Apr 30, 2009

JANJI MB NAK BAGI GERAN


Selepas habis dengar kes di mahkamah saya terus ke Kampung seri Makmur bersama dengan pihak media dan orang Kampung untuk dengar masalah yang di hadapi oleh mereka.Menteri besar pernah janji nak bagi geran tanah kepada kami pada tahun 1999 dan 2003...sambil menujukan bukti keratan akhabar pada saya...

USRAH

UST SEDANG SAMPAIKAN USRAH

TEKUN


Proses tarbiyah adalah satu proses pendidikan dan pembetukan kepada ahli dan juga pemimipin...melalui usrah la kita faham perjuangan yang di bawa oleh Pas..... MENGANTUK LA PULAK ESOK SAMBUNG...USARAH PAS KAW TIAP HARI RABU



JUMPA DI MAHKAMAH

Esok pagi jadual saya agak padat Jam 9.30 pagi saya perlu hadir di mahkamah Tinggi Johor bersama Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah kes saman
Pihak Pemaju bukit Lenang terhadap kami...Pukul 11 pagi saya kena buat sidang media di Kampung seri Makmur ..saya masih menunggu satu lagi saman dari pada bekas Wakil rakyat...saman malu...akan saya ulas isu ini .......

Apr 29, 2009

26 TAHUN TUNGGU GERAN TANAH




Semalam saya di kunjungi oleh Penduduk Kampung Sri Makmur Plentong di Pusat Aduan Rakyat...beliau mengadu berkenaan dengan geran tanah yang di janji oleh pemimpin Barisan Nasional tetapi sehingga sekarang bayang geran pun masih tidak kelihatan sedangkan penduduk sudah teroka kampung ini hampir 26 tahun janji Menteri Besar pada tahun 1999, untuk mengeluarkan geran tanah.Penduduk mempunyai bukti kenyataan Menteri Besar melalui keratan akbar.Dan pada petang tadi saya dan saudara Wan (Setiausaha Pusat Aduan Rakyat)telah bertemu dengan orang lama di kampung tersebut iaitu Pak Cik Ismail yang telah menetap di kampung tersebut selama 26 tahun. dan dalam perjumpaan tersebut penduduk kampung dan saya akan membuat kenyataan media di kampung tersebut pada hari esok.30.04.09 bersama dengan orang kampung.


Apr 27, 2009

Bantuan di Kg Melayu Majidee Baru

Sedang saya dan sahabat melawat PASTI, saya dikejutkan dengan panggilan dari En Rahman. Beliau adalah seorang OKU (badan sihat, cuma mulut sedikit herot dan sukar bercakap akibat strok), dan telah diberhentikan kerja. Isteri beliau orang Filipina Islam, juga tidak bekerja. Keluarganya pernah datang ke Pejabat Pusat Aduan Rakyat untuk mengadu nasib...

Beliau merayu sedikit bantuan kerana di rumahnya sudah tiada apa untuk dimakan! Kami pun terus membeli sedikit keperluan untuknya dan terus ke rumahnya di Kg Melayu Majidee untuk serahkan bantuan









Beliau masih tidak bekerja hingga kini. Diharap kepada sesiapa berdekatan yang perlukan pekerja, bolehlah mengambilnya bekerja untuk meringankan beban keluarga ini. Saya juga sudah serahkan kes ini kepada sahabat saya Najib dari Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya. Moga Allah bantu keluarga ini...

Lawatan ke PASTI di Kawasan Pasir Gudang

Pada 21 April lalu saya bersama saudara Muslimin dan Wan telah melakukan lawatan ke seluruh PASTI Pasir Gudang untuk melihat keadaan dan juga untuk berinteraksi dengan guru dan ibu bapa berkenaan permasalahan yang dihadapi mereka



Seronok melihat anak-anak belajar dengan bersungguh-sungguh. Moga-moga mereka ini bakal Ulama' di masa hadapan InsyaAllah


Baru sahaja selesai melawat 2 PASTI, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu panggilan. saya terus menangguhkan lawatan. Saya akan ceritakan di artikel seterusnya...

.

TERIMA KASIH KOSMO


Biar tak dapat jumpa MB tapi sekurang kurangnya isu Kampung Pendas Laut ini akan bukak mata masyarakat melayu inilah di bawah kuasa UMNO orang melayu merempat di bumi sendiri walaupun kuasa politik dikuasa oleh UMNO apa yang mereka buat khusunya membela orang melayu ...hampir 52 tahun mereka ada kuasa apa mereka buat..........?BN

MESYURAT AGUNG PAS KAWASAN

UCAPAN PERASMI
ADA IC BOLEH MASUK

SB SEDANG CEK NAMA DIA ADA TAK....


Mesyurat agung Pas Kawasan Pasir Gudang kali ke 6 yang diadakan semalam 25.04.09 menyaksikan perubahan apabila berlaku pertandingan dua penjuru diantara saudara Rahim dan Haji Azhari
keputusannya Haji Azhari menang sebagai Ydp kawasan yang baru...tahniah kepada yang menang .

Apr 24, 2009

ZIARAH DAN SUMBANGAN



SELEPAS HABIS PROGRAM BERSAMA PENDUDUK KG PENDAS LAUT ...SAYA DI HUBUNGI SAHABAT TAMAN CENDANA SUPAYA SAYA DAPAT ZIARAH SEORANG PAK CIK YANG DAH HAMPIR TIGA BULAN TERLANTAR TIDAK MAMPU BERKERJA DAN TERPAKSA SARA DUA ORANG ANAK..SAYA DAN SAUDARA WAN SELEPAS SOLAT ZOHOR KAMI BELI BARANG DAN TERUS KE RUMAH KELUARGA TERSEBUT BERSAMA TIMB KETUA PEMUDA PAS CAWANGAN TMN CENDANA...SEDIKIT SUMBANGAN YANG DAPAT DI SAMPAIKAN DARI PADA PAS PASIR GUDANG....PAK CIK NI KENA STROKE SEBELAH BADAN ...SAYA DAH MAKLUMKAN PADA YDP KAW..DIA NAK BEKAM...SECARA PERCUMA....BEKAM RAHIM JANGAN TAK BEKAM

HAJAT TAK SAMPAI.........

Jumpa di luar pintu sahaja.. Nasib baik tak di bawah pokok!




Pakcik ni datang dengan semangat nak jumpa MB, siap pakai cap BN lagi...tapi akhirnya KECEWA


Hasarat Penduduk Kampung Pendas Laut Gelang Patah nak jumpa MB tak kesampaian kerana MB tak ada.....tetapi Penduduk tetap serahkan Memorandum kepada Setiausaha Sulit MB. Harap-harap dapat perhatian MB




Apr 21, 2009

KAMI.......... NAK JUMPA MB JOHOR

LOKASI YANG CANTIK
JAWATAN KUASA






Pertemuan saya dengan jawatan kuasa bertindak Kg Pendas laut dua hari yang lepas kami bersetuju untuk hantar rombongan orang Kampung untuk berjumpa dengan Menter Besar Johor Pada hari khamis ini setelah sekian lama Penduduk Kampung tunggu penjelasan dari wakil rakyat sampai sekarang tak ada jawapan apakah kesudahan nasib kampung kami...yang bakal di ambil oleh pihak Pemaju di mana bakal kami di tempatkan ?....

CAWANGAN PEMUDA PAS DI TUBUHKAN


Tahniah di ucapakan pada Pas caw Taman air biru kerana berjaya tubuhkan caw Pemuda dan kemasukan ahli baru Pemuda Pas semoga dengan ada barisan pemuda ini akan memantap lagi usaha cawangan dalam kerja Parti.Saya rasmi cawangan Pemuda tersebut .

Apr 20, 2009

PERJUMPAAN TERGEMPAR KG BARU PLENTONG TENGAH



Semalam saya dan Tuan Haji halim daripada Keadilan kami bersama dengan seorang Peguam memberi kata kata semangat kepada penduduk kampung setelah mereka mendapat berita bahawa pihak pemaju Bukit Lenang telah failkan saman terhadap orang kampung ...kes mereka akan disebut pada 30.04.09 di Mahkamah Tinggi Johor.Pihak pemaju saman orang kampung sebanyak satu juta seorang

Apr 18, 2009

Terkini Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah

Pihak pemaju Bukit lenang saman orang kampung plentong sebanyak satu juta seorang..kes mereka akan didengar pada hari khamis ini ...3o.04.09 di mahkamah tinggi Johor.

Apr 17, 2009

NASIB KAMPUNG PENDAS LAUT ADAKAH SAMA DENGAN KG PLENTONG


Kampung plentong

Gambar Kampung plentong






saya telah di hubungi oleh saudara Azmi Pengerusi Jawatan kuasa bertindak Kampung pendas Laut gelang Patah ..supaya saya dapat hadir didalam mesyurat bersama penduduk pada Hari ahad ....ini mengikut cerita Azmi pemaju sudah mula bertindak untuk berunding dengan penduduk..Kampung Pendas laut ini telah di teroka sebelum zaman merdeka lagi ..sebelum ini saya telah dedahkan bagaimana sikap pihak pemaju yang salah guna kuasa..tanpa sebarang perintah mahkamah telah pindahkan kubur kubur orang orang islam tanpa mengikut lunas lunas undang undang..termasuk masyarakat cina...

Apr 14, 2009

Mana Selepas Ini?

Politik Malaysia sedang di dalam keadaan yang sangat kucar-kacir hasil dari permainan politik kotor akibat ketamakan kuasa.....

Sekarang ada 3 atau 4 negeri yang berada di ambang pembubaran DUN:

Perak - DUN akan terbubar automatik sekiranya tiada sidang DUN sebelum 24 Mei 2009...
Terengganu (Isu baru timbul) - Undi tidak percaya pada Menteri Besar
Sarawak - Pilihanraya Negeri

Lagi..

Melaka?
Negeri Sembilan?

Sama-sama kita nantikan.....


Baca berita dari Detik Daily

Negeri Mana Yang Bubar DUN Dulu,Perak Atau Terengganu
Posted on Tuesday, April 14 @ 03:00:00 MYT
by PaktamOleh Angkasanuri

Terangganu kini masuk dalam senarai DUN yang akan dibubarkan selepas Perak. Sabah dan Sarawak juga bakal berhadapan pembubaran DUN bagi memberi laluan pilihanraya negeri diadakan.Cuma yang menariknya kita menunggu DUN mana yang akan dibubarkan dulu. Dun Perak akan terbubar dengan sendirinya sekiranya sidang DUN tidak diadakan dalam tempoh 6 bulan iaitu selewat-lewatnya 24 Mei depan mengikut pelembagaan negeri. Jika sidang Dun 'bawah pokok' diambil kira maka tempoh hayat Dun Perak boleh bertahan sehingga bulan September tahun ini.
Namun, jika sidang Dun bawah pokok tu diterima, bermakna segala keputusan yang dibuat adalah sah mengikut undang-undang. Tetapi saya yakin Umno@BN tidak akan beri 'perkenan' sidang Dun berkenaan.

Di Terangganu telah wujud desas-desus yang kuat akan wujud 'pemberontakan' daripada kumpulan Datuk Idris Jusoh kepada MB sekarang, Datuk Ahmad Said untuk mengemukakan usul tidak percaya.

Walaupun dalam tempoh sehingga Rabu ini tidak ada sebarang usul tidak percaya dikemukakan tidak bermakna Ahmad Said boleh menarik nafas lega.Bila-bila masa usul tak percaya boleh dibuat walaupun Datuk Rasol Wahid dalam team Idris Jusoh kata isu itu tidak pernah dibincangkan.

Dalam masa yang sama DUN Sabah dan Sarawak semakin menuju tempoh matang. Dun boleh dibubarkan bila-bila masa dari sekarang.


Tetapi dalam keadaan sekarang beranikah kerajaan BN yang memerintah membubarkan Dun di Sabah dan Sarawak?Jom kita terus berspekulasi, Dun mana yang akan dibubarkan dulu? Dun Melaka?

.

Apr 13, 2009

LAGU RASUAH DAN SAHABAT YANG MEMBANTU MASA PILIHANRAYA

Terima kasih kepada sahabat dari Pasir Gudang yang membantu di dalam Pilihanraya..


SAHABAT DARI PASIR GUDANG YANG MEMBANTU SEMASA PILIHANRAYA

Lagu di bawah ni ada sahabat Bukit gantang yang bagi kat saya masa hari mengundi dan masa hari penamaan calon ....

BARISAN RASUAH

ITU LAH BARISAN RASUAH YANG MALAS BERJUANG

SIAP SEDIA MERASUAH UNTUK POKET SENDIRI

SEBELUM DIA MERASUAH JANGAN HARAP DIA PULANG

ITULAH SUMPAH PENDEKAR RASUAH UNTUK POKET SENDIRI

ANDAIKATA DIA GAGAL MERASUAH TABURKAN NAJIS DI ATAS MUKANYA

KITA MOHON DOA

BN LINGKUP SEMUANYA.....

PROJEK KILAT DITABUR LAGI

NAK TIPU PARA PENGUNDI.(ULANG 3 KALI....)





Rakyat sudah pasti tidak akan selamanya tertipu....

.

Apr 10, 2009

Gambar menarik

Upacara semb ahyang untuk Altantuya Kerata mayat siap ada gambar najib

Upacara sembahyang di adakan di Kuala sepatang....rakan saya yang maklumkan kepada saya ada upacara untuk si mati ..kelihatan saudara Tan bersama rakan rakan.

Apr 9, 2009

Gambar semasa menanti keputusan


walaupun hujan tetap setia




ok kita menang.....



selepas solat maghrib kami semua bergerak ke bandar Taiping dekat dengan dewan bandar raya nak tahu keputusan penuh walaupun saya dah tahu Pas menang tapi nak meraikan bersama sama rakan yang lain dalam keadaan hujan tak menghalang orang ramai hadir..ada yang menangis bila tahu pas menang tanda syukur kepada Allah dengan kemenangan ini...

Apr 8, 2009

Apr 7, 2009

GAMBAR DI HARI MENGUNDI DUN CHANGKAT JERING







Seawal pagi saya dah rakan rakan dah bergerak ketempat di tugaskan sekolah simpang keadaan agak tegang dengan povokasi yang di buat oleh pihak Bn perkataan Pas boneka DAP ...umno Rasuah Rasuah ..buat umno tak tahan hampir tercetus pergaduhan .

PUSAT ADUAN RAKYAT AMANAH