Mar 31, 2009

YB NIZAR CERAMAH ATAS LORI



Sebelah petang tadi satu ceramah kelompok
dan edar risalah bersama pakatan rakyat di Pasar malam simpang.

Mar 30, 2009

NAJIB DI BENCI


Rakyat Perak memang tidak boleh menerima peristiwa rampasan kuasa yang berlaku tempoh hari pekara ini mereka kata Najib telibat ..yang terbaru Harakah pula di gantung semua ini angkara najib kata salah seorang pengundi pada saya ..Segala maklumat mengenai Bukit Gantang akan saya cuba masukkan dalam blog ini.saya di tugaskan di Dun Changkat Jering

UMNO TELAH LAMA MENDERHAKA

Risalah yang di edarkan kepada orang ramai bahan kempen untuk orang melayu siapa yang sebenar menderhaka....

Mar 29, 2009

HI TEA BERSAMA PAKATAN RAKYAT


Petang tadi 5.30 petang diadakan HI TEA bersama pimpinan pakatan rakyat di Taman Indah kawasan Bukit gantang .

GAMBAR DI HARI PENAMAAN CALON


Pagi tadi saya terpakasa keluar awal untuk pergi ke tempat penamaan calon kerana seawal jam 6.30 pagi bandar Taiping sesak teruk ..kalau di bandingkan dengan Bn kita pakatan Rakyat tiga kali ganda jumlah yang hadir sokongan masayarakat cina dan india memang hebat tengok gambar

Mar 18, 2009

BERSALAH Tapi.....

Malaysia makin hancur dan menuju kehancuran...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk neraka.” (Hadis riwayat at-Tarmizi)

Hadis diriwayatkan oleh Ahmad yang maksudnya:
“Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberi jalan terhadap kedua-duanya.”

Al-Quran juga tidak senang dengan perbuatan rasuah dan banyak ayat melarang perbuatan terkutuk antaranya,
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (salah).” (Surah al Baqarah, ayat 188)

Dalam hal kehakiman Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Allah melaknat mereka yang menerima rasuah itu dalam kehakiman.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ar Tarmizi)

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang mukmin, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan janganlah pula mengkhianati amanah yang dipercayai kepadamu sedangkan kamu mengetahui.”
(Surah al Anfal, ayat 27)


Ali dilarang bertanding

KUALA LUMPUR 17 Mac – Hasrat Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk bertanding jawatan kedua tertinggi UMNO musnah apabila Lembaga Disiplin hari ini membuat keputusan melarang beliau bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Lembaga Disiplin parti itu mengumumkan, Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO dan salah seorang calon ‘pilihan’bagi jawatan itu bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO apabila tiga ejennya didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Selain Mohd. Ali, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah di bawah perkara yang sama.

Bagaimanapun calon Ketua Pemuda UMNO itu hanya dikenakan tindakan amaran.
Seorang lagi calon Ketua Pemuda yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah atas dakwaan politik wang.

Pada sidang akhbar tersebut Lembaga Disiplin UMNO mengumumkan hasil siasatan 29 kes pemimpin dan ahli UMNO berhubung kes politik wang dengan 15 daripadanya didapati bersalah.

Turut bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun ialah Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Japlin Akin; Ketua Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Salmah Pin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Maran, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi

Ahmad Rithauddeen berkata, Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO adalah berkaitan anggapan kebersalahan jika ejen atau pelobi atau perayu kempen calon didapati bersalah dan ada fakta calon terbabit ada pengetahuan atau terlibat.

‘‘Jadi kesalahan itu adalah disebabkan ada sabit pekerja dia atau apa saja, yang buat salah, maka dia sebagai prinsipal juga akan dianggap bersalah. Tetap kesalahan itu tidaklah sama seperti yang dilakukan ejennya,’’ katanya di Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini.

Menurutnya, dalam kes Mohd. Ali, Lembaga Disiplin mendapati tiga ejen Ketua Menteri Melaka itu termasuk Setiausaha Politiknya, Saadun Basirun didapati bersalah dalam politik wang.
Tambahnya, dua lagi ejen beliau ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hasan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail.
Ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman gantung keahlian selama tiga tahun.

Ahmad Ritahuddeen berkata, walaupun Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO telah diberi peluang memberikan penjelasan dalam soal siasat yang dijalankan, Lembaga Disiplin tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Beliau menjelaskan, Mohd. Ali hanya dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti minggu depan tetapi keahliannya tidak digantung.

Ditanya kenapa hukuman yang tidak sama dikenakan ke atas Khairy walaupun didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1, beliau berkata, hukuman tidak semestinya sama kerana tahap kesalahan yang berbeza.

Perbezaan itu juga katanya, adalah kerana pembuktian yang lemah terhadap restu calon kepada ejennya.

‘‘Hubungan ejen dengan Khairy juga tidak begitu jelas, bagaimanapun untuk melepaskannya begitu sahaja tidak boleh kerana terdapat sedikit bukti melibatkan beliau dengan kesalahan berkenaan,’’ ujarnya.

Ditanya aduan politik wang terhadap Ahli MT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah, Ahmad Rithauddeen enggan mengulas kerana ia belum diputuskan oleh pihak berkenaan.

Mengenai calon-calon MT yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jelasnya, ia adalah perkara yang berasingan.

‘‘Asas kita adalah Tataetika Ahli UMNO sahaja. Kalau SPRM ia libatkan kesalahan jenayah. Jika kesalahan jenayah berlaku, ia tugas polis untuk siasat dan tentukan ada kes atau tidak, jika ada teruskan dengan pendakwaan,’’ ujarnya.

Menurutnya, pengumuman hukuman terhadap ahli UMNO yang terbabit dengan salah laku menjelang Perhimpunan Agung bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia juga pernah dilakukan sebelum ini.

‘‘Kita juga membuat keputusan sama pada pemilihan sebelum ini, mereka yang terbabit boleh membuat rayuan termasuk selepas pemilihan,” katanya.



SPRM tidak siasat kes Ali Rustam
KUALA LUMPUR 17 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan ke atas calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO hari ini atas kesalahan politik wang.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat asas untuk berbuat demikian selain perlu menunggu laporan daripada lembaga tersebut.

"SPRM perlukan maklumat yang ada asas untuk kami jalankan siasatan. Setakat ini, Lembaga Disiplin UMNO tidak memberi sebarang aduan atau maklumat berkaitan kepada pihak SPRM," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan SPRM selepas Mohd. Ali didapati bersalah atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, di sini hari ini.
Lembaga Disiplin UMNO mendapati Mohd. Ali bersalah mengikut Perkara 10.1, Tataetika Ahli UMNO kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Berikutan itu, Mohd. Ali dikenakan larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti minggu depan.

Pengerusi lembaga itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan 14 lagi anggota UMNO yang didapati bersalah di bawah Perlembagaan dan Tataetika Ahli UMNO, termasuk Naib Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin tetapi hanya diberi amaran.



'Saya percaya beliau setia'- Najib

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kekal sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau melakukan kesalahan politik wang.

Timbalan Perdana Menteri juga percaya biar pun tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan parti akhir bulan ini, namun Naib Presiden UMNO itu akan terus kekal bersama parti.

''Saya percaya Datuk Ali Rustam sebagai seorang ahli parti yang setia kepada UMNO akan terima (keputusan) dengan hati yang terbuka dan terus memberi sumbangan kepada pentadbiran serta perjuangan parti," katanya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan Lembaga Disiplin itu perlu dihormati oleh semua pihak.

Menurut beliau, lembaga itu merupakan badan pengawasan disiplin yang telah diberi mandat oleh Majlis Tertinggi (MT) parti untuk bertindak sebagai sebuah badan bebas.

"Jadi apa-apa keputusan, kita akan menghormati Lembaga Disiplin kerana mereka membuat kerja dengan tujuan memelihara nama baik UMNO," tegasnya.



Komen:

Dah didapati bersalah pun masih boleh jadi Ketua Menteri????
Kenapa tak lapor pada SPRM? Tak samakah RASUAH DALAM UMNO dengan RASUAH???
Ada pulak yang DIDAPATI BERSALAH tapi MASIH BOLEH BERTANDING?

Fikirkanlah tuan-tuan.......

Mar 11, 2009

KAMPUNG PLENTONG BANJIR



Semalam..hari selasa saya dan Ydp kawasan melawat Kampung plentong yang di landa banjir pada pada petang Isnin ketika itu saya dan Rahim berada di Kuala Lumpur.Maklumat yang saya terima kesemua keluarga di pindahkan dekat sekolah permas jaya.Pas kawasan Pasir gudang memberi sedikit sumbangan sarapan pagi dan insyallah bantuan pada mangsa banjir akan di beri pada masa terdekat.Jumlah yang di pindahkan hampir 1100 orang.Kelihatan mangsa sedang membersih lumpur

Mar 10, 2009

UMNO PENGKIANAT BAHASA


Gambar ini saya ambil ketika saya berada di Bukit Gantang

Mar 9, 2009

Pembentangan Kertas Kerja Pusat Aduan Rakyat




LIVE: Pembentangan Kertas Kerja Pusat Aduan Rakyat

Saya sedang di dalam Majlis Dialog Anak Johor di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) di Bangi, Selangor untuk membentangkan kertas kerja Pusat Aduan Rakyat.


Turut hadir adalah Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Presiden Pas, Datuk Dr Mahfodz Muhammad, Pesuruhjaya Pas, Saudara saya Saudara Khairil Faizi Ahmad Kamil Ketua Pemuda Johor dan beberapa lagi pemimpin Pas negeri.

Gambar-gambar akan diupload sebentar nanti..

Mar 6, 2009

Pas Cawangan Taman Kota Putri


Mesyuarat agung cawangan Kota Putri telah selesai bermesyuarat.. saudara mohd Kassim bin maidin Ketua cawangan yang baru orang lama dalam pas..selamat berjuang

Mar 5, 2009

Pengundi Dun Cangkat Gering Marah Osman dan Najib


Petang tadi sempat saya pergi ke Dun cangkat Gering memang Pas negeri Johor di tugas untuk jaga Dun tersebut saya sempat rakam gambar ini... bila saya tanya dengan pengundi sana jumpa osman Jailu tak? mereka kata... . tak sabar nak baling telur busuk terhadap osman Jailu kalau mereka jumpa. Rata rata pengundi minta supaya pilihan raya di adakan semula tak payah nak kecoh kecoh lagi kata mereka kepada saya dan benci rakyat pada Najib juga semakin meluap luap.

DUN TERONG


Menteri besar zombie dah melawat DUN Terong...di dunia hanya ada dua sahaja kerajaan haram ISRAEL dan kerajaan baru negeri Perak..

Mar 2, 2009

Kempen Pilihanraya Di Bukit Gantang

Saya sudah selamat sampai di Taiping ..dan sekarang saya berada di Dun Trong Parlimen Bukit Gantang kempen pilihanraya sudah bermula bila parti politik mula rancak pasang bendera masing masing.Tokoh tokoh umno dah mula turun ke padang sama ada kempen untuk diri sendiri atau kempen pilihan raya .Insyallah saya akan cuba update apa perkembangan terkini di Bukit Gantang.

Ceramah Perdana Pelancaran Dana Pusat Aduan Rakyat

BATU PAHAT, 1 Mac (Hrkh) - PAS Johor akan menganjurkan Ceramah Perdana sempena Pelancaran Dana Pusat Aduan Rakyat (PAR) di Pusat Tarbiyah Islam Taman Melewar, 9 Mac depan, bermula 9.00 malam.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dijangka akan menyempurnakan majlis pelancaran dana ini, turut sama menyampaikan pidato pada majlis tersebut, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Pusat; Salahuddin Ayub selain Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Muhammad.

PAR ditubuhkan sejak Ogos tahun lalu di sembilan kawasan Parlimen dan 34 Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), yang ditandingi PAS pada Pilihan raya Umum (PRU) Ke-12 lalu.

"Penubuhan PAR di kawasan-kawasan yang kita tandingi pada PRU lalu bertujuan memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang menghadapi masalah terutama masalah yang tidak mampu diselesaikan wakil-wakil rakyat mereka.

"Sehingga hari ini PAR yang diujudkan di semua zon telah berjaya membawa masalah rakyat ini ke pihak berkaitan bahkan terdapat kes sehingga ke peringkat Menteri Besar," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Muhammad, ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, kemampuan Penyelia PAR yang juga bekas calon PAS pada PRU lalu membawa masalah rakyat ini sehingga kepada menteri besar benar-benar telah membuka mata rakyat kerana sebelum ini tidak ada seorang pun pemimpin Umno-Barisan Nasional di negeri ini bertindak demikian semata-mata untuk membela nasib rakyat yang tertindas.

"Sebaliknya pemimpin-pemimpin ini akan menghilangkan diri di saat rakyat benar-benar memerlukan pertolongan mereka, sikap pemimpin ini menyebabkan rakyat mula beralih keyakinan kepada PAS untuk menyelesaikan masalah mereka.

"PAR yang semakin mendapat tempat di hati rakyat negeri ini memerlukan kos yang agak besar bagi membiayai program-program yang akan dijalankan selepas ini,"jelasnya.

Justeru itu sokongan dari semua pihak amat-amat diharapkan bagi membolehkan PAR melangkah lebih jauh lagi.

Sehubungan dengan itu Dr Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS, menyeru akan-anak Johor di Lembah Kelang dan kawasan sekitar supaya hadir pada majlis tersebut, bagi mereka yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan kepada Lajnah Ekonomi dan Pembangunan PAS Johor, nombor akaun 01023010064990 (Bank Islam). - mks._

Sumber

Nota: Bagi Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, anda bolehlah menyumbang melalui akaun bank seperti yang tertera di sebelah. Sama-sama kita jayakan agenda perjuangan rakyat ini...

Siapa Jual Tanah Orang Melayu yang Sebenar?





Nota: Peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan Tajol Rosli dan YB yg datuk ni sebut2 ialah YB Dato Radzi Manan, Ketua UMNO Bahagian Kampar dan bekas exco semasa Datuk Tajol Rosli menjadi MB. Sebab tu dia asyik menyebut nama Radzi kerana ia berlaku di kawasan exco tersebut. Moral dlm video ini ialah adakah Benar UMNO menjaga orang melayu atau retorik semata-mata ? Benarkah Ketuanan melayu yg disebut2 oleh mereka itu dijaga mereka ? atau semata2 untuk survival politik mereka sahaja..

Mar 1, 2009

Pemimpin Tinggal di Istana.... Rakyat di Bawah Kolong!

Lagi laporan dan gambar mengenai lawata pemuda dan pemimpin Pas Kawasan Pasir Gudang ke Kg Baru Plentong... Nilailah sendiri

Kediaman Rakyat...
Masih tinggal di bawah kolong di sebalik runtuhan rumah yang dirobohkab pihak berkuasa. Apabila ditanya: beliau tidak mempunyai wang untuk membuat rumah baru di kawasan yang disediakan....
Dapur yang digunakan untuk memasak makanan (itupun jika ia masih layak dipanggil dapur)...

"Ruang tamu"




Macam keadaan di Gaza






Kediaman Pemimpin...


Deritanya rakyat di sebalik kerakusan pemimpin....