Jun 30, 2009

LAGI TANAH ORANG MELAYU DI JUAL

Dua hari yang lepas saya telah menerima panggilan dari penduduk Kampung Bukit Tempurung di kawasan Gelang Patah berkenaan dengan kampung yang telah mereka teroka pada tahun 1978 tetapi kini tanah tersebut akan di ambil oleh Pemaju. Saya hadir bersama Tuan Hj. Zul selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat Nusa Jaya.Kampung Bukit Tempurung yang terletak di Gelang Patah, keluasannya 240 Hektar dan berstatus tanah pertanian.Dalam pertemuan pada sebelah petang tersebut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sdr. Abd.Aziz kesal kerana mereka bakal di pindahkan tanpa sebarang pampasan.Dan pihak kerajaan berjanji akan beri penempatan baru pun tanpa pampasan dan apa yang kami kesalkan di sini rumah-rumah yang kami bina hampir 32 tahun ini bakal di robohkan bagi tujuan pembangunan.Bagi pihak Pusat Aduan Rakyat kami akan membuat satu sidang media bagi membantu penduduk kampung yang terlibat pada Jumaat ini iaitu 3hb Julai, 2009 jam 10.00 pagi bertenpat di Kampung Melayu Gelang Patah.GAMBAR ATAS SDR AZIZ,PENGERUSI BERTINDAK

BN... BINI NAJIB



BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib'.

"Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, "

Istilah itu jika dikaji ada kebenaranya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya.

Tindakan itu merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.

"Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, "

Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.
Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara.

Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya 'Bininya'.

Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan '1 Malaysia' berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.

Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.
"Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, "
sumber: Mahfuz Omar

UMNO MASIH KOTOR: MAHATHIR


ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,"Tanggapan bahawa kaum lain tidak sokong UMNO atau BN adalah tidak tepat. Kalau ini dijadikan alasan maka tidak akan berjaya. UMNO harus pegang kepada perkara yang benar yang diketahui selepas membuat bedah siasat" .


Walaupun semua anak- anak beliau dikenali sebagai jutawan, Mahatahir masih beranggapan orang-orang Umno yang merosakan parti melayu itu dengan rasuah. Juga tidak pernah merasakan kekayaan keluarganya salah ketika menguasai Umno.

Dr. Mahathir berkata, masalah utama yang melanda UMNO pada masa ini ialah imej rasuah yang terpalit pada pemimpinnya.


Mahathir katanya, parti itu perlu berusaha keras untuk membersihkan UMNO daripada gejala berkenaan dan perlu berani membuat keputusan untuk tidak meletakkan pemimpin yang memenangi jawatan kerana rasuah sebagai calon pilihan raya.


Katanya, peluang untuk UMNO dan BN merampas kembali negeri yang dimenangi parti lawan tidak mustahil dengan syarat amalan rasuah dibersihkan dari bawah walaupun sukar.

CERAMAH DATO SERI NIZAR DI MUAR

Muar Johor Dato Seri Nizar yang datang dari Kuala Lumpur diarak ke tempat ceramah dari Plaza Tol Pagoh.Lebih dari 5 kenderaan dan 4 buah Motosikal Berkuasa Besar mendahului Konvoi sempena kedatangan Dato Seri Nizar ke Muar.Konvoi bergerak hampir 20 Kilometer sebelum sampai ke lokasi tempat ceramah iaitu di Markaz Pas Kawasan Bakri Muar Johor.

Ketibaan Dato Seri nizar disambut dengan paluan kompang dan juga perarakan masuk ke Markaz tersebut sambil di beri tepukan gemuruh oleh lebih dari 5000 RAKYAT sekitar Muar.Mereka yang hadir tanpa mengira Bangsa dan sambutan sebegini hanya pernah berlaku pada awal perasmian Markaz tersebut kira -kira 16 tahun yang lalu dengan kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz,namun ia diserikan kembali dengan kehadiran Wira Negeri Perak dan Menteri Besar Rakyat ke tempat tersebut.

Ketibaan Dato Seri Nizar juga disambut oleh Dato Mahfuz Mohammad,Dr Boo Cheng Hau ( Adun skudai),Hj Anwar salleh ( Pengerusi PKR Johor) dan Yb Dr Sheikh Ibrahim Salleh ( Adun Sg Sabung).

Kalungan Bunga juga dibuat oleh wakil Penduduk India di sana.Cendrehati juga disampaikan oleh Pengerusi Pas Negeri kepada Dato Seri Nizar.

Semangat dan juga Aura beliau amat menarik perhatian apabila Dato seri sentiasa mendapat perhatian dari semua lapisan terutamanya dari kalangan Anak Muda di Johor yang mana boleh dikatakan sambutan itu sebenarnya diluar jangkaan.

TINDAKAN UMNO MEMALUKAN:ANWAR

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin UMNO yang menuntut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memohon maaf menerusi media sebagai kempen pilihan raya adalah satu yang memalukan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah dilihat lebih baik dan mempunyai peluang cerah dengan bantuan Menteri Besar Kelantan itu.

Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) diharap tidak mencurahkan wang dan dana yang banyak untuk memastikan kemenangan calon mereka kerana majoriti penduduk di Manek Urai adalah golongan miskin.

“Dengan bantuan Tuan Guru nik Aziz, saya yakin Pas akan menang di Manek Urai,

“Tindakan UMNO BN yang mengecam Tuan Guru Nik Aziz agak keterlaluan dalam media, saya fikir ia satu langkah yang memalukan,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Anwar berkata demikian bagi mengulas kenyataan beliau tentang cara kempen kotor UMNO dalam Pilihan Raya kecil DUN Manek Urai yang akan bermula 6 Julai ini.

Beliau berkata, pemimpin UMNO tidak sewajarnya mencerca Nik Aziz kerana kedudukan Nik Aziz kini bertaraf Tuan Guru dan soal politik yang mengaitkan Nik Aziz tidak seharusnya di jadikan mainan media.

“Saya rasa jikalau kita fikir mengenai kedudukan Tuan Guru Nik Aziz sekarang, setuju tidak setuju dalam politik, itu hanyalah dalam politik semata-mata.

“Tidak perlulah sehingga memaksa Tuan Guru meminta maaf dan terus dicerca terus menerus dalam media itu tidak sihat,” katanya.

Anwar berkata, kini pemimpin UMNO berlagak menjadi ustaz semata-mata untuk memburukkan Nik Aziz sebagai senjata kempen mereka di Manek Urai.

Beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus turun berkempen di Manek Urai untuk membantu Pas memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ampun kepada Tuhan berhubung kenyataannya menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis pada satu ceramah politik di Kelantan minggu lalu.

Jun 29, 2009

PKR ULANGI PENDIRIAN MANSUHKAN PPSMI



PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Kita sekali lagi ulangi desakan ini. Kita tuntut Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin, jangan lengah-lengahkan lagi dan laksanakan segera dasar pendidikan kebangsaan dengan mengembalikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mendaulatkannya sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan kita.

MB JOHOR MENENTANG PPSMI ATAU MENENTANG MUHYIDDIN

Johor Bahru - Pemimpin Barisan Nasional pertama yang bersuara lantang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah Datuk Seri Abdul Ghani Othman. Tidak tahu apa disebalik penentangan itu. Mungkin juga kerana saman Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor (DPMMJ) sebanyak RM322 juta.

Ada yang berkata ,"lembu punya susu, sapi dapat nama". Tan Sri Muhyiddin tipu DPMMJ, Ghani dan kerajaan Johor yang kena saman.

Sebelum ini tiada pemimpin BN yang berani menentang PPSMI kecuali 'riak-riak di air' iaitu Datuk Dr. Puad Zarkasi, tapi sudah dapat jawatan mustahil mahu lawan PPSMI.

Perselisihan politik Ghani menentang Muhyiddin bukan pekara baru. Pemimpin Umno Johor maklum akan percakaran dua pemimpin Umno Johor ini. Ghani faham, kuasa Muhyiddin kini besar, sebelum kroni Ghani terkubur sebagai calon PRU-13 nanti, inilah peluang pertama Ghani menikam Muhyiddin secara terang.

Ada yang berpendapat, saman DPMMJ seperti mendapat lampu hijau dari pada Ghani untuk menjatuhkan Muhyiddin. Kerana jika kes ini dimenangi oleh DPMMJ, sudah pasti nama Muhyiddin akan tercalar dan wang yang datang tentu dari kerajaan pusat.

Ataupun jika Johor dirampas oleh Pakatan Rakyat (PR), ia merupakan 'hadiah terbaik' untuk mereka ( PR ).SUMBER JOHOR DAILY

GUNA NGO ELAK DEBAT(JANGAN LAYAN NIK AZIZ)

Jangan layan Nik Aziz

KUALA LUMPUR 28 Jun - Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melayan cabaran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka berhubung perbezaan dasar kedua-dua parti.

Menurut mereka, perdebatan itu hanya membuang masa dan akan menyebabkan lebih banyak perpecahan di kalangan orang Melayu apabila setiap pihak ingin mempertahankan pendapat masing-masing.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, kaedah terbaik yang sepatutnya dibuat ialah mengadakan dialog atau muzakarah antara pimpinan kedua-dua parti.

Beliau berkata, dialog itu harus membabitkan semua isu termasuk ekonomi, politik, pendidikan, dakwah serta masalah sosial yang dialami oleh orang Melayu sekarang.

''Pihak kami tidak bersetuju diadakan perdebatan kerana biasanya akan ada satu pihak yang kalah dan adalah tidak manis orang Melayu sama-sama Islam hendak berdebat.

''Sebaliknya dialog adalah lebih wajar kerana setiap pihak sama-sama memberi pandangan untuk kebaikan semua dan tidak ada siapa yang akan kalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cabaran Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan Najib ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadapnya kerana mendakwa parti itu sama seperti ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng, dalam ceramahnya di Manek Urai baru-baru ini.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, perdebatan itu tidak harus diadakan kerana Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam yang sebenar.

''Beliau menuduh UMNO sebagai komunis dan bagi saya kata-kata seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang individu yang mendakwa berjuang atas nama Islam dan mengaku dirinya seorang alim.

''Nik Abdul Aziz sebenarnya adalah seorang pejuang politik dan ini terbukti apabila beliau sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi tidak mahu bersatu-padu dengan parti Melayu Islam," katanya

Jun 28, 2009

MAHKAMAH CUBA ROMBAK AMALAN DEMOKRASI

June 2009
Keputusan untuk menolak permohonan majoriti 11 hakim oleh Nizar, terbukti mahkamah cuba rombak amalan sistem demokrasi !



Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari (foto). Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan. "Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus. Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus. Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah. Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan. "Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari. "Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.

MANEK URAI :UMNO PILIH TUAN AZIZ

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi.

Awal-awal lagi nampaknya UMNO bakal menghadapi tentangan dari ahli-ahli partinya sendiri dimana calon pilihan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda telah dicicirkan.

Sementara hasrat Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krai Rohani Majid untuk menjadi calon turut berkecai.

PAS menampilkan Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan yang terkenal di Kuala Krai.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 40-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

SAYA SEDIA JAWAB TUDUHAN -NIK AZIZ


Saya sedia jawab tuduhan: Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedia :menjawab segala tuduhan Pergerakan Pemuda UMNO negeri berhubung kenyataan beliau yang didakwa boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat serta berbau hasutan.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak takut dengan tindakan yang akan dikenakan kepada beliau termasuk laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO terhadap beliau.

“Kenyataan yang saya buat itu lebih kepada kiasan terhadap sesuatu yang sesuai pada pandangan saya.

“Tak apa, dia nak buat 'report' tak apa, kita bersedia untuk jawab,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berhubung kenyataannya dalam ceramah politik di kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, pada 21 Jun lalu.

Pada ceramah tersebut, Nik Abdul Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan berbau hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

Ketika membuat laporan laporan di balai polis, Anuar berkata, dalam kandungan ceramah Nik Aziz di Padang Majlis Daerah Laloh, pada jam 10 malam itu terang-terangan menyamakan perjuangan parti UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin.

Anuar berkata, Nik Abdul Aziz juga turut menyamakan UMNO sebagai komunis dan Chin Peng selain menyamakan UMNO sebagai ideologi parti sosialis yang menolak agama dan prinsip ketuhanan.

Jelas Nik Abdul Aziz, kenyataan itu sudah lama diperkatakan sebelum ini dan ia lebih berbentuk kiasan atau perumpamaan.

“Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa dan serupa tu dari segi mana? Bila kata Mamat serupa dengan harimau, Mamat kena ada ekor, kuku dan berkaki empat ke? Sebenarnya itu adalah kiasan.

“Begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat dan bukan masa sekarang sahaja.

“Zaman Rasulullah dulu pun Abdullah bin Ubai bersama dengan Nabi tapi gelaran sahabat tidak boleh diberi kerana orang yang bersama dengan Nabi tapi tidak beriman, tidak boleh dipanggil sahabat,” katanya.

Katanya, apabila UMNO menolak Islam ke mana arah tuju mereka dan semua orang yang menolak Islam adalah sesat.

Menulas mengenai isu laporan polis itu dibuat berikutan tindakannya menolak kerajaan perpaduan yang disarankan oleh pemimpin polis di kalangan UMNO dan Pas, Menteri Besar Kelanta:n itu berkata, Pas sudah pun mempunyai kerajaan Pakatan Rakyat hasil penyertaan DAP dan PKR.

“Sekurang-kurangnya kita ada pakatan dan mana baik pakatan dengan perpaduan. Jika saya bersetuju tidak ada masalah. Saya kata begitu setelah saya habis fikir,” kat:anya.sumber sinar harian

HELLO ....UMNO LU FIKIR LA

Keputusan UMNO untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil Penanti adalah wajar dan harus diberi kepujian. Tetapi malangnya kewajaran UMNO melambangkan kebodohannya sendiri. Kedua-dua pilihan raya kecil, baik di Penanti mahupun di Manik Urai tiada bedzanya. Kedua-dua negeri pada pilihanraya kecil itu diperintah oleh Pakatan Rakyat.

UMNO tidak mahu bertanding di negeri yang ditadbir oleh DAP tetapi UMNO mahu bertanding di negeri yang ditadbir oleh PAS. Dalam masa yang sama, UMNO mahu berunding dengan PAS mengenai “Perpaduan”!!! Apakah muslihat UMNO yang sebenarnya? Adakah UMNO anti bangsa sendiri atau mungkin UMNO anti Islam?

Kalau sungguh bagai dikata oleh UMNO yang mahu melihat dan mengutamakan perpaduan bangsa Melayu, adalah wajar bagi UMNO untuk tidak bertanding pada pilihanraya kecil Manik Urai. Sekiranya UMNO menang (tidak mungkin) pentadbiran Kelantan tetap ditangan PAS. UMNO hanya mahu memecahkan belahkan Kelantan khususnya orang-orang Melayu.

Belum sampai hari penamaan calon, UMNO sudah mula berkempen dengan menaburkan berbagai janji kepada pengundi-pengundi di Manik Urai. UMNO menyeru ahli-ahlinya untuk turun keManik Urai, bukan hanya tidur di rumah pengundi-pengundi, malahan disuruhnya juga bersama-sama untuk pergi menoreh getah. Ha-ha-ha-ha-ha.......... “Hello....UMNO.....pengundi-pengundi di Manik Urai bukan bodoh dan tidak boleh dibodohkan. UMNO Kelantan sendiri tidak pernah membuat kerja-kerja kebajikan kepada rakyat Kelantan, khususnya di Manik Urai.

Rakyat Malaysia lebih suka, sekiranya UMNO atau Barisan Nasional melupakan hasrat mereka untuk bertanding pada pilihanraya kecil di Manik Urai sama seperti di Penanti, dan menumpukan atau fokus pada pemulihan ekonomi bagi kepentingan rakyat Malaysia. Tidak perlulah UMNO menghantar pemimpin Pemudanya yang kotor dengan politik wang untuk meraih sokongan pengundi. Pengundi di Manik Urai juga tahu menilai pemimpin pemuda UMNO ini yang mana inilah sejarah pertama kali di Malaysia pemimpin pemudanya tidak ada tempat didalam kabinet.

Seruan kepada pengundi-pengundi di Manik Urai.......rezeki jangan ditolak, dacing dan keris adalah barangan antik-lapuk yang hanya disimpan oleh pengemarnya sahaja, sedangkan bulan dan bulan sabit adalah ciptaan tuhan untuk faedah hambanya.SUMBER

MINTA AMPUN DENGAN TUHAN- MUHYIDDIN




PAGOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu minta ampun dengan tuhan dan bukan dengan UMNO atas kenyataan menyamakan parti itu dengan komunis dan ajaran sesat.

Jun 27, 2009

PEMUDA DAN MUSLIMAT NEGERI SOKONG CALON MANIK URAI

MANEK URAI BARU, 27 Jun - Dua sayap utama PAS Kelantan melalui Dewan Pemuda dan Dewan Muslimatnya semalam menyokong penuh calon yang dipilih untuk mewakil PAS dalam pilihanraya Dun Manek Urai awal bulan depan.


Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman semalam berkata, Pemuda negeri berikrar meneruskan agenda memenangkan calon PAS tanpa memikirkan siapa calon yang dipilih pimpinan negeri.


Beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS negeri mengucapkan tahniah kepada Fauzi Abdullah yang juga Bendahari PAS Kuala Krai yang telah diberi kepercayaan meneruskan kesinambungan Allahyarham Paksu Wil membela nasib rakyat di Dun Manek Urai.


Haji Mohd Fauzi Abdullah yang dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai dibuat berdasar pemilihan mengikut sistem Kajian Awal Pilihan Raya (KAP) terhadap senarai calon daripada peringkat akar umbi dan cawangan.


Manakala Timbalan Ketua Muslimat PAS negeri, Hajah Wan Ubaidah Wan Omar di petik sebagai berkata, pemilihan Haji Fauzi amat bertepatan kerana beliau merupakan orang yang dikenali ramai di Manek Urai dan Kuala Krai.


Katanya, walaupun Fauzi yang lebih disenangi dengan pangilan Abe Uji itu tidak mendapat pendidikan tinggi, namun kepatuhannya terhadap parti dan sikapnya yang mudah mesra dengan orang ramai menjadi kriteria utama.


"Dewan Muslimat PAS negeri akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS mendapat sokongan dan berharap akan meningkatkan majoriti pada pilihan raya kecil nanti," ujarnya ketika ditemui selepas pengisytiharan calon tersebut di Manek Urai Lama malam tadi.


Wan Ubaidah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Dewan Muslimat negeri sudah berada di setiap peti undi berkempen dari rumah ke rumah sejak beberapa minggu lalu.


Petugas negeri membantu juga dimaklumkan akan turut sama turun mengikut jadual yang dipersetujui Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) dalam kerahan tenaga memastikan kemenangan calon PAS.

PROTES ROSMAH C4 ...2 DI TANGKAP




(UM Today) - Media hari ini menerima pemkembangan terkini berkenaan isu protes tulisan ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ yang ditujukan kepada Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor di Universiti Malaya tempoh hari. Menurut sumber polis, setakat ini seramai 2 orang individu telah ditahan manakala 3 lagi masih dicari bagi membantu siasatan.

“2 individu yang ditahan tersebut ialah Mohd Izzudin Hilmi dan Mohd Sharuddin, masing-masing berusia 21 tahun,”ujar pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan.

Mohd Izzzudin Hilmi telah ditahan polis pada pagi Rabu lalu oleh pihak polis cawangan Brickfield berikutan dilihat berlegar-legar di sekitar akademi tersebut pada awal pagi hari kejadian. Kemudian, Mohd Sharuddin pula ditahan di kediamannya di Lembah Pantai. Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan atas kejadian tersebut.

Media walaubagaimana pun gagal mendapatkan penjelasan mengenai individu yang lagi masih dicari polis.

Dalam pada itu, media cuba menghubungi Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Dr. Ahmad Hidayat Buang dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar universiti tersebut, Datuk Prof. Madya Dr. Azarae Hj. Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu yang membabitkan imej universiti terhadap tokoh tersebut, namun menemui kegagalan.

Setakat ini siasatan masih lagi diteruskan.

Terdahulu, Universiti Malaya gempar apabila tulisan tanda protes terhadap tokoh tersebut ditulis di Akademi Pengajian Islam. Rosmah Mansor yang datang bagi merasmikan Majlis Peramian ‘Gaza Di Bela’ anjuran badan antarabangsa, Power of 10 Sen walaubagaimanapun dipercayai tidak menyedari kejadian tersebut
Wanita Pertama Malaysia tersebut sebelum ini telah digembar-gemburkan di internet melalui laman video YouTube menggunakan perkhidmatan bomoh dan pawang bagi menguasai kabinet kerajaan Malaysia, dan tingkah-laku suami beliau Dato’ Seri Najib Tun Razak khasnya.

HALAM TUDUH TANPA BUKTI: HARUSSANI


Haram tuduh tanpa bukti kukuh

SHAH ALAM – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, haram jika menyamakan sebuah parti politik dengan ajaran sesat tanpa memberikan bukti yang kukuh.

Beliau yang kesal dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak wajar bagi seorang pemimpin yang tinggi ilmu agamanya membuat tuduhan tanpa asas yang kukuh.

“Nik Abdul Aziz adalah seorang yang tinggi ilmu agamanya. Bagi saya, menyamakan UMNO dengan ajaran sesat Ayah Pin adalah sesuatu yang tidak wajar," katanya semalam.

Beliau berkata, kenyataan seperti itu tidak harus dikeluarkan kerana boleh menimbulkan konflik memandangkan UMNO dan Pas dianggotai oleh orang Melayu yang beragama Islam.NAK KATA HARAM SUSAH LEBIH BAIK SEBUT HALAM...

BARISAN NASIONAL UMUMKAN CALON AHAD INI

KL: Barisan Nasional akan mengumumkan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada Ahad ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO berkata, pengumuman akan dibuat oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manek Urai.

“Kita telah mendengar taklimat daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa (Mohamed) dan pandangan daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri mengenai persiapan pilihan raya kecil,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini malam tadi. Bernama

FAUZI ABDULLAH CALON MANIK URAI


KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Manek Urai sebentar tadi.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Dalam pada itu, pada Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya untuk mewakli parti itu pada Ahad ini.

Jun 26, 2009

KEMBALINYA KERAHMATULLAH KETUA URUSAN ULAMA PAS KAW.PAGOH



Awal pagi tadi saya telah menziarah jenazah Ketua Urusan Ulama Kaw. Pagoh Ustaz Manaf bin Juman, almarhum telah terlibat dalam kemalangan pada petang Khamis 25hb Jun, 2009.beliau telah meninggal dunia di tempat kejadian.Dan pada awal pagi tadi juga Ayahnda kepada Naib Presiden YB Salahuddin telah kembali ke ramatullah,jenazah berada di Pontian..Takziah di ucapkan kepada beliau dan keluarga semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah, dan semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.Saya tidak sempat ke Pontian kerana masa pengebumian yang sama waktu membuatkan saya memilih berada di Muar sahaja.Al-Fatihah...

KERJASAMA PAKATAN RAKYAT MAKIN UTUH




Ramai pihak dapat merasakan bahawa perpaduan sesama parti Pakatan Rakyat semakin utuh selepas isu kerajaan perpaduan selesai. Inilah yang amat merunsingkan Umno/BN kerana rancangan mereka untuk memporak perandakan PR akhirnya menikam diri mereka sendiri.
Terbukti selepas isu kerajaan perpaduan ini selesai pimpinan PR terutama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang silih berganti turun ke Manek Urai untuk membantu PAS mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Sebelum ini Anwar mengunjungi Tuan Guru Menteri Besar Kelantan dan berceramah di Manek Urai. Malam ini Pengerusi DAP, YB Lim Kit Siang akan sama-sama berceramah pada program ceramah pengumuman calon di Markaz UPU Manek Urai Lama.
Tidak syak lagi serangan dan perang saraf Umno/BN terhadap PR menggunakan isu kerajaan perpaduan akhirnya menjadikan PR semakin mantap dan padu.
Saya yakin dengan perpaduan dan kerjasama mantap ini calon PAS/PR di Manek Urai akan dapat menumbangkan BN dengan pukulan TKO pada 14 Julai nanti.

BILA DERITA KAMI AKAN BERAKHIR




Semalam saya di hubungi penduduk Kampung Sentosa Dalam Masai Johor untuk mendengar rintihan mereka yang selama ini tida bekalan air dan elektrik, selama 40 tahun kami derita tiada kemudahan asas walaupun kami penyokong kuat UMNO tetapi rintihan kami di pandang sepi oleh wakil rakyat kami ,hanya satu kilometer sahaja dari pada pencawang untuk sampai ke penempatan kami ,tiap kali pilihanraya pasti isu ini akan di janji tapi habuk pun tak nampak, alasan wakil rakyat kosnya tinggi .Penduduk terpaksa belanja hampir RM 600 untuk beli minyak sahaja.lima kilometer dari pada Bandar Masaiuntuk sampai ke kampung tersebut.

Jun 25, 2009

KEMPEN BURUKKAN ISTERI NAJIB(KALAU TAK BETUL SAMAN INDIVIDU TERSEBUT)

Lebih kurang dua bulan menjadi wanita pertama negara, Rosmah Mansor kini menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.

Walaupun bukan kali pertama beliau diburuk-burukkan tetapi kali ini ia disediakan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek.

Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampungnya di Negeri Sembilan.

Tiga klip video tersebut yang mendakwa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah melupakan asal-usulnya pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.

Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.KALAU TAK BETUL ROSMAH BOLEH AMBIL TINDAKAN SAMAN MEREKA YANG TERLIBAT DIMAHKAMAH, LAKI HANG KAN PM ADA KUASA, LAGI PUN MUKA INDIVIDU ADA DIDALAM YOUTUBE TERSEBUT SB KAN ADA SURUH LA DEPA PI SIASAT KAN SENANG .SUMBER MALAYSIA KINI

UNDI BN MOHD PUAD ZARKASHI TERDESAK

Mengikut pekeliling Perkhidmatan Awam Guru dan Kakitangan Awam Kumpulan A tidak dibenarkan aktif berpolitik. Tetapi ramai sedia maklum klausa larangan itu hanya difokuskan kepada kakitangan awam kumpulan A yang menyokong parti pembangkang atau Pakatan Rakyat. Bagi kakitangan awam yang aktif berpolitik dalam Umno dan Barisan Nasional perkara ini dibuat seperti tak nampak sahaja. Walaupun mereka terlibat secara terang-terangan dan memegang jawatan penting dalam Umno@BN. Malah ada yang berlagak selamba menampal logo Umno atau dacing senget sebelah serta bendera Umno@BN di kenderaan mereka, dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

Maka ramailah di kalangan kakitangan awam yang aktif atau hanya menjadi penyokong Pakatan Rakyat yang ditukarkan ke pedalaman dan ditukarkan berjauhan dengan isteri, anak-anak dan keluarga atau dikenakan tindakan tatatertib kerana dikatakan melanggar etika dan pekeliling perkhidmatan awam.

Larangan berpolitik kepada kakitangan awam kumpulan A oleh kerajaan ternyata bersifat prejudis dan menyekat kebebasan bersuara dan berpolitik yang diiktiraf dalam negara yang menjunjung prinsip demokrasi.

Ternyata larangan berpolitik ini berniat serong dan mempunyai agenda yang tersembunyi. Dalam masa yang sama pihak Kerajaan dari Perdana Menteri sehinggalah kepada Timbalan Menteri terus memperalatkan dan melacurkan kakitangan awam dengan memaksa mereka untuk ke majlis yang bersifat politik yang dihadiri oleh mereka. Mana-mana yang tidak menghadiri majlis berkenaan akan dikenakan surat tunjuk sebab dan diambil tindakan.

Lihatlah apa kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam kempen politik kepada guru-guru di Manek Urai hari dengan meminta mereka supaya mengundi Umno@BN. Tindakan Timbalan Menteri berkenaan menunjukkan bahawa Umno@BN dalam keadaan terdesak dalam Pilihanraya Kecil di Manek Urai sehingga sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa melanggar undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh mereka sendiri'

KERAJAAN UMNO BERI TANAH KEPADA JEAN TOD TUNANG KEPADA MICHAEL YEOH




Kementerian Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000.

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku” tidak masuk akal.

Ini kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau.

Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin .

Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.

Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.

Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.

Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin.

“Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,” tanya Azmin.

“Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,” tambah Azmin.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin.

Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar.

“Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,” kata beliau.

PRK PERAK SELEPAS MANIK URAI...?

Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

“Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai nilmu pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakah di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Beliau merupakan Pengarah JPP yang baharu sahaja dilantik selepas pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar ke-55 yang lalu.

Menyentuh isu persiapan, ujarnya JPP akan meneliti dari segi ‘finding’ yang perlu dilakukan lebih awal agar ia tidak sekadar menjadi ‘ad hoc’ semata-mata.

Di Perak katanya pada pilihan raya umum yang lalu, PAS telah bertanding 21 kerusi dan hanya menang enam.

Namun ujar Ustaz Halim, ada beberapa kerusi lagi PAS kalah bawah 1500 undi, justeru kerusi-kerusi ini akan difokuskan.

“Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500.

“Dalam PRK Bukit Gantang apa yang kami lihat ialah jentera di peringkat kawasan di sana tak begitu bermaya, kerja pilihan raya tidak berjalan dengan baik jika tiada bantuan negeri dan kawasan susahlah, kita kena melihat itu,” katanya.

Begitupun jika diadakan pilihan raya kecil di Perak, Ustaz Halim yakin PAS akan menang lebih kerusi berbanding sekarang.

Tetapi katanya gerak kerja perlu dicantumkan dengan politik dan strategi dengan mengemuka calon bukan Islam dan taktikal strategi dengan soal wang semua perlu disiapkan.

“Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak,” ujarnya ringkas. -Harakah daily

SPRM MASIH BELUM PUTUSKAN KES ALI RUSTAM





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun belum lagi membuat keputusan berhubung politik wang yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata SPRM telah menjalankan dua kes siasatan terhadap wujudnya pemberian wang rasuah dengan tujuan mencalonkan Ali sebagai Timbalan Presiden Umno pada Mesyuarat Umno Bahagian Rendang pada 8 November 2008.

“Kedua-dua kes siasatan telah diselesaikan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan arahan lanjut,” kata Nazri dalam jawapan bertulis di Parlimen.Namun kepimpinan UMNO berpendirian kesalahan rasuah politik oleh Rustam bukan halangan untuk beliau terus menjadi Ketua Menteri Melaka.

Nazri berkata, satu lagi siasatan berhubung dengan dakwaan pemberian sogokan kepada Ketua Cawangan dan perwakilan Umno cawangan Rendang untuk menyokong dan mengundi Ali sebagai Timbalan Presiden Umno ditutup kerana tidak ada bukti./Suara Keadilan

Ali telah dilucutkan kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno Mac lalu oleh jawatankuasa disiplin parti.Namun kepimpinan UMNO berpendirian kesalahan rasuah politik oleh Rustam bukan halangan untuk beliau terus menjadi Ketua Menteri Melaka.

Nazri berkata, satu lagi siasatan berhubung dengan dakwaan pemberian sogokan kepada Ketua Cawangan dan perwakilan Umno cawangan Rendang untuk menyokong dan mengundi Ali sebagai Timbalan Presiden Umno ditutup kerana tidak ada bukti.

UMNO BERKOKOK DI MANIK URAI

UMNO berkokok sumbang lagi, kini di Manek Urai pula. Umpan kebendaan dan janji-janji kosong di hamburkan di Manek Urai. Kadang-kadang aku pelik jugak, kenapalah UMNO ni tak serik-serik dan tak reti-reti bahasa lagi.

Mungkin jugak otak dan fikiran mereka dah jadi bebal akibat dosa-dosa melawan agama Allah SWT. Kemungkinan besar faktor hampir 99 peratus pengundi di DUN Manek Urai daripada orang Melayu menjadi sebab utama UMNO ingin berkokok dan bergalak semula selepas menyepi pada pilihan raya kecil di DUN Penanti.
UMNO masih menganggap orang Melayu mudah diperbodohkan dengan umpan kebendaan dan projek "mee segera" berbanding kaum lain. Betapa murahannya orang Melayu di kaca mata para pemimpin UMNO. Disebabkan faktor itu juga UMNO nampak mereka ada kelebihan dengan mengumpan banyak kebendaan dan projek "mee segera" bagi menawan hati pengundi Melayu. Menurut daftar pemilih sebelum ini daripada 12,272 pengundi di DUN Manek Urai bilangan pengundi bukan Melayu hanya seramai 88 orang, manakala pengundi pos sebanyak 83 orang.

Di khabarkan juga, Ketua Pemuda Rasuah Malaysia juga akan turut berkokok sumbang dan melalak tak tentu hala kat Manik Urai. Ini merupakan "political advantage" kepada PAS kerana rakyat Kelantan tidak mudah lupa dengan tragedi "pade doh 18 tahun" yang dilancarkan oleh bekas budak tingkat 4 pejabat PM ini. Tragedi ini cukup melukakan hati rakyat Kelantan malah menimbulkan rasa kurang senang pemimpin UMNO sendiri. Sebenarnya UMNO tidak pernah belajar dengan kesilapan yang telah mereka buat selama ini.

Politik dikaitkan dengan intrig dan polemik, masyarakat Kelantan merupakan masyarakat yang gemar berpolitik tanpa mengira musim. Rakyat Kelantan merupakan rakyat paling peka dengan isu-isu semasa berbanding teman-teman mereka di negeri lain. Sementelah pula di Manek Urai yang merupakan kubu kuat PAS sejak 1986. Hanya PRU 2004 PAS tewas tipis kepada UMNO BN. Pada pilihanya kecil kali ini, para pengundi di Manek Urai akan pastikan UMNO terburai dan terbarai dan bersemadi terus disana. Jangan tinggalkan jejak UMNO walaupun sedikit wahai pengundi Manek Urai

Jun 24, 2009

RINTIHAN SIFOOL TERHADAP ANWAR

Rintihan Mohd Saiful Terhadap Anwar Ibrahim

Mahkamah Dunia
8 Julai Hari Penentuan. Mahkamah menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes. Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) yang dihadapinya.

Pada 8 Julai ini, sekiranya Mahkamah menerima permohonannya, maka pertuduhan akan digugurkan bermakna kes gugur(tiada perbicaraan). Jika sebaliknya, maka saya akan dipanggil untuk beri keterangan serta merta(perbicaraan diteruskan).

Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Pada jam lebih kurang 9.00 pagi ini, Hakim akan mendengar permohonan pihak peguam bela tertuduh bagi mendapatkan segala bukti-bukti dari pihak pendakwaraya. Ironinya, segala bukti-bukti dan tuntutan-tuntutan mereka telahpun diserahkan dan dipenuhi namun mereka masih lagi mahu membuat tuntutan seperti menuntut BUKTI ASAL diserahkan.

Tujuan mereka hanya satu, mereka ingin menunjukkan kononnya Mahkamah tidak berlaku adil jika tuntutan mereka tidak dipenuhi walhal ia sebaliknya.

Menurut mereka, jika segala tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka mahu Mahkamah MENGUGURKAN KES sebelum ia dibicarakan. Inilah ''keadilan'' bagi mereka.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

BAHAYA H1 N1 ...H ISHAMUDDIN DAN N AJIB

H1 N1 sangat merbahaya dan ditakuti di seluruh dunia kerana ianya menyebabkan kematian manusia. Wabak ini cepat dan mudah menular dan merebak.
Di Malaysia H1N1 juga mula melanda negara kita. Selain dari virus H1 N1 terdapat satu lagi 'shortform' H1 N1 yang popular iaitu Hishamudin 1 Najib 1.
Negara kita sekarang diperintah oleh H1 N1 iaitu Hishamuddin1 dan Najib1 dua orang sepupu yang lahir dari keluarga negarawan.
Dari sehari ke sehari nampaknya H1 N1 yang memerintahkan Malaysia ini menjadi semakin bahaya. H1 N1 Malaysia dua hari lalu menghalang rakyat Malaysia yang ingin mengadakan majlis makan malam di Klang anjuran DAP.
H1 N1 masih terus mengekalkan akta zalim ISA, mengamalkan dasar yang tidak demoktratik dan sebagainya.
Jika ini sikap H1 N1 Malaysia saya bimbang selepas ini hasrat untuk menjadikan negara kita negara one Malaysia tidak menjadi kenyataan kerana cara pemerintahan H1 N1 yang tidak professional dan demokratik.

PAS TAKUT PADA ANWAR KATA :ISA SAMAD

SHAH ALAM - Veteran UMNO, Tan Sri Isa Abdul Samad menyifatkan penolakan Pakatan Rakyat (PR) terhadap idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) kerana takut kepada Anwar.

Menurutnya, Pas takut untuk menyuarakan dan mempertahankan cadangan mereka memandangkan mesyuarat antara PR itu dipengerusikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam mesyuarat tersebut, Anwar yang mempengerusikannya. Mereka takut untuk bersuara kepada Anwar,” katanya.

Beliau berkata, Pemimpin Pas walaupun merupakan Ahli Majlis Tertinggi dalam komponen PR tetapi dilihat telah dipergunakan oleh PKR dan DAP.

“Jelas, Pas tunduk pada tekanan PKR dan DAP,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan PR yang sebulat suara menolak idea kerajaan perpaduan biarpun hasrat mewujudkan kerajaan perpaduan pada mulanya dikemukakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa muktamar Pas ke-55, beberapa minggu lepas.

Dalam pada itu, Isa berkata, tindakan Pas menyalahkan UMNO dalam penolakan ini menggambarkan sikap Pas yang tidak pernah berubah dari mencari salah UMNO dalam setiap apa yang berlaku.

“Pas memang macam tu, dari dulu lagi...mereka tidak pernah akui kesilapan sendiri,” katanya.

Katanya, Pas merupakan parti yang tidak berprinsip dan mereka hanya berpegang kepada prinsip berjuang atas nama Islam dalam meraih sokongan rakyat.

“Mereka tiada prinsip tetapi, satu kelebihan pas...mereka bijak dalam mengelirukan penyokong mereka,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, UMNO sememangnya bersedia dan tidak boleh menolak dalam mengadakan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan namun, sebaliknya apabila timbul masalah dalaman dalam Pas, UMNO pula dipersalahkan.

“Kenapa pula UMNO harus dipersalahkan? Bukan kita yang membuat tawaran itu. Inilah Pas. Mereka cari alasan baik dengan menuduh UMNO dan BN,” katanya.

Penolakan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu diumumkan oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas satu pertemuan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang di Bangunan Parlimen.

JIWA BESAR PEMIMPIN PAS TIADA DALAM PEMIMPIN UMNO

Terbukti pemimpin PAS berjiwa besar dan 'gentlemen' tidak seperti pemimpin Umno. Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan sifat tawadhuk dan zuhud beliau menarik balik kenyataannya terhadap Ustaz Nasaruddin Mat Isa walaupun sebelum ini kita melihat beliau benar-benar marah kepada Timbalan Presiden PAS tersebut.
Walaupun Tuan Guru seorang pemimpin yang lama, berpengalaman, dihormati dan disegani lawan dan kawan namun dengan jiwa yang besar beliau menarik balik kenyataannya tidak berasa ego dan bongkak.
Perkara tidak akan berlaku di dalam Umno di mana pemimpin tertinggi Umno tidak akan memohon maaf kepada pemimpin bawahan walaupun mereka melakukan kesalahan.
Inilah bezanya jiwa besar pemimpin PAS jika dibandingkan dengan pemimpin Umno yang ego, bongkak dan tidak berani mengaku kesalahan masing-masing.
Sifat pemimpin Umno/BN ini juga terbawa-bawa dalam corak pentadbiran dan pemerintahan mereka di mana mereka ini tidak pernah meminta maaf dan mengakui kesilapan mereka kepada rakyat walaupun jelas kesilapan itu dilakukan secara terang-terangan. Itu sebabnya jarang sekali kita melihat pemimpin Umno/BN bertanggungjawab di atas kesalahan mereka jauh sekali dari meletakkan jawatan. Contoh terdekat ialah Ketua Menteri Melaka sendiri yang jelas disabitkan kesalahan dengan rasuah tetapi tetap mahu meneruskan tugasnya sebagai Ketua Menteri.

Jun 23, 2009

IBRAHIM ALI .... AL...KA... BIDAS ANWAR,,,

KUALA LUMPUR -Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan n . Katanya kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang tidak tahu malu dan bermuka tebal.

"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?


"Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar,'' katanya .


Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.


"Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang,'' tegasnya.


Pemerhati politik sedang menanti-nanti keputusan kemanakah arah tuju politik Ibrahim Ali. Sebelum tahun 2008 beliau kerap mengeritik Umno kerana inginkan kerusi dan simpati Nik Abdul Aziz. Kini kelihat Ibrahim lebih berminat menyokong Umno.

PAKATAN RAKYAT TOLAK UMNO

Aku nak tulis ringkas je hari ni. Tanda sangat gembira, puas hati dan cocok. PR TOLAK KERAJAAN PERPADUAN. Cukuplah sekadar itu. Terima kasih DSAI, Tuan Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang.TAKBIR ...............

SIAPA DALANG ALONG


Cerita Along merantai mangsa bukan perkara baru. Cerita kewujudan "penjara" Along juga bukan satu yang baru. Sudah lama kita mendengar tentang wujudnya "penjara" itu di Pandan Indah. Tetapi kenapa dengan tiba-tiba cerita Along itu hilang begitu sahaja?

Baru satu sahaja kumpulan Along yang diburu. Bagaimana dengan beratus-ratus kumpulan Along yang lain? Apa sebenarnya yang dilakukan pihak polis?

Beribu-ribu poster, kain rentang dan risalah Along ditampal, digantung dan diedar. Mustahil pihak polis tidak dapat mengesan mereka.

SB kita memang hebat. Mas Selamat pun boleh ditangkap.

Oleh itu, kalau mereka berkata susah hendak mengesan Along, rakyat tidak dapat menerima alasan itu. Betul ke susah hendak dikesan atau memang tidak mahu mengesan?

Kezaliman Along ini nampaknya tidak berkesudahan.
Seolah-olah semacam ada konspirasi untuk melindungi mereka. Rakyat akan membuat andaian. Kalau polis tidak bertindak, rakyat akan membuat andaian. Begitu juga jika Along diberi lesen membuka perniagaan, PBT malah Exco PBT akan dituduh melindungi Along.

Tetapi Along terus bermaharaja lela. Rakyat menjadi mangsa. Rakyat sudah muak dengan alasan demi alasan. Kita takut jika undang-undang dan polis tidak dapat melindungi rakyat maka rakyat tidak akan menghormati undang-undang dan akan bertindak sesuka hati. Sudah ada banyak kes Along dipukul, dibelasah malah dibakar hingga mati.

DI SAMAN PEMAJU RM 1 JUTA (KG BARU PLENTONG TENGAH)


PEGUAM YANG MEMBELA PENDUDUK KG

Nasib penduduk kampung Baru Plentong Tengah ibarat sudah jatuh di timpa tangga pulak ..dua hari yang lepas saya hadir di mahkamah Tinggi Johor untuk mendengar kes saman Pihak Pemaju Bukit lenang terhadap Penduduk Kampung Baru plentong tengah,seramai 221
yang terlibat..di saman sebanyak RM 1 juta ,kerana menghalang kerja kerja pembangunan di kampung tersebut .Tahun lepas bulan ogos penduduk di halau keluar dari kampung sendiri yang mereka teroka selama 23 tahun tanpa sebarang bayaran pampasan ..hari ini mereka kena saman pulak .

PAS, WAYANG KULIT, -KOH TSU KOON

KUALA LUMPUR - Setelah bercita-cita tinggi agar Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan. Kini hampir semua pemimpin Barisan Nasional terutama Umno terkilan tindakan Pakatan Rakyat menolak cadangan itu.

Tindakan Pas menolak cadangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diwujudkan kerajaan perpaduan memperlihatkan ketidakjujuran parti itu untuk mengadakan perbincangan ke arah kebaikan, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan Pas itu sebagai "wayang kulit".

"Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat," kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.

"Apa salahnya kalau kita duduk berbincang. Pada saya menolak terus inilah gambaran kejujuran PAS," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan Pas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Ini hal yang mendukacita kepada kita semua khususnya orang Melayu. Bukan nak tubuhkan (kerajaan perpaduan). Kalau nak duduk pun tak boleh, ini memang merugikan kita," katanya.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata penolakan itu tidak mengecewakan Umno.

Jun 22, 2009

ISU ROYALTI DATUK MUSTAPA AKAN BERI PENJELASAN

Kerajaan Pusat akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti hasil pengeluaran petroleum yang sering dibangkitkan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, beliau tiada maklumat penuh dan akan mendapatkan laporan lengkap berhubung isu berkenaan . Beliau akanter memberi penjelasan terperinci dibuat kepada rakyat agar isu itu tidak terus dikelirukan oleh Pakatan Rakyat.


"Kami hendak buat persediaan terlebih dahulu bagi membolehkan penjelasan dapat diberi kepada rakyat," katanya .


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa yang mendakwa kerajaan Pusat belum menjelaskan tunggakan royalti petroleum RM1 bilion.

Husam mendakwa tunggakan itu sepatutnya dijelaskan oleh kerajaan Pusat bagi membolehkan wang itu disalurkan kepada rakyat negeri ini.


Walaupun sudah beberapa tahun isu minyak di Kelantan disebutkan dan dituntut oleh Pakatan Rakyat terutama Pilihanraya Umum ke-12, sehingga hari ini Kerajaan pakatan Rakyat mendakwa kerajaan pusat masih menipu rakyat Kelantan.


Dalam sidang Dewan Rakyat, Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasition mendakwa kerajaan pusat sanggup membayar levi kepada kerajaan Singapura dari hasil tersebut diagihkan kepada rakyat Kelantan. Saifuddin mendakwa konsep 1Malaysia yang menipu rakyat Malaysia.

SIFOOL TAK SABAR NAK JUMPA ANWAR


SHAH ALAM - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan lega dengan kenyataan terbaru Ketua Pembangkang itu yang sedia bersemuka dengannya di mahkamah berhubung perbicaraan kes liwatnya.

Mohd Saiful berkata, kenyataan terbaru Anwar mengenai perbicaraan kes tersebut yang akan mula dibicarakan pada 1 Julai seperti disiarkan akhbar lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu amat dialu-alukan.

“Alhamdulillah, sejuk hati saya apabila mende-ngar khabar Datuk Seri (Anwar Ibrahim) sudi hadir di mahkamah.

“Sudah setahun lamanya saya menantikan hari bagi kita menyatakan kebenaran masing-masing untuk kunjung tiba, moga kali ini, Datuk Seri dapat berpegang pada janji,” katanya dipetik komen terbarunya berjudul ‘Datuk Seri, saya juga sudah bersedia’ di blognya semalam.

Saiful berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Suara Keadilan yang menyebut ‘Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful’.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Anwar kini bebas de- ngan bon peribadi RM20,000.

Pada 17 Jun lalu, Anwar telah memfailkan permohonan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Dalam permohonan yang difailkan oleh peguamnya, S N Nair, beliau juga memohon perintah membatal dan membebaskan beliau dan sebuah perintah menangguh perbicaraan kes liwatnya yang ditetapkan dari 1 hingga 24 Julai ini.

Menurut peguamnya Nair, permohonan itu difailkan atas dasar bahawa tuduhan keseluruhan itu adalah satu persendaan, tidak masuk akal dan tidak mempunyai asas sama sekaLI.

MAHATHIR DI JUAL RM 200....?

IPOH – Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan ada pihak menawarkan beliau RM200 untuk menubuhkan sebuah parti ketiga kerana sudah hilang kepercayaan kepada UMNO:.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ada yang mencadangkan supaya tubuh sebuah parti ketiga khas untuk orang Melayu.

"Tak tau apa yang nak dibuat, kalau kita sendiri begitu tamak, saya sendiri dijual dengan RM200," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Gagasan Melayu Perak di sini, semalam.

Mahathir berkata, adakah wajar setelah 22 tahun jadi Perdana Menteri beliau mahu dibeli dengan nilai sebegitu rendah semata-mata kerana tamak.

“Hanya kerana tamak, dengan RM200 kita sanggup jual orang, tak lama lagi kita jual negeri kita,” katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku dalam UMNO sekarang telah menjejaskan imej di mata rakyat. Sejak awal beliau mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO supaya tidak menggunakan wang dalam parti.

“Imej kita jadi buruk kerana kita beli tempat, jadi macam mana orang hendak nak yakin,” katanya.

Beliau menyarankan agar di peringkat bahagian ahli menolak pencalonan orang-orang yang mengguna wang.

Mahathir berkata, tiada usaha untuk membersihkan UMNO daripada rasuah kerana beliau melihat orang yang terlibat rasuah secara terang-terangan masih lagi menjadi pemimpin.

Mengenai kerajaan perpaduan, beliau menyifatkan cadangan itu adalah sesuatu yang menyusahkan malah gambaran mengenai kerajaan perpaduan juga kurang jelas.

“Kita pun tidak tahu apa dia kerajaan perpaduan. Perpaduan takkan orang Melayu, Kalau Pas dengan UMNO sahaja kita nak buat kerajaan 100 peratus orang Melayu, saya fikir Malaysia ini susah,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak berani untuk memberikan sokongan disebabkan masih kurang pasti hala tuju cadangan berkenaan.

“Kita tengoklah, saya pun tak nampak gambaran yang jelas, sebab itu saya tak berani kata saya sokong,” katanya.

Jun 21, 2009

POLIS HALANG MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM DAP

Polis menutup kawasan majlis makan malam untuk mengumpul dana anjuran DAP bagi kira-kira 3,000 orang di Klang dan turut merampas peralatan pembesar suara.

dap klang dinner 210609 seal.jpgRamai anggota polis ditempatkan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago di Bayu TInggi, tempat jamuan makan malam itu dijadual diadakan.

Turut kelihatan ialah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk trak meriam air.

Menurut blog Charles Santiago, polis Selangor telah membatalkan permit yang sebelumkan diluluskan oleh ibupejabat polis Klang.

"Pada jam 4.45 petang, tujuh trak FRU dan dua trak meriam air kelihatan di kawasan tersebut dan polis menutup jalan masuk ke kawasan majlis makan malam DAP itu akan diadakan," tulis blog tersebut.

dap klang dinner 210609 fru truck.jpgMenurutnya, Santiago tidak dapat menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Blog itu juga menyatakan bahawa pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara pada jam 6.20 petang tadi. Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu juga hadir dan cuba berunding dengan pihak polis.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Santiago memberitahu Malaysiakini bahawa polis mahu majlis makan malam itu diadakan di kawasan tertutup.

Kemah-kemah telah didirikan di luar pejabat tersebut.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang".

"Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup.

dap klang dinner 210609 shop"Serang pengganas? Tidak. Kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.

Orang ramai berkumpul sejak petang tadi untuk menghadiri jamuan tersebut dan sejurus selepas jam 8 malam, mereka masuk menyertai Santiago dan Kit Siang di majlis tersebut.

Anggota polis yang berkawal di situ tidak menghalang mereka daripada menghadiri majlis itu.

Sehingga jam 9.15 malam tadi, sumber-sumber DAP berkata, lebih seribu orang sudah hadir di majlis tersebut, tetapi pegawai-pegawai kanan polis memberi komen bahawa ia tidak seharusnya diadakan kerana dianggap sebagai satu perhimpunan haram.

DIALOG PAKATAN RAKYAT




Dialog yang diadakan di permas Jaya kawasan Pasir Gudang oleh Tiga ahli panel Yb Khalil Idham Lim dan HAji othman dari Pkr serta Cikgu Nada Pengerusi Kelab Penyokong India Pas Pasir gudang .Masayarakat india dan Cina lega hasil taklimat yang disampaikan oleh tiga ahli panel yang juga menyentuh isu semasa dan juga bila soalan kerajaan perpaduan yang di ajukan kepada Yb Idham Lim ,beliau telah menerangkan isu tersebut secara ringkas.

KAMI BERPEGANG TEGUH AMANAT TGHA

Hanya seminggu dua sahaja Umno merasa selesa untuk bernafas apabila menyaksikan Pas bergelut dengan isu Kerajaan Perpaduan. Syabas, buat penyokong setia Pas yang terus mara ke hadapan menjadi perisai agar tembok pertahanan Pas tidak ditembusi oleh Umno dengan propagandanya. Disaat pimpinan Pas lebih banyak mendiamkan diri, penyokong-penyokong setia Pas termasuk penyokong-penyokong kuat PR berterusan menjadi penghalang kepada objektif Umno untuk melihat Pas terkubur.
Meskipun Harakah, satu-satunya media Pas yang sepatutnya boleh diharapkan untuk mempertahankan maruah dan moral Pas dari di`jual' dengan murah kepada Umno, tetapi akhbar tersebut terikut dengan rentak pemimpin mereka. Lesu dan tidak bermaya malahan kadangkala kelihatan laporan atau beritanya saling tidak tumpah seperti Utusan Meloya pula. Mujur, usaha yang berterusan dari penyokong-penyokong bawahan yang mahukan Pas terus dihormati dan disegani bukan di`beli', disedari oleh Mursyidul Am Pas. Lantas, beliau mengeluarkan kenyataan yang agak keras bagi `mengejut'kan beberapa pimpinan yang mungkin `terlena' dengan mimpi indah bersama bakal `tunangan'nya bernama Umno. Selepas itu, barulah seorang demi seorang mengeluarkan pandangan masing-masing dari segala pelusuk negeri. Apabila terjaga dari `lena' barulah mereka tahu bahawa idea Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan sesama pimpinan Pas apatah lagi bersama PR rakan yang banyak membantu Pas sebelum ini. Rahsia bahawa cadangan Kerajaan Perpaduan itu sebenarnya tidak pernah dibincangkan, bahkan semata-mata pendapat atau keinginan peribadi dua tiga orang di dalam Pas telah didedahkan di dalam Parlimen baru-baru ini oleh Ustaz Abdul Halim. Ketika itu, baru kita faham sebenarnya situasi yang berlaku walaupun sebelum ini beberapa pemimpin Pas mengutarakan berbagai helah dan dalil untuk meyakinkan kita agar menerima `jalan yang mudah' itu. Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Aziz terlebih awal `menghidu' bau busuk dari idea tersebut walaupun Mufti Perak menghidunya sebagai wangi yang teramat harum. Setelah menyedari bahawa bukan semua penyokong dan ahli-ahli Pas boleh di`beli' dengan harga yang terlalu murah, Umno mula gelisah dan mahu tidak mahu terpaksa juga pemimpin-pemimpin Umno memuji melangit dua tiga tokoh Pas ini agar impian Umno akan menjadi kenyataan. Jika dahulu mereka mengecam tokoh Pas ini dengan menuduh fatwanya `mengkafirkan Umno' dalam amanat yang terkenal itu, kini mereka terpaksa menjilat ludahnya kembali. Umno tidak mengerti bahawa masih ramai di kalangan penyokong-penyokong dan ahli Pas yang masih memegang kuat fatwa `Amanat Haji Hadi' itu kerana mereka yakin bahawa itu adalah amanat yang betul dan tidak silap walaupun mungkin terdapat dua tiga tokoh Pas sekarang ini yang menganggap amanat itu tidak lagi releven. Kerana Amanat itulah penyokong-penyokong dan ahli Pas menentang keras sebarang usaha ke arah Kerajaan Perpaduan bersama Umno. "Kita menentang Umno bukan kerana ianya Umno".

TGNA DAN TGHA AKAN JUMPA ISNIN INI

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pimpinan lain di sini Isnin ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau berharap pertemuan untuk mesyuarat itu dapat menjernihkan keadaan.

"Kita tunggu tok guru (Nik Aziz) selesaikan sebab mereka pun akan berjumpa selepas Hadi balik hari Ahad. Mereka akan mesyuarat pada hari Isnin, jadi pada Selasa atau Rabu perkara ini akan jelas.

"Biarlah orang tua-tua selesaikan. Takkanlah mak dan ayah geger (bising) kita nak masuk campur. Dua-dua tu mak dan ayah kita juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sumbangan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari Dalam Pembangunan Ummah di Dewan Johor, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri, hari ini.

Nik Abdul Aziz membantah sekeras-kerasnya cadangan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno, yang dicadangkan Abdul Hadi.

Isu itu menjadi konflik perpecahan dalam Pas sehinggakan Nik Abdul Aziz meminta Nasharuddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden dan anggota Parlimen Bachok jika berniat meneruskan cadangan itu.

Bagaimanapun pemimpin Umno bersikap terbuka untuk menjayakan hasrat kerajaan perpaduan itu untuk membela orang Islam di negara ini, malah sanggup menerima apa saja syarat yang ditetapkan Pas.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata Pas Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap isu pemasangan sepanduk dan pungutan tanda tangan bagi menyatakan sokongan terhadap Nik Abdul Aziz yang membantah cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

"Sepanduk meminta tandatangan itu bukan dari kami. Ia mungkin inisiatif individu sebab semasa kita (Pas) bermesyuarat pada Khamis lepas, Badan Perhubungan Pas Negeri tidak berbincang mengenainya (pemasangan sepanduk)," katanya.

Semalam, sebuah sepanduk dengan gambar Nik Aziz yang tertulis "Kami Tolak Kerajaan Perpaduan, Kami Berdiri Teguh Di Belakang Tok Guru" dipasang di tingkat bawah bangunan Pejabat Perhubungan Pas negeri Kelantan bagi membolehkan orang ramai menurunkan tandatangan mereka selepas mendengar kuliah .

LAPAN PEMUDA PAS JOHOR DI TAHAN POLIS

Lapan anggota Dewan Pemuda PAS Johor, termasuk ketuanya Khairul Faizi Ahmad Kamil, ditahan polis ketika mengedarkan risalah anti dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) petang tadi.

Kesemua mereka mereka ditahan serentak di sebuah pasar malam di Batu Pahat kira-kira jam 4.30 tadi kerana mengedarkan risalah anti-PPSMI yang tidak mempunyai nama pencetak dan penerbitnya.

Bagaimanapun, setelah diambil keterangan kesemua mereka dibebaskan kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Mereka adalah naib ketua Pemuda PAS negeri, Hamid Jammah; dua exco dewan itu, Norhalim Sakid dan Norazid Mohd Nor turut ditahan serta empat lagi aktivis PAS - Zulkifli Kama Kutti, Saruni Said, Rizal Harun dan Rashid Abdul Rahim.

Sejurus selepas dibebaskan, Khairul Faizi memberitahu Malaysiakini, beliau tidak menyalahkan pihak polis yang cuma menjalankan tugas mereka.

“Bagi kami, kami hendak sampaikan kepada masyarakat kenapa PPSMI perlu dimansuhkan. Walaupun kami diberitahu, keputusan perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat, selagi mana keputusan tak dibuat, gerakan mesti diteruskan,” katanya.

lapan

Jun 20, 2009

PAKATAN RAKYAT JAUH LEBIH BAIK DARIPADA UMNO


Mursyidul Am Pas, TUAN Guru Nik Aziz Nik Mat mendakwa konsep Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan pimpinan Umno dan Pas tidak perlu mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pendiriannya tetap menolak konsep kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) yang hangat diperkatakan kalangan pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu kebelakangan ini.

"Kerajaan pakatan jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan... nak buka lembaran baru kerana apa, yang lama tutup kenapa.

"Ya... tetap (menentang kerajaan perpaduan)... kami dah kenal Umno," katanya ketika ditemui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk program bersama Pas Kedah di sini hari ini.

MCA PELAWA DAP UNTUK BINCANG

Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek ketika di Pasir Putih, Kelantan semalam telah menyuarakan satu idea drastik yang pasti satu tamparan kepada Tee Keat, apabila Soi Lek kata – “Demi kepentingan rakyat, maka MCA juga boleh duduk bincang dengan DAP.”

Tu dia jenis pemimpin berani yang memang tak takut “mati” walaupun kedudukannya dalam MCA ketika ini(pada pandangan Tee Keat) sekadar mayat hidup.

Menurut Soi Lek, MCA bersikat terbuka terhadap usaha pemimpin Melayu atau Cina yang duduk berbincang mencari jalan menstabilkan perpaduan rakyat dan ekonomi negara. Oleh itu dalam masa yang sama kita (MCA) pun boleh jumpa Pas, jumpa DAP.

Bercakap mengenai Kerajaan Perpaduan yang sedang dicanang antara Pas dan Umno, Soi Lek beranggapan perbincangan tersebut tidak seharusnya terhad kepada kepentingan Melayu semata-mata, ia wajar untuk kepentingan bukan Melayu juga sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata MCA tetap yakin dengan keupayaan PM, Najib yang mahu melihat konsep 1Malaysia dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan seluruh rakyat, pelbagai kaum.

Oleh itu, MCA percaya UMNO tidak mungkin membentuk satu kerajaan bersama Pas dan membiarkan parti kaum Cina menjadi pembangkang.
Posted by RAKYAT MARHAE

KERAJAAN PERPADUAN IMPIAN UMNO


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu tidak membantah mana-mana parti politik termasuk PAS mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun demi kepentingan negara. "Saya tidak fikir sebarang parti dihalang daripada membincangkan dengan mana-mana pihak tetapi kerajaan perpaduan adalah isu berlainan sama sekali.

"Kami adalah dalam Pakatan (Rakyat), jadi kami semua komited kepada Pakatan," katanya lagi. Dr Wan Azizah menghadiri sebuah majlis menyambut ulang tahun kelahiran pemimpin demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi ke-64 anjuran Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong.

Katanya terma "kerajaan perpaduan" adalah tidak betul kerana hanya sebilangan pemimpin PAS sahaja yang ingin mengadakan perbincangan dengan UMNO. "Ia bukan satu kerajaan, istilah itu bukan mengenai kerajaan perpaduan. Sebenarnya ia hanya mengenai perbincangan dan bukan perbincangan perpaduan," katanya.

DAP MENOLAK PENJELASAN PKFZ

DAP hari ini menolak penjelasan Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat mengenai peruntukan tambahan RM1.2 bilion ringgit yang diluluskan kerajaan untuk kontraktor.

Penasihat DAP Lim Kit siang berkata Ong sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas pemberian peruntukan tambahan itu kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd pada 10 Mei 2008.

"Ong menjawab di dalam blog peribadinya bahawa jumlah tersebut sudah diluluskan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) sebelum beliau menjadi menteri pengangkutan dan diminta oleh LPK untuk memaklumkannya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi", kata Lim.

Penjelasan Ong tidak boleh diterima kerana sepatutnya permohonan itu perlu dibentangkan terlebih dulu kepada Kabinet seperti yang tercatit dalam syarat projek PKFZ.

Justeru Lim meminta agar Ong dapat memberi penjelasan telus berkaitan isu tersebut pada sidang Parlimen minggu depan demi kebaikan rakyat.

Kegagalan Ong sendiri tampil memberi penjelasan mengenai isu PKFZ telah mengaibkan kerajaan BN secara keseluruhan.

"Status PKFZ perlu dijawab dengan segera kerana pembaziran wang yang banyak mencetuskan kegusaran di kalangan rakyat terhadap masalah salah guna kuasa, salah tadbir dan penyelewengan", ujar Lim.

Kos pembinaan PKFZ melonjak naik daripada kos asal sebanyak RM 1.1 billion kepada RM7 bilion juta dan mungkin mencecah sehingga RM 12.5 billion.

Ong telah berjanji untuk memberi penjelasan di Parlimen minggu lalu tetapi tiba-tiba berlepas untuk lawatan mengejut ke Paris.

MUSLIMAT TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO


KUALA LUMPUR - Dalam hampir semua pemimpin Umno mendesak agar kerajaan perpaduan menjadi kenyataan. Dewan Muslimat Pas tetap berpegang teguh dengan keputusan muktamar parti itu dan menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Timbalan Muslimat PAS, Senator Siti Zailah Yusof berkata, pihaknya memahami kecelaruan yang timbul di kalangan ahli-ahli Pas akar umbi, pimpinan peringkat bawahan, penyokong dan pengundi Pas berhubung isu kerjasama politik antara Pas dengan UMNO.


"Bagaimanapan, Muslimat Pas akan tetap berjuang bersama dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP sebagai satu gagasan.


"Kami menyeru kepada ahli-ahli supaya bertenang dan jangan cepat cemas dengan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba memecah belahkan pakatan pembangkang dan perpaduan dalam Pas," katanya .


Siti Zailah berkata, pihaknya ingin menyeru kepada semua pimpinan Pas supaya tidak membuat cadangan baru di luar keputusan muktamar atau yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat serta Majlis Syura Ulama.


"Pas adalah parti yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik di negara ini dan mempunyai pengalaman luas untuk menangani pelbagai cabaran politik yang dihadapi.


"Pemimpin-pemimpin dan ahli Pas seharusnya meletakkan kesetiaan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan jemaah," kata beliau.

CERAMAH YB KHALIL IDHAM LIM



Ceramah yang diadakan di Taman rinting Pasir Gudang bersama YB khali Idham lim dan Pakatan rakyat memdapat sambutan daripada penduduk setempat, YB kupas isu negeri perak dan sedikit isu Kerajaan perpaduan.

(SIMPANG MAUT) PENGGUNA DESAK PASANG LAMPU ISYARAT


Bagi mereka yang mendapat lesen memandu pasti panik apabila melalui persimpangan lapan di jalan suria 8,Bandar Seri Alam dekat sini.Pengguna di kawasan tersebut menggelar persimpangan maut kerana sering berlaku kemalangan termasuk membabitkan kematian.

SIFOOL BERCHAKAP PASAL AKHIRAT PULAK


APABILA mula menyedari bahawa DS Anwar kini meneruskan langkah untuk terus berjuang menuntut keadilan buat diri beliau yang difitnah, maka Saiful pemuda yang pernah bersumpah laknat mengistiharkan dirinya telah diliwat mula berubah bicara dari mahkamah dunia ke mahkamah Akhirat. Tindakan DS Anwar yang berterusan melawan dan terus melawan dan tidak mudah menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada `konspirator', amat menimbulkan gerun dihati Saiful maka beliau seolah-olah mencari kaedah baru agar dirinya mendapat simpati.

Saiful berkata seperti yang disiarkan di dalam Malaysia kini hari ini, sekiranya kes liwat tersebut dibuang dan tidak dibicarakan, maka beliau percaya di akhirat kelak pasti jua dibicarakan. Jika ini keimanan Saiful yang ada, maka sewajarnya lah Saiful tidak perlu membuat Sumpah Laknat yang bertentangan serta tidak mematuhi peraturan Syarie dahulu. Sudah menjadi salah satu Rukun Iman di dalam Islam, bahawa percaya kepada Hari Akhirat. Usahkan kes liwat seperti yang Saiful katakan itu, bahkan Sumpah Laknatnya itu pun akan dibicarakan juga. Ini asas agama dan semua yang mengaku Islam wajib yakin bahawa adanya hari perbicaraan dan pembalasan. Begitu juga, jika seorang doktor di Pusrawi yang memeriksa dubur Saiful mengesahkan tiada kesan liwat, jika beliau berbohong dengan laporannya itu maka tetap akan dibicarakan. Termasuk juga 3 doktor pakar dari HKL yang juga melaporkan tiada kesan liwat ke atas dubur Saiful, jika mereka berbohong mereka tetap akan dibicarakan. Ini semua adalah perkara yang wajib diyakini oleh orang-orang Islam walaupun tanpa Saiful memberitahunya.

Oleh yang demikian, sebagai manusia yang masih tinggal di dalam dunia ini tambahan pula berada dalam sebuah negarayang mengamalkan undang-undang serta sistem kehakiman seperti yang ada, maka wajib juga bagi DS Anwar berikhtiar untuk mempertahankan dirinya dari dianiayai atau dizalimi. Beliau tidak minta kes beliau dibuang tanpa alasan yang munasabah kerana beliau sedar siapa diri beliau di mata kerajaan. Yang penting bukti mesti ada dan kukuh serta keadilan untuk sidituduh dan menuduh mesti diberikan, maka teruskan saja perbicaraan. Tentang urusan di hari Akhirat semua makhluk pasti melaluinya. DS Anwar juga pernah berkata bahawa kezaliman yang berlaku terhadapnya sebelum ini dan juga beberapa tuduhan dan fitnah sebelum ini juga pasti dibicarakan di Akhirat dan mereka yang bersalah pasti tidak akan dapat lepas dari pembalasan Rabbul Jalil.

Nasihat saya buat Saiful, tabahkan hati untuk menghadapi hari perbicaraan nanti. Kita sama-sama tahu mahkamah di dunia tidak sama dengan mahkamah di Akhirat. Namun, usaha perlu dijalankan. Jika perlu menghafal mana-mana skrip perbicaraan nanti, tenangkan hati agar tidak tergigit lidah semasa perbicaraan kelak. Yang Hak Mesti DiTegakkan.
Posted by WFAUZDIN NS

RETREAT KHAS PAS

KUALA LUMPUR, 18 Jun: PAS akan menganjurkan retreat khas 18 dan 19 Julai depan bagi menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan pemimpinnya khasnya berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, anggota retreat ini adalah AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulama.

Di Kota Bharu baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan agar PAS mengadakan satu seminar khas berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan ini.

Beliau mencadangkan agar Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Mustafa Ali menganjurkan seminar ini.

Mustafa ketika dihubungi Siasah berkata, pihaknya telah mempunyai perancangan untuk mengadakan seminar ini.

"Mandat telah diberikan kepada Ketua Penerangan PAS yang baru, Ustaz Idris untuk menguruskannya," kata Mustafa.

Idris ketika dihubungi berkata, retreat ini adalah permulaan.

"Selepas sudah disepakati oleh pimpinan PAS, kita akan turun ke negeri-negeri dalam bentuk munaqasyah ucapan dasar.

"Kita akan bincang dalam program ini apa-apa perbezaan pendapat dalam PAS. Ini kerana yang bercakap menyokong gagasan inipun kadang-kadang tidak faham, apatah lagi yang menentangnya," kata Idris kepada Siasah.

Idris berkata, beliau pada awalnya mencadangkan agar ia dibuat secepat mungkin memandangkan isu ini tengah panas sekarang namun pimpinan PAS yang lain mencadangkan ia dibuat selepas pilihan raya kecil Manek Urai.

"Penamaan calon Manek Urai 7 Julai, pilihan raya 14 Julai. Jadi kita akan buat hujung minggu selepas itu iaitu 18 dan 19 Julai," katanya lagi.(siasahdaily)

Jun 18, 2009

NIK AZIZ MENCADANGKAN MESYURAT UKHUWAH

Kota Bharu - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian. Kenyataan tersebut dilihat oleh pendokong Pakatan Rakyat sebagai langkah pantas meredakan suasana.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini. "Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," kata Nik Aziz lagi.

TAK PERLU KERETA MEWAH DI MANIK URAI

Seorang Tim. Menteri dari Kelantan mengarahkah jangan datang ke Manik Urai ketika ini dengan kereta Mewah, apakah kehadiran menteri hanya dengan proton saja, apakah mereka akan menaiki motor atau pun berkayuh basikal. Dalam tempoh PRK di Manik Urai ini, semua orang - Pemimpm UMNO akan menjiwai rakyat dengan melaksanakan hidup yang sederhana.

Apakah penduduk Manik Urai akan tertipu dengan cara ini?

Kenapa orang UMNO sering memperbodohkan pengundi-pengundi yang kini telah pun membuka mata dan berfikiran " glokar ", dalam keadaan dunia tampa sempadan ini pemimpin UMNO merasakan penduduk di Manik Urai masih lagi tinggal di gua-gua batu yang tak tau perangai dan rakam hidup pemimpin UMNO. Mereka kenal dan tahu siapa Anwar Musa, Mereka juga kenal Awang Adik, Siapa Mustafa Muhammad, Kerabat Diraja Tengku Razali Hamzah. Apakah jika mereka datang dengan proton saga, penduduk perjaya dengan cara hidup ini? Fikir-fikirlah.

Penduduk masih tertanya-tanya bila nak dihapuskan PPSMI?, Kenapa Bahasa Inggeris nak diwajibkan di SPM? kenaka nak sekat pelajar mengambil lebih dari 10 mata pelajaran di SPM, yang dapat cemerlang siapa dan subjek apa yang diambil oleh calun-calun tersebut - fikir-fikirkanlah

PAS TETAP UTUH :ANWAR


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yakin PAS tetap utuh biarkan mutakhir ini perbezaan pendapat antara pimpinan kanan parti itu mengisi dada-dada akhbar arus perdana kawalan Barisan Nasional.

Dikerumuni media sebaik sahaja keluar dari Dewan Rakyat hari ini, mantan Timbalan Perdana Menteri itu menolak tanggapan wujudnya perpecahan dalam Pas berhubung tawaran Umno untuk bermuqabalah dengan Pas.

Anwar berkata laporan yang memetik Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi teguran terbuka kepada Timbalan Presiden parti Nasharuddin mat Isa bersabit isu itu tidak perlu menimbulkan andaian bahawa kepimpinan parti itu dalam krisis.

Nik Aziz membuat teguran itu selepas Nasharuddin dilaporkan berkata Pas menyambut-baik kesediaan Najib untuk mengadakan perbincangan mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

"Teguran dari Nik Aziz tentulah dari perasaan beberapa rakan-rakan Pas dan akar umbi, dan tentu dapat dileraikan jika penjelasan dapat diberi secara baik," kata Anwar.

Beliau yakin Presiden Parti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz mampu mengatasi sebarang isu yang berbangkit demi keutuhan parti .

"Saya ingat ia dalam konteks perkara-perkara yang berbangkit sebelum ini, tetapi saya berkeyakinan dengan kemampuan Nik Aziz dan Presiden Abdul Hadi untuk meleraikan isu yang berbangkit," tambah Anwar.

Anwar berkata isu kerajaan perpaduan itu telah cuba diputarbelitkan oleh UMNO tetapi Pakatan Rakyat yakin dengan iltizam PAS untuk terus bersama gagasan pembangkang itu.

"Saya tidak fikir ada pergolakan kerana muktamar Pas mereka menyatakan pendirian dengan jelas. saya tidak fikir ada kekeliruan dan diulangi oleh pimpinan Pas bahawa mereka komited kepada Pakatan, tidak menolak perbincangan dengan syarat Umno menjamin pilihanraya bebas, hentikan tindakan zalim," kata Anwar.

SERANG MANIK URAI

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata Pakatan Rakyat akan memainkan isu royalti minyak yang belum dibayar oleh kerajaan pusat kepada Kelantan itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Beliau menegaskan ,"Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan" .

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Husam berkata, Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Jun 17, 2009

MALAYSIA NEGARA PELACUR.....?

Gagal membendung jenayah di seluruh negara yang semakin berleluasa sehinggan mengancam keselamatan harian rakyat, kerajaan Barisan Nasional hari ini menerima satu lagi tamparan.

Amerika Syarikat menyenarai-hitam Malaysia sebagai antara 17 negara utama di dunia terbabit dalam penyeludupan manusia khususnya untuk pelacuran.

Malaysia berkongsi “penghormatan” itu dengan negara seperti Zimbabwe, Sudan, Korea Utama, Papua New Guine, Fji dan Arab Saudi sebagai destinasi paling aktif dalam penyeludupan manusia, menurut laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Malaysia digugurkan daripada senarai itu pada tahun lalu, tetapi kemasukan begitu ramai rakyat asing secara haram untuk pelacuran dan pekerjaan memaksa Washington sekali lagi meyenarai hitamkan Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, selain pelacuran, Malaysia turut menjadi destinasi untuk mengeksplotasi pekerja asing.

“Malaysia didapati gagal mencapai tahap minima untuk membanteras penyeludupan manusia dan tidak dilihat sebagai apa-apa usaha berkesan kea rah itu, laporan berkenaan menyatakan.

Laporan itu turut mengatakan pegawai Imigresen didapati terbabit dalam sindiket mendagang rakyat Mynamar di persempadanan Malaysia-Thailand.

Pegawai Imigresen dikesan menjual rakyat Myanmar untuk RM700 tiap seorang kepada kumpulan tertentu yang beroperasi di situ.

Laporan itu turut merujuk kepada layanan majikan terhadap pepekrja asing yang penuh dengan kes-kes penderaan, termasuk penyiksaan seksual dan fizikal.

Kerajaan Barisan Nasional dilaporkan membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk melancar, apa yang dicanang sebagai operasi membersihkan negara daripada pendatang tanpa izin.

ISU AIR KUMBAHAN (PUSAT ADUAN RAKYAT)




Isu air kumbahan yang saya siarkan dua hari lepas telah di baiki oleh pihak yang berwajib setelah didedahkan dalam akhabar dan dalam blog lihat gambar sebelum dan selepas.