besar-besaran agensi itu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan pegawai penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail semalam.

Anuar dalam akuannya ke hadapan koroner Azmil Muntapha Abbas berkata dia diberitahu oleh seorang lagi pegawai penyiasat SPRM, iaitu Bulkini Paharuddin bahawa Boon Wah dan Beng Hock bertengkar dalam tandas ibupejabat SPRM Selangor sekitar jam 2 pagi, sebelum Beng Hock ditemui mati.

Boon Wah berkata pertelingkahan itu tidak mungkin berlaku kerana beliau tidak berada di tandas SPRM pada jam itu.

Boon Wah berkata dirinya disoal-siasat dari jam 10 malam hingga 2 pagi tanpa henti. Selepas soal-siasat tamat, dia dibawa ke pantri untuk minum, sebelum membuat panggilan kepada keluarganya. Semasa panggilan dibuat, jam menunjukkan waktu 2.30 pagi, dan sepanjang waktu, dia diiring seorang pegawai SPRM.

Inkues hari ini menyaksikan pegawai yang menyiasat Beng Hock, Mohd Najeib Ahmad Walad dipanggil ke kandang saksi. Mohd Najeib berkata beliau tidak mendengar apa-apa pergaduhan semasa beliau meninggalkan SPRM sekitar jam 2.30 pagi hari kejadian.

sumber

ADUN TERENGGANU MASUK PAS?

TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan PAS tidak mahu menerima mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari ADUN BN yang mahu menyertai PAS.

”Manalah tahu dia (ADUN UMNO) tak masuk (PAS) lagi, kalau ada surat permohonan saya timbanglah,

”kalau semua buat permohonan nak masuk PAS kita timbanglah, sekarang ni tak ada permohonan, jadi (kalau) berbincang, saja aja lah (sia-sia),”jelasnya ketika ditanya pihak media, adakah PAS boleh menerima sekiranya ada ADUN Barisan Nasional (BN) yang mahu menyertai PAS.

Menurutnya sehingga kini tidak ada sebarang pertemuan yang berlaku diantara pemimpin PAS Terengganu dengan mana-mana ADUN BN atau pemimpin UMNO Terengganu.


Beliau menegaskan, tidak tahu menahu tentang berita yang disiarkan oleh sebuah laman media Internet, yang menuduh beliau menjadi penghalang kepada penubuhan kerajaan baru Terengganu.

Katanya, beliau ada berjumpa dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah yang berlangsung di Kertih, Kemaman dua minggu lalu, namun tidak ada sebarang perbincangan berkaitan perkara yang disebut-sebut itu.

”Saya tidak tahu menahu dalam bab ini, maklumat itu tidak sampai kepada saya dan apa yang disebut-sebut itu tidak ada dalam maklumat saya,

”saya ada berjumpa (dengan Anwar) tapi tak bercakap pasal itu, ada berjumpa sekali tempat ceramah di Kemaman, jumpa dia (Anwar) tapi tak bercakap bab ini,”ujarnya kerika ditemui wartawan, selepas Sidang DUN Terengganu, di Wisma Darul Iman semalam

Beliau yang juga ADUN Manir menafikan, ada perjumpaan yang berlaku diantara ADUN PAS dan ADUN BN sebagaimana yang ditulis dalam artikel yang disiarkan oleh Malaysian Insider.

Beliau tidak pasti samada terdapat ADUN BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat, namun katanya beliau pernah menyarankan agar ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid supaya menyertai PKR.

”Tak tahu ada.... kemungkinan ke yang itu nak masuk... nak lompat.... tak (tahu)... saya dulu, dalam Sinar harian saya pernah menyebut,

”maknanya, ada seorang wakil rakyat, wakil Ajil tu, kalau dia sudah tidak dominan dalam UMNO, dia boleh menyeberang ke PKR,”jelasnya.SUMBER

CHUA SOI LEK DI PECAT

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dipecat daripada MCA - berkuat kuasa serta-merta berikutan kes skandal seks beliau yang terpapar dalam DVD akhir 2007.

Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat ketika mengumumkan berkata, mesyuarat Majlis Presiden MCA menerima dengan sebulat suara cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat bekas Menteri Kesihatan itu berikutan kes tersebut.

"Di bawah Artikel 127(A) perlembagaan parti Dr. Chua dibenarkan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pusat dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan itu diterima oleh beliau daripada Majlis Presiden.

"Menurut Artikel 128 perlembagan tersebut, keputusan jawatankuasa itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh atau di mana-mana mahkamah.

"Kita lakukan keputusan ini dengan berat hati setelah memberikan pertimbangan yang sewajarnya kerana perbuatan beliau itu telah menjejaskan imej parti," tegas beliau dipetik Bernama.

"Keputusan ini dibuat demi kepentingan parti," kata Ong pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden yang bersidang hampir enam jam bermula pukul 7 petang semalam.

Ong juga berkata, beliau akan menjelaskan keputusan majlis itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Kita, sebagai anggota Majlis Presiden akan bersatu dan memikul tanggungjawab bersama berhubung keputusan ini," katanya tanpa menjawab sebarang soalan yang dibangkitkan oleh pemberita yang menunggu begitu lama untuk mengetahui keputusan mesyuarat penting itu.

Sementara itu, Dr. Chua berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin.

Dr. Chua meninggalkan mesyuarat itu sebelum keputusan pemecatan beliau diumumkan. Bagaimanapun beliau berkata, sebagai anggota yang cinta dan taat setia kepada parti beliau menghormati keputusan dan perakuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Presiden.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Presiden, beliau berkata: "Sama ada merayu atau tidak merayu, saya belum memikirkan lagi mengenai keputusan itu".

Beliau juga turut menegaskan, tidak akan menyertai parti pembangkang.

Aug 26, 2009

LEBIH LIMA RIBU RAI KEMENANGAN PAS

Lebih lima ribu rakyat Permatang Pasir membanjiri perkarangan Markaz Induk Pas di sini meraikan kemenangan bergaya wakil rakyat baru mereka Mohd Salleh Man yang menewaskan calon Umno-BN Rohaizat Othman.

Perkarangan markaz berkenaan mula dibanjiri seawal jam 9 malam. Ketibaan Mohd Salleh disambut dengan laungan ‘takbir’ di kalangan hadirin yang hadir selain ucapan taniah dari pelbagai kaum. Hadirin melaungkan hasrat untuk bertemu dan mendengar ucapan kemenangan dari Salleh Man.

Pimpinan Pakatan Rakyat turut turun meraikan kemenangan ini. Antara yang hadir termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar serta Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim.

Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, pengundi di Permatang Pasir telah membuktikan kebijaksanaan mereka dengan memilih Salleh Man untuk menjadi Adun di kawasan berkenaan.

“Ini bukti pengundi boleh membezakan mana yang palsu dan mana yang betul, boleh bezakan yang hitam dan yang putih.

“Hari ini kita boleh lihat BN sudah pecah tembelang, lidah biawak bercabang dua,” katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai angin perubahan yang bertiup dalam politik Malaysia.

Menurutnya, kemenangan tersebut sangat bersejarah bagi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kerana membuktikan kekalahan teruk Perdana Menteri Najib Razak yang gagal dalam kempen 1 Malaysianya, lebih-lebih lagi Timbalan beliau, Muhyiddin Yassin.

“Ini memperlihatkan kekuatan Pakatan Rakyat untuh hingga berjaya mematahkan konspirasi Umno untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat.

“Mereka gagal dan terus gagal kerana Pakatan Rakyat akan bersatu berjuang hingga berjaya dalam pilihan raya akan datang dan akan terus ke Putrajaya menggantikan BN,” katanya.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau kecewa dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengulas mengenai keputusan pilihan raya ini.

Mahfuz menjelaskan, sebagai seorang pemimpin Muhyiddin tidak boleh memaksa pengundi membuat keputusan kerana ia merupakan hak rakyat.

“Bila orang tidak mengundi mereka, dia kata tidak mahu berubah, rakyat Permatang Pasir tidak mahu perubahan. TPM kecewa sikap pengundi tidak mahu pembaharuan.

“Ini apa punya TPM bila rakyat tidak mengundi dia, dia kata rakyat tidak mahu pembangunan tidak mahu perubahan. Ini hak rakyat tidak boleh kata bila rakyat tolak BN rakyat tolak pembangunan,” katanya.

Mahfuz menambah, kenyataan yang dibuat seolah-olah memperlihatkan kerajaan cuba lari dari tanggungjawab membela rakyat seperti yang dijanjikan di Permatang Pasir.

Salleh Man yang berjaya menewaskan calon Umno-BN dengan majoriti 4551 undi dalam ucapannya yakin dengan sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat membuktikan kemenangan sebenar mereka dalam pilihan raya pada kali ini.

"Kemenangan ini kemenangan semua dan kemenangan bersama. Dengan semangat dan kekuatan besar Pakatan Rakyat di seluruh negara berkampung di di sini membolehkan kita mendapat kejayaan besar. Inilah kejayaan sebenar.

“Pas selaku satu-satu wakil parti dalam Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama dan membantu memantapkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya

Aug 25, 2009

TERKINI PAS MENANG DI PERMATANG PASIR

Terbaru keputusan rasmi yang diperoleh di Markaz Pas Permatang Pasir, menyaksikan calon Pas Salleh Man menang dengan majoriti 4551 undi mengalahkan calon Umno-BN Rohaizat Othman.


Seramai 14,832 orang pengundi berdaftar di Dun N11 Permatang Pasir turun mengundi sekaligus menunjukkan kemerosotan peratusan mengundi hampir 10 peratus pada pilihanraya umum lalu.

TERKINI DARI UPU KG PELET PERMATANG PASIR

KERATA PERDANA YANG BAWA TPM


TPM muhyiddin yassin ketika sampai di upu Kg Pelet telah di boo dan di sorak dengan perkatan pengkianat penkianat .TPM tak sempat nak turun beliau terus bergerak setelah di nasihat oleh pihak keselamatan.

Aug 24, 2009

BUBUR LAMBUK JOHOR (UPU KG PELET)



Petang tadi team petugas Johor di Permatang Pasir(Kg Pelet) telah mengagih-agihkan bubur lambuk yang dimasak sendiri untuk di agihkan kepada penduduk yang berhampian.

Antara pemimpin yang turut serta dalam rombongan tersebut Timbalan PJ dan Pengarah JPN dan beberapa yang lain serta di bantu Dewan Muslimat

Team kami ditugaskan mengagihkan bubur lambuk di kawasan Kampung Pelet,sebanyak dua ratus bungukus bubur lambuk dan kurma,berjaya di agihkan.

Rata-rata penduduk yang dikunjungi gembira dengan kehadiran kami apabila kami menghulurkan kepada mereka sedikit oleh-oleh untuk berbuka puasa.

PAS BANTAH KONSERT

Pemuda PAS membantah keras keputusan kerajaan membenarkan kumpulan Michael Learns To Rock (MLTR) mengadakan persembahannya di Genting Highlands awal bulan depan.

Konsert ini "penghinaan besar" kepada umat Islam dan negara ini, kata ketua dewan itu Nasrudin Hassan hari ini.

"Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya jemaah menteri yang membuat keputusan ini.

"Di mana ia adalah suatu tindakan yang kurang ajar dan penghinaan besar terhadap umat Islam di Malaysia," katanya.malaysia kini

TAWARAN LUMAYAN,ADUN LUNAS

ADUN Lunas Mohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah disiplinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Radzhi bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan.

Anwar berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberikan amaran keras kepada Radzhi bulan lalu supaya lebih beretika dalam menjalankan tugasnya.

“Kita juga mempunyai maklumat beberapa bulan yang lalu (Radzhi) mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid (bekas Menteri Besar Kedah....sebab itu saya membangkitkan di Parlimen sebelum ini tentang cubaan (Umno) untuk membeli wakil rakyat," kata Anwar.

“Ini percubaan Umno untuk menggunakan Adun Lunas bagi menarik yang lain. Kita mempunyai rekod dari Adun sejak beberapa bulan lalu mengadu kepada saya bahawa mereka dipujuk Adun Lunas untuk berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi,” katanya.

“Ada juga hal peribadi di mana isteri ke empat beliau menghubungi kita membantah beberapa isu dan membawa ke mahkamah,” kata Anwar.

Menurut beliau, pimpinan Keadilan telah pun menasihati Radzhi supaya meletakkan jawatan kerana masalah-masalah berkenaan dan juga bertindak menggantung PKR Padang Serai dan cabang-cabang parti di situ.

Anwar berkata Pakatan akan memperbaiki sistem saringan bagi mencalonkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat demi memastikan gagasan itu dibersihkan daripada Adun dan Ahli Parlimen yang tidak berwibawa dan tanpa kredibiliti.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, sekiranya calon Pas Salleh Man memenangi pilihanraya Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, pihaknya akan mencalonkan beliau sebagai Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri.

PENGUNDI HANTU: PENGUNDI LUAR JANGAN TAKUT

PERMATANG PAUH – Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, Dato' Mahfudz Omar meminta pengundi luar ‘tidak ambil peduli’ dengan ancaman 'pengundi hantu' yang digembar-gemburkan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Dalam masa yang sama, Mahfudz menyifatkan dakwaan Khairy menuduh jentera kerajaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bekerjasama dengan pembangkang adalah serius.

Beliau turut menggesa Khairy membuktikan secara profesional serta membuat laporan polis atas dakwaan - ada 'pengundi hantu' PAS dipindahkan dari kawasan DAP ke N11 DUN Permatang Pasir.

"Kepada semua pengundi berdaftar khususnya (pengundi) luar, mereka tidak perlu takut balik mengundi 25 Ogos ini. Mereka tidak perlu takut ancaman (Khairy) seolah-olah mereka ini pengundi hantu."

"Pengundi hantu ini tuan-tuan saya nak maklumkan ialah orang lain yang membuang undi bagi nama yang tercatit (secara rasmi) dalam daftar pemilih (yang dikeluarkan SPR). Kalau mereka yang sah ada nama dalam daftar pemilih, itu bukan pengundi hantu." (Gambar - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng besalaman dengan calon PAS, Ustaz Salleh Man, dalam majlis berbuka puasa di Permatang Pasir)

Mahfudz tidak menolak kemungkinan bahawa ancaman Khairy itu bertujuan untuk mencaturkan lebih 1000 'pengundi hantu' UMNO BN pada Hari Pembuangan Undi 25 Ogos depan, apabila mendapati ramai pengundi luar tidak turun mengundi di sebelah petangnya.

"Inilah (strategi pengundi hantu) yang akan dibuat Khairy. Saya percaya (iaitu) sejumlah pengundi yang sebelum ini tidak turun mengundi dua (atau) tiga pilihanraya (Permatang Pasir) lalu sudah dikenal pasti (oleh UMNO) nama-nama mereka (berdasarkan senarai daftar pemulih)."

"Maka, nama-nama terbabit yang lebih kurang 1000 itu akan diundi oleh 'pengundi hantu' Umno sendiri Selasa depan, dengan mereka sendiri menyediakan kad pengenalan yang baru kepada yang terbabit."

Tambahnya lagi, UMNO BNlah yang menggunakan 'pengundi hantu' demi memenangkan calon-calon mereka di peringkat Parlimen dan Dun sebelum ini.

"Dalam kes undi hantu di Likas (pada tahun) 1999, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang sendiri memutuskan kemenangan Adun BN tidak sah di Dun itu; dan daftar pemilih yang dikeluarkan SPR (pada tahun) 1998 juga adalah palsu."

Mahfudz berharap majikan dapat memberikan kelonggaran cuti bergaji kepada para pengundi berdaftar yang akan keluar mengundi kelak

Aug 23, 2009

GERAK GEMPUR PAKATAN RAKYAT




Pagi tadi pakatan rakyat gempur semua upu di Permatang Pasir dan pada waktu yang sama semua pemimpin pakatan Rakyat turun ke padang untuk membantu calon pas.

PERAYU UNDI DI PERMATANG PASIR(UPU KG PELET)



Sebelah pagi tadi walaupun dalam keadaan hujan kerja kerja merayu undi tetap di teruskan di Kampung Pelet ,dan pada sebelah petang pulak agihan bubur lambok kepada penduduk Kampung.

EXCO KEDAH KELUAR PKR

ADUN Lunas, Mohd Radhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."MALAYSIA KINI

Aug 22, 2009

UMNO MASUK PAS

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, masalah perpecahan antara Melayu dan Islam di negara ini akan selesai sekiranya UMNO menyertai PAS.


“Maksud saya, ia bukannya mewujudkan satu gabungan tetapi parti itu perlu menyertai PAS, InsyaAllah masalah perpecahan akan selesai,” katanya yang dipetik Sinar Harian

Menurutnya, UMNO perlu dibubarkan dan pemimpinnya harus memahami Islam serta belajar politik Islam bagi memastikan isu politik membabitkan Melayu dan umat Islam selesai.

Sehubungan itu, beliau menolak kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang berkata, isu perkauman telah dicetuskan pihak pembangkang dan pembangkang tidak memegang prinsip Rukun Negara.

Sebaliknya, Ustaz Mohd Nor menjelaskan bahawa parti UMNO menjadi punca perbalahan dan perpecahan dalam kalangan Melayu selama ini.

Katanya, perbalahan dan perpecahan yang berlaku sejak dahulu sehingga ini adalah berpunca daripada UMNO dan tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah dicetuskan orang UMNO.

“Pemimpin UMNO juga adalah pencetus kepada pengkhianatan membabitkan isu royalti di Terengganu, rakyat yang menyokong PAS dihalang daripada menerima bantuan, itu adalah antara pengkhianatan.

“Semasa PAS perintah Terengganu, orang UMNO buat demonstrasi terhadap sultan ketika pemilihan Menteri Besar, menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu, ustaz serta tok imam yang menyokong PAS pula dipecat,” katanya
SUMBER



* News

ISU PEMBANGUNAN DAN KG. BUAH PALA DI PERMATANG PASIR




Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir, beberapa isu telah dieksploitasikan oleh UMNO. Diantara isu yang hangat diperkatakan iaiutu isu Kampung Buah Pala dan juga isu pembangunan di Pekan Penanti. Sedangkan kedua isu tersebut ketika itu adalah dibawah kerajaan BN. Manakala kerajaan PR baru memerintah setahun yang lalu.

YUSRI BERUCAP DI PENTAS PAS



PERMATANG PAUH – Bekas rakan kongsi Calon UMNO/BN Rohaizat Othman mengotakan katanya dengan berucap di atas pentas PAS dalam siri kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Yusri Isahak, yang membuat penampilan mengejutkan pada 20 Ogos lalu pada satu sidang media khas di Yayasan Aman, Penanti, telah mengatakan, kawan baiknya Rohaizat mengkhianati UMNO/BN kerana tidak menyatakan kebenaran.

Semalam, di pentas ceramah PAS yang berlangsung di Permatang Janggus disini, Rohaizat telah dengan tegas menyatakan, tuduhan ketua penerangan UMNO Ahmad Malan keatas dirinya adalah bohong dan berniat jahat.

”Saya, Yusri Isahak, telah dituduh di dalam TV dan suratkhabar bahawa saya yang menyebabkan lesen guaman Rohaizat digantung,

”disini, saya ingin nyatakan adalah urusan jual beli tanah ini disedari sepenuhnya oleh rakan kongsi saya Rohaizat Othman,

”jadi apabila Ahmad Maslan mengatakan bahawa Rohaizat Othman tidak langsung mengetahui urusan jual beli tanah ini,

”ia adalah satu pembohongan, satu penipuan yang sengaja diadakan untuk menunjukkan calon mereka itu adalah seorang yang bersih,”tegasnya.

Menurutnya, beliau tampil bukan untuk berkempen bagi pihak PAS kerana menurutnya PAS adalah parti yang sudah stabil dan kuat untuk memenangi pilihanraya berkenaan.

Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya penampilan beliau adalah atas desakan pihak lain dan beliau dipergunakan oleh PAS.

Yusri turut mengimbas kembali zaman pengajiannya di universiti bersama-sama rakannya yang katanya, kini digunakan sepenuhnya oleh UMNO/BN untuk mencapai matlamat dan kepentingan parti itu semata-mata

Aug 20, 2009

BEKAS RAKAN KONGSI BERANG DIKAMBING HITAM


Kontroversi kes pecah amanah wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang Berhad yang membabitkan calon Umno-BN Rohaizat Othman semakin jelas dengan pendedahan bekas rakan kongsinya.

Individu terbabit, Yusri Isahak, dalam satu sidang akhbar hari ini berkata Rohaizat terbabit sepenuhnya dalam kes penyelewengan wang milik para pekebun getah itu.

“Saya amat berani kerana kejadian yang berlaku sekarang dan saya amat menghormati diri saya. Saya tidak takut dengan mana-mana pihak sama ada berdebat atau berbincang secara terbuka atau tertutup tiada masalah.

“Saya berharap dengan penjelasan ini saya dapat membersihkan diri saya dari di kambing hitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguam bela dan peguam cara,” katanya.

Rohaizat dicalonkan Umno-BN untuk merampas kerusi Dun N11 Permatang Pasir dari Pakatan Rakyat. Umno berhadapan dalam pertandingan satu-lawan-satu dengan calon Pas Mohd Salleh Man Mat Aji.

Rohaizat disenarai hitam lembaga disiplin Majlis Peguam Malaysia tahun lepas selepas beliau didapati menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil untuk kepentingan kawan-kawan.

Majlis Peguam berkata ia membabitkan lebih RM161,000 wang pekebun getah.

Rohaizat seterusnya mencabar keputusan Majlis Peguam di mahkamah, namun Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman tersebut, lima hari sebelum Umno mencalonkan beliau sebagai calon parti perkauman itu dalam Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir.

Umno menepis persoalan orang-ramai dan beralasan penyenaraian hitam kerana menyeleweng wang milik pekebun-pekebun kecil bukanlah satu kes jenayah.

Umno juga mendakwa Rohaizat telah membayar semula wang pekebun-pekebun kecil, serta mendakwa Rohaizat di hukum Majlis Peguam untuk kesalahan yang dilakukan oleh rakan kongsi, iaitu Yusri Ishak.

Majlis Peguam dan Yusri Isahak menafikan semua dakwaan Umno ini.

“Sebarang urusan pembelian tanah tersebut dan pengunaan wang koperasi dibuat dengan pengetahauan dan penglibatan Rohaizat. Mana mungkin pengaliran keluar masuk wang dalam syarikat tidak diketahui kerana rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

“Para peguam saya sedang memulakan tindakan undang-undang saman fitnah terhadap beberapa individu yang dengan jelas, terang serta nyata menyatakan bahawa saya lah yang telah mengelapkan duit atau menyalahgunakan wang syarikat.

"Saya tidak menafikan sebarang penyelewengan berlaku, saya ingin menyatakan di sini bahawa segala perjalanan pentadbiran ofis dan pengeluaran cek-cek kemasukan fail-fail semua dilakukan melalui perbincangan dengan rakan kongs. Ertinya apa yang dilakukan oleh rakan kongsi saya dan saya sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah pihak bukan satu pihak sahaja," katanya.

Rohaizat dan Yusri adalah rakan kongsi di firma Saif Ariff and Rohaizat yang beribu pejabat di Butterworth, Pulau Pinang.

Koperasi Pekebun Getah Kecil Pulau Pinang Berhad adalah klien Rohaizat. Menurut Yusri, sebelum penyelewengan berlaku, sebuah bank telah meluluskan pinjaman RM320,000 kepada koperasi terbabit.

Menurutnya, Wang yang akan digunakan untuk membeli sebuah tanah bagi pihak koperasi itu telah di depositkan ke akaun klien di firma guaman Rohaizat.

Yusri mendedahkan calon Umno ini menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil itu bernilai RM100,00 untuk membantu seorang kawan membiayai pembelian tanah bernilai RM130,000.

Menurut Yusri, kawan kepada calon Umno ini sepatutnya membayar semula wang milik koperasi ini kepada Rohaizat namun gagal berbuat demikian.

Menurutnya, Rohaizat kemudiannya membeli tanah tersebut dengan tujuan untuk menjual tanah itu dan membayar balik wang milik koperasi, namun gagal.

“Setelah gagal membayar balik pinjaman Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut. Malangnya firma gagal menjual sebahagian tanah tersebut dan gagal bayar semula wang koperasi yang digunakan,”katanya.

Yusri juga mendedahkan Rohaizat sekali lagi menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil untuk membantu seorang lagi kawannya, yang merupakan pengarah di sebuah syarikat pemaju perumahan.

Selain itu, Yusri berkata Rohaizat turut dikatakan menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil ini untuk menguruskan cawangan Saif Ariff and Rohaizat di Ipoh.

More News
Kontroversi kes pecah amanah wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang Berhad yang membabitkan calon Umno-BN Rohaizat Othman semakin jelas dengan pendedahan bekas rakan kongsinya.

Individu terbabit, Yusri Isahak, dalam satu sidang akhbar hari ini berkata Rohaizat terbabit sepenuhnya dalam kes penyelewengan wang milik para pekebun getah itu.

“Saya amat berani kerana kejadian yang berlaku sekarang dan saya amat menghormati diri saya. Saya tidak takut dengan mana-mana pihak sama ada berdebat atau berbincang secara terbuka atau tertutup tiada masalah.

“Saya berharap dengan penjelasan ini saya dapat membersihkan diri saya dari di kambing hitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai peguam bela dan peguam cara,” katanya.

Rohaizat dicalonkan Umno-BN untuk merampas kerusi Dun N11 Permatang Pasir dari Pakatan Rakyat. Umno berhadapan dalam pertandingan satu-lawan-satu dengan calon Pas Mohd Salleh Man Mat Aji.

Rohaizat disenarai hitam lembaga disiplin Majlis Peguam Malaysia tahun lepas selepas beliau didapati menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil untuk kepentingan kawan-kawan.

Majlis Peguam berkata ia membabitkan lebih RM161,000 wang pekebun getah.

Rohaizat seterusnya mencabar keputusan Majlis Peguam di mahkamah, namun Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman tersebut, lima hari sebelum Umno mencalonkan beliau sebagai calon parti perkauman itu dalam Pilihanraya Kecil N11 Permatang Pasir.

Umno menepis persoalan orang-ramai dan beralasan penyenaraian hitam kerana menyeleweng wang milik pekebun-pekebun kecil bukanlah satu kes jenayah.

Umno juga mendakwa Rohaizat telah membayar semula wang pekebun-pekebun kecil, serta mendakwa Rohaizat di hukum Majlis Peguam untuk kesalahan yang dilakukan oleh rakan kongsi, iaitu Yusri Ishak.

Majlis Peguam dan Yusri Isahak menafikan semua dakwaan Umno ini.

“Sebarang urusan pembelian tanah tersebut dan pengunaan wang koperasi dibuat dengan pengetahauan dan penglibatan Rohaizat. Mana mungkin pengaliran keluar masuk wang dalam syarikat tidak diketahui kerana rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

“Para peguam saya sedang memulakan tindakan undang-undang saman fitnah terhadap beberapa individu yang dengan jelas, terang serta nyata menyatakan bahawa saya lah yang telah mengelapkan duit atau menyalahgunakan wang syarikat.

"Saya tidak menafikan sebarang penyelewengan berlaku, saya ingin menyatakan di sini bahawa segala perjalanan pentadbiran ofis dan pengeluaran cek-cek kemasukan fail-fail semua dilakukan melalui perbincangan dengan rakan kongs. Ertinya apa yang dilakukan oleh rakan kongsi saya dan saya sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah pihak bukan satu pihak sahaja," katanya.

Rohaizat dan Yusri adalah rakan kongsi di firma Saif Ariff and Rohaizat yang beribu pejabat di Butterworth, Pulau Pinang.

Koperasi Pekebun Getah Kecil Pulau Pinang Berhad adalah klien Rohaizat. Menurut Yusri, sebelum penyelewengan berlaku, sebuah bank telah meluluskan pinjaman RM320,000 kepada koperasi terbabit.

Menurutnya, Wang yang akan digunakan untuk membeli sebuah tanah bagi pihak koperasi itu telah di depositkan ke akaun klien di firma guaman Rohaizat.

Yusri mendedahkan calon Umno ini menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil itu bernilai RM100,00 untuk membantu seorang kawan membiayai pembelian tanah bernilai RM130,000.

Menurut Yusri, kawan kepada calon Umno ini sepatutnya membayar semula wang milik koperasi ini kepada Rohaizat namun gagal berbuat demikian.

Menurutnya, Rohaizat kemudiannya membeli tanah tersebut dengan tujuan untuk menjual tanah itu dan membayar balik wang milik koperasi, namun gagal.

“Setelah gagal membayar balik pinjaman Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut. Malangnya firma gagal menjual sebahagian tanah tersebut dan gagal bayar semula wang koperasi yang digunakan,”katanya.

Yusri juga mendedahkan Rohaizat sekali lagi menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil untuk membantu seorang lagi kawannya, yang merupakan pengarah di sebuah syarikat pemaju perumahan.

Selain itu, Yusri berkata Rohaizat turut dikatakan menggunakan wang milik pekebun-pekebun kecil ini untuk menguruskan cawangan Saif Ariff and Rohaizat di Ipoh.

More News

BEKAS RAKAN KONGSI AKAN BUAT KEJUTAN

PERMATANG PAUH – Bekas rakan kongsi calon UMNO/BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dijangka membuat kejutan berkaitan maklumat sebenarnya yang berlaku dalam syarikat guamanya.

Bendahari PAS Dr. Mohd Hatta Ramli berkata beliau menjangka Yusri, rakan kongsi kepada Rohaizat akan bertindak demikian setelah beliau dijadikan kambing hitam oleh UMNO.

Katanya, Yusri telah dipersalahkan oleh Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan dalam kenyataannya kelmarin yang menuduh segala apa yang berlaku dalam syarikat Rohaizat adalah disebabkan oleh Yusri.

Dr.Hatta turut menawarkan kepada Yusri, pentas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Petmatang Pasir, sekiranya beliau mahu memberikan penjelasan.


”Saya menawarkan bagi pihak pimpinan PAS, kalau beliau hendak gunakan pentas kita dalam kempen ini untuk memberikan penjelasan,

”supaya penduduk Permatang Pasir ini tidak diberikan maklumat yang salah, sebagai dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan,”katanya dalam vceramah kempen pilihanraya Permatang Pasir di UPU Tanah Liat, disini semalam.

Sementara itu satu pesanan ringkas (SMS) telah diterima oleh Buletinonline yang memberitahu, Yusri akan mengadakan satu sidang media khusus pada jam 10 pagi, 20 Ogos (hari ini)

MALAYSIA MACAM AFRIKA: ANWAR


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pemerintah menggunakan agensi kerajaan menutup gejala rasuah di kalangan pemimpin Umno-BN menyebabkan Malaysia tidak ubah seperti negara dunia keempat benua Afrika.

Beliau mepersoalkan tindakan SPRM dan polis yang terang-terangan menutup sebelah mata terhadap jenayah rasuah yang dilakukan pimpinan kerajaan adalah amat menghampakan.

Menurutnya lagi, pelbagai kes yang dilakukan Umno-BN antaranya komisen RM400juta pembelian kapal selam Scorpene dan isu istana kraton jutaan ringgit milik mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo langsung tidak disiasat.

“Apa yang penting dan perlu diingat mengapa Malaysia di tahun 2009 jadi macam Afrika hulu? Mahu tangkap suka-suka, mahu tendang suka-suka, mereka ingat negeri ini negeri bapa mereka, ini negeri kita bukan negeri bapa mereka.

“Apa ini? Ia menjadi bahan ketawa polis berperangai seperti ini, SPRM seperti ini, ia jadi bahan ketawa. Berbilion ringgit dicuri tapi semuanya ditutup dan tidak perlu disiasat,” katanya pada Majlis Penerangan Rakyat di Permatang Pasir semalam.

Anwar berkata rahsia kepada pembentukan sebuah negara bersatu, harmoni dan berwibawa adalah urustadbir yang baik, mesra rakyat dan dipercayai mampu berubah dan bekerja dengan lebih baik.

Umno-BN sebalik berubah ganas dan menggunakan kekerasan bagi menghadapi kritikan. Menurut pemimpin reformasi itu lagi, Umno-BN menggelarnya pengkhianat Melayu kerana ia ketandusan alasan untuk mengalih perhatian rakyat dari kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

“Saya berjuang untuk Melayu, Cina, India dan seluruh rakyat Malaysia. Cara Umno sangat kotor buat poster saya anti Melayu supaya saya jadi seorang Melayu sebenar. Saya tidak perlu buktikan kepada Umno biar orang Melayu yang tentukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini jauh lebih baik berbanding kerajaan terdahulu kerana berjaya membantu golongan miskin tegar di Kepala Batas yang dahulunya merupakan kawasan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar berkata kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dapat dijayakan sebagai kerajaan rakyat hanya sekiranya pengundi memilih wakil-wakil rakyat yang berwibawa, berani untuk tampil ke hadapan dan berhujah, serta yang terutama sekali berintegriti tinggi

Aug 19, 2009

PILIHANRAYA RAYA LAGI .........? SPR AKAN TENTUKAN STATUS ADUN KOTA SIPUTEH

Suruhanjaya Pilihan Raya Kedah telah menghantar surat memohon pengesahan status Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif ke SPR Putrajaya.

Pengarah SPR Kedah Zainal Abidin Zakaria berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail memaklumkan bahawa Abu Hassan telah kehilangan kerusi itu dua hari lalu.

Abu Hassan adalah Ketua Umno Bahagian Jerlun dan telah berkhidmat sebagai Adun Kota Siputeh selama empat penggal.

Dr Isa berkata Seksyen 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah menetapkan bahawa mana-mana adun yang gagal menghadirkan diri ke sidang dun selama dua kali berturut-turut secara automatik hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan perlu melepaskan kerusi dunnya.

Wakil rakyat Umno itu dilaporkan gagal menghadirkan diri ke 19 April dan 9 Ogos.

PAS SESAT RISALAH DI PERMATANG PASIR

BUKTI


Permatang Pasir Umno terdesak guna logo Pas edar risalah ,pagi tadi Pas Johor bersama Pas melaka semasa berkempen edar risalah di Kampung Pelet ,telah di maklumkan oleh pengundi bahawa terdapat risalah yang mengguna logo Pas untuk memburukkan Pas Parti ajaran sesat.

UMNO MEMPERALATKAN TENTERA DI PERMATANG PASIR

Pas kesal dengan tindakan pemerintah Umno-BN memperalatkan Tentera dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir.

Pengarah Pilihanraya Dun N11 Mahfuz Omar berkata Pas berjaya mengesan kewujudan klinik-klinik tentera yang memberikan khidmat perubatan percuma kepada penduduk di pusat jentera pilihanraya Umno.

Pas demikian itu menuntut Tentera Diraja Malaysia untuk menghormati kedudukan tentera sebagai elemen neutral dan tidak membantu kempen pilihanraya mana-mana parti politik di Dun N11.

“Kekuatan angkatan tentera digunakan untuk kepentingan politik dalam pilihanraya. Saya percaya ini semua satu bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan jentera agensi dan jabatan kerajaan. Sebab saya minta SPR memerhati hal-hal sebegini bagi mengelak penyalahgunaan agensi kerajaan,” katanya.

Mahfuz menjelaskan bahawa penemuan klinik tentera di khemah-khemah Umno menunjukkan bahawa pihak keselamatan turut diheret ke kancah politik bagi membantu kemenangan Umno.

Beliau percaya manipulasi sumber kerajaan ini mempunyai hubungan kait dengan portfolio Menteri Pertahanan yang kini dipegang oleh Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi.

Jelas Mahfuz, keadaan yang sama berlaku Pilihanraya kecil di Manek Urai di mana instusi tentera dan polis dikerahkan untuk membantu jentera milik Umno dan BN.

“Ini kali ke 2, di Manek urai dengan satu kertas kerja yang menunjukkan penglibatan secara terang di akui dalam kertas itu bahawa mereka harus berstrategi dalam program-program di bawah angkatan tentera ini supaya tidak dilihat memihak kepada BN tetapi mereka sebenarnya bekerja untuk BN,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz turut menyatakan kekecewaan dengan sikap Umno-BN mengemukakan calon yang terpalit isu pecah amanah untuk mewakili rakyat Permatang Pasir.

Mahfuz berkata calon BN, Rohaizat Othman, dikaitkan dengan kes salahlaku melibatkan penyalahgunaan wang RM140,000 wang koperasi milik pekebun kecil getah.

Kata Mahfuz, pemilihan calon yang pernah terlibat dengan tuduhan salahlaku merupakan pilihan terbaik yang dapat diberikan oleh Umno BN kepada pengundi Permatang Pasir.

“Saya sangat kecewa mengemukakan beliau sebagai seorang calon yang mendedahkan diri beliau kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukan satu ketika dahulu bahawa beliau sebenarnya dari sudut moral hilang kelayakan sebagai seorang calon. Ini diakui oleh Dato Zahid Hamidi,” katanya.

Mahfuz berkata Pas tidak mahu melakukan serangan peribadi terhadap Rohaizat, tetapi mempersoal kredibiliti Rohaizat untuk memegang amanah sebagai seorang wakil rakyat.

Katanya, pemilihan Rohaizat sebagai calon di permatang pasir bersalahan dari segi moral sebagaimana yang diakui sendiri oleh pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi.

Aug 18, 2009

KEMPEN PILIHANRAYA PERMATANG PASIR


Sebelum ni turun ke padang tak YB....?


Semalam majlis gotong royong bersama Yb dan penduduk Kampung Pelet .

Aug 17, 2009

GAMBAR HARI PENAMAAN CALON PERMATANG PASIR


UNCEL NI SEMPAT CERAMAH TAPI TELAH DI HALANG OLEH PIHAK POLIS.

GAMBAR GAMBAR YANG SEMPAT SAYA PAMERKAN

Aug 16, 2009

RAKYAT PERLU BIJAK PILIH PEMIMPIN :MB SELANGOR

Sekiranya rakyat memilih pemimpin yang bijak, berwibawa dan bertanggungjawab, tidak ada agenda pro-rakyat yang mustahil dilaksanakan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam siri lawatannya ke Mentakab semalam bersama-sama Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, tokoh ekonomi Melayu itu berkata Selangor di bawah setahun pentadbiran Pakatan Rakyat telah melangkah jauh menuju perkembangan positif berbanding 50 tahun dibawah UMNO-BN.

Khalid berkata kepada 2,000 penduduk setempat yang hadir di acara tersebut, kerajaan negeri Selangor merumuskan struktur ekonomi mapan yang mendahulukan keselesaan rakyat dengan program air percuma, kenaikan gaji, bantuan awal pengajian tinggi serta bantuan warta emas.

"Jadi ini tidak ada. Bukan 1 keganjilan untuk kita dapat mengambil alih sesuatu negeri sebab di negeri Selangor kita telah ditunjukkan, bagaimana kita dapat memerintah dengan lebih baik di negeri Selangor berbanding 50 tahun dulu" kata Khalid.

Khalid menambah walau apa pun yang cuba dilakukan oleh UMNO-BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kerajaan negeri kekal utuh kerana rakyat yakin dengan kematangan Pakatan Rakyat.

Ia berikutan sisatan secara menyeluruh yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak mencari salah kerajaan negeri Selangor sehingga salah seorang saksi mereka telah ditemui mati.

" Tapi di negeri Selangor kita tidak takut, sebab kita ini buat benda yang betul".

Malah Khalid juga berkata, Pakatan Rakyat sedia membongkar lebih banyak penyelewengan dan rahsia besar UMNO-BN yang cuba ditutup pimpinan itu dari mata rakyat.

" Jadi kita tak payah takutlah. Kita ada banyak peluang, lagi kita menang kita akan buka rahsia dia. Itu sebab dia takut sangat kalau buka rahsia dia".

Berita

JUMPA DI PERMATANG PASIR

INSYALLAH JUMPA DI PERMATANG PASIR, SAYA DAN SAHABAT DARI JOHOR AKAN BERTOLAK PADA MALAM INI ,DAN AKAN BERTUGAS DI UPU KAMPUNG PELET.

CALON BN DI PERMATANG PASIR DI SENARAI HITAM

Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan undangan Negeri N11 Permatang Pasir, Rohaizad Othman membuat akuan secara terbuka bahawa beliau telah disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia sebelum mana-mana pihak memainkan isu tersebut dalam pilihan raya kecil nanti.

Calon BN tersebut membuat kenyataan ini selepas mendapati ada pihak yang mendedahkan bahawa lesen guamannya telah ditarik. Rohaizad bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai pendedahan berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

"Saya memang seorang peguam tetapi tidak mengamalkannya sejak hampir dua tahun lalu," katanya selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, hari ini.

"Saya sedia berhadapan dengan tanggapan negatif pembangkang dan akan menjawab apabila tiba masanya. Bagaimanapun pada masa ini saya serahkan pada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun menjelaskannya," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Rohaizad, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan Kamarul Ramizu Idris yang telah mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 17 Ogos sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 25 Ogos.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada Pas yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.
sumber...

Aug 15, 2009

SALLEH MAN LAWAN ROHAIZAD


PERMATANG PASIR, 14 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir




Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.

Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.

Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.

Aug 14, 2009

PEGUAM BANTAH TEORI TEOH BUNUH DIRI

Teori bahawa setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock, membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 Plaza Masalam adalah tidak berasas, dakwa peguam pemerhati keluarga mendiang dalam prosiding inkues hari ini.

Peguam Gobind Singh Deo berkata teori yang dikemukakan oleh pakar patologi itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak disokong dengan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan Teoh telah berdiri dan terjun melalui tingkap di tingkat itu, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya katakan kepada doktor bahawa doktor adalah salah, ini bukanlah kes si mati terjun dan membunuh diri kerana tidak ada kesan tapak kasut atau kesan cap jari pada tingkap itu.

"Teori bunuh diri ini hanya dibuat berdasarkan fakta-fakta yang tidak wujud kerana doktor sendiri tidak melakukan pemeriksaan untuk menyokong teori ini," kata Gobind kepada Dr Khairul Azman Ibrahim ketika saksi ke-10 itu menyambung keterangannya hari ini.

Dalam prosiding itu, Gobind mempersoalkan mengapa tiada kesan tapak kaki pada bingkai tingkap jika benar Teoh dikatakan telah berdiri di situ sebelum terjun ke bawah.

"Mungkin ada, tapi tak nampak. Saya ada periksa tapi tak nampak. Kesan tapak kasut sukar ditemui di sekitar kawasan tingkap itu kerana tempat itu berkarpet," jelas Dr Khairul Azman, yang merupakan pakar perunding kanan perubatan forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Beliau kemudian bangun dari kandang saksi dan menunjukkan gambaran bagaimana Teoh dikatakan telah terjun melalui tingkap itu.

Caranya ialah dengan mengeluarkan kaki kanan dahulu daripada pintu kandang saksi (diibaratkan sebagai tingkap), sambil kedua-dua belah tangan memegang kayu pintu kandang (sebagai bingkai tingkap), kemudian mengeluarkan kaki kiri dan berdiri di luar pintu kandang sebelum terjun ke bawah.

"Jika benar si mati terjun begitu, bukankah mesti ada kesan cap jari pada bingkai tingkap? Tapi kesan cap jari pun tiada. Ada doktor nampak kesan cap jari?" soal Gobind.

"Tiada, cap jari perlu dikesan dengan peralatan sesuai, di makmal saya tiada kemudahan itu," jelas Dr Khairul Azman.

"Tapi bukankah doktor boleh arahkan pihak polis untuk jalankan ujian pengesanan cap jari di situ?" soal Gobind lagi dan saksi itu mengakui tidak mengarahkan ujian cap jari dilakukan.

Gobind seterusnya mempersoalkan mengapa kesan tapak kasut juga tidak ditemui di tebing dinding luar tingkap tempat Teoh dikatakan berdiri sebelum terjun ke bawah, seperti yang digambarkan oleh Dr Khairul Azman.

"Saya ada jenguk ke luar tingkap dan ke bawah tapi tak nampak kesan tapak kasut di situ. Kalau tapak kasut itu berdebu mungkin senang untuk dilihat," kata Dr Khairul Azman.

Gobind turut mencadangkan kepada pakar patologi itu bahawa kasut sebelah kanan mangsa telah sengaja dicampak keluar melalui tingkap itu setelah mayat Teoh dicampak dahulu, yang menunjukkan adanya unsur-unsur homisid (pembunuhan) dalam kematiannya.

Peguam itu mempersoalkan mengapa kasut yang tercampak tidak beberapa jauh dari mayat Teoh ditemui itu tidak mempunyai apa-apa kesan yang sepadan dengan kesan impak setelah jatuh dari tempat tinggi.

"Pada pendapat saya, kasut itu tertanggal sebab ada impak yang kuat. Tapi saya tak nampak apa-apa kesan, saya hanya jalankan 'visual observation' (pemerhatian secara visual)," kata Dr Khairul Azman.

"Tapi adakah doktor bersetuju ada kemungkinan mayat si mati dicampak dahulu, kemudian kasutnya pula dicampak?" tanya Gobind dan Dr Khairul Azman menjawab: "Ya, ada kemungkinan."

Saksi pakar itu juga mengakui tidak menjalankan sebarang ujian mengesan cap jari pada kasut tersebut atas alasan tidak mempunyai kemudahan sedemikian di makmalnya di hospital terbabit.

"Kenapa tidak arahkan polis untuk buat ujian? Adakah sebab hendak menutup cerita?" dakwa Gobind dan Dr Khairul Azman membalas: "Tidak. Saya terlupa nak buat ujian cap jari."

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di situ.

Dr Khairul Azman akan menyambung keterangannya Isnin depan. BERNAMA

WARGA EMAS PULAU PINANG TERIMA WANG EHSAN

Warga Emas yang berdaftar di Pulau Pinang bakal menerima wang ehsan RM 100 setiap tahun daripada kerajaan negeri bermula Mac depan.

Dan pemberian itu akan dijalankan secara berterusan, tahun demi tahun.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pemberian wang ehsan berkenaan membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib warga emas dan golongan miskin tegar.

Dalam pada itu, bagi warga emas yang berdaftar sekiranya meninggal dunia, waris keluarga akan mendapat RM1,000.

Pendaftaran masih dibuka.Warga emas yang belum berdaftar dboleh berbuat demikian di pejabat Adun- Pakatan Rakyat dan JawatanKuasa Kampung (JKKK) di sekitar Pulau Pinang.

“Kita telah pun membuat keputusan pada hari ini perbelanjaan tahun depan. Kita akan berikan kepada semua warga emas yang menentap di Pulau Pinang. Setiap orang berikan RM100 dari tahun depan selepas 08 mac 2010. Tahun 2008 perbelanjaan yang berhemah sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri yang baru telah menjimatkan sebanyak 35.41 juta ringgit untuk tahun 2008. Peruntukan yang asalnya ialah 318.56 juta ringgit tapi yang sebenarya dibelanjakan adalah 283.15 juta ringgit. Ini bermakna perbezaanya ialah kita jimat 35.14 juta rinngit atau hampir lebih 11% daripada jumlah anggaran,” kata Guan Eng.

Dan hasil daripada penjimatan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak 11 % itu kata Guan Eng, dapat menampung pemberian wang ehsan itu.

Lim turut menengaskan pemberian wang ehsan dilaksanakan bukan berdasarkan individu atau fahaman politik tertentu dan ia kata Lim lagi bertepatan dengan konsep 3P yang di amalkan oleh kerajaan Pulau Pinang iaitu Perkasakan Rakyat, Perkayakan Rakyat dan Perubahan Rakyat. JOHOR DAPAT APA,,,,

SAMY VELLU MAHU SAYA ROBOH KUIL :KHIR TOYO


Dalam satu temubual khas bersama akhbar Makkal Osai, bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo berkata Presiden MIC Datuk S Samy vellu menelefon beliau pada suatu malam sekitar jam 11 dan meminta supaya sebuah kuil di Selangor dirobohkan.

"Dia (Samy Vellu) kata orang-orang Hindraf berkumpul di kuil itu dan menjadikan perhimpunan itu kepada protes," kata Khir kepada Makkal Osai.

"Samy kata dia mahu kuil itu dirobohkan untuk menyekat dan tidak memberi ruang kepada mereka," dedah Khir lagi.

Perobohan itu berlangsung sebelum Deepavali 2007 dan mengundang kemarahan masyarakat India. Perobohan ini adalah menjadi pencetus utama masyarakat India bingas bangun dan membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12.

"Oleh kerana pemimpin masyarakat India yang membuat permohonan itu, saya mengarahkan Setiausaha Negeri untuk mengeluarkan arahan sewajarnya," katanya.

TEOH BERKEMUNGKINAN BUNUH DIRI: PAKAR ....?


Teoh Berkemungkinan Bunuh Diri : Pakar

SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Koroner di sini yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock pada Jumaat diberitahu bahawa berdasarkan beberapa bukti, terdapat kemungkinan setiausaha politik seorang Anggota Exco Kerajaan Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, berkata pendapatnya itu berdasarkan ketiadaan unsur pergelutan yang jelas dekat tingkap yang dipercayai tempat Teoh terjatuh dari Tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, pada 16 Julai lepas.

"Buktinya tiada kesan darah, kesan pecah dan barang berterabur dekat tingkap tersebut, dan juga sebatang pen SPRM yang terdapat dalam poket mangsa masih berada di situ.

"Juga dari hasil DNA tidak ada terdapat kesan-kesan DNA dari pegawai SPRM dan juga kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan ia disebabkan oleh kesan jatuh.

"Pada saya ia lebih kepada bunuh diri," katanya ketika ditanya oleh Tan Hock chuan, peguam yang dilantik oleh kerajaan bagi membantu dalam pengendalian inkues itu.

Teoh, 30, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor di Tingkat Lima plaza itu, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang Kerajaan Negeri Selangor kepada SPRM Selangor.

Dr Khairul Azman berpendapat kematian Teoh itu bukannya akibat dia dibunuh kerana tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan berlaku sebarang pergelutan manakala keadaan tempat kejadian tidak menunjukkan kesan darah dan kesan pecah serta barang bertaburan.

"Dari hasil DNA yang diambil daripada kakitangan SPRM yang berada di Tingkat 14, tiada bukti menunjukkan wujudnya kejadian tersebut. Yang menyokong hujah saya, saya percaya jika (ada) pergelutan, pen itu (berada dalam poket) akan tercampak," katanya.

Ditanya oleh Tan mengenai kemungkinan Teoh dilemaskan, Dr Khairul Azman berkata: "Tiada tanda-tanda si mati lemas atau tidak sedar diri semasa di atas."

Beliau juga menolak kemungkinan kematian disebabkan kemalangan kerana tiada bukti kukuh berdasarkan tempat kejadian (di Tingkat 14) adalah sukar untuk seseorang yang masih sedar tergelincir ketika berdiri di tepi tingkap kerana kawasan itu dilitupi karpet dan tidak licin.

"Bagaimanapun jika hendak dikatakan kemungkinan masih boleh lagi difikirkan, ini kerana ini boleh berlaku ketika mangsa cuba membuka tingkap dengan seluas-luasnya dan mangsa berada dalam keadaan mengantuk.

"Tetapi hujah tersebut boleh kita pertikaikan kerana sekiranya jika dia tergelincir di tempat tersebut dan keadaan tingkap separas pinggang, sekiranya si mati terjatuh, kemungkinan si mati mendarat dengan cara lain. Mungkin kepala atau badannya dahulu, ini adalah kemungkinan sahaja," katanya.

Kepada satu soalan mengenai kemungkinan seseorang terjatuh dari tempat tinggi, Dr Khairul Azman berkata secara amnya beliau berpendapat ia boleh disebabkan sama ada si mati terjatuh secara tidak sengaja, jatuh dengan cara terjun sendiri dan kemungkinan dia dicampak keluar atau ditolak.

Sebelum itu, beliau berkata pendapatnya itu dibuat berdasarkan laporan bedah siasat dan toksikologi serta pemeriksaan di tempat kejadian yang dilakukan pada 16 Julai dan 22 Julai lalu.

Berdasarkan laporan toksikologi itu, saksi itu berkata, beliau mendapati Teoh tidak dipengaruhi dadah dan alkohol pada waktu kejadian.

-- BERNAMA

SIAPA BAKAL CALON PERMATANG PASIR.......?

Tinggal beberapa jam lagi bagi PAS dan BN untuk mengumumkan calon masing-masing bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dan spekulasi di kalangan penyokong kedua-dua pihak mengenai bakal calon, semakin panas.

Para penyokong Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said menaruh harapan yang kuat bahawa beliau akan terpilih mewakili BN.

Begitu juga dengan penyokong Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man

Nama kedua-dua mereka menjadi sebutan sebagai bakal calon yang bakal bertembung dalam pilihanraya kecil tersebut pada 25 Ogos ini.

Sehingga pagi ini, nama kedua-dua pemimpin itu disebut-sebut akan diumumkan mewakili parti masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mendedahkan nama calon BN di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam 4 petang ini.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula akan mengumumkan calonnya pada jam 9 malam ini.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Sebelum ini, Umno bahagian Permatang Pauh menyenaraikan empat calon termasuk Mohd Zaidi kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti itu

MAKSIAT PUNCA PENYAKIT

KUALA NERUS - Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata maksiat yang berleluasa, tidak terkawal yang berlaku dalam negara ini menyebabkan Selsema Babi kini menjadi satu wabak merbahaya.


Katanya, pelbagai jenis penyakit berjangkit yang belum pernah wujud selama ini merupakan tanda kemurkaan Allah SWT.

“Dunia hari ini dilanda wabak penyakit merbahaya dan negara kita juga menerima wabak yang boleh membawa maut kepada sesiapa sahaja.

“Kita kena akui negara kita hari ini banyak maksiat dan Allah SWT turunkan ‘bala’ dalam bentuk penyakit kepada manusia,” jelasnya ketika berucap pada majlis Ceramah Penerangan PAS di Kampung Pagar Ubi, semalam.

Menurutnya, bala penyakit bukan perkara baru malah pernah diturunkan kepada umat terdahulu kerana melanggar perintah Tuhan.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kuala Nerus menjelaskan bahawa umat terdahulu dilanda wabak ‘taun’ yang merbahaya serta membunuh manusia kerana maksiat.

Kini, katanya pelbagai jenis penyakit baru ditemui seperti virus HIV yang menyebabkan AIDS, Japanese Ensephalitis (JE) dan Influenza A (H1N1).

“Orang dahulu buat maksiat dapat wabak taun dan hari ini kita (dunia) dapat wabak H1N1 dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Menurutnya, penularan wabak tersebut semakin serius dan negara Malaysia antara yang teruk dilanda H1N1 dengan angka kematian 44 kes.

Katanya, umat Islam tidak boleh mengatasi penyakit tersebut jika tidak kembali kepada ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya.
SUMBER

KHAIRY ENGGAN BERDEBAT

Debat Integriti anjuran GERAK Malaysia bertajuk Rasuah dan Masa Depan Negara; Di mana Peranan Pemimpin Muda Politik terpaksa dibatalkan, kata Pengerusinya Mohd Nazree Mohd.

Menurut beliau, debat tersebut yang sepatutnya berlangsung esok, 13 Ogos 2009 bertempa di Chinese Assembly Hall (CAH) antara YB Khairy Jamaluddin dan Yg Bhg Ust Nasaruddin Thantawi dibatalkan kerana tidak mendapat persetujuan daripada Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin selaku salah seorang pendebat pada malam tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Katanya lagi, GERAK telah mendapat persetujuan daripada Yg Bhg Ust Nasaruddin Thantawi untuk Siri Debat Integriti anjuran GERAK Malaysia tersebut.

"GERAK membuka ruang seluas-luasnya kepada mana-mana pemimpin muda politik untuk tampil bersama dalam menjayakan Siri Debat Integriti dan kita bersedia memberi ruang kepada mereka untuk memberikan pandangan dan berkongsi pendirian berhubung isu integriti dan anti korupsi," katanya.

Dalam perkembangan lain, GERAK Malaysia juga masih menunggu jawapan daripada Menteri Besar Selangor, YB Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung Debat Integriti Terbuka antara beliau dan Pengerusi GERAK Malaysia.SUMBER

KUASA POLITIK UNTUK SELAMATKAN NEGARA

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata menjadi tanggungjawab serta kewajipan kepada PAS mendapatkan kuasa melalui politik untuk mentadbir bagi menyelamatkan negara Malaysia.


Menurutnya, kuasa memerintah negara hanya boleh diperolehi dengan politik melalui pilihan raya dalam amalan demokrasi.

Katanya, PAS sebagai sebuah parti Islam mempunyai tanggungjawab yang besar melalui dakwah, tarbiah dan politik.

“Kita (PAS) ada tanggungjawab pertama melalui misi dakwah untuk membuat perkara ma’aruf dan cegah perkara mungkar.

“Kedua, melalui tarbiah untuk kita (PAS) melatih dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan.

“Ketiga, kita (PAS) berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara mengikut acuan dan kehendak Allah SWT,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Penerangan Isu Semasa di Kampung Pagar Ubi, Tepoh, pada 12 Ogos lalu.

Katanya, melalui politik PAS dan Pakatan Rakyat boleh menerajui negeri dan negara dengan lebih baik dan selamat berbanding Umno-BN.

Selain itu, Mohd Abdul Wahid yang juga Bendahari PAS Terengganu menegaskan PAS tidak tunduk atau dikawal oleh Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan tersebut.

Menurutnya, gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat masih utuh serta tidak berlaku sebarang masalah yang membawa kepada perpecahan.

“Kita (PAS) terkawal dan tidak tunduk kepada PKR dan DAP. Gabungan kita (PAS) dalam pakatan Rakyat bersama dengan PKR dan DAP masih utuh.

“Perbezaan pendapat yang berlaku mematangkan Pakatan Rakyat dan tidak membawa kepada perpecahan,” tegasnya.

Kata beliau, gabungan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bermasalah kerana hilang kepercayaan rakyat dan pengundi.SUMBER

Aug 13, 2009

DUA EXCO PAS - DAP BERDAMAI DEPAN MEDIA


Dua exco kerajaan Selangor yang bertelagah berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat.

Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, dan Ronnie Liu, seorang ahli jawatankuasa pusat DAP, berjabat tangan di depan media, selain mengadakan sidang akhbar bersama.

Turut hadir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua "sudah selesai".

“Masalah yang digembur-gemburkan di media tentang (isu di) Selangor itu telah selesai dengan baik. Dan ada bersama di sini, Menteri Besar (Selangor), Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Dr Hasan dan Ronnie.

“Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah,” kata Anwar berseloroh.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang turut hadir dalam sidang media di Tropicana Golf Resort, Petaling Jaya selepas berakhirnya sesi pagi permukiman pemimpin utama gabungan pembangkang itu.

Penasihat PKR itu menegaskan, Pakatan Rakyat tetapi mengambil pendirian tidak menggalakkan penjualan arak kepada orang Islam, tetapi penjualan kepada bukan Islam kekal seperti biasa.

Hasan, exco hal-ehwal Islam, dan Ronnie, exco kerajaan tempatan, dalam sidang media bersama selepas sidang media Anwar, menyifatkan “masalah kecil” antara mereka sengaja diperbesar-besarkan Umno dan media yang mahu mengambil kesempatan.

Hasan menafikan mereka berdua mendapat arahan pimpinan tertinggi Pakatan supaya menutup kes tersebut bagi memberikan gambaran baik hubungan PAS dan DAP di depan umum.

“Kamu media, kita tutup pun, kamu buka juga. Perbincangan dalam media ini natural. Saya nampak rakyat Selangor berbeza dengan di tempat (negeri) lain.

“Suatu perkara yang hendak disampaikan, mereka sudah ada ilmu tentang perkara itu. Kalau media hendak main pun, tak makan (tidak berkesan),” kata ADUN Gombak Setia.

Ronnie pula berkata, PAS dan DAP tidak perlu takut pada perbezaan antara kedua-duanya kerana sentiasa ada penyelesaian untuk terus bekerjasama.

“Isu ini telah selesai. Kita sudah ada kawalan kendiri, kita tinggalkan perkara itu sebagai percubaan (selama sebulan). Kita tunggulah hasil yang memuaskan selepas ini,” kata ADUN Pandamaran.

Kedua-dua mereka berkata, desakan menarik balik portfolia kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie tidak lagi timbul apabila menteri besar membuat keputusannya.
sumber malaysia kini